Logo Background RSS

Songkok disanjung, Bahasa Tak Terusung!

  • Written by MuslimahMuslimah No Comments Comments
    Last Updated: March 14th, 2007

    Awal minggu lalu saya menonton filem embun di TV, kisah tanah melayu pada zaman ubi kayu. Waktu perang jepun itu, semua lelaki melayu dibayan lepas (tempat cerita ini berlaku), tidak kira tua atau muda, memakai songkok. Minum kopi di warung bersongkok, bermesyuarat bersongkok, berdemonstrasi di jalan raya bersongkok apatah lagi waktu bersolat! Songkok dah sebati dengan orang melayu ketika itu, agak-agak jika ditanggalkan rasanya macam bertelanjang!

    Satu babak yang menyentuh hati saya ialah tatkala Pak Harun (lakonan Rahim Razali), ayah embun, kuatkan semangat mengayuh basikal ke markas jepun untuk merayu agar anaknya, bayu, dibebaskan. Tidak sampai satu minit berdiri, Pak Harun sudah melihat tembelang askar jepun. Mulanya beliau buat bodoh sahaja tetapi apabila si askar memijak-mijak beras yang tumpah ke tanah beliau hilang sabar, Pak Harun terus menerpah lawan walaupun hanya bersenjatakan tangan. Orang tua itu bergelut dan berhempas pulas sehingga songkoknya tertanggal.

    Memang askar jepun cari nahas… Dia menyepak dan memijak-mijak songkok itu. Apa lagi, darah Pak Harun menyirap sehingga tidak perdulikan lagi nyawanya, dia menerkam bak singa lapar. Baginya songkok adalah maruah bangsa melayu, bacul jika dibiarkan dihina begitu… Tetapi malang dek membela maruah Pak Harun kencundang di hujung senapang. Nasib songkok dalam embun ini mengingatkan saya akan rencana Haji Maarof Salleh (”Bahasa, songkok dan agama Islam” – Berita Harian, 9 Februari 2007.

    Secara halus, saudara Maarof mengaitkan nasib songkok dengan bahasa melayu (dulu jadi simbol dan maruah bangsa, sekarang seolah-olah sudah dilupai), saling tak tumpah, saya tukil satu keratan kelohan beliau: “…Di sinilah maksud kemungkinan adanya kesamaan nasib antara bahasa melayu dan songkok. Ertinya, bahasa comoditi – perlu ada permintaan untuk terus kekal, apakah nanti akan sampai masanya, apabila bahasa melayu dan songkok terus diremehkan oleh sebahagian besar orang melayu!

    “Apakah fenomena ini akan mengakibatkan industri yang berkaitan dengan bahasa melayu dan songkok akan terpaksa gulung tikar!” Semoga kemungkinan ini tidak jadi kenyataan. Hari ini, bahasa melayu tidaklah semalang nasib songkok dalam file embun tadi (dinjak-injak oleh askar jepun), tetapi sedihnya ia kurang mendapat perhatian daripada kaum yang berkulit sawo matang. Pembela maruah anak pak harun juga mungkin sudah tinggal sejarah. Anehnya, hari ini songkok lebih disanjung dari bahasa melayu. Masih ramai yang bergaya mengenakan songkok di majlis perkahwinan, ketika menyambut aidilfitri atau menghadiri majlis rasmi.

    Tetapi bahasa melayu? Sukar untuk mendengarnya selain dituturkan dengan serius oleh pelajar di kelas. Mat letup, penulis pojok majalah dewan masyarakat, pernah berkongsi pengalamannya tentang “Kisah songkok dan bahasa” Ini dalam tulisannya ‘Orang melayu dan budaya kahwin’ (Dewan Masyarakat, Oktokber 2006.) Cerita mat letup satu hari ia dijemput ke suatu majlis perkahwinan pasangan melayu yang kaya raya di hotel mewah tapi aneh, mat letup rasa macam rusa masuk kampung… Mana tidaknya, doa pun dalam bahasa inggeris. Tuan rumah cakap orang putih, walaupun yang hadir bersongkok, bersampin dan berbaju kurung, berkebaya dan bertudung.

    “Itulah majlis orang melayu hari ini yang tinggal hanya pantun dan pakaian melayu. Lainnya macam majlis orang putih… Cuma mat ingatkan ia dikatakan melayu itu bukan songkok dan baju melayu saja. Tapi nilai, kalau nilai tak melayu tak usahlah berlagak melayu, “Rutuk mat letup. Berbeza dengan cerita mat letup, kisah ‘bahasa, songkok dan agama Islam’ Haji Maarof pula mengejutkan saya, bukan apa, inilah pertama kali beliau menyentuh isu bahasa. Biasanya beliau lebih berminat mengupas permasalahan sosio – politik atau agama Islam. Tetapi ia kejutan yang baik. Maklum sajalah sejauh ini golongan yang melahirkan keperhatian tentang nasib bahasa begitu terhad.

    Mereka juga bukan tergolong dalam kategori profesional atau golongan yang memegang jawatan penting dalam badan-badan atau pertubuhan. Terkilan rasanya ingin mendengar pandangan golongan elit ini mengenai bahasa melayu. Saya yakin ramai tertanya-tanya pandangan mereka, mengapa agaknya mereka memilih bahasa inggeris dalam mesyuarat, majlis atau surat menyurat walaupun dikalangan melayu sendiri. Mungkin dengan pandangan terus terang, pihak-pihak yang selama ini terpingga-pingga akan sejuk hati dan faham duduk perkara.

    Saya agak golongan pragmatik ini anggap bahasa melayu tidak laku sebab bangsa melayu lemah ekonominya, bak cogan kata mantan perdana menteri malaysia, Tun Dr Mahathir Muhammad ‘Bangsa Jiwa Bahasa’ ia itu tanpa bangsa melayu yang kuat, bahasanya akan pupus – perkasakan dulu bangsa baru mulia bahasa. Ia berbeza dengan cogan kata yang lazim didengar: Bahasa Jiwa Bangsa (Cogan kata kongres bahasa dan persuratan melayu yang ketiga di Singapura dan Johor dan dicipta oleh Pendita Dr Muhammad Aarif Ahmad). Realitinya apakah ada jaminan perasaan sayangkan bahasa akan timbul selepas kita berjaya menjadi bangsa yang kuat serba-serbinya.

    Keluhan mat letup tadi tidak menjamin senario itu sebab golongan melayu kaya di negara jiran kita, menurut mat letup masih tidak sayangkan bahasa ibunda. Pucuk pangkalnya hati, jika kita tidak mahu bahasa melayu diinjak-injak senasib songkok dalam cerita embun tadi, sayangi bahasa mulai sekarang. Lebih-lebih lagi jika anda berkulit sawo matang yakni, kulit (hitam manis)

    ::.Penulis Berita Harian.::

Leave a Comment
This is a Gravatar-enabled website. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.com

  • :em59:
  • :em04:
  • :em27:
  • :em56:
  • :em03:
  • :em61:
  • :em10:
  • :em30:
  • :em63:
  • :em70:
  • :em42:
  • :em65:
  • :em48:
  • :em47:
  • :em51:
  • :em39:
  • :em21:
  • :em12:
  • :em26:
  • :em31:
  • :em44:
  • :em55:
  • :em54:
  • :em08:
  • :em18:
  • :em38:
  • :em01:
  • :em02:
  • :em52:
  • :em46:
  • :em40:
  • :em07:
  • :em68:
  • :em35:
  • :em17:
  • :em09:
  • :em58:
  • :em60:
  • :em28:
  • :em14:
  • :em57:
  • :em53:
  • :em67:
  • :em49:
  • :em62:
  • :em05:
  • :em45:
  • :em32:
  • :em29:
  • :em20:
  • :em64:
  • :em50:
  • :em15:
  • :em19:
  • :em33:
  • :em23:
  • :em24:
  • :em37:
  • :em71:
  • :em66:
  • :em06:
  • :em22:
  • :em16:
  • :em69:
  • :em25:
  • :em41:
  • :em43:
  • :em34:
  • :em11:
  • :em13:
  • :em36: