Buah Kasih II

Wahai muslimah yang dirahmati Allah, pernahkah engkau berfikir bahawa dengan mengikuti perintah menutup aurat, banyak keuntungan yang anda dapatkan. Ada sebuah ketenangan, tenang untuk dilihat dan tenang untuk dipandang. Kebersihan terjaga, terlindung dari teriknya sang mentari dan akan terasa lebih hangat manakala dingin menggigit.

Wahai muslimah, dengan perilaku yang sopan dan pakaian tertutup indah menawan, insya-Allah akan membuat mata tenang memandang. Saat mata memandang pada dua sudut yang berbeza, yang satu melihat tubuh yang dibalut dengan kain serba ketat hingga mudah untuk dilihat, sedangkan yang satu tertutup rapi dan membuat mata tenang memandang. Jika nurani berkata jujur, baik lelaki atau pun wanita insya-Allah akan tenang memandang pada yang tertutup. Jadi untuk siapakah kita mempamerkan aurat tersebut? Untuk kebahagiaan dan kepuasan semata-mata? Kebahagian yang mana? Kepuasan yang seperti apa? Apakah kerana kebanggaan? Sememangnya diri kita milik siapa? Yang punya badan menyuruh untuk menutup, kita malah ingin mempamerkannya, tidak malukah kita? Membanggakan sesuatu yang sudah ternyata bukan milik kita?

Pandangan yang penuh cemuhan, bahkan kadang-kala menyusahkan dan orang yang suka (bukan bererti menghormati, tetapi terdorong nafsu berahi) dan relakah kita dengan pandangan seperti itu? Silakan merenung dan berfikir kerana kebahagiaan hati tidak bisa ditukar dengan pujian dan sanjungan apalagi penuh kepalsuan. Segeralah cari redha Illahi dengan mengikuti segala perintahnya.

Credits given to: Euis Srimulyati

Fitrah Power - Tingkatkan Keupayaan Diri Anda


You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

AddThis Social Bookmark Button

Leave a Reply