Pendaftar perkahwinan wanita pertama Mesir mula bertugas kelmarin, di tengah-tengah
rungutan sebahagian ulama’ bahawa pelantikan beliau bertentangan dengan syariah.
Menurut agensi berita Mena, pada hari pertama tugasnya Cik Amal Suleiman Afifi menikahkan sepasang pengantin di sebuah masjid di bandar Delta Zaqaziq, 75 kilometer ke utara Kahirah.
Pasangan itu mengadakan majlis perkahwinan mereka di situ agar mereka boleh dinikahkan pendaftar perkahwinan wanita berusia 34 tahun itu.
Ramai ulama’ percaya hukum syarak mengharamkan wanita menjadi pendaftar perkahwinan kerana saksi oleh dua wanita di mahkamah hanya sama dengan seorang saksi lelaki, sekali gus bermakna kontrak perkahwinan yang ditandatangani seorang pendaftar perkahwinan wanita boleh menjadi tidak sah.
Bagaimanapun, ulama’ berfahaman liberal percaya pelantikan pendaftar perkahwinan wanita tidak bertentangan dengan syariah kerana beliau pegawai yang berperanan membantu pentadbiran negara.
Syariah menjadi sumber perundangan utama di Mesir, tetapi perlembagaan negara itu tidak mengharamkan wanita menjadi pendaftar perkahwinan. Cik Amal membawa kes pelantikannya ke mahkamah keluarga selepas permohonan beliau ditolak Kementerian Kehakiman. Mahkamah itu menerima permohonannya untuk menjadi pendaftar perkahwinan Februari lalu.
"Mahkamah memilih Amal daripada 10 pemohon lelaki lain kerana beliau mempunyai kelayakan," lapor MENA. Pelantikan beliau kemudiannya disahkan kementerian terbabit bulan lalu. -AP
Bisikan Nurani Muslimah:
Apa sudah jadi??
ish3…ape hal lak ni?? suka lawat benda mengarut2… cuba ikut je apa yg telah ditetapkan….ini tidak..memandai2 je ubah…marah tol!!
pelik juga ni. benda-benda cam ni la yg sedikit sebanyak meragukan mereka yg baru berkenalan dengan Islam