Logo Background RSS

Ramai Wanita VIP dan Artis ditipu!

  • Written by MuslimahMuslimah 6 Comments6 Comments Comments
    Last Updated: June 22nd, 2008

    Sebilangan wanita daripada kalangan orang kenamaan (VIP) dan artis yang terlalu taksub dengan kecantikan walau sudah berusia, telah menjadi mangsa penipuan bomoh-bomoh yang menggunakan susuk palsu seperti tembaga, besi, suasa atau kaca.

    Bomoh-bomoh itu mendakwa susuk yang dimasukkan ke badan itu adalah berlian asli atau emas. Dakwaan itu memperdaya golongan tersebut. Pengerasnya pula ialah wang antara RM5,000. ($2,097) dengan RM25,000 bagi setiap rawatan susuk itu.

    Penipuan licik itu didedahkan bekas pensyarah Universitas Pembinaan Masyarakat di Medan, Encik Mohamad Idrus Abu Hanifah, yang kerap kali merawat artis dan wanita VIP terbabit kerana menderita akibat sukar mengeluarkan susuk yang dipakai.

    Beliau, yang mendakwa mempunyai kebolehan mengeluarkan susuk daripada tubuh pesakit lelaki ataupun perempuan, menganggap pemakaian alat ilmu hitam itu sebagai dosa besar.

    “Berdasarkan pengalaman saya, kebanyakan mangsa yang memakai susuk bertitik tolak daripada perasaan ‘jatuh saham’ atau ‘tidak laku’ terutama wanita atau artis yang meningkat tua.

    “Artis terbabit berasa kedudukan mereka terancam dengan kemunculan ramai artis muda jelita. Mereka mula terdesak lalu mengambil jalan singkat dengan memakai susuk,” katanya kepada Harian Metro.

    Encik Idrus berkata perbuatan menyimpang akidah itu menagih perbelanjaan puluhan ribu ringgit. Pemakaian susuk kononnya mahu memastikan wajah dan tubuh sentiasa cantik dan berseri.

    “Saya pernah mengeluarkan susuk yang didakwa berlian dan emas dipakai beberapa artis popular veteran. Bagaimanapun, selepas diteliti, susuk itu bukan tulen,” katanya sambil menunjukkan susuk berlian dan emas yang didakwa asli oleh bomoh yang ‘menanamnya’ di tubuh salah seorang artis terbabit.

    “Bohong jika ada bomoh mengatakan mereka hanya menggunakan ayat al-Quran untuk memasukan susuk kerana perbuatan percaya susuk itu sendiri syirik dan khurafat.”

    Menurutnya, susuk di muka boleh dilihat dengan X-Ray apabila si pemakai mendapatkan rawatan di klinik atau hospital.

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    Untukmu Hai Wanita

    Ada wanita jelita bertabur permata
    Pakaian indah laksana bidadari surga
    Harum semerbak menawan sukma
    Dan ia pelita setiap hamba

    Wahai wanita…
    Kita hiasi keindahan wajah dengan percikan wudhu
    Kita gunakan eye shadow tadabbur
    Jangan lupakan lipstick nasihat
    Dan sekelilingnya kita tata dengan kosmetik tawadhu’

    Jangan lupakan gelang-gelang pemberi menghias tangan nan indah
    Kenakan sepatu kaca berjuang ketika akan melangkah
    Pakaian kebesaran taqwa siap kenakan
    Mahkota permata mulia jangan sampai ketinggalan

    Kita berlayar di laut lepas dengan bahtera sakinah
    Kita isi sisi ruang kapal dengan design baiti jannati
    Arahkan tujuan menuju dermaga redha
    Dan kita berlabuh di pantai bahagia

    Wahai para wanita…
    Semoga engkau kembali pada fitrahmu nan mulia

    Credits to Euis Srimulyati

  1. #1 Izo
    June 26th, 2008 at 6:49 pm

    :em47: Artikel yang bermanfaat

    Post ReplyPost Reply
  2. #2 Ukhty Suhana
    June 28th, 2008 at 6:51 pm

    Sa|am A|aik..

    Ya ukhty Mahabbah,

    Allow me to use the picture above ya? :)

    Post ReplyPost Reply
  3. #3 Muslimah
    June 29th, 2008 at 12:37 pm

    Alaikumussalam ya ukhty zhakiyah.

    Yup, you may use the picture above cuz it doesn’t belong to me. :em63:

    Post ReplyPost Reply
  4. #4 Muslimah
    June 29th, 2008 at 12:38 pm

    But the hamster does… :em62:

    Post ReplyPost Reply
  5. #5 Ukhty Suhana
    June 30th, 2008 at 4:17 pm

    Syukron Jazii|an.

    aik? dah ada hamster kat rumah ke? Namanya siapa yer? Alvin atau Theodo? :)

    Cute, pinjam sekejap? Hehe…

    Post ReplyPost Reply
  6. #6 TiNi
    July 2nd, 2008 at 9:31 am

    Abeen bela hamster ke? :em55: cute nyee :em50:
    dulu adek akak ade bela hamster juge. mmg comey, lebih2 lg masa hamster tgh makan..tapi skg dah xde,sudah diberi sama org lain sbb takde sape nk jaga. hehe :em10:

    ape pun,akak suka semua artikel abeen di sini.keep it up! i’ll be visiting often! :em47:

    Post ReplyPost Reply
Leave a Comment
This is a Gravatar-enabled website. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.com

  • :em59:
  • :em04:
  • :em27:
  • :em56:
  • :em03:
  • :em61:
  • :em10:
  • :em30:
  • :em63:
  • :em70:
  • :em42:
  • :em65:
  • :em48:
  • :em47:
  • :em51:
  • :em39:
  • :em21:
  • :em12:
  • :em26:
  • :em31:
  • :em44:
  • :em55:
  • :em54:
  • :em08:
  • :em18:
  • :em38:
  • :em01:
  • :em02:
  • :em52:
  • :em46:
  • :em40:
  • :em07:
  • :em68:
  • :em35:
  • :em17:
  • :em09:
  • :em58:
  • :em60:
  • :em28:
  • :em14:
  • :em57:
  • :em53:
  • :em67:
  • :em49:
  • :em62:
  • :em05:
  • :em45:
  • :em32:
  • :em29:
  • :em20:
  • :em64:
  • :em50:
  • :em15:
  • :em19:
  • :em33:
  • :em23:
  • :em24:
  • :em37:
  • :em71:
  • :em66:
  • :em06:
  • :em22:
  • :em16:
  • :em69:
  • :em25:
  • :em41:
  • :em43:
  • :em34:
  • :em11:
  • :em13:
  • :em36: