Logo Background RSS

Cakap Salah! Tak Cakap Pun Salah?!?

  • Written by MuslimahMuslimah 2 Comments2 Comments Comments
    Last Updated: March 14th, 2007

    Dalam menjalani tugas seharian, saya menemui ramai remaja Melayu Islam yang telah terlanjur mengadakan hubungan #### di luar nikah. Ramai yang hamil gara-gara #### tanpa perlindungan. Ada yang datang untuk mencari jalan keluar mudah bagi menerusi proses pengguguran. Ada yang berhajat untuk menggugurkan kandungan, tetapi didapati sudah terlewat kerana usia kehamilan sudah lanjut.

    Ada yang datang bersendirian dan ada pula yang datang dengan pasangan dan ibu bapa. Ada yang dalam berkeadaan sedih, kecewa dan kesal. Ada pula yang bersikap tidak kisah dan tidak ambil peduli. Ada yang tampil dengan berpakaian yang sopan dan bertudung. Ada pula yang cukup bergaya dengan pakaian serba modern dan seksi, mendedahkan tatu yang menghiasi tubuh.

    Walaupun saya adalah antara doktor pakar perbidanan yang tidak melakukan proses pengguguran, saya tidak terkecuali daripada tanggungjawab untuk menguruskan wanita-wanita hamil yang meminta untuk menggugurkan kandungan mereka. Biasanya saya setakat menemu bual wanita-wanita berkenaan dan tugas pengguguran akan saya serahkan pada rakan sekerja yang sanggup melakukannya. Sewaktu saya mula bertugas dalam bidang perbidanan, saya berpendirian tegas dan mempunyai semangat jitu untuk berusaha mengatasi masalah-masalah seperti pengguguran, kehamilan luar nikah, #### di kalangan remaja, dan jangkitan kelamin dan kegiatan #### rambang.

    Tetapi, sepanjang menjalani tugas ini, saya menempuh pelbagai pengalaman dan kekecewaan yang melemahkan dan mematahkan semangat. Teringat saya sebuah kisah apabila saya berdepan dengan seorang gadis remaja yang memerlukan rawatan untuk masalah jangkitan kelamin. Menerusi perbualan saya dengan beliau, saya bertanyakan mengapakah beliau melakukan #### luar nikah. Dengan nada yang agak selamba beliau telah menafikannya. EH, eh… budak ni, jika beliau tidak melakukan hubungan #### masakan pula beliau telah dijangkiti kuman hasil dari hubungan tanpa perlindungan?? Jawapan yang diberikan ialah beliau kurang pasti sama ada beliau telah mengadakan hubungan #### dan beliau juga kurang pasti dengan siapa beliau mengadakan hubungan tersebut. (Mcm ni punye perempuan pun ade ke?? haizzz)

    Ini adalah kerana sewaktu kejadian itu berlaku, beliau sedang mabuk kerana telah mengambil minuman keras mengandungi alkohol. Macam mana ini??!! Sudahlah dijangkiti penyakit kelamin, entah hamil ke tidak si budak ini rupanya suka menogok minuman keras rupanya. Ujian selanjutnya menunjukkan bahawa gadis remaja ini disahkan hamil!! Apabila saya memberitahu hasil ujian, remaja ini menangis tidak terhenti-henti. Beliau amat kesal atas perbuatannya dan merayu kepada saya supaya merahsiakan duduk perkara. Beliau telah membuat keputusan untuk menggugurkan kandungan tanpa pengetahuan ibu bapa. Ini sememangnya diizinkan dibawa undang-undang, remaja boleh menjalani proses pengguguran tanpa pengetahuan dan keizinan daripada ibu bapa. (Ini aku salahkan government.) Namun, saya berada di dalam keadaan dilema. Haruskah saya memberitahu remaja ini supaya dapat melibatkan mereka dalam menyelesaikan masalah yang dialami oleh anak gadis mereka?

    Tetapi sebagai seorang doktor, saya tertakluk kepada persefahaman bahawa saya dikehendaki untuk memelihara dan menghormati keperibadian pesakit-pesakit saya. Saya menjadi serba salah. Kalau cakap salah, kalau tidak cakap pun saya rasa bersalah.

  1. #1 kamal
    January 12th, 2009 at 2:39 pm

    mcm mne nak gugurkan baby

    Post ReplyPost Reply
  2. #2 Muslimah
    January 12th, 2009 at 8:47 pm

    Ouh… Jadi saya perlu jawab soalan awak nilah yer?

    Post ReplyPost Reply
Leave a Comment
This is a Gravatar-enabled website. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.com

  • :em59:
  • :em04:
  • :em27:
  • :em56:
  • :em03:
  • :em61:
  • :em10:
  • :em30:
  • :em63:
  • :em70:
  • :em42:
  • :em65:
  • :em48:
  • :em47:
  • :em51:
  • :em39:
  • :em21:
  • :em12:
  • :em26:
  • :em31:
  • :em44:
  • :em55:
  • :em54:
  • :em08:
  • :em18:
  • :em38:
  • :em01:
  • :em02:
  • :em52:
  • :em46:
  • :em40:
  • :em07:
  • :em68:
  • :em35:
  • :em17:
  • :em09:
  • :em58:
  • :em60:
  • :em28:
  • :em14:
  • :em57:
  • :em53:
  • :em67:
  • :em49:
  • :em62:
  • :em05:
  • :em45:
  • :em32:
  • :em29:
  • :em20:
  • :em64:
  • :em50:
  • :em15:
  • :em19:
  • :em33:
  • :em23:
  • :em24:
  • :em37:
  • :em71:
  • :em66:
  • :em06:
  • :em22:
  • :em16:
  • :em69:
  • :em25:
  • :em41:
  • :em43:
  • :em34:
  • :em11:
  • :em13:
  • :em36: