Rambut ibarat mahkota bagi kaum wanita. Oleh itu ramai yang sanggup mengorbankan masa berjam-jam di salon untuk menjalani perawatan yang sekali gus me ngorbankan
belanja tambahan.
Hakikatnya, selagi rambut itu tidak bermasalah, anda sebenarnya boleh mengamalkan panduan mudah ini agar kesihatannya terus terpelihara.
1. Jangan gunakan air panas ketika mencuci atau membilas. Suhu yang panas boleh menyebabkan pangkal rambut yang menjadi kusam dan tidak bercahaya.
2. Perhatikan syampu yang digunakan. Pilihlah yang berfomula PH balance yang sesuai untuk jenis kulit kepala dan rambut anda. Sebaik-baiknya, usah sering menukar jenama syampu.
3. Segera mencuci rambut setiap kali sejurus selepas berenang agar bahan klorin di kolam renang tidak melekat padanya.
4. Cuba hindari daripada menyikat rambut semasa ia dalam keadaan basah. Keringkan rambut terlebih dulu kerana akar dan pangkal rambut yang lembap umumnya amat rapuh.
5. Kurangi penggunaan alat pengering rambut untuk mengeringkan rambut yang basah. Jika perlu sekalipun kurangkan suhunya. Ia mungkin mengambil masa sedikit untuk kering tetapi kesannya lebih baik. Rambut masih mampu lebih berkilau, mudah digayakan dan terhindari daripada masalah kering dan pecah-pecah.
6. Usah percaya pada salah tanggapan tentang perlunya menyikat rambut 100 kali sehari. Ini hanya akan mengakibatkan rambut itu mudah putus.
7. Kurangkan penggunaan mousse atau gel rambut yang mengandungi alkohol agar rambut tidak kering. Jika anda terpaksa menggunakannya, cucilah ia dengan segera menggunakan syampu clarifying (berfomula penjernih). Ia mampu membersihkan sekali gus menghapuskan saki-baki gel dan penyembur rambut.
8. Di samping itu, makanlah makanan berkhasiat bagi membantu anda menjaga kesihatan dan juga kesuburan rambut. – Kompas