Dikatakan bangunan mencakar langit?? Melepasi awan pun tidak kesampaian. (=
Manusia hanya mampu bermimpi di siang hari. Bukankah lebih baik jika duduk di atas satellite? =D Jangan sesekali turun ke bumi, bukankah itu satu cadangan yang baik? Malahan kita sebagai seorang Musleem yang hidup dipenuhi kemewahan harta hasil dari bumi ALLAH bisa membantu pejuang-pejuang ISLAM (rakyat-rakyat Palestina) atau Masjid Al-Aqsa yang hampir roboh itu. Bukankah itu satu tanggungjawab serta ibadah yang sangat baik. Di mana harta diagih-agihkan kepada mereka yang memerlukan.
Wahai bangunan-bangunan tinggi yang kononnya mencakar langit, bila bumi digoncangkan ALLAH sedikit sahaja, bangunan-bangunan ini akan tergolek dan runtuh dengan sekelip mata . Apakah kita masih bisa mempertahankannya? Bukankah ia ibarat satu pembinaan yang sia-sia. Yang lebih memerlukan, tidak lagi difikirkan dan dihiraukan lagi. Mereka saling mendabik dada, bangga dengan kemampuan mereka membina bangunan-bangunan yang dikatakan mencakar langit. Kononnya sahaja.
Ia adalah satu ‘kebanggaan dan kemajuan’ buat negara Islam tetapi tidak bagi sudut ukhrawih sebab bangunan tinggi bukanlah status keimanan malahan mendatangkan ‘hubbun dunya’ semata-mata.
- Musleemah
ada t sesapa blh ajar sy buat blog??
Musleemah says: Belum ada satu orang pun yang saya pernah mengajar membuat blog. Jika saya ingin menunding jari kepada yang lebih a’rif, saya tidak begitu berani. Ini kerana mungkin sahaja orang itu belum ada masa atau waktu-waktu yang terluang untuk mengajar membuat blog sendiri. Semoga sahaja awak dipertemukan dengan orang yang sudi mengajar awak dengan ikhlas. Insya-ALLAH. (=