For I wear it so proudly. (:
-
Alhamdulillah kerana saya dipertemukan dengan sebuah video klip tentang Hijab. Lagu ini khas dinyanyikan oleh Sami Yusuf. Liriknya cukup bermakna dan menyentuh hati saya. Sedang duduk di ruang tamu, saya jadi terfikir sejenak. Tidak saya sangka Hijab telah menjadi satu isu kontroversi yang sangat luas. Hijab menjadi satu isu kontroversi yang sangat panas. Walhal Hijab adalah kewajipan bagi setiap Muslimah untuk menggunakannya. Maaf, pembetulan. Ia adalah kewajipan bagi setiap wanita Muslim untuk memakainya. Tetapi isu Hijab menjadi gelak ketawa para orang-orang kafir di dunia yang fana ini. Melihat penderitaan mereka, saya cukup terasa dengan penghinaan yang dilemparkan. Ujian yang mereka lalui setiap hari cukup berat dan cukup perit.
Saya jadi pelik. Sangat pelik apabila di negeri yang kecil ini dibenarkan melakukan kewajipan sebagai salah seorang wanita Muslim untuk memakai Hijab, malah kita tidak hiraukan. Pakaian barat yang sangat memalukan menjadi tarikkan para wanita Muslim di sini. Kenapakah ini semua terjadi?
Dan seringkali saya akan terlihat di web-web social networking yang menjadi kegilaan para manusia hari ini, mempunyai terlalu banyak gambar-gambar yang mengaibkan. Mereka gemar mengeksploitasikan gambar wanita yang boleh saya katakan terlanjang tetapi bersayap ibarat Angel yang menjadi kebanggaan setiap daripada mereka. Ia adalah trend masakini untuk memberikan komen seperti itu kepada sahabat-sahabat mereka melalui komen box yang tersedia ada. Bukan sukar, hanya perlu cut and paste html code gambar tersebut dan submit! Tetapi pernahkah anda semua berfikir bahawa itu adalah rahsia seorang wanita? Malah yang menerima komen tersebut adalah wanita sendiri. Dia malah tersenyum menerima komen tersebut. Apakah mereka menganggap itu sebagai satu kehormatan? Kadang-kala maruah seorang wanita zaman kini amat tercabar oleh pemikiran yang cukup kotor. Lelaki yang ada disekeliling pun kadang-kala tidak dapat diharapkan.
Lihat sahaja lelaki arab yang tergila-gilakan perempuan Lucah. Merata-rata gambar mereka si arab mempamerkan di web gallery mereka. Arab christian? Tidak mungkin… Mereka adalah Islam… Yang anak muda melayu Islam saat ini sedang asyik melayan nafsu masing-masing. Berzina di sana sini seperti satu perkara biasa yang tiada lagi haramnya. Gambar dan video web lucah sangat laris menjadi iklan untuk web masing-masing hanya kerana inginkan keuntungan daripada setiap visitors yang berkunjung. Lariskah traffic? Sudah tentu laris bukan? Web dan gambar lucah, siapa yang tidak minat? Perrrrrrcumaa pula tu. Soal wang, hukum diketepikan. Syabas! Cuz you’ve been certified as a Loser.
Dan salah satu video klip yang ingin saya berkongsi bersama anda di youtube adalah:
P/s: Niat di hati sedikit pun tidak ada keinginan untuk menghina sesiapa yang membaca. Tetapi ini adalah peringatan untuk diri saya dan juga anda. Kenapa takut untuk meninggalkan dunia yang menggoyahkan iman? Takut meninggalkan dunia trendy anda? Kerana hanya takut dipanggil seorang yang kental? Kalau tidak ada saudara Islam untuk menegur diri kita yang selalu lemah ini, siapa lagi untuk menegur kelalaian kita yang mungkin tersesat jauh dan meninggalkan-NYA… Semoga kita semua insaf dan selalu peka dengan keadaan di sekeliling yang berusaha memusnahkan jiwa kita sebagai seorang Islam yang sejati. Wallahu ‘alam…




January 2nd, 2009 at 11:19 am
dah jadi lumrah manusia suka terikut2 dgn trend masakini.

terutamanya wanita.wanita dan trend fashion x dpt dipisahkan.
tapi tak salahkan sis…kalau kita bergaya..asal tak melanggar dress code yg digariskan Islam..
Semoga Allah memelihara kita semua..
January 2nd, 2009 at 11:37 am
hey cayaaang…!! I love dis post!! Erm…dari mana u dapat dis video? May i get tat video too?? Tat if u allow me to deary…Oh …n i love dis sami yusuf song… i have not been following up on his new albums n songs n all. U have his latest album eh yang?? Hope u kip me updated dearie…
January 2nd, 2009 at 11:43 am
Memang benar bahawa tiada salahnya jika sebagai seorang muslimah ingin bergaya. Bergaya dengan niat yang baik dan suci, tidak melanggari syariat Islam. Bukankah Islam mengajar kita untuk mempamerkan kebersihan & keindahan kepada mereka yang bukan Islam. Apa maksud bagi “kebersihan & keindahan” dalam Islam? Bukan dengan pakaian buka-bukaan di sana sini. Bukan dengan mempamerkan rahsia diri kepada orang ramai. Dengan pakaian yang tersendat menampakkan kejelekkan diri sendiri. Kenapa mereka lebih memilih untuk berpakaian sebegitu rupa sedangkan ia amat jelek dipandang orang? Kerana takut jika tiada ramai kawan di sekeliling? Takut jika tiada sesiapa yang ingin masuk meminang? Takut jika diri tidak digelar sexy???! ALLAH menciptakan setiap hamba-hamba-NYA mempunyai keistimewaan diri masing-masing. Pamerkan ia dengan bijak, akhlaq yang mulia, kesucian hati walaupun rupa cukup sederhana. Namun, tetap kelihatan cantik dan cukup indah. Lihat sahaja wanita-wanita yang terbilang kecantikan mereka. Lihat sahaja rupa mereka tentu sahaja bibir mengucapkan MasyaALLAH! tetapi sayang seribu kali sayang, apabila cantik mereka hapus oleh keruntuhan akhlaq, kehilangan malu dalam diri, kerendahan maruah atau martabat sebagai seorang wanita muslim dan trend seperti inikah yang harus kita jejaki? Kenapa tidak percaya kepada kasih sayang yang ALLAH berikan? Bukankah jejak langkah yang baik adalah perjalanan para sayidatina kita dahulu? Doa kami semoga mereka berubah dan insaf atas perlakuan mereka selama ini. Kerana kami saudara semuslim mereka masih peduli akan kerosakan iman yang mereka sedang hadapi.
P/s: Sis yana ku sayang… Terima kasih yer kerana selalu sudi berkunjung ke bilik rediesh yang banyak kekurangannya ini. Dan selalu bersinggah untuk memberi komen yang cukup membina di sini. Kita adalah hamba-hamba-NYA yang sama-sama dhoif di hadapan-NYA jua. (:
January 2nd, 2009 at 11:51 am
Yaya darling. My hand cannot stop moving from one site to the other. Then abruptly this site attracts me. It’s samiyusufonline.com (: And this video here, I took it from imeem. Just type in “i wear it so proudly” under the search column and you’ll get the code! If you wanna know more about his new albums and stuffs, kindly visit any of these two website:
http://www.samiyusufonline.com
OR
http://www.samiyusuf.com
P/s: I miss you so much!!
You know what darl, you always remind me of our times in friendster. I still miss those love letters through those testimonial. Wow… You’re such a sweet person. So larling, bile lagi nak makan nasi minyak yer? Jangan lupe jemputlah abeen. Abeen kangen banget sama kamu! Mane tau anak raja brunei mane yang datang meminang kamu. Kamu siiikkk diam aja… ga’ ada berita… Tau-tau komennya aja ku terima. Tumbin, tentang diri kamu ga’ pernah diceritain.. Udah tunang kek belum kek? kawen kek? Oops! kapan..kapan..diberitau dong. Ku tetep nunggu di sini. Seperti biasa, ku kangeeeeennnn banget sama kamu. (: