
Mereka mulai berpacaran selepas berkenalan di perhentian bas berhampiran dengan sekolah masing-masing beberapa bulan lalu.
Si pria, Is, seorang murid menengah satu, menambat hati si perawan, Siti, seorang murid darjah lima, dengan gaya dan tingkah lakunya yang kool dan menarik.
Pada pandangan Siti, Is seorang budak kacak yang berambut bentuk fin atau gaya bersirip ala pemain bola sepak pujaan David Beckham. Gambar Is disimpan rapi dalam dompet Siti.
Is peramah dan pandai berjenaka, lantas sering menghiburkan hati Siti. Dia juga bersifat romantik kerana pada hari lahir Siti, dia menghadiahkan sebentuk cincin perak yang kini menghiasi jari kiri Siti.
Siti rancak berbuat tentang kisah cintanya sehingga dia teringat bahawa wartawan ini, seorang kenalannya yang lebih dewasa, berada di kalangan teman sebayanya.
“Jangan beritahu ibu bapa saa ya,” kata Siti tersipu-sipu.
SEMUDA TUJUH TAHUN
Para kaunselor mendapati murid sekolah rendah dilamun cinta sejak kebelakangan ini. Di kalangan budak-budak itu, beberapa orang berusia sementah tujuh tahun.
Menurut Tinkle Friend, khidmat kaunseling menerusi telefon oleh Persatuan Kanak-Kanak Singapura (Singapore Children’s Society) yang menerima 64 panggilan berkaitan masalah itu sepanjang tahun lalu, kebanyakan kanak-kanak mengajukan soalan ini: “O.K tak kalau saya suka dengan rakan perempuan atau lelaki saya?”
Kanak-kanak juga meluahkan isi hati melalui kiriman surat kepada Help Heroes, melalui ruangan soal jawab dalam majalah Kids Company, yang ditutup tahun lalu.
Kaunselor yang ditugaskan membantu menghuraikan masalah yang dihadapi kanak-kanak hingga majalah itu ditutup, Cik Chong Cheh Hoon dari Focus On The Family Singapore, berkata: “Dari situ saya sedar bahawa kanak-kanak sudah tahu tentang perihal pacaran dan seksual meskipun usia mereka masih muda.”
PENGARUH DARI BUDAYA POP
Ada tanggapan di kalangan kanak-kanak bahawa mempunyai teman istimewa bererti mereka termasuk dalam golongan yang kool dan popular. Mereka amat tertarik kepada status itu kerana ia seolah-olah meningkatkan nilai diri mereka.
Apakah yang mewujudkan tanggapan ini?
Antara puncanya ialah rancangan hiburan seperti Hannah Montana, High School Musical dan Cheetah Girls yang menjadi minat si cilik. Pengajaran yang terdapat dalam rangkaian rancangan itu tidak semurni apa yang disangkakan oleh kebanyakan ibu bapa.
Cik Chong mengulas: “Para selebriti (dalam rangkaian rancangan itu) menggalakkan kanak-kanak meniru watak mereka yang berpacaran dan bercumbu secara kasual.”
Selain rancangan hiburan, laman Internet seperti Friendster dan MSN memudahkan si cilik membuat kenalan baru dan saling menghubungi satu sama lain. Jika si cilik tertawan dengan susunan kata dan gambar rakan sibernya, dia didorong membuat temu janji dan memulakan babak asmara.
Seorang pegawai sosial, Cik Yap Lee Lan, juga koordinator bagi Tinkle Friend, berkata: “Kanak-kanak kini lebih terdedah kepada pelbagai media. Akibatnya, mereka lebih cepat membesar.”
TERJERUMUS DALAM SEKS
Walaupun murid sekolah rendah lazim mengalami cinta monyet, ada kemungkinan ia boleh berubah menjadi perhubungan intim.
Seorang guru dan kaunselor sekolah rendah yang hanya ingin dikenali sebagai Cik Tan berkata: “Ada murid mulai bercumbu-cumbuan dan sentuh-menyentuh dengan satu sama lain.”
Hakikat itu membimbangkan kerana kanak-kanak kian ghairah meneroka hubungan seks.
Dalam satu kes jenayah yang dilaporkan pada Disember 2008, seorang budak perempuan berusia 16 tahun didapati terjerumus dalam hubungan seks sejak berusia 11 tahun.
Kekasihnya berusia 17 tahun diberkas atas dakwaan mengadakan hubungan seks dengan budak berumur di bawah 16 tahun. Tertuduh boleh didenda sebanyak $10, 000 dan dihukum penjara hingga lima tahun.
Cik Yap berkata Tinkle Friend pernah menasihat seorang murid perempuan darjah lima yang khuatir andainya dia menolak permintaan seks daripada kekasihnya, seorang pelajar menengah satu, maka ia bererti dia tidak menyayangi kekasihnya dan hubungan mereka akan diputuskan.
“Kami berbincang dan menekankan bahawa cinta bererti saling menghormati dan memahami. Dia tidak perlu membuktikan kasih sayangnya terhadap kekasih melalui hubungan seks,” kata Cik Yap.
MENANGANI MABUK CINTA
Satu petanda yang jelas menunjukkan si cilik sedang dilanda awan asmara apabila penumpuan mereka terhadap pelajaran semakin berkurang.
Cik Tan menambah: “Mereka juga sibuk menghantar dan menjawab pesanan ringkas atau SMS.”
Ibu bapa mempunyai sebab melarang anak daripada bercinta, namun si anak tidak menyedari perkara itu, sebaliknya berfikir ibu bapa tidak memahami perasaan mereka.
Para kaunselor menyarankan ibu bapa menggalakkan perbincangan mengenai cinta dan seks secara terbuka, agar si anak tidak menyimpan rahsia dan terpengaruh oleh unsur buruk.
Ibu bapa juga harus meluangkan masa mendengar cerita si anak dengan sepenuh perhatian dan tidak memperkecil pendapat si anak.
Muslimah says: Selalu saya akan update artikel bagi kategori “sembang-sembang remaja”. Apakah saya perlu tambahkan kategori yang baru untuk “sembang-sembang kanak-kanak” pula ke? Nampak gaya anak kecil sekarang pun sedang hadapi gejola masalah remaja yang sama. Mereka tahu bahawa rancangan hiburan terlalu banyak telah melalaikan anak melayu Islam kita tetapi kenapa masih mereka meneruskan rancangan hiburan yang tidak mendatangkan faedah atau manfaat langsung kepada mereka? Seperti rancangan yang sangat hot dan laris bukan sahaja di kalangan anak remaja kita tetapi juga ia sangat top and popular di kalangan makcik & pakcik zaman kini. Anugerah Band, K Nite, 2×5 Dol, Dol & Minah dan sebagainya. Tiada unsur-unsur agama langsung. Semuanya terlalu social & materialistic at the same time. Apa tujuan mereka yang sebenarnya untuk mempamerkan drama seperti itu? Apa motif anda untuk kami? Untuk mereka yang menonton? Semata-mata untuk hiburan hati, gelak ketawa yang tiada henti? Itu sahaja hari-hari? Not professional enough Suria… C’mmon, please upgrade! We need something new, something that can touch a person heart. Something that we can learn from. Something about Islam that our teenagers doesn’t know at all. Not like those series of drama where will make you laugh non-stop. Saya dapat lihat bahawa mereka ibarat tidak ambil endah akan suara masyarakat yang menegur. Makin ditegur, makin menjadi-jadi. Kalau sudah terjadi sebegini, pada siapakah untuk menunding jari?
tu r bdk2 zaman sekarang berpegangan tangan,cium-ciuman yg bukan mahram atauu muhrim..

masyaAllah nauzubillah..