Logo Background RSS

Berperang?? Apa faedahnya??

  • Written by Muslimah 4 Comments4 Comments Comments
    Last Updated: September 7th, 2009

    ۞~♥ღ||Musleemah||ღ♥~۞ says: Saya berikan du’aa indah ini kepadanya. Namun jawapan yang diberikan kepada saya sangat mengejutkan dan menyedihkan pun ada. Malah tidak terlintas di fikiran saya bahawa dia akan menjawab sedemikian rupa.

    Ya ALLAH.. ini sahabat semusleemah ku. Mesra kami penawar duka. Rindu kami menambah cinta. Rajuk kami membuah ceria.
    Ya RABBI.. silaturrahim kami ukhwah fillah. Bermusuh kami nau’zubillah. Berpisah mati, insya-ALLAH.
    Ya ALLAHU RABBI.. sahabat semusleemah ku ini kesayangan ku. Rahmatilah kami meniti usia. Terpisah kami di alam nyata. Temukan kembali di taman syurga-MU fii Jannatun’ Naim… Allahumma Ameen ((=
    Jawapan daripadanya:-
     
     Ukhti Indonesia:
    Kalau memang..bermusuh naudzubillah..stop menyakiti hati negara & rakyat kami,stop mencuri asset & budaya kami…!!!
    (Begitu sekali cara pemikirannya.) Waaadduuuhhh… Gimana ini? Ku beri susu kok dibalasnya cuka??! Ga’ bisa ku terima gini… Lagi-lagi di bulan suci, bulan Ramadhan yang mulia. Bisanya retakkan hati ku seribu berkali-kali… Kita serumpun ya ukhti. Jangan begitu. Wanita udah dikenali dengan sifat emosinya. Ya udah… turunkan aja derajat emosinya. Kalo udah ada 90% ketinggian emosinya, turunkan lagi 50%. Bersederhana ajalah… Apa indah jika berperang? Ya… ia akan menjadi indah kalo berperang untuk menegakkan Al-Aqsa yang hampir runtuh… Na’uzubillah… Itu dia siiikk…
     
    Ukhti Indonesia:
    Anda malaysia?
    (Setelah mengetahui saya bukan orang Malaysia.)
     
    Di bawa ini pula jawapan saya yang tidak seberapa…
    ۞~♥ღ||Musleemah||ღ♥~۞ says:
     
     saya sebenarnya orang Singapura. Maaf ya jika terlancang budi pekerti. tapi ingin saya menjadi orang tengah menanyakan sedikit soalan. Asset & budaya kamu yang mana telah dicuri? Malahan itu semua milik ALLAH Azza Wa Jalla semata. Jadi milik kamu yang mana? Indonesia itu siapa yang punya kalau bukan ALLAH yang punya.
    Iya… memang saya tahu ada perselisihan faham antara negara Indonesia dan juga Malaysia. Setahu saya, negara Malaysia adalah negara yang terbaik. Kita berjiran serumpun. Bukan negara Indonesia tidak baik pada hemat saya. Tetapi negara Malaysia terlalu banyak beralah.
    Contohnya:
    Singapura telah begitu banyak mengambil bahagian di Malaysia. Namun Malaysia tetap memilih jalan pendamaian. Begitu suruhan Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam. Bukalah minda kalian. Jangan diikuti nafsu emosi semata. Kerana salah satu budaya tarian kamu di sana telah diiklankan di Commercial Malaysia untuk perlancongan, ya udah. Lupakan sahaja. Bukankah ALLAH itu Maha Kaya, telah menganugerahkan kalian semua begitu banyak rezeki. Subhan-ALLAH! Alam semula jadi kamu begitu tersergam indah nun jauh di sana. Masya-ALLAH! Sungguh mengkagumkan. Kenapakah perkara yang sekecil debu pada hemat saya sanggup kamu ingin berperang? Bukankah bumi Malaysia dan Bumi mu adalah bumi ISLAM yang jelas. Berperang bisa sahaja tetapi jika ia bertujuan untuk menegakkan agama ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala. Bukan berperang kerana budaya kamu dicuri. Na’uzubillahi minzalik… 
     
     
    Walaupun dicuri, kita semua sedia maklum bahawa budaya kamu tetap budaya kamu. Kami semua sudah tahu itu. Janganlah sampai terbawa-bawa sehinggakan kita terlupa akan bulan yang suci ini, yakni bulan Ramadhan yang penuh dengan barakah. Mungkin pada bulan suci ini juga ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala ingin menguji kalian semua.
     
     
    Namun sering orang gagal membuktikan cintanya pada sang KHALIQ, kerana disebabkan secuil musibah yang ditimpakan padanya. Astaghfirullah.
     
     
     Ingatlah wahai saudara seislamku, apabila negara kita ditimpa musibah, negara jiran serumpun juga datang membantu… Ingatlah. Kita tidak boleh egois. Kita tidak akan pernah bisa hidup dengan sendirinya. Walaupun negara kita sebesar mana. Ingat, bila ALLAH ingin menghancurkannya hanya dalam sekelip mata sahaja ia bisa hilang.
     
     
    Di mana budaya, di mana asset?? Hilang begitu sahaja dengan keizinan-NYA jua. Subhan-ALLAH!
    Saudara ku, ini bulan suci, bulan Ramadhan yang sangat perit untuk kita nantikan. Mungkin sahaja Ramadhan kali ini ramadhan yang terakhir buat kita. Tetapi apakah begini niat kita? Untuk bersikap egois dan saling berperang atas perkara yang kecil pada bulan suci ini?
     
     
     
    Ukhti, ku mohon maaf lahir dan bathin atas kekurangan dalam budi pekerti. Sungguh, ku bukan orang Malaysia. Namun ku sayang pada perdamaian. Bukan permusuhan. Kerana musuh yang nyata adalah Syaitan. Politik diselesaikan dengan cara politik. Rakyat tidak perlu beremosi.
     
     
     
     Tidak ada apanya yang mendatangkan kerugian. Tetapi yang merugikan adalah sesama saudara ISLAM kita berpecah belah kerana perkara yang sekecil-kecilnya zahrah. Na’uzubillah… Renungkanlah ukhti.
    Salam kejauhan,
    Ukhti Singapura. Salam Ramadhan. ((=
    Adduuuhh… Gimana ini? Udah telat kok mau ke tempat kerja. Ada tugasan!! Maaf ya… ((=
  1. #1 Stranger
    September 7th, 2009 at 7:08 pm

    Assalam o Alaikum…

    ۞~♥ღ||Musleemah||ღ♥~۞ always says good…. :)

    Masha ALLAH…

    Post ReplyPost Reply
  2. #2 Motivasi-Kerja
    September 8th, 2009 at 11:00 am

    Musleemah terima kasih kerana menjawab dengan baik sekali. Biasalah di kalangan manusia suka melihat sesuatu yang kecil diperbesarkan. Thanks again. :em47:

    Post ReplyPost Reply
  3. #3 nahwanNur
    September 8th, 2009 at 4:41 pm

    BismiLlah wal HamduliLlah wa laa haula wa laa quwwata illaa biLlahil `aliyil `Adzhim
    Sholatu was-Salamu `ala RasuliLlah wa `ala Alihi wa Shohbihi waman walah
    SalamuLlahu `alaikum wa Rahmatuhu wa Barakatuh

    Dari hati kerdil seorang jelata bumi Malaysia;

    Sungguh akak terlalu luluh memikirkan peradaban dunia islam ini yang di tebak kejahilan dunia, perbalahan kerana dunia, permusuhan kerana sistem dunia, tanpa sepicing pun saat meluah amarah kita memikirkan jannah ALLAH swt, mardhatillah.

    Dari akak yang sesungguhnya seorang yang faqer lagi haqer, akak pasti tidak sepenuhnya menyalahkan ukht indonesia yang pasti telah dimuliakan ALLAH swt, malah akak rasa berbesar hati dengan entri adik ini dapatlah akak mengetahui sejauh mana pandangan seorang indonesia kepada Malaysia.

    Menyorot kisah sirah Rasul saw, bukan sahaja kaum yang baginda satu kan, kaum aus dan khazraj, malah keseluruhan muslim dari segenap kawasan baginda ikat tali di atas hanya satu perkara, iman dan Islam. Ketahuilah bahawa peperangan material dan pergaduhan sejagat saat ini tidak lain merupakan virus suntikan para kuffar yang pasti di raikan mereka dengan gelak tawa.

    Muslim, harus bukan atas namanya, tetapi jiwanya, cintanya kepada sesama muslim itu menebal kerana kita lahir dan wujud dari satu Zat yang sama, ALLAH Az Zawajalla, dan tidak lupa juga para kuffar laknatullah. Namun yang membezakan kita adalah di dalam sifat ar Rahman dan ar Rahim ALLAH subhanahu wata’ala. Di mana kita sematkan sifat ke Esa an ALLAH swt.

    Para ukhti al kareemah sahabiah-sahabiah ku sekalian yang nyata di muliakan ALLAH swt; sungguh jika di hampar sebidang tanah buat menyemai benih terima kasih ku kepada kalian dalam menjadi penyokong hidupku, manakan mungkin saya kerjakan sendirian jika ia tidak dari bantuan ALLAH swt. Jika negara dan rakyat yang kita takutkan, maka ketahuilah saya tidak akan mampu berbuat apa-apa kerana kekerdilan saya dan kekuasaan bukan milik saya. Tetapi jika kasih dan sayang sesama Islam itu yang ditakutkan, maka itu jauh lebih menakutkan saya, dan izinkan saya menjadi hamparan lusuh yang menawar alas kaki kalian dalam merasai nikmat kasih yang sedikit dari saya dan setitis nikmat sayang yang mungkin hina dari saya yang haqer. Izinkan saya menabur rasa kasih dan sayang semampu saya, namun, saya mohon maaf jika tanah dan harta yang didambakan tidak mampu saya tunaikan.

    Ya ukht musleemah yang akak nahwanNur amat kasihi;

    Kamu sungguh mulia memuji negara akak sebegitu sekali. Tiada lain yang mampu akak ucapkan selain kata mohon maaf dan terima kasih untuk ini. Sungguh ia besar bagi akak, dan mungkin ia jauh lebih besar bagi Pencipta kita, kerana yang kamu tegakkan bukan isu negara, tetapi isu agama. Semoga segala kemuliaan itu milik sahabat-sahabat akak dari seluruh pelusuk dunia yang berdiri di atas panji Islam.

    Wallahu’alam bissawab wa barakallahu fiekum.

    Dari warga Malaysia yang haqer
    Al Haqeerah Ila Rabbiha
    Semoga ALLAH mengampunkan setiap dosa-dosa di atas sedar mahupun di bawah sedar manusia

    “It is the remembrance of ALLAH that the hearts find peace.”-13:28

    Post ReplyPost Reply
  4. #4 areMaL
    September 13th, 2009 at 7:17 am

    jawapan yang :em69:

    Post ReplyPost Reply
Leave a Comment
This is a Gravatar-enabled website. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.com

  • :em63:
  • :em10:
  • :em30:
  • :em29:
  • :em55:
  • :em65:
  • :em02:
  • :em64:
  • :em46:
  • :em71:
  • :em15:
  • :em07:
  • :em23:
  • :em27:
  • :em52:
  • :em32:
  • :em05:
  • :em59:
  • :em42:
  • :em24:
  • :em16:
  • :em17:
  • :em47:
  • :em61:
  • :em03:
  • :em57:
  • :em19:
  • :em56:
  • :em67:
  • :em44:
  • :em60:
  • :em01:
  • :em43:
  • :em33:
  • :em21:
  • :em70:
  • :em51:
  • :em08:
  • :em36:
  • :em12:
  • :em06:
  • :em38:
  • :em34:
  • :em04:
  • :em14:
  • :em26:
  • :em22:
  • :em25:
  • :em41:
  • :em58:
  • :em31:
  • :em49:
  • :em09:
  • :em11:
  • :em69:
  • :em35:
  • :em18:
  • :em13:
  • :em28:
  • :em50:
  • :em68:
  • :em45:
  • :em48:
  • :em62:
  • :em20:
  • :em54:
  • :em39:
  • :em66:
  • :em40:
  • :em53:
  • :em37: