Logo Background RSS

Bahaya jadi orang kepala angin dengan panas baran!

  • Written by MuslimahMuslimah 3 Comments3 Comments Comments
    Last Updated: October 31st, 2009

    Hai… geram betul Nenek apabila membaca laporan tentang penderaan kanak-kanak yang memang sudah beberapa kali disiarkan di media, termasuk dalam akhbar Berita Minggu Ahad lalu.

    Hairan betul Nenek dengan sikap golongan yang tidak berhati perut itu, mendera kanak-kanak hingga ada yang menyebabkan kematian. Sebagai golongan dewasa, kanak-kanak patut kita sayangi. Sedangkan haiwan sayangkan anaknya, inikan pula manusia.

    Kira-kira, golongan pendera kanak-kanak ini lebih teruk daripada haiwan agaknya! Isy…isy…isy…

    Dulu, waktu Nenek muda-muda, Nenek pun bekerja. Anak Nenek ada lima orang… kecoh apabila mereka melalak, bergaduh atau ketika mereka bergurau. Isy… bising tapi seronok. Tapi apabila Nenek pulang ke rumah, rasa penat di tempat kerja itu lenyap serta-merta apabila anak-anak yang waktu itu berusia di bawah 10 tahun, mengejar dan menjerit-jerit kesukaan memanggil emaknya ini. Soal bising atau mereka bergaduh tidak jadi masalah kerana maklumlah, budak-budak…

    Jadi, Nenek tidak habis fikir bagaimana orang-orang yang tidak berhati perut itu boleh melakukan  perbuatan kejam mendera dan memukul bantai kanak-kanak yang tidak berdosa itu.

    Di mana rasa belas, di mana rasa sayang? Tidak ada? Hati batu ke? Agaknya orang-orang yang kaki dera atau panas baran dan suka memukul bantai ini ada masalah. Tapi takkanlah nak melampiaskan masalah mereka kepada kanak-kanak? Kemana perginya fikiran waras mereka?

    Beberapa orang pakar berkata, mereka yang kaki dera ini berkemungkinan mempunyai masalah hutang, masalah dengan pasangan dan seumpamanya. Atau, rasa cemburu pun boleh menyebabkan mereka bertindak kasar dan ganas. Jadi, semua itu boleh menyebabkan mereka bingung, bingit hingga lupa diri.

    Ada juga yang kata, keadaan sekitaran atau cara mereka dibesarkan juga mempengaruhi seseorang itu. Jika dia dibesarkan dalam suasana buruk, dikelilingi orang-orang yang kasar dari segi sikap dan pertuturan, maka dia juga berkemungkinan besar bersikap sedemikian apabila dewasa nanti.

    Walaupun bukan semua orang yang dibesarkan dalam keadaan teruk begitu akan terpengaruh dengan sekitaran dia dibesarkan, tidak dapat dinafikan bahawa keadaan sekeliling memainkan peranan penting dalam mempengaruhi jiwa seseorang.

    Oleh itu, kita sebagai orang tua, mesti menunjukkan contoh yang baik, bercakap dengan nada yang lembut, tidak memaki hamun atau bersikap kasar dan ganas terhadap anggota keluarga atau sesiapa saja.

    Ingatlah bahawa anak-anak adalah cerminan perangai ibu bapa mereka. Jika ibu bapa tidak senonoh, tidak mustahil si anak akan membesar juga menjadi ibu atau bapa yang tidak senonoh!

    Dulu, sewaktu Nenek masih anak dara, arwah bapa Nenek selalu mengingatkan Nenek agar jika mahu mencari suami, pilihlah lelaki yang latar belakang keluarganya baik dan beriman. Sebab, jika latar belakang keluarganya baik, insya-ALLAH si anak juga boleh dipercayai untuk menjadi suami dan bapa yang baik.

    Jadi, marilah sama-sama kita berdoa agar kita semua tidak menjadi orang yang panas baran dan kepala angin kerana orang-orang begini, jika sedang marah, sukar mengawal kemarahannya. Apabila timbul rasa marah terhadap seseorang itu, cepat-cepatlah beristighfar dan mengambil wudhuk, agar fikiran kita lebih tenang, hingga tidak melakukan perkara-perkara bodoh.

    neneksignature

    Pssstt… Itu nenek yang komen. Bukan saya taoOo. Hehe. Sekarang ni cucunya pula nak komen, tapi bukanlah cucu betul pun. Cucu angksSs pun tidak. Pangkat je cucu.

    نور مسلمة سيد إسماعيل says: Memang orang yang mempunyai penyakit Panas Baran ni sangat-sangat merbahaya. Seingat saya dulu di bangku Sekolah Menengah, saya mempunyai teman yang Panas Baran orangnya. Tegur sedikit sahaja dah melenting. Cakap ini tidak boleh, cakap itu salah. Ada sahaja yang ingin dimarahinya. Tetapi saya sempat membuat kajian terhadap teman-teman bersikap sedemikian rupa. Kalau orang lain yang tegur atau cakap sesuatu keatas dirinya itu, dia mula marah tidak tentu pasal manakala kalau dia pula yang mengata, tegur atau sindir kita, aadddduuussshhh macam cili pedas menusuk ke jantung hati kita tidak mengapa baginya. Al-maklumlah ada sahabat mudah memaafkan. Kadang-kala saya rasa mempunyai teman seperti ini menyakitkan hati juga. Mana tidaknya, bila dia cakap semuanya dia rasa dirinya sahaja yang benar.

    Dan teman seperti inilah akan dijauhi teman-teman yang lainnya seperti teman saya yang satu ini. Cuma saya seorang sahaja yang sabar dan sanggup melalui hari-hari bersamanya di sekolah. Mendengar setiap curahan atau luahan hatinya. Sebenarnya kalau didekati teman seperti ini, anda akan ketahui orangnya memiliki hati yang sangat lembut. Apabila hatinya sangat lembut, ia mudah jadi sangat-sangatlah sensitif. Mudah tersentuh dengan teguran kita. Kita memang kadang-kala berniat baik untuk menegur apa yang silap. Namun, hatinya tidak dapat terima dan terus menjadi marah.

    Apa lagi teman saya kesayangan ni seorang wanita. Naluri seorang wanita, faham-faham sahajalah. Kerana ALLAH, saya tetap teruskan pertalian persahabatan dengannya. Sehinggalah pada suatu hari, di hari jadinya, tiba-tiba hati saya tergerak untuk menghadiahkannya sepasang telekung berwarna putih bersih. Niat saya ikhlas untuk membawanya ke jalan yang diredhai ALLAH. Jauh sekali ingin menyimpan niat untuk memalukannya atau menyindirnya. Sudah tujuh tahun kami bersama, jadi sedikit sebanyak saya sudah cukup mengetahui latar belakang kehidupannya. Oleh disebabkan itu, saya ikhlas menghadiahkannya sepasang telekung itu. Namun, tanpa diduga dia mengambil hati dengan hadiah pemberian saya. Sesaat sahaja dia sampai di rumah (setelah mengetahui isi kandungan hadiah saya), terus dia pun SMS saya mengatakan:

    I don’t know why these few days people seems to insult me and I didn’t expect that you will do the same thing towards me. I know I’m not that good. But of all the things in Singapore, why should it be telekung?? Are you trying to insult me, Nabilah?

    Saya terkejut apabila membaca isi kandungan SMS yang diberinya. Silapkah saya menghadiahkannya sebuah telekung setelah mengetahui selama ini dia sering dalam keadaan kebingungan, kesedihan dan tanpa arah tujuan? Bukan kali pertama saya memberitahunya tentang nikmat bersolat. Sudah berkali-kali. Cuma kali ini saya langsung hadiahkannya sebuah telekung, hadiah yang tidak seberapa itu. Bukan kerana saya tidak mampu untuk membelikannya hadiah yang lain. Yang mungkin berharga tetapi telekung adalah pilihan mama ku juga. Mama ku mengatakan ada baiknya jika kita membelikan seseorang sebuah hadiah, biarlah ia sesuatu yang bisa membawa dia ke jalan ALLAH, memberi manfaat untuk sisa-sisa hariannya dan biarlah barang itu akan membawa erti dalam kehidupannya. Bukankah mempelajari mendekatkan diri kepada ALLAH itu satu jalan nikmat yang sangat manis?

    Saya sangat sedih apabila dia berfikiran sedemikian. Tetapi saya tetap membalas SMSnya itu dengan tenang agar hatinya tidak tersinggung dan salah sangka dengan pemberian hadiah itu.

    Mama pun ada menenangkan hati saya ini dengan mengatakan bahawa suatu hari pasti teman saya akan belajar menghargai pemberian saya. Dan malahan dia juga akan menginsafi perbuatannya sendiri. Itulah du’aa saya. Mudah-mudahan, insyaALLAH. Al-maklumlah di usia keremajaan, mereka sering kali mempunyai tanggapan yang serupa bahawa ajal mereka pasti lambat. Jika ingin bertaubat janganlah sekarang kerana akan merugikan sisa hidup mereka yang inginkan kebebasan, kebahagiaan dan kehidupan yang mengikut trend-trend masa kini. Mereka tidak mahu terlepas dari semua peluang “keemasan” itu.

    Sedangkan mereka tidak tahu nikmah orang-orang yang melakukan kebaikan, amalan soleh dan beribadat kepada ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala di usia yang muda. Betapa sayangnya ALLAH kepada mereka yang beriman dan bertaqwa kepadaNYA di usia yang sangat muda seperti remaja zaman kini.

    Kadang-kala benak hati saya mengatakan bukan kerana penyakit Panas Baran atau penyakit Angin yang bisa membawa seseorang itu ke dunia yang penuh noda dan dosa. Sehinggakan bapa kandung zaman kini sanggup mendera, merogol dan membunuh anak kandungnya sendiri. Nauzhubillahi Minzhaliq. Yang mengundang segala penyakit hati itu diri sendiri. Ini kerana hidup terlalu kebaratan, hidup tidak berpandukan iman kepada ALLAH dan Rasul-NYA jua. Apabila kesemua ini tiada, habislah! Musnah hidup. Musnah segala-galanya. Yang tinggal hanya malu, dosa dan noda yang begitu menebal di hati.

    Orang zaman dulu pun sudah memiliki sifat Panas Baran atau Angin yang tidak sudah-sudah, tetapi tidak pula dada akhbar dulu dipenuhi dengan kisah Bapa menumbuk anak kecil berusia 3 tahun sehingga mati. Yerlah, memang jarang sekalilah saya rasa orang Melayu Islam kita zaman dahulu bersikap sedemikian. Ibu tunggal zaman dahulu pun terpelihara iman mereka. Kenapa saya berkata demikian? Ini kerana mereka sering ditinggalkan begitu ramai anak oleh si suami yang tidak bertanggungjawab. Tidak pula dengar yang mereka sibuk mencari, melayan kekasih hati yang baru kononnya ingin dijadikan bapa kepada anak-anaknya. Sehinggakan melupakan tanggungjawabnya dan amanah sebagai ibu kepada anak-anak itu. Ibu tunggal dahulu menjaga, mendidik dan mengasuh anak dengan belaian kasih sayang yang cukup serta sifat ketegasan yang teguh. Sehingga anak-anak mereka membesar menjadi anak yang mengenang jasa ibunya. Walaupun ditinggalkan suami, mereka tetap teguh pendirian untuk tidak mencari pengganti. Di hati dan fikiran mereka hanya dipenuhi dengan tanggungjawab dan kebajikan anak-anaknya. Agar mereka cukup dengan agama dan juga pelajaran serta mewarisi akhlaq yang mulia.

    Ibu zaman kini. Zaman yang canggih dengan teknologi. Ibu yang berpendidikan tinggi malah mempunyai kedudukan yang cukup dipuji. Tetapi sayang seribu kali sayang kerana ilmu yang dikecapi tidak dapat mendidik mereka menjadi Ibu yang mithali, yang menyayangi anak-anaknya, yang senantiasa sibuk memikirkan keperluan anak-anaknya. Kerana apa? Kerana ilmu dunia sudah bersarang di dadanya. Dan dia terlalu ego serta bangga diri merasakan ilmunya sudah cukup membawa anak-anaknya itu kepada kebahagiaan hidup. Tanggungjawab sebagai ibu dan ilmu keagamaan langsung tidak dipeduli. Malah ditolak tepi dahulu katanya. Al-maklumlah ibu zaman kini ibu yang senantiasa bergaya dan selalu berpenampilan seksi di mata para-para lelaki yang matanya keranjang yang memang sedang mencari-cari untuk dijadikan boneka mainan mereka.

    Tidak kurang yang ada suami, masih juga mencari-cari dan melayan anak-anak muda di ruangan cyber. Hanya berchatting, berbual kosong “kononnya” lah. Bukankah itu ibarat mengundang kepada kemaksiatan??? Apakah suami mereka tahu atau sebenarnya lebih memilih untuk bersikap DAYUS mendiamkan isteri berchatting dengan lelaki lain. Oh… baru saya tahu suami zaman sekarang ramai yang ingin digelar “SUPPORTING”. Atau sebenarnya “takut isteri” bang oiii… Hanya kerana isteri berjawatan tinggi daripadanya. Tidak kurang juga suami yang berhabis duit memasang spy untuk mencari bukti kecurangan si isteri. Kira bagus jugalah tu. Masih belum dianggap dayus sebab masih menjaga keadaan si isteri.

    Apa yang saya ketengahkan ini sering kali terjadi di Singapura. Kisah ini sangat hangat di sini. Buka akhbar sahaja geleng kepala. Begitulah selalu ceritanya tidak tahu akan berakhir pada bila masa. Inilah diantara penyakit yang menular pada masyarakat Melayu Singapura zaman kini. Terlalu mengejar kemewahan dunia semata-mata. Orang zaman dulu, mama saya kata:

    Orang dulu-dulu nak makan nasi dengan kicap je. Takde nak mewah-mewah ni sume. Apa lagi nak makan ayam dengan daging. Hari raya je jumpe. Tapi nak, iman dan akhlaq orang Melayu Islam dulu-dulu tetap terpelihara.

    Syabas saya ucapkan kepada mereka yang hidup di zaman dahulu. Kepada mereka yang hidup di zaman kini termasuklah diri saya, beringat-ingatlah sentiasa. Bumi kini sedang sibuk menggoncang, gempa sana, gempa sini, taufan sana, taufan sini. So, pandai-pandailah jaga diri. Maklumlah duduk di dunia Singapura ni, kau…kau… aku…aku… Takut terlalu dalam kelalaian cinta dunia, tidak sempat pula nak mengucap. Asyik nak kejar kekayaan sahaja… Nanti nikmat kesedihan yang menjadi hadiah dari-NYA jua.

    Akhir kata daripada Musleemah, mohon maaf lahir dan bathin atas perkataan yang tidak tergostan kembali. Maklumlah dah lama sangat saya rasa tidak membebel di ruangan blog saya ini.

    Wallahu ‘alam bisowob…

    dbannerbelow001

  1. #1 Zuraida
    November 5th, 2009 at 8:51 pm

    hilangnya erti “nilai” dalam hidup seorang manusia….

    Post ReplyPost Reply
  2. #2 Motivasi Kerja
    November 7th, 2009 at 1:53 pm

    Assalamualaikum. Mungkin kita sama-sama menghayati lirik lagu Raihan “iman tak dapat diwarisi”. Sekalipun latar belakang akademik kita skrg semakin maju tu semua belum mamapu mendidik jiwa agar hidup dalam diri. Seorang ayah yang memberikan ajaran agama yang baik ketika kecik belum cukup untuk membolehkan mereka juga taat kepada perintah Allah dan Rasulnya.

    Memang sedih lihat anak-anak yang dibuang merata-rata. Saya juga bimbang mungkin satu masa kita juga kan menerima bala dari Allah seperti yang berlaku di PAdang dan Acheh kerana dosa kita.

    Post ReplyPost Reply
  3. #3 Sagali
    November 11th, 2009 at 10:44 am

    kepala angin mungkin tergolong kepada gejala psaiko. tekanan, kemurungan berterusan dan pengalaman lampau yang negatif jika tidak ditangani dengan baik boleh menimbulkan kesan diluar jangkaan.

    Post ReplyPost Reply
Leave a Comment
This is a Gravatar-enabled website. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.com

  • :em59:
  • :em04:
  • :em27:
  • :em56:
  • :em03:
  • :em61:
  • :em10:
  • :em30:
  • :em63:
  • :em70:
  • :em42:
  • :em65:
  • :em48:
  • :em47:
  • :em51:
  • :em39:
  • :em21:
  • :em12:
  • :em26:
  • :em31:
  • :em44:
  • :em55:
  • :em54:
  • :em08:
  • :em18:
  • :em38:
  • :em01:
  • :em02:
  • :em52:
  • :em46:
  • :em40:
  • :em07:
  • :em68:
  • :em35:
  • :em17:
  • :em09:
  • :em58:
  • :em60:
  • :em28:
  • :em14:
  • :em57:
  • :em53:
  • :em67:
  • :em49:
  • :em62:
  • :em05:
  • :em45:
  • :em32:
  • :em29:
  • :em20:
  • :em64:
  • :em50:
  • :em15:
  • :em19:
  • :em33:
  • :em23:
  • :em24:
  • :em37:
  • :em71:
  • :em66:
  • :em06:
  • :em22:
  • :em16:
  • :em69:
  • :em25:
  • :em41:
  • :em43:
  • :em34:
  • :em11:
  • :em13:
  • :em36: