Hati…hati…dengan Label di bawah ini…

Label: No Pork, No Lard, yang bermaksud Tiada Babi, Tiada Lemak Babi!

noporknolard

Soalan: Menggunakan label No Pork, No Lard, apakah ini bermakna makanan itu halal?

Jawapan: Makanan yang diberi label ini tidak semestinya makanan yang halal. Makanan halal tidak harus mengandungi atau bercampur dengan makanan tidak halal.Contohnya, daging yang tidak disembelih mengikut peraturan Islam dan juga bahan makanan yang mempunyai alkohol.

Musleemah says: Teringat sewaktu aku sibuk membaca buku di dalam salah satu gerabak MRT, telinga ini sempat mendengarkan perbualan dua anak muda tentang gerai makan yang menyediakan sebuah label berbunyi: “No Pork, No Lard“. Aku hilang fokus terhadap buku bacaan kegemaran ku apabila mendengarkan perbualan mereka. Ini topik yang amat menarik untuk aku dengarkan. Dengan gayaku yang kononnya sedang asyik membaca buku, aku terus mendengarkan setiap perbualan mereka tentang label itu.

Tidak aku menyangka bahawa masyarakat Islam kita terlalu cetek tentang ilmu memilih makanan yang halal lagi baik. Dan sejujurnya aku bisa mengatakan yang mereka terlalu lemah & seringkali tewas oleh Logo HALAL di setiap gerai pemilik bukan mereka yang seagama kita. Bukan tanggungjawabku untuk menegur perbuatan mereka? Kerana aku bukan siapa-siapa? Kerana aku adalah aku… dan engkau adalah engkau… Apakah itu cara pendidikan atau ajaran Islam terhadap diri kita yang lemah lagi dhoif ini? Fikirkanlah ia baik…baik…

Sedari kecil lagi ayah dan juga mamaku telah mengasuhku dengan begitu baik sekali. Dengan perbekalkan ilmu agama yang tidak seberat mana, ya! aku masih mampu membawanya di dalam hati yang telah ALLAH kurniakan keatas diriku sebagai hamba-NYA yang dhoif.

Meremang bulu romaku ketika mendengarkan perbualan dua anak muda remaja itu. Salah satu daripada mereka mengatakan,

Apa bezernyer No Pork, No Lard dengan logo Halal? Aku tengok sume samer jer. Kalau dorang takde duit nak beli sijil tu, dorang letak arh label No Pork, No Lard dan tokei mane ade duit dorang beli arh sijil Halal tu. Tapi tetap samer perrr. Yang masak cina tapi takde babi. Boleh makan lurh… Korang nak takot ape? Pandai-pandai arh dorang tanggung.

Sambil mereka tergelak sekuat hati mereka. Nauzhubillahi Minzhaliq. Apa maksud cik adik tu apabila dia mengatakan “Pandai-pandai arh dorang tanggung.” Siapakah yang perlu bertanggungjawab atas ini semua jika mereka ini adalah anak muda remaja yang kejahilan memilih makanan yang halal lagi baik? Ya! Jawapannya mudah. Kita sebagai masyarakat Islam harus tegas dengan pemakanan yang akan menjadi darah daging kita.

Teringat saya akan hadiths baginda Rasulullah (Sallallahu Alayhi wa Sallam): “Makanlah sebelum lapar dan berhentilah sebelum kenyang.” Apa lagi hukum tentang pemakanan yang halal lagi baik. Tetapi itu semua dianggap perkara yang remeh sahaja.

Teringat salah satu daripada kawan saya mengatakan:

Yek eleeehhh… Aper seyyy sibok sibok nak fikirkan halal ker tidak. Aku ingat mak aku katekan, nak makan, makan jer lurh. Bace jer bismillah. Ape nak was was ni sume? Ni makan jer perrr… Bodoh arh korang ni. Tu pon nak takut. Kalau die pengotor kan, dah lame orang banyak keracunan makan. Makanan melayu bukannyer sedap. Tak standard pulak tu. Aku ade face tao.

Aku hilang kata-kata melihat gelagat mereka. Ya…aku akui, aku bukanlah wanita musleemah al-mukmeenah as-solehah untuk menegur setiap langkah yang terlihat silapnya. Aku hanya mampu memberitahu mereka dimana silapnya sahaja agar mereka sedar sedikit demi sedikit.

Kenapa hukum halal haram dalam bab pemakanan ini amat penting bagi kita seagama? Ini kerana diketahui umum bahawa iman merupakan teras pembentukan jiwa dan peribadi diri yang suci lagi murni. Oleh itu, adalah amat penting pemakanan halal yang mampu menjana pembikinan muslim yang hakiki dan sempurna dari semua segi keperibadian manusia.

2 thoughts on “Hati…hati…dengan Label di bawah ini…

  1. :em47:
    “Makanlah sebelum lapar dan berhentilah sebelum kenyang.”
    camna ni cik redish.saya ni kuat makan…huuu….

    tapi..bab mengambil mudah halal @ haramnya makanan tu memang buat saya naik darah…
    bukankah makanan itu akan menjadi darah daging kita?
    kalau darah daging kita pun jadinya dari benda yang tidak halal, manakan kita boleh hidu harumnya syurga kerana kita kotor?
    :em41:

  2. susah nak makan skrg..umat Islam selalunya menjadi mangsa keadaan.dan yg paling teruk ade juga segelintir muslim yg mengkhianati muslim dalam soal2 camnie..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>