Stay Away from Silent Killer!!

 pinkribbon

Assalammu’alaikum para pembaca rediesh yang amat aku hormati. (=

Bersyukurku terhadap ILLAHI RABBI atas kesihatan yang telah dikurniakan-NYA. Ameen. Selawat & salam untuk Baginda, kekasih ALLAH, Rasulullah Shallallahu Alayhi wa Sallam. Dan kepada seluruh umat Islam di dunia ini, semoga kalian semua dibawa naungan kasih rahmat ALLAH Subhanahu wa Ta’ala jua. Ameen. Ameen. Ya Rabbal Alameen.

Timbulnya rasa kesyukuran ini semakin hari semakin menebal di hati yang bernama Iman. Setelah mendengarkan sebuah cerita daripada seorang hamba-NYA yang senantiasa redha atas musibah yang menimpa dirinya itu. Dia tidak lain dan tidak bukan, Noor Hanim M.Salleh, anak saudara kepada seseorang yang telah lama pergi dahulu menyahut seruan ILLAHI, yakni Allahyarham Encik A.Samad Ismail (aku memanggilnya dengan gelaran Datuk). Aku selalu memanggil Noor Hanim M.Salleh dengan panggilan Cik Anim. Ya, ia amat singkat dan mudah diingat. Bukan kerana singkatan namanya, tetapi kerana sifat ketabahan & mudah bertoleransi membuat setiap seseorang disekeliling senang dengan perwatakkannya itu.

Biar aku ceritakan sedikit tentang keperibadiannya di sini. Noor Hanim M.Salleh sangat peramah dan aktif dalam setiap aktivitas yang dia ceburi. Dia tidak mudah dan merasa sangat tidak selesa jika berduduk diam tanpa melakukan apa-apa. Pendek kata, dia tidak suka untuk membuang masa apabila ada masa yang terluang. Pasti ada sahaja yang ingin dikerjakannya. Maka, tentu sekali suami dan anak-anak kesayangannya tidak mampu berpisah dari wanita yang telah pun bergelar seorang isteri dan ibu yang sangat mithali. Ya, aku juga tidak dapat menafikan atas setiap kejayaannya yang telah pun diraih dengan hasilan usahanya sendiri. Aku juga mampu mengungkapkan bahawa dia adalah sosok wanita yang boleh digelar sebagai tunjang kejayaan untuk seorang suami. Subhan-ALLAH! Sungguh, aku mengkagumi setiap usaha dan semangatmu yang jitu itu demi keluarga dan juga masyarakat disekelilingmu.

Namun, apa yang dirancang tidaklah sehebat perancangan dari ALLAH Yang Esa. Semalam aku sekeluarga dikejutkan dengan berita yang tidak diduga. Suaminya, memberitahu kami bahawa isterinya telah berada di hospital akibat barah payudara yang dialaminya. Dia juga memberitahu kami, isterinya akan dibedah untuk membuang tumbuhan-tumbahan yang pada jangkaan doktor hanya mempunyai 3 tumbuhan barah.

breastcancer

Pada waktu itu, mamaku menerima berita sedemikian dengan hati yang tenang. Ini kerana mamaku sangka hanya tumbuhan-tumbahan kecil sahaja. Mungkin pada waktu itu mama fikirkan cuma melakukan pembedahan minor ke atas diri Cik Anim. Walau bagaimana sekalipun cara pemikiran mamaku, kami tetap bergegas ke hospital.

Setiba kami di hospital pada malam itu, Cik Anim didapati bukan sahaja menghidap penyakit biasa-biasa. Namun, penyakit yang dialaminya amat merbahayakan dan tanpa diduga, Cik Anim masih kuat mengharungi setiap kesakitan-kesakitan sewaktu berada di bilik pembedahan. Kami khusyu’ mendengarkan setiap cerita daripadanya tentang bagaimana dia melalui sehari berada di bilik pembedahan itu. Jujur aku katakan, cukup mengerikan. Mengerikan setiap kaum wanita yang mendengarnya. Apakan tidak, kerana aku juga seorang wanita sama sepertinya. Ia bukan sekadar pembedahan minor dimana hanya perlukan penggunaan laser untuk menghapuskan tumbuhan barah yang sedang giat membiak. Malah dia telah pun kehilangan sebelah payudaranya.

Pada awalnya, doktor hanya menjangka cuma ada 3 tumbuhan barah. Selebih tumbuhan barah itu, doktor telah mengambil keputusan untuk menghapuskan dalam masa dua minggu akan datang. Namun, setelah tibanya dua minggu yang dinanti-natikan, doktor mengesan bahawa terdapat 7 lagi tumbuhan barah yang sedang aktif membiak. Doktor sungguh terkejut dengan apa yang dilihat. Dalam masa dua jam, mereka duduk berbincang dengan penuh teliti tentang pembedahan yang harus dilakukan ke atas diri Cik Anim pada keesokan hari. Ini kerana, mereka tidak dapat lagi menundah proses pembedahan disebabkan nanah dan darah sering keluar. Aneh? Cik Anim langsung tidak mengadukan kesakitan yang dialami kerana dia mengatakan pada waktu itu dia tidak dapat merasakan apa-apa. Tanpa berlengah lagi, doktor telah mengambil keputusan seterusnya untuk memeriksa akan tumbuhan barah yang terus-terusan aktif itu.

Sangkaan doktor tidak meleset kerana dari 7 tumbuhan barah, tiba-tiba menjadi sebelas (11). Ini bermakna, tumbuhan barah yang dialami Cik Anim sangat aktif sekali. Dikhuatiri ia mampu merebak ke organ-organ yang lain. Dan ia juga dikatakan mampu menutupi jantung dengan secara mendadak. Semakin dia rancak bercerita, semakin aku menjadi gerun mendengarnya. Apakan tidak? Cik Anim sempat menunjukkan kami darahnya yang sedang meleleh terkumpul dalam sebuah kantung darah (sebesar tapak tangan) yang tergantung di luar baju. Tiba-tiba aku merasakan sakit pening yang amat sangat. Aku tidak mampu menahannya dan terasa tekakku menjadi mual. Sepertinya aku ingin muntahkan segala isi perutku di situ sahaja. Lalu, aku meminta izin mama untuk keluar sebentar menenangkan hati dan fikiran. Dengan segera mama memimpinku untuk pergi ke tempat rehat. Alhamdulillah, dengan merehatkan diri di tempat yang lebih lapang, sakit peningku hilang seketika. Aku sempat berkhayal memikirkan keajaiban ALLAH Azza wa JALLA, yang selalu luar dari jangkaan dan kemampuan manusia itu sendiri. Dalam beberapa minit, aku mampir ke bilik wad Cik Anim sekali lagi. Alhamdulillah, kali ini jantungku mula stabil dan bisa mendengarkan cerita demi cerita yang dilalui makcikku ini.

Aku amat terpegun dengan sikapnya yang tabah dan redha atas musibah yang menimpa diri Cik Anim. Dia sempat tersenyum kepada kami dengan mengatakan,

“ALLAH masih dan terus menyayangi diri ni…”

Walaupun dia masih mampu merasakan sakitnya deras darah yang sedang mengalir tanpa henti itu, tetapi tidak pernah dia mengadu akan derita sakit yang dialami. Hanya air mata sahaja yang mengalir. Ini dapat dilihat sifat kesyukurannya yang selalu mengingati ALLAH walau dimana jua dia berada. Benar, tidak dapat aku nafikan jika ada seseorang yang mengatakan setiap musibah yang menimpa diri kita, sebenarnya adalah nikmat pemberian ILLAHI. Nikmat musibah itu yang membawa kita kepada sifat kesyukuran yang tiada henti. Subhan-ALLAH!

Pengajaranku di sini ialah: Walaupun hanya pada tahap pertama dengan tiada rasa sakit, digalakkan para wanita untuk melakukan mammogram dengan segera. Ini sering ditegaskan kepada wanita-wanita yang berusia 30 dan 40an keatas. Jangan menunggu sehingga salah satu dari payudara itu mengeluarkan darah dan nanah. Ingatlah! Barah = Silent Killer!!

Semoga kita dilindungi dari penderitaan segala penyakit yang memudharatkan. Allahumma Ameen. (=

3 thoughts on “Stay Away from Silent Killer!!

  1. Innalillah.. also this post reminded me (again) to what I had twitted yesterday on Person2Person.. maybe the twit is none directly related but… I feel like wanna share with others.

    All I need to do is make sure that Death is not going to knock at my door with all the filth going around behind it http://budurl.com/hlnz

  2. Dan yakinlah bahwa TIDAK ada cobaan diluar batas kemampuan kita untuk menanggungnya … I believe in GOD.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>