
Cinta seorang lelaki kepada wanita dan cinta wanita kepada lelaki adalah perasaan yang manusiawi yang bersumber dari fitrah yang diciptakan oleh Allah Subhanallahu wa Ta’ala di dalam jiwa manusia, yaitu kecenderungan kepada lawan jenisnya ketika telah mencapai kematangan fikiran dan fisiknya. Sebagaimana Firman Allah Subhanallahu wa Ta’ala, yang ertinya:
“Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya adalah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantara kamu rasa kasih sayang. “Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. (QS. Ar Rum: 21)
Cinta pada dasarnya adalah bukan sesuatu yang kotor, kerana kekotoran dan kesucian tergantung dari bingkainya. Ada bingkai yang suci dan halal dan ada bingkai yang kotor dan haram. Cinta mengandungi segala makna kasih sayang, keharmonian, penghargaan dan kerinduan, disamping mengandungi persiapan untuk menempuh kehidupan dikala suka dan duka, lapang dan sempit.
Cinta Adalah Fitrah Yang Suci
Cinta bukanlah hanya sebuah ketertarikan secara fisik saja. Ketertarikan secara fisik hanyalah permulaan cinta bukan puncaknya. Dan sudah fitrah manusia untuk menyukai keindahan. Tetapi disamping keindahan bentuk dan rupa harus disertai keindahan keperibadian dengan akhlak yang baik dan mulia.
Islam adalah agama fitrah kerana itulah islam tidaklah membelenggu perasaan manusia. Islam tidaklah mengingkari perasaan cinta yang tumbuh pada diri seorang manusia. Akan tetapi islam mengajarkan pada manusia untuk menjaga perasaan cinta itu, dirawat dan dilindungi dari segala kehinaan dan apa sahaja yang mengotorinya.
Islam mebersihkan dan mengarahkan perasaan cinta dan mengajarkan bahawa sebelum dilaksanakan akad nikah harus bersih dari persentuhan yang haram.
Menikah Tanpa Cinta
Adakalanya sebuah pernikahan terjadi tanpa dilandasi oleh cinta. Mereka berpendapat bahawa cinta itu bisa muncul setelah pernikahan. Islam memandang bahawa faktor ketertarikan merupakan faktor yang tidak bisa diabaikan begitu sahaja. Islam melarang seorang wali menikahkan seorang gadis tanpa persetujuannya dan menghalanginya untuk memilih lelaki yang disukainya seperti yang terkandung dalam Al’Quran dan Al’Hadith.
Firman Allah Subhanallahu wa Ta’ala, yang ertinya: “Maka janganlah kamu (para wali) menghalangi mereka kahwin dengan bakal suaminya”. (QS. Al Baqarah: 232)
Dari Ibnu Abbas radhiyallahu anhu, bahawa seorang wanita datang kepada Rasulullah shalallahu ‘alahi wa sallam, lalu ia memberitahukan bahawa ayahnya telah menikahkannya padahal ia tidak suka, lalu Rasulullah shalallahu ‘alahi wa sallam memberikan hak kepadanya untuk memilih”. (HR Abu Daud)
Kerana yang menjalani sebuah pernikahan adalah kedua pasangan itu bukanlah wali mereka.
Selain itu seorang yang hendak menikah hendaknya melihat dahulu calon pasangannya seperti terkandung dalam hadith: “Apabila salah seorang dari kamu meminang seorang wanita maka tidaklah dosa atasnya untuk melihatnya, jika melihatnya itu untuk meminang, meskipun wanita itu tidak melihatnya”. (HR. Imam Ahmad)
Memang benar dalam beberapa perkara, pasangan yang menikah tanpa didasari cinta bisa mempertahankan pernikahannya. Tetapi apakah hal ini selalu terjadi, bagaimana bila yang terjadi adalah sebuah neraka pernikahan, kedua pasangan saling membenci dan saling mencaci maki satu sama lain.
Sebuah pernikahan dalam islam diharapkan dapat memayungi pasangan itu untuk menikmati kehidupan yang penuh cinta dan kasih sayang dengan mengikat diri dalam sebuah perjanjian suci yang diberikan Allah Subhanallahu wa Ta’ala. Kerana itulah rasa cinta dan kasih sayang ini sudah sepatutnya merupakan hal yang harus diperhatikan sebelum kedua pasangan mengikat diri dalam pernikahan. Kerana inilah salah satu kunci kebahagian yang hakiki dalam menghadapi masalah rumahtangga nantinya.
Sumber: Multiply (Suryaningsih)
Allah akan menanugerahkan mawaddah dan Rahmah kepada yang berkahwin keranaNya meskinpom tiada cinta
(dgr kat khutbah jumaat..hehe)
Insyaallah kepada yg nak mendirikan BaitulMuslim..ikhlaskan keranaNya
Kepada areMaL,
Terima kasih atas kata hikmahnya. (: