Dugaan. . .

Insya-ALLAH saya akan cuba bertenang…

Sejujurnya Musleemah gembira dapat membaca komen-komen daripada pembaca rediesh yang baik hati. Dan Musleemah amat hargai atas komen-komen yang baik serta membangun daripada anda semua. Namun, saya ingin tegaskan bahawa biarlah setiap komen berkenaan dengan artikel yang telah pun saya post. Dan saya berharap sangat, janganlah sampai menyentuh hal peribadi saya. Maafkan saya kerana harus bertegas dan jujur. Yang saya harapkan daripada anda semua agar menghormati keperibadian saya ini.

Dan kepada seseorang yang pernah memberi komen tentang ingin “berkenalan” dengan diri saya, mohon maaf sekali lagi… Ini adalah ruangan blog untuk saya menyampaikan ilmu ALLAH dan juga ruangan di mana saya dapat bertukar pendapat dengan saudara seislam di dunia maya ini. Di sini juga saya dapat menimba ilmu ALLAH yang cukup luas. Bukan untuk “berkenalan” kerana itu tiada dalam tujuan saya membina blog melainkan menjalinkan ukhuwah antara sesama muslim.

Dan terakhir sekali, saya berharap sangat bahawa janganlah cuba menyamar menjadi orang lain atau menggunakan email yang baru didaftar. Ini kerana saya akan usaha untuk mencari identiti diri awak sebenarnya untuk mendapatkan kepastian agar diri saya tidak bersyak-wasangka.

Itu sahaja yang ingin saya ketengahkan buat masa ini. Lagi pula, saya telah mengambil sedikit masa terluang di pejabat saya. Mohon maaf lahir dan bathin andai ada perkataan yang mengguris mana-mana hati mahupun perasaan yang membaca. Wallahu ‘alam bisowob. Peringatan ini bukan sekadar untuk anda semua tetapi juga untuk diri ini. Yang baik itu datangnya dari ALLAH Subhanahu wa Ta’ala dan yang cacat itu kelemahan diri sendiri.

Aku yang sedang mencuba untuk bertenang dan tidak bersedih… Insya-ALLAH… (=

14 thoughts on “Dugaan. . .

  1. harap maaf kalau komen ana menyentuh perasaan anti jangan sempitkan perkataan berkenalan itu kerana berkenalan itu berjuta2 maksud

  2. Assalamualaikum.

    Musleemah…
    Bersabarlah dengan apa yang saudari hadapi.
    Begitulah cabaran asam garam yang perlu dihadapi oleh seorang blogger.
    Saya juga banyak menerima email-email dan komen2 yang kadang2 menyakitkan hati.
    Tak kurang juga yang menghantar email berbaur ‘lucah’.

    Tapi tak usahlah kita bersedih dan tertekan dengan semua komen dan email tersebut.
    Tak usah dilayan, tak usah ambil peduli dan abaikan saja.
    Lama kelamaan diorang akan senyap dan give up…

    tabahkan hatimu dan ceria2 selalu…

  3. Waalaikumussalam.

    Salam taaruf juga buat Jafar Soddik. Shukran atas kesudian melawati ke blog yang tidak seberapa ini dan juga atas komennya itu. (=

  4. Waalaikumussalam.

    Shukran Sis atas kesudian memberi komen di dunia blog saya yang tidak seberapa ini. Memang benar dengan apa yang telah sis perkatakan. Mudah-mudahan kita yang baru ingin berjinak-jinak ke dunia blog ini dianugerahkan sifat kesabaran yang tinggi untuk menghadapi pelbagai ujian dari-NYA jua. Insya-ALLAH. Terima kasih atas nasihat sis itu. Amat saya hargai. (=

  5. Alaikumussalam.

    Shukran jazillan for your kindness in giving me useful information to help protect my blog. Insya-ALLAH, I will learn how to use the sitemeter which you’ve told me here. Thank you once again for the great info. May ALLAH bless you. (=

  6. owhh…biasa ar tuh orang yang famous memang ada dugaannya. Tidak kira famous di dunia atau di ‘atas’. Jika di dunia kita akan digangu dengan orang-orang yang punya sakit di hatinya. Jika kita famous di ‘atas’ kita pasti akan di uji. Dia tidak akan uji kita melebihi kemampuan kita. Sabar yea… kami semua ada..huhuh

    -sekadar renungan-

    buat apa sekarang? sampai ada pejabat pulak tuh..

  7. Assalaamu ‘alaikum. Musleemah, maafkan saya sebelumnya, jika dalam setiap komen yang saya buat, menyinggung masalah kepribadian anda. Pengen kenalan lah, pengen itu lah. Memang itu adalah ujian anda di dunia cyber. Tapi saya yakin, musleemah seorang yang teguh dalam memegang prinsip Islam. Kita jalin ukhuwwah dengan saudara-saudara seiman di manapun berada. Internet hanya sebatas media dalam merekatkan ukhuwwah Islamiyah saja. Ok!!!! makasih ya. Udah banyak nih artikel yang telah dibaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>