Seorang rakyat Amerika Syarikat, Encik Ernest Ward (gambar), terkejut apabila
mendapati potongan batang pokok digergajinya memaparkan imej wajah manusia. Imej itu antara lain memaparkan lakaran muka, lengkap dengan mata, hidung dan mulut.
Bagi membuktikan penemuan peliknya itu, Encik Ward, seorang penjaga kubur di Maryville, membawa kepingan kayu berkenaan ke pejabat akhbar Daily Times. Kehadiran Encik Ward di pejabat akhbar itu mencetuskan kekecohan.
Berikutan itu timbul pelbagai andaian berhubung lakaran pada kepingan pokok oak berkenaan, termasuk kemungkinan ia wajah hantu atau jelmaan roh disebabkan kedudukan pokok yang terletak di Tanah Perkuburan Magnolia.
Malah, ada yang mencadangkan supaya Encik Ward menjual kepingan kayu itu di laman web lelong Internet, eBay.
Tol ker tu
Cam ukiran jer…
hahaha..
kebetulan je tu..
Yer ker nampak seperti ukiran? Tetapi ini dipetik dari Akhbar dari London, Daily Times…
Tentang ukiran tu mungkin dah semula jadi ukirannya tu. Kuasa Allah Subhanahu wa Ta’ala tiada sesiapa yang boleh menghalangnya. Seperti kejadian baru-baru ini di Singapura, terdapat 3 pokok yang menyerupai Monyet. Kami pun sekeluarga pergi ke tempat tersebut di mana ketiga-tiga pokok itu berada. Memang benar bahawa ketiga-tiga pokok itu mempunyai rupa Monyet berdekatan dengan akarnya. SubhanAllah, itu kehendak dari Allah. Mungkin DIA ingin manusia melihat akan kebesaran-Nya itu.
Itu lah kebesaran ALLAH S.W.T