Mulanya ’slim’, dah kahwin semua membulat
Ramai di kalangan anggota masyarakat setempat biasanya lebih slim dan kelihatan sihat semasa muda. Namun selepas beberapa tahun mendirikan rumah tangga, lain pula jadinya.
Badan mula jadi bulat, pipi mula tembam dan pergerakan lebih perlahan. Apabila badan mula malas, penyakit pun mula menyerang. Konsultan penyakit jantung dan pakar elektrofisiologi di Hospital Universiti Nasional (NUH), Dr Abdul Razakjr Omar, berkata:
“Salah satu isu utama yang menyumbang kepada masalah berat badan berlebihan ialah kombinasi gaya hidup serta kurangnya kesedaran dalam tabiat pemakanan.
“Keadaan kini menjadikan kita lebih mewah dan memakan menjadi salah satu kegiatan masa lapang. “Saya pasti kebanyakan kita tahu lokasi sup tulang merah ialah Beach Road sementara sup kambing pula di Upper Boon Keng.”
Beliau menasihatkan orang ramai menjadikan memakan secara sederhana sebagai sebahagian daripada gaya hidup kita. Dari segi kesihatan, mereka yang mempunyai masalah berat badan lebih berisiko menghadapi kencing manis, darah tinggi, strok dan sakit jantung.
“Di kalangan pesakit, ada yang kata mereka boleh bersenam lepas menjamu selera pelbagai makanan. Sebenarnya senaman yang kerap dilakukan lebih penting, tetapi apa yang saya lihat di kalangan pesakit ialah mereka sukar menjadikan senaman sebahagian daripada gaya hidup mereka.
“Ia memerlukan usaha dan disiplin. Sebenarnya, semakin kita berusia, semakin banyak usaha diperlukan untuk bersenam,” jelas Dr Abdul Razakjr lagi.
Justeru, kata Dr Abdul Razakjr, bagi mengekang masalah berat badan, langkah pertama ialah mengetahui berapa banyak kalori dan lemak yang diperlukan setiap hari.
Seterusnya, seseorang itu perlu meningkatkan lagi tahap kesedaran dan pengetahuan mengenai kalori dan kandungan lemak dalam makanan yang dimasak atau dimakan
Berikut adalah contoh kandungan kalori dan lemak yang terkandung dalam makanan yang sering dimakan oleh masyarakat setempat:
- Sekeping roti perata mengandungi 317 kalori dan 11 gram lemak;
- Satu hidangan roti john mengandungi 570 kalori dan 27 gram lemak;
- Sepinggan nasi lemak mengandungi 423 kalori dan 13 gram lemak;
- Sepinggan mi rebus mengandungi 556 kalori dan 21 gram lemak;
- Sepinggan nasi beriani mengandungi 458 kalori dan 14 gram lemak;

- Sepinggan nasi ayam mengandungi 702 kalori dan 26 gram lemak
Farid Hamzah
Muslimah says: Bukan tidak boleh makan terus tetapi ada baiknya kurangkan. Demi menjamin kesihatan yang berpanjangan. Agar diri dapat melakukan amal soleh dengan sempurna.
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.


July 8th, 2008 at 6:35 am
Rasionalnya, berfikir memerlukan tenaga yang tinggi. Apatah lagi berfikir pasal Allah yang kita tidak nampak tetapi kita tahu kewujudannya berdasarkan bukti tanda-tanda KekuasaanNya.
Tenaga untuk berfikir ini diperolehi daripada lemak-lemak dalam badan kita. Jadi kita tidak payah penat2 pergi gymn, hanya dengan berfikir pasal Allah sahaja. Tak perlu keluar duit pun dan pahala pun dapat. Hati jadi tenang dan tenteram mengharungi cabaran hidup.
Begitulah hebatnya nilai berfikir pasal Allah ini. Umat Islam sekarang sudah malas mengkaji Al Quran. Sebab itu lepas kahwin, badan mula membulat. Hidup hanya tahu untuk makan dan bermegah-megahan sahaja.
July 14th, 2008 at 9:58 am
lambang kebahagian..
July 14th, 2008 at 8:14 pm
Kalau lemak tu tertutup jantung, Lambang ICU pulalah yer…