
Musleemah says: Kalau difikir-fikirkan, ada betulnya juga dengan gambar di atas ini. Kalau zaman dulu-dulu, TV’nya besar montok (yakni bulat comey) manakala orangnya ramai yang kurus-kurus belaka. Kalau zaman kini, TV’nya semakin tahun berganti tahun, semakin menipis ia dicipta oleh idea-idea kreatif manusia. Manakala orang-orangnya pula… t a k u t saya ingin ungkapkan di sini. Jangan salah ertikan apa yang telah saya perkatakan. Mungkin ada sesiapa diantara pembaca-pembaca di sini yang sudi memberi pandangan tentang gambar di atas ini. Think out of the box. (=
Pada hemat saya, biar sebesar mana badan seseorang itu tidak kira zaman dulu atau zaman sekarang, yang penting dia sihat. Kadang-kala orang yang berbadan kurus tidak dapat kita nilai dari segi kesihatannya. Ramai juga yang kurus-kurus menghidapi sakit jantung, kencing manis dan sewaktu dengannya. Wallahu a’lam bisowob.
Sebaik-baik harta yang dianugerahkan oleh ALLAH
kepada kita adalah Kesihatan. (=
Asalam o Alikum………..To all Malay Sisters & Brothers ………..And enjoy the articles of Muslimah……..
Take Care all their self……..ALLAH Hafiz
Kegemukan menunjukkan berlebihnya makan mengikut keperluan tubuh badan (makan ikut selera). Kita dituntut bersederhana dalam permakanan dan mengawalnya. Makanlah sesuatu yang baik untuk tubuh badan, bukan yang memudharatkan. Jika gemuk sampai memudaratkan diri (kesihatan semakin teruk), bermakna cara permakanan kita tidak betul.
pada pandangan sye dulu (70an n 80an) orang kurus2 adalah disebabkan oleh pekerjaan pada masa waktu itu byk mengunakan tenaga ketika bekerja berbanding sekarang (90an n 20an)banyak menggunakan pemikiran ketika bekerja jadi kurang pergerakan…ini jugak bagi sye adalah menjadik factor utama..tp sye rase yg penting untuk mengatasi masalah ini adalah disiplin diri..
Dengan kata lain boleh kita katakan orang sekarang makan tidak seimbang dengan penggunaan tenaga. Guna tenaga sedikit, tetapi makan lebih. Kena pula orang sekarang sudah mewah dan ramai yang suka makan ayam bandar yang gemuk2 tu. Dulu, ramai yang makan ayam2 kampung yang dagingnya tak banyak lemak.
Perasan atau tidak, tabiat binatang yang kita makan itu juga akan mempengaruhi tabiat kita. Umpamanya orang yang banyak makan ayam bandar yang malas, lembab dan melepak sahaja, menyebabkan manusia yang memakannya pun bersifat demikian.
Namun kalau kita makan ikan laut yang bersifat pantas dan meneroka dasar2 laut, kita akan melahirkan manusia yang cerdas berfikir dan suka menerokai ilmu.
Jadi ubahlah cara permakanan kita ke arah pembentukan attitude yang menyamai insan, bukannya binatang ternak.
Technology in some conditions make people more lazy, its so easy to doing everything without having too much energy. Thats the bad impact of technology.
Namun yang terpenting adalah, akan seperti apa pun teknologinya, kita usahakan agar tidak terlalu berlebihan, baik itu berlebihan ketika makan, berlebihan ketika tidur sehingga pola hidup tidak terganggu
Bergantung juga dengan attitude manusia itu. Jika manusia itu memang jenis pemalas, takde teknologi pun dia pemalas. Tetapi kesenangan memang selalu melalaikan manusia. Bila sudah hidup senang, mula lalai dan banyak menghabiskan masa untuk makan dan buat aktiviti kurang membakar lemak. Akhirnya badan jadi gemuk.
Gemuk bukannya sifat fitrah manusia. Allah cipta manusia dalam bentuk tubuh yang seimbang (tidak terlalu gemuk dan tidak terlalu kurus). Jika kita seorang yang memerhatikan apa yang kita buat pada diri kita, pasti kita akan jaga permakanan kita.
Permakanan juga mempengaruhi jiwa. Jika yang lemah mengawal selera makan, menunjukkan lemahnya manusia itu mengawal nafsu. Kerana itu dalam Islam ada ibadah puasa. Namun jika kita lihat dalam masyarakat Melayu-Islam, kegemukan sudah macam jadi satu kebiasaan. Sebab kita tidak nampak di sebalik kegemukan menunjukkan manusia itu lemah mengawal nafsu.