Penulis dedah taktik syaitan ‘bogelkan’ wanita berhijab

Berpakaian tetapi terlanjang.

Begitulah antara tahap yang dilakukan syaitan secara berperingkat -peringkat untuk  menelanjangkan wanita Muslimah yang memakai hijab. Bagaimana syaitan melakukannya sehingga berjaya menelanjangkan wanita berhijab?

Itulah persoalan yang dikupas penulisnya di dalam buku setebal 265 muka surat ini yang disasarkan kepada kaum wanita dan para ibu bapa untuk direnung dan difikirkan. Menurut penulisnya, tidak cukup seorang wanita itu memakai hijab semata-mata, bahkan mesti mengetahui hikmah dan tujuan menutup tubuh mereka.

Mereka patut mengetahui ayat-ayat Al-Quran serta hadiths tentang hijab. Juga mengetahui faedah-faedahnya berhijab dari sudut agama dan keduniaan. Syaitan memulakan tindakan dengan mendatangi wanita daripada pintu yang disenangi oleh kaum wanita, iaitu kegemaran berhias, suka berpakaian dan suka menyempurnakan kekurangan diri dengan perhiasan.

Caranya ialah dengan menjadikan yang buruk sebagai indah dan yang haram sebagai halal pada pandangan manusia. Kandungan buku ini disusun dalam bentuk yang agak menarik bagi mengajak pembaca meneliti dan mengikuti setiap perkara yang dikemukakan.

Bab pertama membicara tentang rancangan syaitan dan kaedah yang digunakan dalam usaha memperdaya kaum wanita. Bab-bab berikutnya menjelaskan bagaimana penelanjangan yang sudah berlaku itu sehinggalah seorang wanita itu tidak menyedari dirinya ditelanjangi sedikit demi sedikit. Setelah itu, syaitan akan beralih ke peringkat yang lebih berani lagi.

Bagi mengelakkan kebosanan, penulisnya bukan sahaja memberikan penerangan dan penjelasan pada beberapa bahagian, malah sebahagian besar kandungan bab-bab berikutnya merupakan semacam bentuk perbualan antara syaitan dengan diri seorang wanita yang dikuasai dengan amarah keburukan yang mana syaitan menghasut diri wanita dengan segala tipu muslihatnya.

Walaupun buku ini merupakan buku terjemahan terbitan asal di Mesir, ia mudah diikuti dengan terjemahan ke bahasa Melayu yang sederhana. Selayaknya ia disasarkan kepada kaum wanita dan para ibu bapa untuk membacanya.

Fitrah Power - Tingkatkan Keupayaan Diri Anda


You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

AddThis Social Bookmark Button

4 Responses to “Penulis dedah taktik syaitan ‘bogelkan’ wanita berhijab”

  1. mudah2 han, yg baik itu menjadi amalan kita dan yg buruk terhidar dari kita wallahuaklam…

  2. Alisha Rosli MALAYSIA Windows 2000 Internet Explorer 6.0 Says:

    hmm. cerita seram tu.. tak cerita detail pun..
    xdak feel la macam tu..

  3. Assalamualaikum…

    Ana editor @ owner Majalah Dakwah Online IBRAHzine
    just nakkan kepastian
    adakah ini tulisan anti sendiri
    kerana ana menerima satu sumbangan karya daripada seorang pembaca IBRAHzine menghantar karya untuk disiarkan dalam majalah ana
    dan tulisan tersebut memang sama dengan artikel ini
    just nak pastikan apa yang termuat dalam majalah ana bersih daripada karya ciplak

    syukran jaziilan

    MOHD AMIRUDDIN BIN ABDULLAH
    Zil-el-Saif

  4. adakah buku ini boleh didapati di singapura? saya berhasrat untuk membelinya.

Leave a Reply