Pakaian Renang Muslimah
-
Pilihan fesyen seluar panjang dan blaus atau baju gaun dan seluar panjang lengkap dengan topi bagi menutup bahagian kepala.
MENUTUP AURAT: Fesyen pakaian mandi untuk Muslimah yang dikeluarkan Thaya.
BERMANDI-MANDA di kolam renang dan laut sudah menjadi kegemaran kebanyakan keluarga. Bagaimanapun sesetengah kaum Muslimah terpaksa melihat saja atau sekadar ‘mencecah kaki’ ke dalam air. Ini disebabkan bukan mereka tidak tahu berenang, tetapi keterbatasan pakaian renang yang menutup aurat untuk golongan wanita bertudung.
Tambahan lagi kebanyakan kolam renang di sini mahupun di Malaysia tidak membenarkan kaum wanita mandi-manda dengan pakaian biasa seperti blaus dengan seluar panjang atau baju kurung. Kebanyakan kolam renang awam dan di hotel menggalakkan wanita yang ingin berenang bersama keluarga mengenakan pakaian mandi yang sesuai. Namun bagi kalangan Muslimah, bagaimana pula cara mereka mengatasi masalah ini?
Masalah ini mendorong Cik Noor Hayati Amid, 34 tahun, melihat dan meneliti pelbagai fesyen pakaian renang dari negara-negara yang mempunyai ramai penduduk Islam dan Timur Tengah.
Ibu tiga anak itu kemudian membuat beberapa perubahan kecil bagi rekaan pakaian mandi berkenaan untuk disesuaikan dengan peraturan yang ditetapkan oleh Majlis Sukan Singapura agar dapat dipakai wanita ketika berada di kolam renang awam.
Beliau kemudian mendapat idea untuk menyiapkan fesyen pakaian renang Muslimah yang menggunakan seluar panjang dan blaus atau baju gaun dan seluar panjang lengkap dengan topi untuk menutup bahagian kepala.
Pakaian renang ini dikenali dengan jenama Thaya dikeluarkan sejak setahun lalu. Koleksi baju mandi itu boleh didapati melalui laman www.thaya.sg atau anda boleh berhubung dengan Cik Aminah Abdullah melalui telefon 9749-2373 atau di salon Khairunisa di Kembangan Plaza.
Fabrik yang digunakan untuk pakaian renang Muslimah jenis ’standex’ itu sama seperti pakaian renang biasa bagi membolehkan mereka berenang dengan selesa.
Pilihan warna pula adalah terdiri daripada warna polos seperti hitam, coklat dan terdapat juga yang menarik. Cik Noor Hayati yang memiliki Hadaina Trading yang bertindak bagi mengeluarkan pakaian renang itu, berkata:
“Ketiga-tiga anak perempuan saya dalam darjah satu, dua dan empat di sebuah madrasah di sini, jika mereka hendak berenang bagi beriadah adalah wajah mereka kenakan pakaian yang sesuai untuk berenang. Saya mencari pakaian yang sesuai tetapi agak sukar, sebab apabila bermandi-manda di kolam renang, mereka bukan sahaja berenang dengan aktif malah ciri-ciri keselamatannya juga perlu diberi perhatian. Oleh itu apabila saya dapati sukar mendapatkan fesyen pakaian mandi yang sesuai, maka saya ubah fesyen baju mandi dari luar negeri yang boleh diterima di sini.”
Sejak diedarkan setahun yang lalu sambutan yang diterima daripada kaum Muslimah sungguh menggalakkan berikutan rekaannya dijual dalam bentuk satu set pakaian mandi, seluar dan topinya sekali.





December 23rd, 2007 at 10:50 pm
Salaam..
I was bloghopping..Nice blog..Hope to know u better.Insya Allah
December 31st, 2007 at 12:11 am
W’salam
Shukran jiddan for spending some of ur precious time visiting my incomplete blogger & also for the sweet compliment. InsyaAllah, we’ll get to build up the chain of Ukhwah between us. To u I would like to wish, Salam Ukhwah Fillah.
January 5th, 2008 at 10:32 pm
Saya org singapura , di manakah boleh saya mendapatkan pakaian renang muslimah yang di iklankan?
January 6th, 2008 at 11:25 pm
Saudari Lina boleh ke lelaman web berikut untuk butir-butir selanjutnya:
http://www.thaya.sg
atau pun saudari boleh terus menghubungi
Cik Aminah Abdullah
9749-2373
atau pergi sahaja ke salon Khairunisa di Kembangan Plaza.
Terima kasih kerana sudi melawat webblog saya yang serba kekurangan ini. Salam Ukhwah Fillah.
August 15th, 2009 at 1:26 pm
saya seorang ibu punyai tiga orang anak . Minat berfesyen tetapi sukar untuk mengaya muslimah sebab faktor umur yang telah meningkat ke 40 an.
Bertubuh kecil , berat cuma 45kg
December 16th, 2009 at 9:23 pm
Baju renang muslimah di thaya.sg ada tak design “hipster” seperti yang terdapat di Ruby’z Swimwear Online Store (model R0030, Woman Black Stripes):
http://www.rubyzent.com
Saiz yang saya hendak (Size M), mereka takde
January 31st, 2010 at 10:22 pm
sape2 tau…cmne nk cri bju renang muslimah bertudung kat internet ni
February 17th, 2010 at 10:40 pm