Kawen…kawen…kawen…

Baca kekawanz jangan tak baca… hehe
So aderla satu hari tu, members aku satu ni tepon nak jemput aku ke majlis dia. Aku pon tanya ler. ‘Amacam geng, semua dah

siap?’ Dia cakap ‘Parah beb, gua kayap nmpknye ni bulan… 20 ribu dah abis seyyy..’ HAAA?!? 20 RIBU?!?!

Mak oi.. Hidop pat singapore nie memang ler mahal and kekadang tu
pasangan tak jadi kahwin pasal duit tak cukop ataupon duit yang ade
tu diorang tak bleh agree nak digunakan untuk apa. Maknernyer,
diorang plan nak buat majlis kan, abih tak boleh agree with each
other, so they bergaduh & bertekak & salahkan mak bapak each other
and at last, tak jadi kahwin…. Al kisahhh…

Tapi kan, aku heran tau.. pasangan sekarang lebih stress memikirkan
majlis ini daripader memikirkan maser depan dan hala tujuan hidup
bersamer selepas nikah. Heran eh?? Diorang ingat lepas kawin life
stops there ke?? Hmm.. ok, that’s a different story..

So getting back pasal duit nie kan, tak ikut market price nanti
orang kata kedekut lah, sengkek lah, tak mampu jangan ada hati nak
kahwin lah, akak kau peh laki la, hai… macam-macam story lagi.
Biasanyakan, yang letak harga ialah mak sebelah pompan. Bapak
confirm mesti orait.. ikutkan aje. Kadang2 ada jugak pompan sendiri
yang letak harga, lepas tu pakat dengan mak, revenue sharing 50/50.
Hurhurhur…

Mengikut survey kedai kopi pat Jurong West St 42, sekarang hantaran
paling minimum ialah SGD$7000. Maximum sampai $25,000 pon ade.
Dasyat beb.. Dah lah Singapore ni mahal giler.. Macam mane couple
tak bertekak.. Nak tahu apasal mahal?

Mengikut Survey Kedai Gunting Teban Gardens, hantaran sekarang
makin mahal pasal;

1. Anak pompan sorang
2. Anak pompan sekolah tinggi sampai tingkat 20
3. Anak pompan paling jambu dalam family
4. Anak pompan kerja lawyer/doctor/CEO AnakMelayu.com
5. Anak pompan biasa pakai barang branded
6. Anak pompan yang pandai masak, kemas rumah, layan suami sampai
suami takmo gi kerja
7. Kakak belum kahwin; jadi kena sponsor kakak kawin jugak.. nanti
lemau..
8. Anak pompan tu banyak yang melamar, semuanya hensem-hemsen +
kaya

Mengikut survey Kedai Basikal Chai Chee, selalunya jawapan yang
diberi oleh pihak lelaki kalau hantaran melampau sangat ialah;

1. Bapak Rock - ‘Lu giler ka pa beb’
2. Bapak Mithali -?’Astarghfirullah..’
3. Bapak Bintang TV - ‘TTIIDDDAAAAKKKKKK!!!!!!’
4. Bapak Gangster/Tailong - ‘Masih virgin ke tak ni lu peh girl,
macam wa pernah nampak jer..’
5. Bapak Bisnesman - ‘We’re sorry but the returns of our investment
is definitely less than 20%…’
6. Bapak Lembik - ‘mahal la.. macam mane nie daling?’ sambil
membisik pat Isterinya…
6. Bapak Garang - ‘APAAAA?!?! AAPPAAAAAA??!! CUBA KAU CAKAP LAGI
SEKALI!!!??’
7. Bapak Gerek - ‘HAHAHA! Lupakan sudah… Takpe Roy, nanti bapak
recommend yang lebih power dari Ashwarya Rai eh?’

Mengikut survey Warung Nasi Lemak Bussorah Street (Arab Street sane), kata2 dari
sebelah pompan yang lelaki ingin sangat nak dengar ialah;

1. ‘Ikut suka hatilah. Berapa yang lelaki kasi; kita ambik je.
Makcik ngan pakcik kau nie tak cerewet.’
2. ‘Takpelah. Kalau tak boleh adakan sekarang; kahwin dulu. Lepas
tu bayar pelan-pelan cara instalment.’
3. ‘Jangan bimbang. Korang cuma adakan hantaran je. Duit majlis
semua kita sponsor.’
4. ‘Pasal makcik kau ngan pakcik kau nie suka sangat kat kau, kita
ikhlas…’
5. ‘Berapa korang nak kasi, kasilah. Nak ambik free pun takpe. Anak
pompan kita ramai lagi.’

Mengikut survey Mat Despatch Gathering @ Waterloo St, kalau kena
pulak family lelaki yang loaded makan tak abis punya; jawapannya :-

1. ‘Okay setuju. Kita up lagi $10,000. Ditanggung beresss.’
2. ‘Ehh sikit nah! Camni tak nak lah. Malu la kawin hantaran
$10,000. Kami OKB tau!’
3. ‘Brape? Gitu je?’
4. ‘Dahling, amikkan chek book abang tu.. ‘
5. ‘Sebagai hadiah upacara masuk minang ni; kita ada siapkan kereta
5 bijik. Tu anak bujang kita tengah parking semua kat bawah tu.’
6. ‘Sebagai hadiah upacara masuk minang ni; kita ada siapkan kereta
5 bijik, 3 bijik TV LCD 50 inci, 2 tiket penerbangan ke…’

Haa… tu lah beberapa kerenah orang melayu kita ni. Hati dah suka
punya pasal, semua boleh aje. Cukup time tak larat nak naik pelamin
pasal kerja tiga empat macam untuk kumpul duit. Ada pulak tu.. yg
terpaksa amik personal loan la, 0% installment Bank la, atau pakai
credit card. Honeymoon pon utang.. Lepas kawin, dah balik dari
honeymoon, kepala teros sewel, pikir nak bayar hutang and at the
end of it, tak tercapai lah maksud perkahwinan yg sepatutnya
semakin memudahkan kehidupan.. dah terbalik.. jadi semakin susah.

So amacam geng, dah ready nak kawin?

Muslimah says: Kalau glamour yang dicari, pendek kata perkahwinan itu tidak akan dapat redha Allah Subhanahu wa Ta’ala. Apa lagi rahmat dari-Nya. Jarang sekali pasangan seperti ini akan berkekalan. Wallahu ‘Alam…

Fitrah Power - Tingkatkan Keupayaan Diri Anda


You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

AddThis Social Bookmark Button

10 Responses to “Kawen…kawen…kawen…”

  1. Uish..ako0otnya. :em30:

  2. Kalau diri memilih untuk menjadi manusia yang materialistic. Inilah yang sering terjadi pada anak muda sekarang. Kahwin kerana ingin glamour. Kapoklah jawabnya. (Kapok = Bankrup) :em55:

  3. :em35: erk?

  4. Muslimah says:
    Kahwin kerana ingin glamour. Kapoklah jawabnya. (Kapok = Bankrup)

    kapok ye,abeen?
    kalau org malaysia panggil kopak :em26:

    sebenarnya perkahwinan tu sendiri adalah rezeki. dapat anak,juga rezeki utk pasangan berkahwin. ia tidak mengurangkan harta,malah menenangkan jiwa. akak pernah terbaca satu artikel,seorang datin yang rendah hatinya lebih suka utk dtg ke majlis kahwin org kampung daripada majlis kahwin org2 seangkatan dgnnya sendiri(golongan mewah2) yang biasanya buat di hotel2 5 bintang etc.

    cubalah kita bandingkan perkahwinan nenek datuk kita,atau mungkin lebih jelas,perkahwinan zaman Rasulullah yang amatlah sederhana,namun lebih tenteram, bahagia dan pentingnya kekal ke akhir hayat.kalau biasa kita dgr org yang bercerai akan kata,”nak buat macam mana,dah takde jodoh…”. Namun sedarkah mereka,sikap berlebihan mereka sendiri yang mengundang kepada berlakunya perkara-perkara tak baik tu. Na’uzubillahi minzalik.

    Kita doakan supaya kita sendiri,sahabat-sahabat dan umat Islam yang lainnya agar tidak jatuh ke dalam sumur yang gelap dan dalam,hanya kerana mahukan nama dan pandangan tinggi drp orang ramai. :em05:
    InsyaAllah.

    p/s: Abeen,Ramadhan just around the corner! :em55:
    tak sabar! heee. :em18:

  5. Masya-Allah! SubhanAllah!

    Uish… sis sayangku ayu jelita dah bersuara. Sukanya!! =D Sis tahu tak, betapa ku mengharapkan komen daripadamu sis. Sungguh. (:

    kalau org malaysia panggil kopak… (:
    Orang Malaysia panggil kopak sis sayang tetapi orang Indonesia dia kata kapok.

    Memang benar apa yang diperkatakan oleh sis tu. Kalau ikut nenek moyang kita dulu-dulu, perkahwinan mereka membawa berkah hingga ke akhir hayat. Itu adalah berkat kesabaran kedua pihak. Ia juga adalah berkat keredhaan dan rahmat yang dilimpah ruahkan dari Allah Subhanahu wa Ta’ala. Ini kerana mereka ikhlas dan jujur dalam berumah tangga. Lagi pun zaman dahulu bukan zaman teknologi. Yang boleh membawa kepada keruntuhan rumah tangga tersebut.

    Sis Tini tengok sahaja dunia Friendster (atau social networking yang sewaktu dengannya). Mereka semua gunakan untuk apa? Yang dah beristeri asyik melayan perempuan-perempuan di Friendster. Katanya tiada niat apa-apa. Cuma nak berkawan sahaja. Tetapi lama kelamaan, dah lain ceritanya. Sama juga yang dah bersuami, sibuk melayan kenalan lelaki. Kalau dia sedar diri dia itu adalah isteri orang, tidak mungkin dia akan mengambil kesempatan atas ketiadaan suaminya di rumah. Dengan menyibukkan diri ber’chatting atau melayan kenalan-kenalan lelaki di Friendster mahu pun di mana-mana social networking. Ini adalah salah satu punca keruntuhan rumah tangga. Apabila iman telah runtuh dan ilmu agama tidak diterapkan dalam diri masing-masing. Nauzubillahi minzalik…

    Dan yang sedih sekali, khalifah akhir zaman ini pun asyik sama melayan. Dah tau si ‘dia’ itu isteri orang. Tidak pula dia menegur. Malah dia suka. Puji pula tu. Maka dengan itu, dari mana datang kesedaran pada dirinya yang dia itu adalah isteri orang. Salah ke kalau Abeen mengatakan suaminya adalah dayus? Membiarkan si isteri melayan lelaki lain? Di mana tanggungjawabnya sebagai seorang khalifah di dalam keluarga untuk menegur?? Membiarkan gambar isterinya ditontoni oleh setiap lelaki. Tidak kiralah di mana-mana social networking yang Abeen pernah lihat. Semua sama sahaja. Ini salah satu puncanya keruntuhan rumah tangga sekarang. Kalau kita tegur pula, “dah akhir zaman, apa nak buat…” Lagi pun dia kesunyian… Kesian kan kak Tini. Sedih tak kita dengar? Bukan tidak boleh mengadu kalau diri dalam kesunyian. Ada tempat khas untuk dia mengadu.

    Carilah sendiri kalau dia seorang isteri atau suami yang bijak lagi beriman. Bukan apa… kisah ini banyak yang tanyakan pada Abeen. Abeen nak jawab apa yer kak Tini? Dah sendiri yang melayan. Abeen sendiri belum menjejaki ke alam rumah tangga. Itu sebabnya jangan terkejut apa lagi hairan kalau perempuan boleh bersuami sampai 2. Akhir zaman kan?

    Tidak usah ikut perkahwinan Rasulullah Salallahu Allaihi wa Sallam. Perkahwinan nenek moyang kita belum tentu mereka dapat jadikan tauladan.

    Kadang-kala Abeen rasa sedih sangat-sangat. Namun, apakan dayaku. Abeen hanya mampu berdoa untuk sekalian ummat islam. Saudaraku agar selalu dirahmati Allah Subhanahu wa Ta’ala. Agar perjalanan hidup kami semua dipermudahkan oleh-Nya. Agar diampunkan segala dosa dan noda yang pernah hinggap keatas diri kita. Abeen bukanlah seorang khalifah yang boleh meninggikan suara. Menegur mereka dengan sesuka hati. Abeen hanyalah seorang muslimah yang sederhana dalam serba serbi tindakan. Seorang insan yang dhoif di hadapan Allah Azza wa Jalla.

    Astaghfirullah halazhim. Manusia durjana dari segala zaman seakan kembali di masa kini. Oleh itu umat-umat Nabi yang dikutuk pun sepertinya tidak mahu ketinggalan. Umat Nabi Luth yang bercumbu dengan sesama jenis, umat Nabi Nuh yang menganggap bodoh nabinya kerana membuat perahu dan anaknya yang durhaka dan tidak mahu diingatkan. Umat Nabi Musa yang tidak pernah rasa syukur dengan rezeki yang Allah Subhanahu wa Ta’ala kurniakan dan umat nabi-nabi lain yang dikutuk Allah, semuanya telah pun wujud pada akhir zaman. Yakni zaman sekarang ini.

    Kalau ikutkan kelemahan diri kita, tidak mungkin kita dapat mengingat semua itu. Tetapi…sepertinya kita kurang usaha untuk menjadi seorang muslim yang dicintai Allah dan Rasul-Nya. Umat Islam di akhir zaman ini hanya diibaratkan buih di lautan. Semoga sahaja kita tidak tergolong dalam buih tersebut. Semoga kita menjadi manusia yang dipilih oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala sebagai penerang dan peneduh serta air yang menyejukkan. Insya-Allah. Aamiin.

    p/s: Kepada kak Tini ku sayang, hanya setakat ini sahaja yang termampu Abeen luahkan. Sebenarnya…Abeen mengikut perkembangan dirimu sejak pertama kali Abeen mengenalimu sis. Sungguh Abeen katakan, sehingga saat ini Abeen belum bisa ketemu sis Tini yang kedua. Seringlah membawa pesanan padaku. Kerana Abeen amat memerlukan kata-kata hikmah dan sebuah nasihat yang bernas daripadamu. Shukran ala kulli hal. Barakallahu feek ya habibati wa rouhi! =)

  6. sed0 erk jee?

    Terkejut ker? Hehe. =D

  7. Sis Tini sayang, begitu juga Abeen. Tidak sabar sekali rasanya untuk menyambut bulan yang suci, bulan Ramadhan. Semoga Ramadhan kali ini bukanlah Ramadhan yang terakhir buat kita. :(

  8. Hahaha..prkra2 tu smue mmg sllaluny brlaku.tp dr persepsi ak,asl la nk mahal2 sgt, yg trmmpu sudah…kalau nk mahal2 kawen dgn ank raja aaa.hehehe setel..kawin atas dasr cntakn isteri semata2 susah kekal kbhagiannya.tp kawen atas dasr cntakn isteri kerana tuhan itu yg, insyallh kekal smpi k syurga…..betul ke x? Ke salah…just my opinion.

  9. lesson learnt: always remember that it’s the marriage that counts, not the wedding.

    harap2 saya dapat ingat pelajaran ni sampai bila2. jadi besok2 bila saya dah nak kahwin saya tak materialistic and menyusahkan byk pihak. (:

  10. nak kawin tanpa ada hantaran2 semua yg adat2 tu , tak bolehker..ikut syariat, adakan walimah cukupler..

Leave a Reply