Sihir melalui SMS??

Awas kalau terima SMS yang susah nak dibaca, tulisan tonggang terbalik. Dapat je SMS macam tu segeralah delete. Jangan gatal nak baca, jangan gatal cari orang pandai suruh tolong baca atau tolong smsing004   tafsir, sebab rupanya sekarang ni sihir boleh dihantar melalui SMS.

Saya terkejut bila tahu benda ni dan semakin tak terkejut bila baca akhbar yang melaporkan. Selalu dengar cerita orang je, tapi bila dilaporkan oleh akhbar bahawa sihir boleh dihantar melalui SMS, saya terpanggil untuk menyebut di sini supaya ambil beberapa langkah supaya tak terkena.

Sihir ni ada. Ia permainan setengah orang sejak zaman berzaman. Kita cuba elak sebab kalau dah kena, susah nak cakap lagi. Dan kita belajar dari orang yang pernah kena dan orang yang tolong ubatkan orang yang dah kena. Motivasi tak jadi kalau sihir mendahului. Ingat tu.

Kata akhbar Bacaria yang melaporkan, seorang ustaz menceritakan usahanya membantu seorang yang terkena sihir sebaik saja baca SMS yang sukar dibaca, ditulis dalam bentuk simbol, kalau ada huruf pun tonggang terbalik, macam huruf Mesir purba gitu. Bila baca je terus kena. Maka ustaz tu, nama Ustaz Ahmad Dasuki Abdul Ghani mengajar satu tips untuk elak sihir.

Kata dia, baca 3 Qul dan ayat Kursi sebelum tidur, sebab sihir cukup power sekitar jam 3 hingga 4 pagi. Time ni hampir semua orang sedang nyenyak tidur, kecuali yang tengok bola, memang selalunya akan kena.

Sumber: Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj

3 thoughts on “Sihir melalui SMS??

  1. Sihir now a days… Hehe :D
    Tak perlu nak pakai rambut lagi. Loh nie SMS pun boleh. Sedia maklum sahaja walaupun zaman teknologi dah canggih ni, talaq pun boleh pakai SMS. Nasib baik nikah tidak SAH pakai SMS. Kalau tidak, ramai Tok Kadi tidak bekerja. :lol:

  2. sy baru menerima call dari seseorang yang ada menerima sms seumpama itu dan sebagai seorang reporter, kesahihan berita yang ingin dilaporkan itu benar2 membuat saya takut…isyaallah amalan 3 qul dan ayat kursi akan disematkan dalam diri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>