Akhirnya…
-
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalammu’alaikum Warakhmatullahi Wabarakaatukh.
Mohon maaf atas kelewatan mengemaskinikan blog saya. Senyap-senyap dah masuk dua minggu saya tidak meluangkan masa emas saya untuk mengemaskini blog saya dengan artikel-artikel yang menarik lagi bernas. Bukan kerana saya sengaja membuang waktu dengan sia-sia. Namun, kerana saya sedang menghadapi peperiksaan dan tidak saya sangkakan yang saya akan belajar dengan begitu teruknya. Subhan-ALLAH! Sungguh saat-saat itu saya sangat stress. Tidak dapat saya bayangkan bagaimana sakitnya akal saya berfungsi. Ditambah pula dengan sakit deman yang tinggi + sakit tekak + selsema + batuk (macam orang sakit kronik!!) = teruk sekali keadaan waktu itu. Hanya ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala sahaja yang tahu. Namun, alhamdulillah… saya bersyukur ke hadrat ALLAH kerana memberi ujian setimpal dengan kemampuan saya mengharunginya. Walaupun sakit, saya masih bisa mentelaah pelajaran-pelajaran kembali. Tidak dapat saya nafikan keadaan saya saat itu adalah lebih nikmat jika terbaring di atas katil yang empuk. Bukan dengan kertas yang berlonggokan di atas meja sana dan sini. Sungguh merungsingkan. Tetapi itulah hakikat yang harus ditempuhi oleh setiap pelajar di dunia. Walaupun dalam keadaan yang meletihkan, tetap sahaja harus mengharungi cabaran demi cabaran untuk mencapai nikmat kejayaan di pengakhiran hari yang dinanti-nantikan. Kamu punyai cita-cita setinggi langit nan biru? Begitu juga saya. (=Mama saya sangat cemas sewaktu mengetahui saya menghidapi penyakit demam panas yang agak tinggi juga (pada
saat itu). Mungkin kerana disebabkan flu khinzir yang semakin merebak dan cuba untuk melepasi seluruh pelosok dunia ini. Atau mungkin beliau gementar jika saya tidak dapat ulangkaji semula pelajaran saya nanti. Bimbangnya seorang ibu memang sukar untuk digambarkan. Setiba sahaja di klinik itu, saya melihat ramai pesakit yang menggunakan pelitup. Bulu roma saya hampir naik bukan kerana kesejukan oleh hawa dingin di situ, tetapi kerana perasaan khuatir yang tiba-tiba meresap ke dalam tubuh. Bukan apa, bimbang jika mereka menghidapi flu H1N1. Saat menanti giliran saya, sebutan dzikirullah tidak lengkang dari bibir saya. Yang lucunya, saya juga dikenakan untuk memakai pelitup bersama mereka. Mana tidak lucunya. Saya teringat akan pakaian orang-orang arqam. Melihat wajah mama dalam kerisauan, saya pun bersuara:Mama… orang-orang arqam dah tersedia dengan pelitup mereka. Alangkah nikmatnya hidup mereka kerana sudah tersedia dilindungi dengan pakaian mereka yang serba sederhana dan senantiasa dalam redha ALLAH. – Insya-ALLAH.
Mama hanya mampu menguntumkan senyuman bagi perkataan yang keluar dari mulut saya. Mungkin kurang jelas percakapan saya pada waktu itu. Dek kerana pelitup yang tersangkut di hidung.
Hari yang paling menggembirakan apabila kesemua peperiksaan telah pun berlalu! Ya ALLAH, sungguh hamba-MU sangat-sangat gembira. Limpahilah kami akan nikmat kasih-MU itu. Sungguh amat ku rindukannya. Dan tiba giliran untuk diri ini berehat pula. Tertinggal sakit batuk yang belum sembuh-sembuh lagi. Mama asyik dalam keadaan risau sahaja. Setiap kali beliau melihat saya, pasti mama akan memegang dahi dan leher ini. Takut-takut jika demam singgah lagi katanya. Alahai mama… Sekarang ini usia saya sudah pun menjangkau 20 tahun. Tetapi risaunya macam persis risau seorang ibu terhadap anak kecil yang sering jatuh sakit pula. Itulah bukti kasih-sayang seorang ibu yang tiada tandingannya. =D
Tetapi jangan khuatir kerana akan saya sediakan artikel-artikel yang menarik lagi bernas. Artikel yang mampu mencuit hati para pembaca. Insya-ALLAH dengan seizin-NYA juga. Terima kasih pada kesemua para pembaca atas sokongan yang telah kalian berikan. Hanya ALLAH sahaja yang mampu membalas jasa budi baik kalian itu. Terutama sekali kepada permaisuri musleemah hatiku, Princess Nailofar, Princess Alif.Fa.Ya.Qof.Ha, Princess Dr. NahwanNuR, Princess Shahdila dan Princess-princess yang lainnya. Saya amat merindui permaisuri pujaan hatiku semuanya. Rindukah kalian pada diri ini? (Urrggghh.. Perasan sungguh!) (=
Salam ukhuwah, Singapura – Musleemah (=
بارك الله فيك




May 26th, 2009 at 3:10 pm
Firman Allah dalam surah al-Ankabut ayat 2 yang bermaksud “Adakah manusia menghitung mereka akan ditinggalkan begitu sahaja setelah mereka mengaku beriman (kepada Allah) sedang mereka tidak diuji? Maka Kami telah uji mereka (umat) yang terdahulu maka sesungguhnya dengan itu Allah mengetahui orang-orang yang benar dan yang dusta”.
Berdasarkan mafhum ayat di atas, jelaslah bahawa Allah telah menyediakan kepada manusia pelbagai ujian untuk menyaring manakah di antara mereka itu benar-benar beriman ataupun pendusta, iaitu secara zahirnya nampak macam orang-orang beriman tetapi pada hakikatnya mereka itu langsung tidak mengenal erti keimanan kepada Allah. Ataupun dalam perkataan lain mereka yang berpaling tadah.
Musleemah says: Terima kasih atas keikhlasan memberi sedikit sebanyak penjelasan yang lebih mendalam tentang ujian-ujian dari ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala. Mudah-mudahan kita akan lebih berusaha dalam membentuk iman yang lebih mantap dan mendidik hati supaya lebih kental dalam mengharungi setiap ujian dari-NYA jua. Insya-ALLAH. Yang peting jangan biarkan rasa putus-asa hidup dalam kamus kehidupan harian kita. (=
May 26th, 2009 at 5:10 pm
semuga pemilik blog ini cepant sembuh..
ameen…
pesan dari siz rerajen mam obat
Musleemah says: Shukran atas keikhlasan sis mendu’aakan diri yang serba kekurangan ini. Insya-ALLAH akan Abeen dengar pesan seorang kakak yang sangat penyayang dan baik hati. (=
May 27th, 2009 at 2:40 am
good job……….continue……..May ALLAH help U…………..always……….amiiiin
May 27th, 2009 at 11:00 am
Bulat mata saya ketika membaca entri kali ini. Maaf kerna tidak mengetahui, dirimu dalam kondisi yang kurang baik, muslimahku.
Tenang-tenang saudari. Moga-moga dipermudahkanNYA sentiasa urusan dunia,akhiratmu. Ameen.
Kenang diri ini, dalam du’amu.
Salam sayang kembali.
May 27th, 2009 at 4:01 pm
June 3rd, 2009 at 9:42 pm
Abeen
Abeen.
Abeen..
Abeen…
Abeen….
Abeen…..