Logo Background RSS

Lelaki…

  • Written by MuslimahMuslimah 4 Comments4 Comments Comments
    Last Updated: June 11th, 2009

    karaoke

    Dulu,
    Bila disebut lelaki,
    Wanitanya mendongak megah,
    Lelaki kami Asadullah, Saifullah,
    Tokoh ramai tak terkira,

    Kini,
    Bila Disebut lelaki,
    Wanitanya menunduk lemah,
    Tokoh kami sedikit sekali,
    Ramainya, boneka Yahudi.

    Dulu,
    Bila disebut lelaki,
    Wanitanya tenang di hati,
    Lelaki kami menjaga dan melindungi,

    Kini,
    Bila disebut lelaki,
    Wanitanya mahu cabut lari,
    Lelaki khianat, perogol bersiri.

    Dulu,
    Bila seorang wanita teraniaya,
    Sepasukan kuda putih membela,
    Al-Mu’tasim kebanggaan wanita.

    Kini,
    Ribuan wanita suci dipenjara,
    Fatimah diperkosa minta dibela,
    Lelaki tunduk tak bertenaga.

    Dulu,
    Bila wanita di bawah jagaannya,
    Lelaki memagari sehabis daya,
    Tiada siapa berani menggoda,

    Kini,
    Bila wanita di bawah jagaannya,
    Lelaki tak kisah auratnya terbuka,
    Wanitanya dibiar bebas, binasa.

    Dulu,
    Lelaki menggadai harta dan nyawa,
    Untuk mengangkat kemuliaan agama,

    Kini,
    Lelaki menggadai ketinggian agama,
    Demi nafsu,dunia dan seisinya.

    Dulu,
    Lelaki bermatian mencipta sejarah,
    Kental berjihad, tekun berdakwah,

    Kini,
    Lelaki hanya menyanjungi sejarah,
    Diri bermalasan, tenaga tak dikerah.

    Dulu,
    Lelaki memperjuangkan deen dan ummah,
    Al-Farouq, Zunurian mati terbunuh,

    Kini,
    Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
    Hingga sanggup membunuh.

    Dulu,
    Lelaki bersatu menghadapi musuh,
    Angkatannya kuat dan teguh,

    Kini,
    Lelakinya berpuak dan berpecah,
    Sesama sendiri saling bertelingkah.

    Kembalilah lelakiku,
    pada kelelakianmu,
    Kami rindukan lelaki dulu,
    Acuan Madrasah Rasul,

    Srikandi,
    Damsyik, Syria.

    ~Tukilan dari Novel Syabab Musafir Kasih~

    ۞~♥ღ||Musleemah||ღ♥~۞ says: Asyik duk membentangkan / menyalahkan wanita masa kini terus-menerus pun kurang adil rasanya. Kali ini saya jadi sangat-sangat terpanggil untuk mengemaskinikan blog dengan bait kata-kata tentang si Lelaki zaman kini. Termasuklah mereka yang berpangkat Datuk, Ayah, Suami, Abang, Adik Lelaki atau mana-mana lelaki yang sewaktu dengannya (kalian tidak ketinggalan ya!). Ini bukan dikhususkan untuk lelaki yang bergelar shemale!! Oops! Anda tidak layak bagi membaca posting ini kerana anda tidak akan pernah memahami.Seringkali terjadinya perhubungan intim antara wanita & lelaki yang belum bernikah, pasti akan tertimbulnya keterlanjuran. Wanita itu akan hamil dan wanita itu akan disalahkan hidup-hidup. Jawapan paling sering didengar adalah seperti,

    Siapa yang memberi kunci dahulu untuk melakukan sebegitu rupa kalau bukan si wanita?

    Apakah jikalau dilihat mengikut hukuman ALLAH, kaum lelaki yang melakukan perzinaan akan terlepas? Mereka si lelaki juga menggelarkan diri ibarat anjing yang tidak boleh dipersalahkan. Sedangkan hukum Islam mereka berdua dihukumkan hukuman sebatan. Inilah konteks masyarakat zaman kini.

    Sehingga hari ini saya masih belum bisa melupakan isu lagu Minah Tudung Bodoh yang dikomposer oleh belia lelaki melayu Islam di Singapura.

    Minah Tudung Bodoh – Hafiz ‘Asari
    Minah minah tudung zaman sekarang ramai cacat otak [bodoh]
    Pakai tudung tapi pakai pakaian ketat ketat [bodoh]
    Ada pula pakai tudung tapi pakai t-shirt pula [bodoh]
    Mana ke tidak masyarakat kita di pandang rendah [bodoh]

    Keluar dengan mak pakai tudung
    Pakai sopan aurat tertutup
    Tapi bila keluar dengan kawan aurat tertedah
    Bagi lelaki tengok percuma
    Aku sendiri tengok pon heran
    Agama kuat tapi baju ketet
    Buka tudung rambut perang

    Perang perang
    Konon tu nak tunjuk belang
    Tindik sini tindik sana
    Bukan di telinga sahaja
    Lidah pon ada
    Muke decent tetapi perangai nonsense
    Ikut sesuke hati dia
    Tapi tak ikut segi agama

    Dengan ibubapa pakai baju lengan panjang seluar panjang tapi di belakang
    Lain cerite macam monster
    Cabut kening ada tatu di badan dia
    Pakai makeup pakai lipstick punya tebal
    Macam momok macam momok

    Masya ala masya ala
    Tak boleh angkat tak boleh angkat
    Tengok dia tengok dia
    Goyang pantat goyang pantat
    Masuk club pakai tudung
    Pergi tandas buka tudung

    Ooh
    Kemana pergi budaya
    Kemana pergi agama
    Mana pergi melayu kita

    Dengar sini semua
    Jangan ikut trend masa kita
    Kita rosak kita hancur
    Siapa nak jawabkan bila kita di kubur
    Mak nak jawabkan [sorry sikit]
    Bapa jawabkan [sorry sikit]
    Atuk jawabkan [sorry sikit]
    Berani buat berani tanggung sendiri

    Pikir baik baik
    Pikir masak masak
    Jangan kita menyesal di hari kelak
    Pikir baik baik
    Pikir masak masak
    Jangan kita menyesal di hari kelak

    Berubalah kamu sebelum kamu diberubahkan
    Ye lah tuk
    Tuk juga yang pandai kan
    Wateva lah tuk
    Eh eh budak ni

    Pada zaman Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam, para sahabat-sahabatnya dan diri baginda Sallallahu Alayhi Wa Sallam, begitu memelihara martabat dan derajat seorang wanita. Bukan diperendah-rendahkan dan diperbodoh-bodohkan sepertimana bentuk lirik yang dikompos oleh Encik Hafiz ‘Asari. Saya fikirkan belia ini adalah seorang Ustaz atau lelaki yang boleh digelarkan soleh? Sanggup menggunakan kata-kata kesat kepada wanita yang telah pun bertudung. Astaghfirullah… Bukan lelaki seperti ini yang kita semua rindukan. Malahan lelaki seperti ini juga tiada tolok tandingnya dengan wanita yang dinyanyikan. Yang menjadi kehairanan saya adalah apabila saya ke mana-mana pusat membeli-belah, pasti telinga ini didendangkan lagu Minah Tudung Bodoh tanpa saya mengundang. Ini bermakna mereka menganggap bahawa semua yang bertudung itu sama sahaja! Nauzhubillahi Minzhaliq. Pernahkah mereka berfikiran secara dewasa? Secara waras dan logik bahawasanya jika mereka menggelarkan kami para wanita bertudung itu sama sahaja, apa itu tidak termasuk ibu, nenek, makcik, adik perempuan, kakak serta saudara-mara perempuan kamu yang bertudung juga? Mungkin sahaja mereka tidak bijak dalam memberi tunjuk ajar dan secebis nasihat yang baik. Namun, ini bukanlah cara yang diajar atau dicontohi oleh kekasih ALLAH, Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam.

    Jangan kita mudah menunding jari kepada wanita (belum bernikah) yang sedang asyik berasmara di bawah pohon yang rendang. Persoalan saya adalah, apakah wanita itu berasmara dana dengan insan bernamakan wanita juga? Bukan lelaki? Wanita berpimpin tangan, berpelukan, bercumbuan, berdendangan asmara, bukankah dengan lelaki? Atau wanita yang kurang ilmu dan agamanya ini melakukan aksi asmara dengan Jin barangkali ya? Kerana mereka tidak melihat ada manusia di depannya. Lucu banget deehh! Ramai membuat kajian bahawa lelaki adalah seorang wira, seorang yang bijak, yang mampu mengendalikan emosi dan segala sesuatu pasti lelaki akan mudah disanjung tinggi! Namun, menurut saya dan wanita-wanita yang lain, lelaki seperti Hafiz ‘Asari yang mendendangkan lagu Minah Tudung Bodoh bukanlah seorang lelaki yang bijak tetapi sayang seribu kali sayang. Lelaki seperti mereka hanya tahu mendendangkan lagu, mengubah lirik dan menunding jari tanpa melakukan sesuatu kebaikan yang mendatangkan hasil yang lumayan. Termasuklah merosakkan anak dara orang lain. Astaghfirullah…

    Kenapa dan mengapa masyarakat mudah menyalahkan wanita? Sudah jelas lagi nyata bahawa wanita memiliki kurang ilmu dan agama. Ini bermaksud wanita perlukan bimbingan yang baik. Bukan saya ingin menegakkan benang yang basah tetapi ini adalah kenyataan. Kenyataan di mana jika ada sesuatu buruk yang terjadi terhadap diri wanita itu, pasti wanitalah orang yang pertama dipersalahkan. Walhal wanita itu kadang-kala berusia 13 atau 15 tahun. Yang melakukan sedemikian rupa terhadap wanita itu adalah lelaki yang sudah berumahtangga atau lelaki yang sudah dewasa, yang sihat akalnya dan cukup waras untuk berfikir sebelum bertindak. Bukankah lelaki seperti mereka adalah ibarat pagar yang bisa melindungi diri setiap wanita dari perkara-perkara yang tidak sihat? Malahan lelaki seperti ini mampu menggunakan akalnya yang bijak dalam memberi secebis nasihat kepada jalan kebaikan buat para wanita yang hampir terumbang-ambing di lautan kehidupan.

    Tetapi sayang seribu kali sayang… Kerana jumlah lelaki seperti ini cuma segelintir di dunia… Belum bisa mampu membimbing kesemuanya… Kerana lelaki yang ingin memusnahkan hidup wanita sangat ramai jumlahnya… Sehinggakan tiada kekuatan untuk kami perhitungkannya…

    Kalau lahir ramai lelaki seperti komposer lagu di atas, berapakah lagi jumlah lelaki yang sudi dan ikhlas menghulurkan bantuan kepada wanita yang memerlukan. Sumbangan dan pertolongan berlandaskan kerana ALLAH semata. Apakah masih ada lagi jumlah sisa-sisa lelaki seperti yang kami harapkan? Siapa yang bisa membantu menaikkan kembali derajat martabat maruah seorang wanita yang keterlanjuran? Wanita itu menangis berlinangan air mata lalu bibirnya mengungkapkan kata-kata yang menggigit jiwanya dan juga jiwa-jiwa yang lain,

    Aku… titik kilau di antara belantara angkara
    Aku… titik kilau yang menangis, menjerit di tengah dunia maya…
    Oh Rabbi… dimana aku kini? Kemana harus ku berlari?
    Aku tertawan di rimba raya, hitam kelamnya bumi…

    Saat ku tatap hamparan ini, ku bertanya dalam hati…
    Mengapa ada arus sungai pilu, mengapa ada jeritan bagai sembilu…
    Sungguh aku kesal ya Rabb… Aku kesal atas perbuatan ku kini…
    Namun… yang pasti tiada sesiapa yang sudi memaafi diri ku ini…

    Dan si lelaki… hanya tahu menyanyi…
    Mendendangkan lagu yang mengguris luka di hati…
    Sedangkan dia yang telah membawa ku ke lembah maksiat yang sangat menyakiti…
    Kerana dia tahu betapa lemahnya diri seorang wanita seperti aku ini…

  1. #1 alif.fa.ya.qof.ha MALAYSIA
    June 15th, 2009 at 7:51 am

    Saudari sudah baca Syabab Musafir Kasih? Sarat makna bukan?:)
    Aduhai…lagu minah tudung tu memang ada dalam koleksi yang lalu.

    Jaga diri saudari.
    Salam saling mendu’akan. ;)

    Post ReplyPost Reply
  2. #2 mohdzul44 MALAYSIA
    August 22nd, 2009 at 4:26 pm

    problem ni :em41:

    Post ReplyPost Reply
  3. #3 abid MALAYSIA
    October 9th, 2009 at 1:56 am

    assalamualaikum…ana dari uitm puncak alam.mohon izin nak sebarkan karya tentang lelaki ni…juz berniat nak bg kesedaran….tq

    Post ReplyPost Reply
  4. #4 online
    January 6th, 2010 at 3:09 am

    sangat menarik, terima kasih

    Post ReplyPost Reply
Leave a Comment
This is a Gravatar-enabled website. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.com

  • :em45:
  • :em01:
  • :em12:
  • :em29:
  • :em54:
  • :em69:
  • :em67:
  • :em60:
  • :em07:
  • :em03:
  • :em19:
  • :em22:
  • :em28:
  • :em09:
  • :em27:
  • :em10:
  • :em34:
  • :em02:
  • :em43:
  • :em20:
  • :em42:
  • :em62:
  • :em17:
  • :em35:
  • :em55:
  • :em33:
  • :em44:
  • :em04:
  • :em48:
  • :em58:
  • :em47:
  • :em26:
  • :em39:
  • :em32:
  • :em24:
  • :em50:
  • :em61:
  • :em64:
  • :em16:
  • :em63:
  • :em51:
  • :em46:
  • :em18:
  • :em65:
  • :em06:
  • :em25:
  • :em23:
  • :em31:
  • :em15:
  • :em05:
  • :em11:
  • :em38:
  • :em13:
  • :em53:
  • :em71:
  • :em21:
  • :em36:
  • :em56:
  • :em57:
  • :em70:
  • :em37:
  • :em40:
  • :em08:
  • :em66:
  • :em14:
  • :em41:
  • :em52:
  • :em68:
  • :em49:
  • :em30:
  • :em59: