Petua Mudahkan Masakan
Berikut ini kami siarkan petua untuk memudahkan masakan anda di rumah.
Daun nangka empukkan daging
Cuba ikhtiarkan dengan mencari dua helai daun nangka (bergantung kepada kuantiti daging yang dibeli.) Masukkan daging ke dalam periuk bersama-sama air dan dua helai daun nangka yang dicuci bersih. Rebus selama lima hingga sepuluh minit, daging akan kenyal dan enak dimakan.
Muslimah says: Masukkan bicarbonate soda ke dalam air rebusan 1 sudu teh. Dengan cara ini juga boleh melembutkan daging atau tulang.
Santan tahan lama
Caranya ialah dengan memerah kelapa yang dimesin dengan air masak atau air biasa, jangan terlalu cair. Masukkan ke dalam periuk dan tambah sedikit garam kasar. Masak di atas api yang sederhana sehingga pecah minyak. Biarkan sejuk dan simpan di tempat yang tidak mudah terkena air. Santan akan dapat bertahan selama dua hingga tiga hari.
Muslimah says: Saya dah cuba cara ini, memang banyak mengeluarkan santan. Lagi pula lauk lambat basi.
Tauge tahan lama
Ambil sebiji limau nipis dan potong supaya menjadi tiga kepingan. Masukkan potong-potongan limau tersebut ke dalam tauge yang direndam dalam air. Hasilnya tauge akan tetap segar untuk digunakan selepas itu.
Muslimah says: Belum pernah cuba pula…
Cili mesin boleh tahan lama
Setelah dimesin, cili tersebut hendaklah dipanaskan dengan memasukkan sedikit garam halus. Panaskan hingga kering airnya. Setelah sejuk masukkan ke dalam bekas bertutup dan simpan di dalam peti sejuk.
Muslimah says: Cara ini memang tahan lama. (:
Kurangkan ulat beras
Jika beras disimpan lama, tentu banyak ulat akan ditemui di dalamnya. Untuk mencegahnya, ambil daun limau nipis dan masukkan ke dalam beras yang disimpan. Selepas itu, alaskan selapis lagi dan taruhkan beras di atasnya. Buat beberapa lapis. Hasilnya beras anda tidak lagi diserang ulat.
Muslimah says: Tak pernah cuba ni.
Menghilangkan lendir pada keladi
Caranya, kupas keladi dan potonglah mengikut keperluan masakan. Sediakan bekas yang berisi air yang telah dicampurkan dengan satu sudu teh kapur (makan) sirih. Masukkan keladi berkenaan dan basuh sehingga lendir-lendir berkurangan. Tuskan dan bilas dengan air bersih.
Muslimah says: Jarang sekali masak keladi.
Mengatasi rasa pahit peria
Hiris peria mengikut keperluan masakan. Kemudian gaulkan peria yang dihiris itu dengan garam kasar. Biarkan selama lima minit. Selepas itu cuci peria tersebut beberapa kali dengan air bersih sebelum dimasak. Hasilnya peria yang dimasak itu tidak berasa pahit apabila dimakan.
Muslimah says: Sudah pastilah yang pahit itu ubat!!!!
Agar sayuran celur kelihatan segar
Caranya, campur sedikit minyak masak ke dalam air yang digunakan untuk merebus, sebelum mencelur sayur-sayuran. Setelah celur, tus sayuran daripada air rebusan dan hidang. Sayur-sayuran tersebut akan sentiasa nampak segar dan berkilat.
Muslimah says: Sebaik-baiknya cuci dulu sayur-sayuran tersebut sebelum dipotong. Dikhuatiri, jika dipotong dulu, zat di dalam sayuran tersebut akan hilang bersama dengan air yang kita gunakan untuk mencuci.
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply