MUIS siasat Mee Segera ‘halal’ berperisa babi
-
Awas Mee Segera perisa Babi
Saya ingin mengetengahkan satu insiden yang benar-benar mengejutkan saya. Pada pagi 4 Mei lalu, saya dan isteri telah ke sebuah pasar raya di Woodland. Kami hendak membeli mee segera apabila ternampak sejenis mee berjenama Lucky Instant Noodle yang berperisa babi (fried pork flavour) yang dibawa masuk dari Vietnam.
Syarikat yang menjual:
Sheng Shong Supermarket Pte Ltd,
Blk 6A Woodlands Center Road,
#01-280,
Singapore 731006.
Tel: 63650533
Fax: 63650483Syarikat yang mengimport:
Teo boon Thong Trading
38, Toh Guan Road
W1, Singapore 608833.
Tel: 65636229
Fax: 65632513Kami segera mengadu akan perkara tersebut kepada pihak pasar raya dan mereka bertindak dengan mengeluarkan produk mee itu dari tempat jualan mereka.
Saya berharap para pembeli dapat lebih berhati-hati.
♥♥♥——————————————————————–♥♥♥
Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) sedang menjalankan siasatan mengenai penjualan mee segera berperisa babi yang mempunyai tanda halal.
Menurut satu kenyataan MUIS semalam produk itu berasal dari Ho Chi Minh City, Vietnam, dan pengeluaranya mendakwa mendapat sijil halal daripada pihak penguasa Islam di negara itu.
“Sementara MUIS menyiasat hal ini, kami ingin menasihatkan masyarakat Muslim agar berhati-hati dalam memilih barangan makanan dan supaya memerhatikan juga bahan-bahan yang digunakan.
“Amatlah penting mereka membaca bahan-bahan yang digunakan dalam pembuatan produk yang ingin dibeli mereka,” kata MUIS.
Ia mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang telah memberitahunya mengenai perkara itu.
MUIS pertama kali menerima e-mel mengenai hal itu kelmarin dan telah membalas kepada pengirimnya dengan berkata bahawa MUIS telah memulakan siasatan ke atas perkara tersebut.
Semalam, BH menyiarkan dalam halaman Forum surat kiriman seorang pembaca, Encik Amir Amin, yang mengadu mengenai hal yang sama.
Encik Amir menceritakan pengalaman beliau terjumpa mee segera jenama Lucky Instant Noodle berperisa babi tetapi dibubuh label halal di sebuah pasar raya di Woodlands.
Setelah dimaklumkan, pasar raya itu segera menarik balik produk tersebut, kata Encik Amir.
“Para pengimport telah menarik produk itu dari rak-rak mereka. Maklum balas pengguna Muslim adalah komponen penting dalam usaha memelihara dan memastikan integriti dan kesucian pensijilan halal,” kata MUIS.
Ia juga menyatakan penggunaan makanan adalah tanggungjawab individu. Jika ada sebarang kesangsian, adalah lebih baik seseorang itu mengelak daripada memakan produk-produk sedemikian, ujar MUIS.




May 10th, 2008 at 4:00 pm
Macam mana pula dengan yang ini:
http://www.izoblog.com/for-your-info/hati-hati-membeli-muffin