Kenapa malas?

Orang yang berfikir akan kemarahan marahlah ia, orang yang berfikir akan keresahan resahlah ia, orang yang berfikir kasih sayang datanglah ia kasih sayang.

Itu dia. Semuanya bermula dari apa yang kita fikirkan. Semuanya bermula di kepala. Betul apa yang difikirkan betullah jadinya. Salah yang difikirkan salahlah jadinya.

Apa yang ada di kepala ni pulak datangnya dari hati, apa yang ada di hati itulah yang sampai di kepala, apa yang sampai di kepala itu yang akan cuba direalitikan oleh diri. Apa yang cuba direalitikan oleh diri itulah sebenarnya kita.

Kalau kita meletakkan perkataan malas di hati, perkataan itulah yang sampai di kepala dan perkataan itulah yang menguasai diri, maka jadilah kita orang yang malas.

Kalau kita meletakkan perkataan menyampah, sakit hati, riak, sombong, takabur, dan segala macamlah yang negatif-negatif. Perkataan-perkataan itulah yang akan sampai ke kepala, dan perkataan-perkataan itulah juga yang akan menguasai diri. Maka jadilah kita seorang yang menyampah tak pasal-pasal. Kalau ada pasal tak apa, jadilah kita si penyakit hati, riak, sombong, takabur dan segala macamnya lagi. Nampak, semuanya bermula dari hati.

Seorang wanita berstatus suri rumah menulis begini lebih kurang; “Saya seorang suri rumah, ada empat orang anak, tapi saya selalu bangun tidur lewat, selalu mencecah 10 pagi gitu. Bila dah sepuluh pagi selalunya terus tak sembahyang Subuh. Macam mana caranya supaya saya boleh bangkit awal Dr. Tuah oiiii.”

Tu dia, soalannya. Agak-agak sebab apa jadi macam tu? Senang je, sebab tak letakkan nak bangkit awal di hati, maka yang sampai di kepala ialah tak perlu bangkit awal. Maka keseluruhan diri pun jadilah seperti apa yang dikehendaki itu.

Alangkah orang yang memang nak bangun awal kadang-kadang bunyi jam tak dengar, ini kan pulak memang tak ada niat nak bangun awal, bunyi gajah menjerit pun tak sedar.

Jadi, jawapan saya lebih kurang pada suri rumah tu tadi, saya sarankan supaya letakkan di hati awal-awal bahawa memang nak bangun awal sebab nak sembahyang Subuh sebelum tidur.

Kita sembahyang disuruh berniat. Kita nak puasa disuruh berniat. Pasal apa semua benda kena niat kalau nak jadikan ia ibadah, sebab the power of niat is so great.

Sumber: Dr. Hm Tuah Iskandar Al-Haj

2 thoughts on “Kenapa malas?

  1. Berfikir untuk kebaikan maka kebaikanlah yang akan mendampingi kita….

    senang diumpamkan…tubuh badan kita adalah sebuah negara. kaki, tangan dan anggota badan adalah negeri yang di bawah satu negara. Kalau kita aka pemerintah yang bijak dan adil, maka selamat dan amanlah tiap negeri. Pemerintah umpama hati kita. hati umpama raja. Bila hati kita baik dan sentiasa berniat baik, maka segala anggota kan mengarah kepada kebaikan dan begitulah sebaliknya.

    Dan hati yang sentiasa diimbangi dengan akal fikiran yang sihat, itulah combination yang bakal melahirkan generasi cemerlang. Generasi yang bakal memacu dan memimpin negara ke satu hala tuju yang sebenar tanpa meninggalkan Al-Quran di belakang kerana tiap perkara yang dilakukan adalah berdasarkan pemikiran dan pemikirannya seiring dengan ajaran dan terkandung dalam kitabNya

    Bila kita fikirkan tentang alam ciptaan ini, banyak yang dapat membuatkan kita mengungkapkan Masya Allah, betapa hebatnya kuasaMu Tuhan. Lebih senang kita lihat pada kejadian siang dan malam. Begitu indah dan mengikut peraturan. Apa akan jadi jika kita hanya ada siang sahaja sehingga kiamat? Apa kesudahannya jika malam terrus menyelimuti sehingga hari pembalasan? Semua itu ada sebabnya jika kita fikirkan. Allah tak jadikan sesuatu sia-sia. Segalanya bersebab.

    Bila kita dah merasai nikmat berfikir, kita akan rasa keindahan tiap satu ciptaanNya.

    erk…sorry ye Abeen, panjang la pulak. Tambahan sekarang ni memang sedang dok kaji dan mempelajari kamahiran berfikir derteraskan Al-Quran. Seronok. Banyak rahsia yang dapat ditemui…segalanya ada di dalamnya.

  2. Tidak mengapa akak ku cayunk. Panjang-panjang pun lebih baik. Ini adalah perkongsian ilmu-Nya bersama pembaca-pembaca yang lain juga. Abeen malah berterima kasih atas kesudian akak meluangkan masamu dalam membaca blog Abeen. Maaf atas kelewatan membalas komen akak ini. Akhir-akhir ni Abeen sibuk ingin menyiapkan diri menghadapi ujian yang bakal menjelang. Walauapapun, Abeen hargai setiap komen-komen daripada kak dila itu. Terima kasih sekali lagi yer. Yang penting, kita masing-masing menanam sifat rasa kasih sayang di hati antara sesama manusia, haiwan dan sebagainya yang dicipta oleh-Nya. Yang pertama dan utama sekali, sebagai hamba-Nya janganlah kita mempunyai sifat buruk sangka terhadap Allah swt. InsyaAllah, perjalanan hidup kita akan merasa tenang dan bahagia sekali walaupun diri dilanda lautan ujian-Nya. Dapatlah kita selindungi ia dengan sebuah senyuman. ;)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>