Strawberi putihkan gigi? (=

Kita semua inginkan senyuman menarik. Dan tiada yang lebih penting daripada senyuman yang menampakkan gigi yang putih dan berseri.

Gigi berseri yang tidak mempunyai tanda kotoran dan tidak berwarna kuning merupakan kunci utama di sebalik senyuman yang menawan.

Dan bagi kaum Adam, senyuman dengan gigi putih berseri dapat menjamin dan mencerahkan peluang mengurat wanita idaman. Tetapi apabila gigi sudah mula bertukar warna menjadi kekuningan gara-gara minum terlalu banyak kopi atau teh, peluang itu akan berkurangan.

Di bawah ini disediakan beberapa tip yang dipetik daripada berapa laman Internet bagi mengurangkan kesan kekuningan gara-gara kopi atau teh yang berlebihan.

Apa kata anda cuba minum teh atau kopi menggunakan straw. Dengan ini, air yang diminum itu akan disalur terus ke tekak anda, mengurangkan kaitan pada gigi, lantas mengurangkan kesan kekuningan pada gigi.

Harus diingatkan bahawa gigi juga mampu menyerap makanan dan minuman berwarna seperti juga tulang-tulang lain di dalam tubuh kita. Dan proses penyerapan ini bertambah apabila usia seseorang itu meningkat.

Secara umumnya, lebih banyak kopi atau teh yang diminum, kesan kekuningan itu akan bertambah. Dan sekiranya anda seorang perokok, masalah itu akan bertambah buruk memandangkan tar yang dihasilkan menerusi asap rokok akan melekat pada gigi anda itu.

Buah strawberi sebenarnya mampu memutihkan gigi secara asli, terutamanya semasa dimakan mentah. Bukan sahaja ia mampu memutihkan gigi, malah ia mengandungi bahan antioksidan dan lazat.

Pada masa yang sama, singgam yang mampu memutihkan gigi juga ada dijual.

Singgam sedemikian membantu mengeluarkan kesan kotoran dan mengekalkan keputihan dan seri pada gigi.

Tidak lupa juga ubat-ubat gigi yang mampu memutihkan gigi turut dijual di kebanyakan kedai. Mudah-mudahan segala tip yang dikongsi akan mengekal atau mengembalikan senyuman menarik anda. Cubalah…

Farid Hamzah (:

Bisikan Nurani Muslimah: Saya paling jarang minum air kopi dan teh. Mungkin air milo sering juga diminum oleh saya tetapi paling favourite adalah susu kambing dan air mineral. Lagi-lagi bila kehausan tekak ini, pasti air mineral menjadi pilihan saya. Kalau susu kambing, saya rasa paling selesa sekali di tekak ini. Tidak tahu kenapa. Saya tidak gemar minum air kopi dan teh kerana setiap kali saya minum, pasti saya akan sakit perut. Tetapi walauapa sekalipun, saya syorkan minumlah susu kambing kerana ia bukan sahaja baik untuk kulit malah ia baik untuk segala macam penyakit. Terutama bagi mereka yang menghidapi sakit semput, gastrik dan juga cancer. Dan saya salah seorang daripada mereka-mereka yang menghidapi semput dan gastrik. Alhamdulillah sakit semput saya telah pun sembuh pada usia saya 10 tahun. Cuma kini gastrik saya masih ada tetapi tidak seteruk dulu. Kadang-kadang sahaja sakit gastrik itu datang. Tetapi masih boleh dikawal. Insya-ALLAH, yakinlah pada ALLAH yang menciptakan segala kebaikan untuk kita semua. (:

P/s: Pasnie… nak makan strawberi banyak-banyaklaaaa. Walaupun EX (mahal) tapi ia baik untuk gigi! c(",)b

3 thoughts on “Strawberi putihkan gigi? (=

  1. ASsalamualaikum wbh..

    Blahla :- x putih sgt x kuning sgt menunjukkan gg anda normal..itu menurut dentist saya lah. yang penting penjagaan gg seharian .kalau gg nk kuat kenalah tambah kalsium.Susu merupakan antara sumber kalsium.

  2. Setahu saya pun begitu juga. Gigi yang tidak berapa putih dan tidak berapa kuning, adalah gigi yang normal dan sihat. Jadi, janganlah risau blahlah…(=

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>