Adorable?!!

Apabila anda menekan butang ‘Play’ anda akan dapati dua spesis mamalia ini sedang mempamerkan aksinya untuk para penonton. Memang ternyata ia adalah spesis mamalia yang tersangatlah comey. Oleh kerana kecomelannya yang terserlah sehinggakan saya dapat lihat kesedihan pada memerang ini. Berapa lamakah ia dipaksa untuk melakukan aksi berpegangan tangan seperti itu hanya untuk menghiburkan hati manusia, yang saraka dengan hiburan!! Tidak cukupkah hiburan-hiburan yang ada di dunia ini untuk menghiburkan hati anda? Sehinggakan anda sanggup untuk mendera haiwan-haiwan ciptaan-Nya untuk menghasilkan keuntungan buat diri anda sendiri?? That’s so SELFISH! Perhatikan pada spesis mamalia yang berbulu putih itu. Kelihatan sungguh ketakutannya sewaktu melakukan acting seperti ini. Mungkin sahaja ianya tidak disukai diperlakukan sebegitu rupa. Tetapi itu juga yang disukai oleh manusia-manusia yang pelik tetap aneh! Jadi bahan tertawa buat mereka pula.

Memang benar bahawa spesis ini diberi makan secukupnya agar kelihatan sihat dan montel senantiasa. Agar terserlah ‘kecutetan’nya!! Tetapi pernah terlintaskah di fikiran anda tentang kebajikan yang diberi kepada kedua mamalia ini?? Disebalik memberi makanan dan penjagaan yang cukup, mereka telah menderanya. Keikhlasan mereka ternilai di sudut apa? Tiada keikhlasan dan meminta imbalan pula dari kedua mamalia ini supaya melakukan adegan yang tidak disukainya dan semata-mata untuk mengaup keuntungan dari penderitaannya!! Kalau memang ingin melihat keseronokan, keunikan yang ada pada mamalia ini. Biarkan ia lakukan aksinya tersendiri. Let it be natural and never FORCE them to do what they don’t like. This is TORTURE ok?! Can’t you see?? Such a blind hearted people.

Saya bukan menekankan pada spesis mamalia di atas ini sahaja. Namun, begitu banyak lagi haiwan-haiwan peliharaan yang dijadikan bahan hiburan dan bahan tertawa buat manusia sekalian. Dan majikannya mengaup keuntungan dari setiap penderitaan-penderitaan yang dialaminya.

Jangan pernah cuba menyiksa dan membunuh haiwan. Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda bahawa ada seorang Nabi yang ditegur Allah Subhanu wa Ta’ala kerana membakar sarang semut yang sudah menyengatnya. Kepadanya, Allah menurunkan wahyu, “Sesungguhnya hanya seekor semut yang menyengatmu, dan engkau bakar salah satu umat yang bertasbih kepada Tuhan?”

Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi wa Sallam juga bercerita bahawa ada orang yang masuk neraka kerana menyiksa haiwan, sabda beliau: “Seorang perempuan telah disiksa kerana kucing yang telah dikurungnya sampai mati, maka ia masuk ke dalam neraka, kerana ketika ia mengurung tidak diberinya makan dan tidak dilepaskan untuk mencari makan sendiri dari binatang-binatang bumi yang menjadi makanannya.” (HR Bukhari, Muslim)

Ibnu Umar Radiyallahu Anhu berjalan dan bertemu dengan pemuda-pemuda Quraisy yang sedang meletakkan burung sebagai sasaran latihan memanah, dan tiap kali lemparan itu tidak tepat, maka anak panah kembali ke bahagian tubuh burung itu. Ketika mereka melihat Ibnu Umar mereka lari bertempiaran. Ibnu Umar bertanya, “Siapa yang berbuat ini? Allah melakhnat siapa yang berbuat ini. Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam telah melakhnat siapa yang mempergunakan binatang bernyawa untuk dijadikan sasaran.” (HR Bukhari, Muslim)

Photobucket

Fitrah Power - Tingkatkan Keupayaan Diri Anda


You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

AddThis Social Bookmark Button

5 Responses to “Adorable?!!”

  1. yup. sedey nengok bende2 cenggini. jika bleh jgn g tgk sarkas. byk binatang kena dera di sana. sampai mati pun ada.

  2. Betulla kesian kat binatang tu..

  3. this is random… but… kite sayang awak! :D

  4. Waduuuhh… tertusuk sampai ke qalbu ini. Kamu sayang padaku? Yang benar ini… Bisa percaya?? Atau bercanda ya… Hehe :D Apa siihh yang membuat kamu sayang samaku? Apakah kamu ga’ kangen sama Abeen!!!?? Hehe :D Ku juga sayang sama kamu Nisa. Kamu kawan yang baik sekali dan berhati mulia. Mudah-mudahan dirimu dalam redha Allah Subhanahu wa Ta’ala. ;)

  5. lor..bkn ke aksi ni ori? mkluk 2 ekor 2 xdpkse kn?
    siap msuk brita lg psl ni..pnh mjadi vdeo most viewed 1 ktika dlu…

Leave a Reply