Logo Background RSS

Aku bunyi camne ek?!

  • Written by Muslimah 5 Comments5 Comments Comments
    Last Updated: November 16th, 2009

    Lembu punya susu, Sapi dapat nama!

    when نور مسلمة سيد إسماعيل start to think deep:

    Maksud mudah: Orang lain yg keja teruk, orang tertentu pula yang dapat nama.(cut and paste dari blog orang lain.)

    Sebenarnya memang dah lama saya ingin ketengahkan perkara ini. Peribahasa Melayu. Kesilapannya nampak kecil tetapi jika direnung kembali ada kekeliruan di situ. Al-maklumlah generasi muda sekarang semuanya bijak-bijak belaka. Mesti ada soalan yang ingin dikemukakan. Dengan itu saya ingin mendapatkan komentar daripada para pembaca yang budiman tentang Peribahasa Melayu yang ingin saya bentangkan ini.

    Peribahasa Melayu yang pertama adalah:

    Lembu punya susu, Sapi dapat nama!

    Lembu tu dah tentulah lembu. Kita pun sedia maklum lembu tu rupanya macam mana. Bunyinya pun kita kenal sangat. Tetapi si Sapi ni siapa pula yer? Binatang apa? Adakah sapi itu kerbau? Kalaulah Sapi tu lembu juga, apa makna peribahasa tu yer? Lembu punya susu, Lembu jugalah dapat nama. Saya rasa tak salah. Dan seandainya Sapi ini adalah seekor Kerbau, jadi selama ini mamak buat Prata menggunakan minyak Sapi = minyak Kerbau? Minyak Kambing kuutt? Dan jika tidak silap saya, orang Indonesia menggelarkan si lembu dengan nama Sapi. Haaaiiisshhh pening lalat dibuatnya. Ni yang jadi musykil ni. Anak murid saya seusia 6 tahun dah bijak bertanyakan soalan ini. Waaadduuuhhh… pengsan cikgu nak pergi buat research. Baiklah ini baru Peribahasa Melayu yang pertama.

    kerbau

    Apa kerbau ni cakap, bukan daripada saya. Tetapi gambar ni dah tersedia ada dengan kata-kata itu. Saya ambil dari google.

    Yang kedua:

    Kerana pulut, santan binasa. Kerana mulut, badan binasa.

    Maksud: Disebabkan mulut, hidup kita mungkin dalam kesusahan.(cut and paste from internet.)

    Dah tu si pulut, kenapa pula santan punya hidup yang binasa?

    Kalau iyer pun nak tally kan atau nak ryhme kan akhir perkataan dalam Peribahasa ini, biarlah kena. Ada kerana pulut, santan tu boleh binasa? Yang sebenarnya begini. Bukankah kerana pulut, santan terasa?? Barulah kerana mulut, badan binasa. Perkataan binasa mana sesuai digunakan pada makanan? Makanan mudah rosak, tercemar dan sebagainya. Bukan binasa. Bagaimana mereka membuat bidalan? Ini yang saya bangkang kerana tiada sesiapa yang menegur kesilapan di sini. Iyer kan sahaja sampailah ke hari ini, anak Melayu kita masih menggunakan Peribahasa ini. Sehinggakan budak seusia 6 tahun bisa berfikir tentang perkara sebegini rupa? O_o

    Yang ketiga:

    Nasi dah jadi bubur.

    Maksud: Yang sudah terjadi tidak mungkin bisa kita ubah.

    Saya seringkali terdengar Peribahasa ini sehinggakan membuat saya jadi terfikir. Kenapa harus mengambil istilah Nasi dah jadi bubur sedangkan banyak lagi perkataan lain yang boleh digunakan? Asalkan seseorang itu melakukan kesilapan atau dalam keadaan keterlanjuran, pasti orang Melayu kita gemar menggunakan Peribahasa ini. Ibarat tiada lagi hari esok? Maksud saya sesuatu perkara itu jangan kita menilainya dengan mata sahaja tanpa menggunakan mata hati. Setiap sesuatu insyaALLAH pasti boleh diperbaiki dengan pelbagai cara. Sedangkan kalau kita renung lebih dalam lagi makna Nasi dah jadi bubur mengikut logik akal kita. Bubur itu masih boleh dimakan lagi jika kita bijak menambahkan pelbagai bahan ke dalamnya. Malah bubur lebih mudah dihadam dari Nasi. Seolah-olah dah jadi bubur tiada lagi jalan lain untuk kita memperbaiki kesilapan itu. Jadi, masihkah lagi ingin menggunakan istilah ini pada zaman kini? Sesuai lagi ker?

    Yang terakhir.

    Nak wat camne, dah camtu.

    Maksud: Tanya pada mereka yang mencipta perkataan ini.

    Apabila anda memiliki sahabat yang gemar menggunakan perkataan ini, apa perasaan anda? Sedangkan pada waktu itu anda amat memerlukan kata semangat, sokongan dan kata-kata nasihat daripadanya. Ini kerana ia seringkali terjadi pada diri saya sendiri. Setelah penat meluahkan perasaan suka dan duka bersama sahabat pasti saya ingin jawapan atau kata-kata hikmah kembali daripadanya. Seperti kata-kata yang boleh memberi perangsang terhadap sikap saya yang ingin terus melakukan yang terbaik. Tidak kiralah luahan daripada saya itu berunsur kisah-kisah gembira mahu pun kisah sedih. Al-maklumlah pada zaman penuh dengan kemewahan ini seringkali kita dihadapi pelbagai ujian yang tiada henti. Maka kadang-kala kita perlukan seorang sahabat sebagai tempat mengadu atau tempat berkongsi suka dan duka. Apa lagi pada saat getir. Di mana pada waktu itu hidup kita tiba-tiba gelap. Ibarat jatuh tersungkur. Tetapi sayang seribu kali sayang, jawapan yang selalu menjadi teman pada kedua telinga ini adalah,

    Nak wat camne wak… Dah camtu…

    Sedih saya. Mudahkan jawapannya? Janganlah memberi jawapan acuh tak acuh apabila mengetahui seseorang itu memang mengharap dan memerlukan anda pada saat itu. ((=

    cat

    Kesian kawan kat atas tu. Naik marah benor die. Duk pikir je yer?
    Bawa bertenang…

  1. #1 Zuraida
    November 16th, 2009 at 2:25 pm

    Lembu punya susu, Sapi dapat nama!

    Sapi adalah nama si empunya lembu (berketurunan india/sikh) dulu2 kebanyakan susu lembu segar diperolehi drpd pembekal india/sikh. Jika org berkata akan kesedapan susu tersebut…tidak disebut susu lembu ini sedap…tetapi susu Sapi juga sedap…Pada hakikatnya lembu yg mengeluarkan susu, disebabkan sapi yg memasarkan susu..jadi Sapi lah yg dilihat org…dan lembu dilupakan…

    Kerana pulut, santan binasa. Kerana mulut, badan binasa.

    bila kita memasak sesuatu masakan berasaskan pulut, selalunya santan pasti digunakan utk melemakkan rasa pulut itu dan membuatkan pulut itu menjadi sedap dan hakikatnya santan itu telah berubah jisimnya menjadi minyak dan mengilatkan pulut itu maka yg dinampak adalah minyak bukannya santan…, umpamanya pulut kuning/lemang dan sebagainya… Pada hakikatnya, mulut mudah melontarkan kata2 yg kadang2 tidak dapat dielakkan telah mengguriskan hati byk pihak, akibatnya diri dicemuh,cicaci, dan diri mungkin dijauhi..akibatnya diri menjadi murung/marah dan hidup mungkin menjadi susah

    Nasi dah jadi bubur

    apabila memasak nasi, harus menyukat dulu airnya supaya tidak lembik atau menjadi bubur… setiap perlakuan, percakapan atau apa saja tindakan kita haruslah ditimbang tara terlebih dahulu… kerana apabila nasi sudah menjadi bubur… sudah payah mahu diolah menjadi nasi semula, melainkan harus dimulakan langkah awal dari mengambil beras membasuh dan menyukat air dgn secukupnya. Setiap perkara yg berlaku atas kesilapan harus diambil iktibar, dan mungkin peribahasa itu merujuk kepada kelalaian manusia yg membinasakan dan berkait rapat dgn urusan Allah iaitu kematian atau masa/keadaan yg diluar kuasa makhluk.

    Nak wat camne, dah camtu

    mungkin sesuatu yg berlaku telah ditakdirkan utk kita terima sebgi dugaan…dan cabaranmya kita perlu menerima dgn positive dan menyingkap hikmah disebaliknya…

    wallahualam…antara yg saya rasa sebegitulah maksudnya..wallahualam

    Post ReplyPost Reply
  2. #2 Hang Tuah
    November 17th, 2009 at 9:18 am

    Susu lembu…sapi dapat nama?

    Tapi lembu pun dapat nama gak.. contohnya..susu lembu Dutchlady…dan sewaktu dengannya.

    Apa2pun..Selamat Hari Raya Aidiladha..

    Pakat korbankan Lembu-Lembu Anda….barulah Lembu dapat Nama :)

    Post ReplyPost Reply
  3. #3 Muslimah
    November 24th, 2009 at 9:10 am

    Susu lembu Dutchlady? Itu setakat nama sahaja Hang Tuah. Yang saya maksudkan adalah bidalan yang dijadikan peribahasa sehingga hari ini. Bagaimana pula ya? Shukran jazillan atas kesudian akhi melawat ke dunia blog saya yang tidak seberapa ini. Salam Aidil Adha juga buat akhi.

    Nak korban lembu?? Insya-ALLAH… ((=

    Post ReplyPost Reply
  4. #4 Muslimah
    November 24th, 2009 at 9:21 am

    Shukran jazillan ya ukhti habibati!!!

    Atas keterangannya yang cukup jelas. Namun begitu, sahabat Indonesia saya mengatakan bahawa sapi itu adalah lembu. Maka di sinilah datangnya kekeliruan itu. Seperti nasi dah jadi bubur pula, mungkin dari segi pendapat akak sebegitu rupa. Tetapi yang saya hairan orang Melayu kita sering menggunakan peribahasa ini kepada sesuatu perkara yang tidak dapat diperbaiki. Sedangkan ALLAH itu maha pengampun dosa-dosa hamba-hamba-NYA yang dhoif. Sedangkan nasi yang dah jadi bubur boleh dimakan lagi. Melainkan nasi yang telah hangus & juga basi. Apakah kita masih boleh mengunyah nasi yang hangus & basi? Tentu tidak. Namun, pada situasi seorang manusia yang telah membuat kesilapan, masih boleh dibersihkan lagi kesilapan itu. InsyaALLAH dengan izin ALLAH jua. Jadi kalau boleh saya ingin kurangkan perkataan… “alaaa… nak buat camne… dah camtu… nasi dah jadi bubur pun…” Tiada kata semangat di situ. Jangan menilai sesuatu perkara dengan sifat acuh tidak acuh kita. Tentang santan binasa pula saya tidak dapat terima perkataan ini kerana yang pertama santan itu adalah sebuah makanan yang hanya boleh dimakan. Apakah ayat santan boleh dipadankan dengan perkataan binasa? Sedangkan kalau kita ubah kepada kerana pulut, santan terasa lebih sesuai saya rasa. Ini kerana apabila ia masuk ke dalam mulut, pasti kita terasa santan yang ada di dalamnya. Sebenarnya saya pernah rujuk hal sebegini kepada orang yang lebih ‘arif dalam bidang ini. Oleh kerana itu, saya cuba membentangkan kekeliruan saya ini untuk mendapat komentar-komentar dari segelintir sahabat yang sudi membaca. Selebihnya, wallahu ‘alam bisowob. ((=

    Shukran sis for the precious time you’ve spent. ;o)

    Post ReplyPost Reply
  5. #5 Zuraida
    December 2nd, 2009 at 11:09 pm

    nevermind..saya cuba memberi apa yg telah diberi pada saya oleh yg terdahulu…hihi..sama2 perbetulkan mana yg saya tersilap…
    p/s:saya tertarik dgn bahasa indonesia sejak menggemari novel2 penulis dari indonesia….bahasa melayu singapura bagaimana ya?…
    sememangnya kita sebangsa melayu nusantara dan saudara seislam…thanks ya sis kerana sudi berkongsi ilmu….lagi2 ya posting article yg membina minda dan berdakwah…semoga sukses…wassalam…

    Post ReplyPost Reply
Leave a Comment
This is a Gravatar-enabled website. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.com

  • :em63:
  • :em10:
  • :em30:
  • :em29:
  • :em55:
  • :em65:
  • :em02:
  • :em64:
  • :em46:
  • :em71:
  • :em15:
  • :em07:
  • :em23:
  • :em27:
  • :em52:
  • :em32:
  • :em05:
  • :em59:
  • :em42:
  • :em24:
  • :em16:
  • :em17:
  • :em47:
  • :em61:
  • :em03:
  • :em57:
  • :em19:
  • :em56:
  • :em67:
  • :em44:
  • :em60:
  • :em01:
  • :em43:
  • :em33:
  • :em21:
  • :em70:
  • :em51:
  • :em08:
  • :em36:
  • :em12:
  • :em06:
  • :em38:
  • :em34:
  • :em04:
  • :em14:
  • :em26:
  • :em22:
  • :em25:
  • :em41:
  • :em58:
  • :em31:
  • :em49:
  • :em09:
  • :em11:
  • :em69:
  • :em35:
  • :em18:
  • :em13:
  • :em28:
  • :em50:
  • :em68:
  • :em45:
  • :em48:
  • :em62:
  • :em20:
  • :em54:
  • :em39:
  • :em66:
  • :em40:
  • :em53:
  • :em37: