Lelaki terganggu oleh Wanita Berpakaian ‘SEKSI’?

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Kenyataan daripada Menteri Besar Kelantan:
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Kaum lelaki Islam di Malaysia sedang menderita tidak boleh tidur nyenyak dan tidak dapat bersolat dengan tenang. Ini kerana fikiran mereka terganggu oleh bilangan wanita-wanita berpakaian seksi yang semakin meningkat di khalayak awam, demikian menurut pandangan seorang ulama’ terkenal semalam.

Mursyidul Am Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata beliau mahu membincangkan tentang “penganiayaan emosi” yang dihadapi kaum lelaki kerana ia jarang dibincangkan, kata PAS dalam lamannya semalam.

“Kita selalu (mendengar tentang) penganiayaan kanak-kanak dan isteri-isteri dalam rumah tangga yang mudah ditanggap mata tetapi penganiayaan emosi terhadap kaum lelaki tidak dapat dilihat,”

kata Datuk Nik Abdul Aziz.

“Solat kita hilang tumpuan dan tidur kita sering terganggu,”

tambahnya.

Datuk Nik Abdul Aziz pernah membuat kenyataan-kenyataan kontroversial terhadap wanita di masa lalu termasuk menggesa kaum wanita supaya berhenti memakai gincu dan minyak wangi untuk mengurangkan risiko mereka dirogol.

Kumpulan-kumpulan hak asasi wanita pernah menyelar kenyataan-kenyataan beliau, sambil berkata bahawa Islam mengajar kedua-dua lelaki dan perempuan supaya bertanggungjawab ke atas kesopanan mereka.

Mereka berkata, kenyataan-kenyataan seperti itu menggalakkan berlakunya kejadian rogol kerana ia meletakkan tanggungjawabnya ke atas wanita.

PAS, yang dipimpin Datuk Abdul Aziz, mempunyai 800,000 anggota. Laman web PAS menyiarkan contoh pakaian wanita secara grafik – dengan memakai tudung panjang yang menutupi rambut dan dada mereka serta baju panjang yang “besar dan longgar” hingga ke tanah.

Kebanyakan wanita Melayu/Islam Malaysia memakai pakaian Islam yang sederhana, walaupun wanita-wanita lebih muda kadangkala memakai baju atau kemeja-T ketat dan seluar jean. - AP

14 thoughts on “Lelaki terganggu oleh Wanita Berpakaian ‘SEKSI’?

  1. Sabda Rasulullah SAW,

    “Maju mundurnya sebuah bangsa dan negara bergantung bagaimana wanita yang ada di dalam negara tersebut,”

    Kenyataannya sangat menyedihkan. Negara yang dikatakan majoriti Islam, tetapi lebih ramai wanita berpenampilan yang tidak mencerminkan keislaman seorang muslimah menurut aturan Allah dan Rasul-Nya. Aurat wanita amat mudah dilihat di negara Islam kita daripada yang tertutup. Dan yang lebih dasyat lagi, mereka berpendapat bahawa menutup rambut atau aurat, bukanlah sebuah KEWAJIPAN.

    Saudariku…
    Begitu pun dalam Al-Qur’an surah An-Nuur dan Al-Ahzab mengatakan bahawa menutupi rambut itu wajib hukumnya, tetapi bukan bererti sekadar menutupi rambut sahaja.

    Allah memerintahkan,

    “Ulurkan Jilbabmu menutupi dada” (Surah An-Nuur:31) & “Ulurkan Jilbabmu menutupi tubuh” (Al-Azhab: 59)

    p/s: Ingatlah wahai kaumku… Syaitan menggoda setiap lelaki melalui wanita.

  2. Bukan salah. Tapi kalau drpd Berita Harian, Utusan Malaysia dan lain2 media bawah kerajaan tu kena2 hati2 sikit.

    Kadang2 tu ada jugak fakta2 yg cuba disembunyikan. Mereka keluarkn berita pasal pemimpin2 pembangkang pun bukan saja2…kadang2 tu ada udang di sebalik batu. :D

    Contoh ayat mereka yg kt artikel atas tu:
    Datuk Nik Abdul Aziz pernah membuat kenyataan-kenyataan kontroversial terhadap wanita di masa lalu termasuk menggesa kaum wanita supaya berhenti memakai gincu dan minyak wangi untuk mengurangkan risiko mereka dirogol.

    Sebenarnya perkara nie dah lama dibahaskan oleh ulama2 feqah. Tuan Guru Nik Abdul Aziz cuma m’peringatkan balik apa yg org ramai telah lupa. Lalu di anggap kenyataan kotroversi.

    Bleh baca artikel pasal bergincu tu kt sini:
    http://www.brunet.bn/news/pelita/20jun/irsyad.htm

  3. @ Abang Izo:

    Terima kasih atas teguran tu. Lain kali saya akan lebih berhati-hati tetapi saya tidak menganggap kenyataan Datuk Nik Abdul Aziz sebagai satu kontroversi. Ada benarnya kenyataan Datuk Nik Abdul Aziz itu sekiranya kita teliti ia dengan baik.

    Yang menjadikan ia kontroversi adalah mereka yang tidak dapat menerima teguran dan hukum dari Allah SWT ini. Mereka ini sering melaungkan hak asasi individu. Sedangkan hak asasi sebagai seorang manusia itu adalah budaya dari Barat yang telah menyerap ke dalam masyarakat Melayu/Islam kita. Mereka ini adalah golongan munafik ibarat gunting dalam lipatan. Mereka sanggup menjatuhkan martabat agama Islam itu sendiri. Disebabkan hak asasilah seorang Bapa tidak dapat melakukan apa-apa ketika anak Perempuan mereka menukar agama menjadi murtad.

    Seandainya Bapanya berkeras untuk mempertahankan akidah anak Perempuannya itu, dengan sedihnya Bapanya itu akan diseret ke Makhamah untuk disaman. Kononnya anak Perempuannya itu sudah menjangkau 18 tahun dan dibolehkan memilih agamanya sendiri. Itulah dia yang mereka bangga-banggakan hak asasi sebagai seorang Manusia dan saman-menyaman. Ciptaan dari Barat yang masyarakat Islam kita amalkan sekarang ini.

    Kalau tidak mahu memilih untuk mengikut ajaran Allah & Rasul, maka berbagai alasanlah yang akan mereka berikan sehingga kenyataan seorang Ulama’ itu diperlekehkan dan menjadi satu isu kontroversi. Astaghfirullah Halazim… :(

  4. @ biskutz,

    Salam buat awak juga. Terima kasih kerana sudi melawat blog saya yang tak seberapa ini. Insya-Allah jika diizinkan-Nya akan saya update blog ini dengan isu-isu yang menarik dalam masa yang akan datang. ;)

  5. Salam perkenalan

    banyak kebenaran disebalik kata2 tok guru tu.

    Jika membuat sesuatu hanya menggunakan aqal fikiran semata2..maka akan banyak kekurangan yang berlaku tetapi seandainya menggunakan alquran dan hadith sebagai sumber rujukan maka sudah tentu ALLAh akan mempermudahkan segala urusan kita.

    Ramai yang sanggup menderhaka pada suruhan ALLAH.

    Salam hormat dari saya

  6. @ AfzaiAfandi

    Salam Ukhwah.

    Terima kasih kerana sudi melawat blog saya yang tidak seberapa ini & sudi memberi komen.

    Betapa akal itu tidak ada gunanya jikalau ia tidak digunakan untuk berfikir. Allah SWT jadikan akal kepada manusia supaya dia dapat berfikir mana yang benar dan mana yang salah. Dengan itu, jika seseorang itu mempunyai akal tetapi dia tidak dapat mencari kebenaran dengan akalnya serta dia pun tidak dapat menyuluh syariah dengan akalnya itu seperti orang yang tidak mempunyai akal sama sekali.

    Salam hormat juga daripada saya.

  7. salam, minta izin utk copy and paste kat my blog….
    utk d kongsi bersama teman2 yg lain..

    salam alaik…

  8. Alaikumussalam Aryani Khaleedah.

    Yang utama, saya ingin berterima kasih kepada saudari kerana sudi melawat blog saya yang banyak kekurangannya.

    credits itu hanya milik Allah s.w.t. Saya izinkan sesiapa sahaja untuk copy and paste artikel di dalam blog saya ini di mana-mana blog yang lain. ;)

    Allah yubarrik fik. :)

  9. alhamdulillah..terima kaseh saudari muslimah…
    smoga Allah memberkati kamu jua..:)

  10. telah terlepaslah orang sejak azalinya buta dari persoalan di akhirat kelak.
    Namun undang-undang penjajah negara kita memang melindungi hak wanita (kononya) sehingga tiada batasan . Dalam Islam yang ditegah dalam syariah, adalah untuk kebaikan dan keselamatan umat manusia seluruhnya bukan individu tu sahaja.
    KIta kena patuh kerana undang-undang Allah itu amat lengkap kerana Allah yang mencipta semua makhluk dan semestinya Yang Maha Esa adalah MAha mengetahui.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>