Logo Background RSS

Plumbum dalam Gincu??? o_O

  • Written by MuslimahMuslimah 8 Comments8 Comments Comments
    Last Updated: October 17th, 2007

    Gincu-Gincu yang diuji kaji oleh sebuah kumpulan hak pengguna di Amerika Syarikat mendapati bahawa lebih separuh daripadanya mengandungi plumbum.Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

    Gincu-gincu tersebut termasuk daripada jenama terkenal seperti Cover Girl, L’Oreal dan Christian Dior, yang didapati mengandungi lebih banyak plumbum atau ‘lead’ daripada jenama-jenama lain.

    Kumpulan itu telah mengadakan Kempen Komestik Selamat dan telah menguji gincu-gincu merah daripada 33 jenama dengan menggunakan khidmat Kumpulan Penguji Bodycote dari Santa Fe Spring, California.

    Hasilnya, ia mendapati 61 peratus daripada gincu-gincu itu mempunyai kadar plumbum yang boleh dikesan, daripada 0.03 hingga 0.65 bahagian persejuta.

    Gincu, seperti gula-gula, boleh masuk ke dalam tubuh.

    Kempen Komesti Selamat itu yang dianjurkan oleh gabungan kumpulan-kumpulan kesihatan awam, sekitaran dan wanita, berkata bahawa Pentadbiran  Makanan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika belum lagi menghadkan apakah kadar plumbum yang selamat dalam gincu.

    Sepertiga daripada gincu-gincu yang diuji itu didapati mengandungi kadar plumbum melebihi had 0.1 bahagian persejuta yang ditetapkan untuk gula-gula.

    Plumbum boleh menyebabkan masalah pembelajaran, penguasaan bahasa dan tingkah-laku seperti lemah dalam pelajaran serta tabiat lebih agresif.

    Wanita hamil dan kanak-kanak kecil paling mudah terjejas dengan plumbum, kata kumpulan gabungan itu dalam satu kenyataan.

    Plumbum juga telah dikaitkan dengan masalah mandul dan pengguguran. – Reuters

  1. #1 admin
    October 17th, 2007 at 9:51 pm

    Ish.. Bahaya ni.. Pakai gincu yang mengandungi Plumbum yang berlebihan. Yang berkilat dan warnanya merah menyala bak delima. :???: Kalau nak selamat, ikutlah cara orang dulu-dulu. Bibir nak merah, mereka makan sirih. Originallah katakan. Alam semula jadi. :lol:

    Post ReplyPost Reply
  2. #2 Izo
    October 17th, 2007 at 11:54 pm

    Org sekarang nie dah tak kesah akan bahayanya itu. Yg penting nampak cantik :D

    Post ReplyPost Reply
  3. #3 Siz CoMeL
    October 18th, 2007 at 12:24 pm

    erkk..banyak bahye oo…naseb jenama2 diatas tu siz tk menah gune..n lebey sker gune lip ice:-)
    natural jek..hehehe

    Post ReplyPost Reply
  4. #4 admin
    October 20th, 2007 at 8:12 am

    @ Abang Izo

    Memang dah banyak teknologi yang membolehkan wanita tampak cantik dan memikat hati sesiapa. Walaupun mereka tahu ia membawa mudarat kepada diri mereka sendiri. Tetapi.. bagi orang-orang mukmin, mereka amat merindui kecantikan wanita yang lahir dari hati. Kesopanannya, kelembutannya dan seluruh keperibadiannya yang membentuk sebuah akhlaq yang kekal & tiada kepura-puraan. Dialah Wanita ibarat mawar berduri. Di mana durinya itu adalah martabat harga dirinya. Duhai wanita ibarat Mawar Berduri… Kewujudanmu teramatlah sedikit… Ku rindukan ramai kaumku yang lahir seperti mawar berduri yang cantik tetapi terlindung dari kemungkaran Allah… Biarlah dirimu tidak cantik di mata insan, namun tetap cantik di mata Allah & Rasul-Nya… Dimanakah dikau wahai mawar berduriku…? :cry:

    Post ReplyPost Reply
  5. #5 admin
    October 20th, 2007 at 8:21 am

    @ Sis Chomel Cayunk :mrgreen:

    oOo, pakai lip gloss yer? Memang jenama yang diatas tu semua mahal-mahal belaka dan tanpa disedari ia menambahkan penyakit pada diri kita sendiri. Patut pun wanita sekarang tidak panjang usianya. Rupa-rupanya memakai racun tanpa disedari. Hanya kerana ingin tampak cantik di mata insan. Tetapi kan sis chomel, bukan segelintir perempuan yang tidak hiraukan tentang kesan-kesan bahaya ni, ramai sebenarnya… Yang mereka utamakan, kecantikan di mata si jejaka. Kan lebih elok lagi sekiranya kecantikan aura wajah itu datangnya dari air wudhu’ & dari ketenangan jiwa. Itulah cantik yang hakiki. Di mana jiwanya mengingati Allah selalu. Mudah-mudahan kita tergolong dalam wanita seperti ini. Insya-Allah. Aemeen. Terima kasih yer sis kerana sudi lawat blog Abeen & memberi komen. Love you! :oops:

    Post ReplyPost Reply
  6. #6 hamba allah
    November 7th, 2007 at 1:14 pm

    bahaya nyerr eden x mau pakai dah

    Post ReplyPost Reply
  7. #7 admin
    November 8th, 2007 at 7:47 am

    Baguslah tak pakai. Tetapi kalau nak cantik gak, owang dulu-dulu kata kan… makan sirih… cantik original tapi kan… gigi tu eden tak dapat nak jamin. tahan lama ke tidak yer kalu makan sirih ni. maaf leeerr, saya ni gurau je. harap tak tersinggung yer. terima kasih atas komennya dan kesudian dalam melawati blog saya ini. oh yer, wanita dengan gincu susah nak dipisah ibarat irama dan lagu. dia tahu itu adalah racun, namun apakan daya, dia nak pakai gak. itu yang tak dapat eden nak tolong tu :lol:

    Post ReplyPost Reply
  8. #8 Azza
    March 7th, 2008 at 12:05 pm

    Ya.. saya akui.. Sebagai wanita, memang gincu adalah member ‘kamceng’ yang tak dapat dipisahkan selamanya dari kami. Banyak gincu di pasaran ada yang mengandungi bahan kimia berlebihan seperti lead & plumbum. Ada yang lagi teruk mengandungi lemak babi @ gelatin. Tapi saya dah tak risau kerana saya dah jumpa jenama gincu yang confirm takde lemak babi, takde bahan kimia berlebihan, buatan tempatan, tahan lama,murah dan yang paling penting disahkan HALAL oleh Jakim.. Nak tahu lebih lanjut sila layari : http://www.gincuhalal.com

    Post ReplyPost Reply
Leave a Comment
This is a Gravatar-enabled website. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.com

  • :em59:
  • :em04:
  • :em27:
  • :em56:
  • :em03:
  • :em61:
  • :em10:
  • :em30:
  • :em63:
  • :em70:
  • :em42:
  • :em65:
  • :em48:
  • :em47:
  • :em51:
  • :em39:
  • :em21:
  • :em12:
  • :em26:
  • :em31:
  • :em44:
  • :em55:
  • :em54:
  • :em08:
  • :em18:
  • :em38:
  • :em01:
  • :em02:
  • :em52:
  • :em46:
  • :em40:
  • :em07:
  • :em68:
  • :em35:
  • :em17:
  • :em09:
  • :em58:
  • :em60:
  • :em28:
  • :em14:
  • :em57:
  • :em53:
  • :em67:
  • :em49:
  • :em62:
  • :em05:
  • :em45:
  • :em32:
  • :em29:
  • :em20:
  • :em64:
  • :em50:
  • :em15:
  • :em19:
  • :em33:
  • :em23:
  • :em24:
  • :em37:
  • :em71:
  • :em66:
  • :em06:
  • :em22:
  • :em16:
  • :em69:
  • :em25:
  • :em41:
  • :em43:
  • :em34:
  • :em11:
  • :em13:
  • :em36: