Nasihat usah beli ‘Relacore’di Internet

HSA kesan dua kes reaksi teruk libatkan produk untuk kawal berat badan.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak memakan sejenis penokok diet yang dipasar dan didakwa sebagai ‘Realcore’ di Internet.

Penguasa Sains Kesihatan (HSA) menyatakan pihaknya telah mengesan sejenis dadah, Sibutramine, di dalam kandungan produk yang dijual menerusi rangkaian itu.

Dadah itu boleh mengakibatkan reaksi teruk seperti psikosis, halusinasi, kekeliruan, keresahan dan penambahan tekanan darah dan degupan jantung. Ia juga dadah preskripsi yang biasanya digunakan untuk mengurangkan selera dalam mengatasi masalah berat badan.

Menurut HSA lagi, dadah itu seharusnya digunakan di bawah pengawasan doktor. Pesakit dengan masalah jantung, khususnya, tidak harus memakan ubat tersebut.

"Demi kepetingan kesihatan dan keselamatan orang ramai, HSA mengeluarkan peringatan ini agar orang ramai tidak membeli atau memakan ubat ini. Sejauh ini HSA telah mengesan dua kes reaksi teruk melibatkan produk ini. Kedua-dua pesakit, yang telah pun dibenarkan keluar hospital, merupakan lelaki dan wanita dalam lingkungan usia awal 20-an tahun. Mereka mengalami reaksi teruk selepas memakan ubat tersebut, membeli produk berkenaan menerusi Internet. HSA juga mengingatkan agensi penguat kuasa dalam rangkaian antara bangsanya agar berjag-jaga dan, jika wajar, mengambil tindakan keatas laman Internet yang menjual produk itu.

HSA menarik perhatian, bungkusan bagi produk yang dimakan kedua-dua pesakit itu tidak menyamai sepenuhnya produk dengan nama Relacore yang dijual di beberapa laman Internet. HSA sedang menyiasat adakah produk yang dimakan itu produk palsu. Kes ini jelas menunjukkan bahawa pil yang dijual di Internet sering daripada sumber yang berbeza-beza dan banyak daripdanya meragukan" kata penolong pengarah HSA - Cik Chan Cheng Leng.

Fitrah Power - Tingkatkan Keupayaan Diri Anda


You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

AddThis Social Bookmark Button

One Response to “Nasihat usah beli ‘Relacore’di Internet”

  1. :em05: Uish bahaya tu!

Leave a Reply