Logo Background RSS

Perkahwinan Untuk Mencari Restu Siapa?

  • Written by Muslimah 3 Comments3 Comments Comments
    Last Updated: April 14th, 2008

    Hidup untuk berkahwin telah menjadi fitrah semulajadi manusia sejak zaman Nabi Adam a.s. sehinggalah dunia ini dikiamatkan oleh Allah S.W.T. Meskipun sejak kebelakangan ini ramai dikalangan anak gadis belum berkahwin sehingga ada yang digelar ‘Andartu’, ini bukan bermakna mereka tidak mahu berkahwin. Berbagai alasan yang boleh diberi namun keinginan dan kemahuan untuk ‘berkahwin’ tetap subur, cuma jodoh belum dipertemukan.

    Sememangnya perkahwinan itu menjanjikan pelbagai keindahan dan kemanisan. Kebenaran tanggapan memang ada, tetapi ia bergantung kepada sejauhmana pasangan suami isteri itu mengendali bahtera perkahwinan itu. Pahit maung dan manis madunya perkahwinan itu terserlah kepada kita. Kitalah yang mewarnai perkahwinan itu dan hari-hari yang seterusnya.

    Perkahwinan yang diredhai, itulah perkahwinan yang diberkati. Ini bukan bermakna perkahwinan hanya mendapat restu dari ibu bapa setelah memadai untuk mengecapi keberkatan. Tetapi konsepnya yang sebenar ialah perkahwinan yang dilangsungkan itu menurut Al Quran dan sunnah Rasulullah S.A.W.

    Di sinilah neraca kita menilai perkahwinan itu diredhai atau tidak. Tidak cukup hanya suka sama suka, dapat restu dari ibu bapa tetapi pelaksanaan bermulanya pertemuan dua hati sehinggalah hari diijabkabulkan hendaklah berada di dalam syariat Allah S.W.T, maka itulah perkahwinan yang didatangi para malaikat dan doa para solehin dan aulia.

    Perkahwinan itu adalah tradisi orang soleh malah para Nabi pun berkahwin dan mempunyai zuriat. Justeru itu perkahwinan mereka juga adalah suatu modul yang perlu kita teladani kerana hasil dari perkahwinan dan perhubungan hati yang intim sesama insan dan kepada Allah telah melahirkan zuriat yang soleh dan solehah.

    Dunia dipimpin dan ditadbir orang yang mulia hatinya dan mendapat pertolongan Allah S.W.T. Apakah kita tidak mahu memiliki anak yang soleh? Apakah kita tidak mahu dipimpin oleh suami yang soleh? Apakah kita tidak mahu hidup di dalam masyarakat yang beriman?

    Ini adalah idaman setiap insan dan juga diri kita. Yang pasti perkahwinan itu di atas disusun dan diuruskan mengikut sebagaimana yang Allah S.W.T mahukan. Kerana segala-galanya bermula di awal perkahwinan kita. Kalau silap dan tidak betul kita laksanakan, tentunya perkahwinan itu tidak menghasilkan kebahagiaan apatah lagi rahmat dan kasih sayang dari Allah.

    Kepada para pembaca yang budiman, dapat kiranya tulisan sehingga akhir. Jika masih terdapat kekurangan, sesungguhnya itu adalah kelemahan kami yang tidak disengajakan. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah S.W.T dan yang buruk itu adalah dari nafsu ini. Wallahu ‘alam…

    Isteri yang kamu nikai tidaklah semulia Khadijah, tidaklah setaqwa Aisyah, pun tidaklah setabah Fatimah. Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah…

    Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama…

    Isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya.

    Isteri ladang tanaman, kamu pemagangnya.

    Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya.

    Dan isteri adalah murid, kamu mursyidnya.

    Isteri… Isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya.

    Saat isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya.

    Seketika isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya.

    Seandainya isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya.

    Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa.

    Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah SubhanAllah Wa Taala kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana…

    Justeru kamu akan tersentak dari alpa…

    Bahawa kamu bukanlah Rasulullah S.A.W. Pun Bukanlah Sayyidina Ali Karamallahuw Ajhah. Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh… Aamiin… Aamiin… Ya Rabbal Alamiin…

  1. #1 dalia
    May 21st, 2008 at 7:16 pm

    Saya ingin berkahwin…
    saya pernah membuat solat istikarah..
    keluar muka seorang lelaki yang saya xkenali…
    samar2 wajah lelaki itu…
    sekarang saya bersama dengan lelaki itu..
    tapi kami hanya berkawan sahaja..
    adakah dier jodoh saya..benakah mimpi yang saya lihat itu benar2 menunjukkan yang dier jodoh saya atau hanya mainan tidur..
    saya bermimpikan lelaki itu sebelum saya mengenalinya…
    tolongla saya..
    sekian terima kasih..

    Post ReplyPost Reply
  2. #2 Izo
    May 21st, 2008 at 11:55 pm

    Ramai orang salah faham berkenaan solat istikharah. Lebih2 lagi dalam bab menentukan teman hidup.

    Sebenarnya solat istikharah ini menghadapi sesuatu soal yang bersifat mudah, sedang ia sendiri masih ragu-ragu mana sebaiknya dilakukan. Contoh kita ada dua orang lelaki yang sama2 minat pd saudari. Saudari tidak ada masalah untuk memilih mana-mana antara kedua-dua lelaki tersebut. Jadi untuk itu kita buat solat istikharah. Perasan saudari kepada lelaki tersebut 50%-50%. Contoh saudari suka si A 50% dan si B pun saudari suka padanya 50%. Jika saudari dah suka kat si A 70% dan si B 30%…bab nie tak payah buat solat istikharah. Memang saudari akan cenderung pilih si A. Dalam tidur pun akan mimpikan si A. Apatah lagi jika hati saudari 100% pada si dia.

    Sekarang sy byk baca ramai pompuan yang takut wat solat istikharah.. Alasannya bimbang semasa dia tido nanti akan bermimpi muka orang lain. :D Seperti yang saya kata..kalau dah betul2 minat tak payah wat istikharah. Wat ler solat hajat ker supaya dapat jodoh ngan si dia ;)

    Satu lagi tidak perlu tunggu nampak muka jodoh kita dlm mimpi atau tidak.. yang penting kita berdoa setiap perkara yang kita lakukan dipermudahkan dan diberi keberkatan.. jika ia berlaku sebaliknya, maka ia telah ditakdirkan dan sesungguhnya hanya Allah yang mengetahui perkara yang ghaib..

    Solat Istikharah tak semestinya utk meminta petunjuk berkenaan jodoh… tp untuk segala2 tentang urusan hidup.

    Wassalam…

    Post ReplyPost Reply
  3. #3 lily
    February 24th, 2010 at 2:20 pm

    asslamualaiku w.b.t

    saya ingin bertanya.saya sudah pun mempunyai kekasih dan kami merancang untuk membina sebuah masjid.Dalam masa yang sama saya kononnya ingin membuat kejutan mengenai hasrat lelaki tersebut untuk masuk meminang tetapi setelah memberitahu ibu bapa saya,jawapan amatlah hampa kerana ibu bapa mahu saya berkahwin dengan lelaki pilihan mereka.kata ibu dan ayah saya, mereka tidak suka lelaki pilihan saya.Dalam masa yang sama, lelaki pilihan saya satu pejabat dengan kakak saya.Segala tentang kekasih saya,kakak akan smpaikan pada ibu bapa saya…apa yang harus saya lakukan tidak mendengar kata ibu bapa saya,saya digelar anak derhaka.dan jika hubungan saya tidak mendapat restu ibu bapa?tolong la saya…buntu.

    Post ReplyPost Reply
Leave a Comment
This is a Gravatar-enabled website. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.com

  • :em63:
  • :em10:
  • :em30:
  • :em29:
  • :em55:
  • :em65:
  • :em02:
  • :em64:
  • :em46:
  • :em71:
  • :em15:
  • :em07:
  • :em23:
  • :em27:
  • :em52:
  • :em32:
  • :em05:
  • :em59:
  • :em42:
  • :em24:
  • :em16:
  • :em17:
  • :em47:
  • :em61:
  • :em03:
  • :em57:
  • :em19:
  • :em56:
  • :em67:
  • :em44:
  • :em60:
  • :em01:
  • :em43:
  • :em33:
  • :em21:
  • :em70:
  • :em51:
  • :em08:
  • :em36:
  • :em12:
  • :em06:
  • :em38:
  • :em34:
  • :em04:
  • :em14:
  • :em26:
  • :em22:
  • :em25:
  • :em41:
  • :em58:
  • :em31:
  • :em49:
  • :em09:
  • :em11:
  • :em69:
  • :em35:
  • :em18:
  • :em13:
  • :em28:
  • :em50:
  • :em68:
  • :em45:
  • :em48:
  • :em62:
  • :em20:
  • :em54:
  • :em39:
  • :em66:
  • :em40:
  • :em53:
  • :em37: