Wahai Muslimah Anggun
Giat Menjadi Wanita Paling Anggun Di Dunia
Wanita, dengan kecantikan yang Wanita miliki lebih anggun daripada mentari. Wanita, dengan akhlaq yang Wanita
miliki, lebih harum daripada kasturi. Wanita, dengan keredahan diri yang Wanita miliki, lebih tinggi daripada rembulan. Wanita, dengan sifat keibuan yang Wanita miliki, lebih menyegarkan daripada hujan. Oleh kerana itu, peliharalah kecantikan itu dengan Iman; peliharalah keredhaan itu dengan sikap qana’ah; dan peliharalah kesucian diri itu dengan hijab.
Ketahuilah, bahawa perhiasan anda bukan terletak pada emas dan perak dan bukan pula pada berlian yang anda kenakan, melainkan pada dua raka’at di penghujung malam, kehausan di tengah hari yang terik disebabkan puasa kerana Allah, sadaqqah yang tersembunyi tampa ada yang mengetahui selain Allah, air mata hangat di saat beristifar dan zikir yang membersihkan dosa, sujud yang lama di atas hamparan sajadah, dan rasa malu kepada Allah saat dorongan kejahatan dan rayuan musuh manusia datang menggoda.
Jadikanlah taqwa itu bak pakaian anda, niscaya anda akan menjadi Wanita yang tercantik di dunia meskipun pakaian anda tambal-sulam. Jadikan rasa malu anda sebagai baju kurung anda, niscaya anda menjadi Wanita yang paling anggun di dunia meskipun anda tidak beralas kaki.
Hindari oleh anda pola hidup seperti yang dilakukan oleh wanita-wanita fasiq dan non-muslim, yang suka memperlihatkan daya tarikannya untuk memikat lawan jenis, kerana sesungguhnya wanita-wanita fasiq dan non-muslim itu adalah bahan bakar neraka Jahannam.
- Di Setiap Bagian Dari Kehidupan Kita Pasti Akan Di Temui Sisi Yang Gelap, Tiada Lain Bagi Kita Untuk Menanggulanginya, Kecuali Dengan Menyalakan Pelita Dalam Diri Kita Sendiri - Bilal
Tips: CANTIK AKHLAQ
AKHLAQ BAIK PADA WANITA
- Baik perangainya terhadap suaminya, anak-anaknya, ibu bapanya, rakan-rakannya, jiran tetangganya dan masyarakatnya iaitu:
a) Bersopan santun, dalam segala percakapan dan tindakan terhadap suaminya.b) Bercakap dengan bahasa yang baik (tidak suka memaki-maki dan berbahasa kesat) terhadap anak-anak.
c) Bersopan santun dan beradab dengan ibu bapanya.
d) Beradab dengan rakan-rakan, jiran dan masyarakatnya, tidak suka bertengkar dan mengata-ngata serta memfitnah mereka.
- Tidak jahat mulut iaitu tidak gemar mengadu-adu hal kepada ibu bapa, rakan-rakan dan jiran-jiran mengenai keburukan suaminya.
- Banyak sabarnya dalam menempuh segala kesusahan dan ujian daripada Allah serta dalam mengerjakan perintah-perintah-Nya.
- Tidak berhias-hias ketika keluar rumah kerana kecantikan isteri hanyalah untuk suaminya dan bukan untuk orang lain.
- Tidak cepat keluh-kesah dalam menempuh kehidupan.
- Tidak memaksa suami untuk memenuhi segala keinginannya.
- Memadai (redha) dengan apa-apa pemberian suaminya sama ada pemberian itu digemari atau tidak.
- Tidak gemar banyak cakap; cakap sekadar yang perlu sahaja, suka memperkatakan kebenaran dan hal-hal kebaikan.
- Selalu berada di rumah menguruskan rumahtangga, mendidik anak-anak.
- Selalu berpuasa, rajin melakukan solat sunat, membaca Al-Quran, berdzikir, suka bersedekah.
- Selalu merenung keaiban diri, seterusnya bertaubat dan memperbaiki diri.
Sabda Rasulullah SAW:
“Wanita, apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, maka masuklah dari mana-mana pintu Syurga yang ia kehendaki.”
(Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban, Thabrani dan Anas bin Malik)
MADAH UNTUK WANITA
Kaum wanita usah bangga dengan kecantikan
Kerana ia hanya dicintai oleh nafsu,
Tidak oleh akal dan hati
Nafsu mengatakan perempuan cantik atas dasar rupanya,
Akal mengatakan perempuan cantik atas dasar ilmu dan kebijaksanaannya.
Dan hati mengatakan perempuan cantik atas dasar akhlaqnya & agama yang ada pada dirinya.
NILAI KECANTIKAN
Nilaian kecantikan pada diri seseorang bukanlah pada rupa yang memikat, gaya yang menawan dan senyuman yang menarik. Kecantikan akan terserlah apabila seseorang itu berakhlaq mulia, mempunyai keperibadian yang tinggi.
Kecantikan seorang isteri terserlah apabila dia menjadi isteri yang solehah. Kecantikan seorang anak ialah menjadi anak yang soleh/solehah. Kecantikan seorang pemimpin ialah menjadi pemimpin yang bertanggungjawab dan adil. Begitu jugalah kepada individu-individu yang lain, kecantikannya dinilai pada akhlaq dan kehalusan budinya kepada Allah dan manusia.
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.


June 10th, 2008 at 12:55 pm
June 20th, 2008 at 2:51 pm
saya naya, 17 th, tinggl di Medan,
alhamdllah skrg saya sdah mngenakan jilbab..
awl mnggunakan nya memang sangat sulit..
banyak diejek,
saya heran kenapa di zaman sekarang ini terlalu banyak orang yang malu untuk berbuat baik..
banyak diantara mereka takut di ejek..
awal nya saya bgitu juga,
maklum lingkungan saya agak jauh dari syariat..
sjak masuk SMA saya ingin mengenakan jilbab,
tapi ibu saya melarang karena ia takut kalau saya belum siap dan sampai pada akhirnya nanti saya akan membuka jilbab saya seperti remaja kebanyakan..
akhirnya saya mulai untuk mendekatkan diri kepada Allah,
byk teguran-teguran Nya sampai pada akhirnya saya sadar kebahagiaan sejati hanyalah dari Allah..
Saya memperoleh kedamaian dan ketenangan jiwa..
Alhamdullh..
saya mulai sring mmbaca quran dan tfsir..
saya mlai sring shalat malm..
saya juga makin senang untuk bc buku” tentang syariat..
saya punya prtanyaan..
kebetulan saya mandi mnggunakan basahan..
kalau menurt saya itu hanya apresiasi agar saya tetap mengingat kalau Allah sllu melihat kita kapan pun itu..
jadi, sebagai wujud rasa malu kpd Allah dan malaikat yg sdang menyaksikan..
Namun ibu saya perlahan merasa aneh, sperti nya ia mulai takut saya terlalu fanatik dan akhirnya sesat..
saya sudh meyakinkan nya..
bagaimana menurt anda sikap saya ini?
apakah saya berlebihan dalam hal ini?
atw apkah saya menyalahi syariat??
mohon diskusi nya..
terima kasih
wasslm
June 22nd, 2008 at 3:18 pm
Telah saya jawab soalan ukhti lewat email ukhti. Kerana tulisannya terlalu panjang. Harapan saya ukhti tidak keberatan untuk membacanya nanti. Walau apa pun, syukur alhamdulillah atas perubahan ukhti itu. Saya amat kagum dengan pendirian ukhti itu. Teruskan perjuanganmu itu! Afwan jayiddan kerana terlambat membalas komennya di sini. Allah yubarrik feek. (: