Aurat.

Khas Buat Wanita Tercinta – Kenapa Mesti Wanita
Menutup Aurat? (33:59)

Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-
anak perempuanmu dan isteri-isteri orang
mukmin: “Hendaklah mereka berjilbab (bertudung
dan berpakaian labuh) menutupi tubuh mereka.”
Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah
untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu.
Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang. (33:59)

Berdasarkan ayat di atas, ALLAH telah jelas
menyatakan perihal mengapa wanita wajib
berjilbab (bertudung dan berpakaian labuh yang
menutupi tubuh mereka dengan sempurna).

Berikut saya point-kan beberapa hikmah menutup
aurat (bagi wanita) berdasarkan ayat di atas
secara ringkas:

1.Sebagai lambang bahawa mereka
adalah wanita yang beriman dan bertaqwa. Wanita
yang sentiasa beriman dan taat, pasti akan
sentiasa mengikuti apa sahaja yang diperintahkan
oleh ALLAH dan Rasul-NYA dan meninggalkan
sebarang perkara yang dilarang di dalam
agamanya (Islam). Berbeza dengan mereka yang
tidak beriman (tanpa mengira lelaki mahupun
wanita), mereka amat engkar dengan perintah
ALLAH dan Rasulullah. Pendek kata, ada sahaja
alasannya untuk menolak ketetapan ALLAH.
Maka, renungilah ayat berikut:

“Orang-orang munafik laki-laki dan perempuan
sebahagian dengan sebahagian yang lain adalah
sama, mereka menyuruh membuat yang mungkar
dan melarang berbuat yang ma’ruf dan mereka
menggenggamkan tangannya (kikir). Mereka telah
lupa kepada Allah, maka Allah melupakan mereka.
Sesungguhnya orang-orang munafik itu adalah
orang-orang yang fasik.” (09:67)

2.Berupaya mengelakkan gangguan
daripada golongan yang berhati jahat. “…karena itu
mereka tidak di ganggu”…. Bagi point yang kedua
ini, saya ingin membawakan satu perumpamaan.
Andainya kita seorang lelaki dihidangkan dengan
satu ‘show’ yang menayangkan wanita dengan
keadaan yang amat menghairahkan (seksi), sudah
tentu nafsu syahwat si lelaki akan terangsang
sekaligus mencetuskan satu niat yang jahat
untuk ‘mendapatkan’ wanita yang dilihatnya itu
atau pun wanita lain yang seumpamanya bagi
tujuan nafsunya. Tapi, berbeza pula jika kita
sebagai lelaki diperlihatkan dengan wanita-wanita
solehah yang sentiasa menjaga adabnya sebagai
seorang muslimah yang mana lengkap berjilbab.
Pasti sejuk mata memandang lalu mampu
mendetikkan rasa keinsafan (malu) dalam diri si
lelaki. Begitulah hakikatnya peranan jilbab mampu
mencegah hati-hati manusia yang berniat jahat.

Dalam ayat yang lain, ALLAH menyatakan perihal
yang sama tetapi memfokus kepada suara
wanita, “Janganlah perempuan-perempuan itu
terlalu lunak dalam berbicara sehingga
berkeinginan (menghairahkan) orang yang ada
perasaan dalam hatinya (berhati jahat). (33:32)

3.Membezakan sama-ada wanita itu
muslim atau non-muslim. “…supaya mereka lebih
mudah untuk dikenal…”. Ssebagai seorang wanita
muslim, sewajibnya mereka menutup aurat dan
bertudung. Yang dengan itu, sekaligus
membezakan mereka dengan gaya orang yang
bukan muslim. Dan berdasarkan Tafseer Ibn
Katheer, jilbab membezakan di antara wanita
hamba dengan wanita yang merdeka di mana
orang yang merdeka wajib bertudung. Manakala
dalam tafsiran yang lain, dinyatakan bahawa
pemakaian tudung dan penutupan aurat
melambangkan dia adalah wanita yang
bertamadun kerana tahu menjaga kehormatannya.

Renungan:

Ingatlah rakan-rakan wanita ku. Jika anda
menganggap pakaian ‘haram’ yang anda
peragakan itu lebih cantik daripada pakaian yang
disarankan oleh ALLAH, maka sebenarnya anda
telah cuba menyatakan bahawa pakaian yang
disarankan oleh ALLAH itu adalah tidak cantik.
Maka, di masa anda menyatakan demikian
(ditambah anda mempraktikkannya), maka anda di
saat itu sedang melakukan suatu kesyirikan yang
tidak kurang besarnya, dan menunjukkan anda
sungguh berani kerana perbuatan anda itu
sebenarnya menunjukkan anda sedang melawan
(memprotes) ALLAH. Na’uzubillah…

ALLAHU ‘ALAM…

Rujukan:

Tafseer Ibnu Katheer (English)
Al-Asas fit Tafsir , As-Syeikh Said Hawa
Toronto Star, R. Stevenson, 23rd January 2002.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>