Logo Background RSS

Sayyidah Hajar Ibu Nabi Ismail Isteri Kedua Khalilullah Ibrahim

  • Written by MuslimahMuslimah 2 Comments2 Comments Comments
    Last Updated: February 20th, 2009

    Raja lalim yang sebelumnya ingin berbuat tidak senonoh terhadap Sarah memberikan hadiah berupa seorang budak wanita bernama Hajar kepada Sarah, setelah ALLAH menolak keinginan jahat tersebut dan menjauhkan Sarah darinya.

    Sebelumnya Hajar adalah budak milik raja jahat tersebut, yang kemudian dia menjadi milik Sarah.

    Selama hampir dua puluh tahun, Sarah mandul dan tidak daoat memberikan keturunan kepada Nabi Ibrahim, hingga sautu saat dia berkata kepada sang suami Ibrahim,

    ALLAH telah menghalangiku dari melahirkan anak, maka peristerilah (setubuhilah) budak wanitaku ini. Semoga ALLAH memberikan kita anak darinya.

    Ibrahim pun lalu menyetubuhi budak wanita tersebut dan Hajar pun lalu mengandung dari hasil hubungannya dengan Ibrahim sang tuannya sendiri.

    Diceritakan, bahawa setelah mengandung, Hajar menjadi agak lebih terhormat dan lebih tinggi di hadapan Sarah tuannya, hingga timbullah rasa cemburu di hati Sarah, yang mana dia kemudian mengadukan hal tersebut kepada Ibrahim sang suami.

    Diriwayatkan bahawa Sayyidah Hajar merasa takut dan khuatir dengan keadaan itu, dan kemudia menuju ke sebuah tempat sumber air yang jauh dari rumah Ibrahim dan Sarah, maka salah seorang malaikat membisikinya,

    Janganlah kamu takut, kerana ALLAH akan menjadikan dari anak lelakimu yang sedang kamu kandung ini kebaikan yang banyak.

    Malaikat itu memerintahkan kepada Hajar untuk kembali. Malaikat tersebut memberikan khabar gembira kepada Hajar bahawa dia akan melahirkan seorang anak lelaki. Malaikat itu pun telah memberikan nama kepada bayi yang masih di dalam kandungannya itu dengan nama Ismail, yang kelak akan menjadi tuan manusia. Dia akan menguasai dunia. Dan Nabi Muhammad sendiri adalah salah satu bahagian dari khabar gembira ini. Kerana beliau Sallallahu Alaihi wa Sallam adalah keturunan Ismail.

    Kembalilah Hajar ke rumah tuannya, dan akhirnya ia melahirkan seorang bayi bernama Ismail.

    Para ulama’ mengatakan bahawa ketika Hajar melahirkan puteranya (Ismail), umur Nabi Ibrahim adalah lapan puluh enam tahun (86). (Kelahiran Ismail), terpaut tiga belas tahun sebelum kelahiran anak Ibrahim yang bernama Ishaq. Iaitu setelah tiga belas tahun berlalu dari kelahiran Ismail, baru lahirlah Nabi Ishaq.

    Atas kelahiran tersebut, semakin bertambahlah kecemburuan Sarah kepada Hajar (lebih-lebih lagi, anak yang dilahirkannya sangat dicintai bapanya), sampai dia akhirnya meminta kepada Ibrahim Alaihissalam untuk menjauhkan Hajar dan anaknya dari hadapannya. Dan Nabi Ibrahim pun memenuhi keinginan sang isteri tersebut.

    Ibrahim lalu mengajak Hajar dan Ismail yang masih dalam umur susuan tersebut mengharungi hamparan padang pasir tandus sampai akhirnya mereka bertiga ini sampai di tengah-tengah padang pasir yang tandus yang sekarang namanya adalah kota Makkah Al-Mukarramah.

    Disebutkan dalam kitab Sirah (sejarah Nabi) karya Ibnu Hisyam, bahawa Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda,

    Jika kalian menaklukkan Mesir, maka berikanlah wasiat kebaikan kepada penduduknya, kerana mereka adalah tanggungan kita dan masih mempunyai hubungan kekerabatan dengan kita.

    Hubungan kekerabatan yang dimaksud Rasulullah adalah bahawa Hajar adalah ibu Nabi Ismail yang berasal dari Mesir.

    Dalam shahih Al-Bukhari disebutkan bahawa Nabi Ibrahim datang bersama dengan Hajar dan Ismail yang masih dalam susuan, kemudian Ibrahim meninggalkan keduanya di dekat Baitullah di atas gundukan air sumur Zamzam (sekarang).

    Saat itu, di Makkah tidak ada seorang pun dan tidak ada sedikit pun air.

    Ibrahim meninggalkan mereka berdua (Hajar dan anaknya Ismail) dan hanya meninggalkan bekal makanan kepada keduanya kurma dan air.

    Ketika Ibrahim hendak meninggalkan mereka berdua, Hajar mengikuti Ibrahim sambil berkata,

    Wahai Ibrahim, akan ke manakah kamu? Akankah kamu meninggalkan kami di lembah yang tidak ada kerabat dan sesuatu pun ini?

    Ketika Hajar mengulangi perkataannya ini beberapa kali, dan Ibrahim tidak menoleh sedikit pun kepadanya, maka Hajar berseru,

    Apakah ALLAH yang memerintahkanmu untuk ini?

    Ibrahim menjawab,

    Ya.

    Mendengar jawapan itu, Hajar baru sadar dan berkata,

    Jadi, ALLAH tidak mungkin akan menerlantarkan kami.

    Dan baru dia kembali kepada bayinya Ismail.

    Setelah jauh Ibrahim meninggalkan keduanya, sampai keduanya tidak lagi dapat melihatnya, maka Ibrahim memalingkan tubuhnya ke arah Baitullah seraya mengangkat tangannya berdoa,

    Ya Tuhan kami, sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman di dekat rumah Engkau (Baitullah) yang dihormati, Ya Tuhan kami (yang demikian itu) agar mereka mendirikan shalat, maka jadikanlah hati sebahagian manusia cenderung kepada mereka dan beri rezekilah mereka dari buah-buahan, mudah-mudahan mereka bersyukur.
    (Ibrahim: 37)

    Hajar menetap di tempat tersebut, menyusui anaknya dan meminum air yang telah ditinggalkan oleh Ibrahim. Sampai akhirnya air tersebut habis sehingga dia dan bayinya kehausan. Hajar lantas menggendong bayinya yang merengek terus kerana kehausan dan memandanginya dengan muka sedih.

    Hajar meletakkan anaknya dan lantas beranjak untuk mencari air. Dilihatnya Shafa dalah bukit terdekat dengannya, maka dia pun lantas menghampiri bukit tersebut dan berdiri di atasnya untuk melihat-lihat barangkali ada seseorang yang dapat ditemuinya. Namun kerana dia tidak menemukan seorang pun, maka dia lantas menuruni lembah tersebut dan sambil menyisingkan pakaiannya, dia berjalan dengan agak cepat.

    Dia lantas menuju bukit Marwa dan menaikinya untuk melihat-lihat barangkali ada orang yang dapat dilihatnya. Namun dia tidak mendapatkan seorang pun. Hajar terus sahaja mundar-mandir dalam kegalauannya, dari Shafa ke Marwa sampai tujuh kali.

    Ibnu Abbas berkata,

    Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda,
    “Dari itu, orang-orang melakukan Sai di antara keduanya Shafa dan Marwa.”

    Kemudian Hajar mendengar suara, iaitu ketika dia berada di Marwa,

    Janganlah kamu takut terlantar. Kerana di sini adalah Baitullah yang akan dibangun oleh anakmu itu dan ayahnya. Dan ALLAH tidak akan mensia-siakan penduduknya.

    Mendengar itu haji Hajar menjadi agak tenang. Dia lantas berdiri di atas Baitullah (Ka’bah) yang saat itu agak tinggi dari tanah di sekitarnya. Ka’bah saat itu baru saja diterjang banjir sehingga kanan kiri bangunannya banyak yang hancur. Dan dia berdiri seperti itu dalam waktu yang lumayan lama.

    Kemudian setelah air Zamzam keluar, lewatlah kabilah Jurhum yang datang dari daerah Kida’. Saat itu mereka melintasi daerah Makkah bahagian bawah. Saat itu mereka melihat sekawanan burung sedang berputar-putar di atas udara. Sebahagian mereka mengatakan,

    Burung-burung tersebut sedang mencari air. Dan setahu kita lemah di sana itu tiada ada airnya.

    Maka mereka pun lalu mengutus seorang utusan untuk mencari tahu apakah ada air ataukan tidak, dan ternyata sang utusan tersebut benar-benar menemukan air di lembah tersebut, sehingga dia lalu kembali ke kabilahnya dan memberitahukan kepada mereka dengan adanya air itu.

    Kabilah Jurhum itu lantas mendatangi lembah tersebut yang tidak lain adalah daerah Makkah, dan bertemu dengan Hajar yang sedang  berada di sumber mata air (Zamzam). Mereka lantas menyapa Hajar,

    Apakah kamu memberikan izin kepada kami untuk menetap di sini?

    Hajar menjawab,

    Baiklah. Akan tetapi kalian tidak mempunyai hak atas sumber mata air milik kami ini.

    Mereka menjawab,

    Ya.

    Mereka akhirnya menetap di sana dan ada sebahagian yang lain memberitahukan kepada kabilah Jurhum yang lain yang masih tinggal di Kida’ untuk diajak pindah ke Makkah.

    Berkembanglah pemuda Ismail bersama mereka dan belajar bahasa Arab dari mereka. Kerana ketampanan pemuda ini, maka akhirnya kabilah Jurhum menjodohkan Ismail dengan salah satu dari pemudi mereka. Dan setelah lama berselang, meninggallah Hajar sang Ibu.

    Tidak lama setelah itu, datanglah Ibrahim untuk menenangkan hati anaknya Ismail dan ibunya Hajar. Namun Ibrahim tidak menemukan keduanya, dan dia hanya bertemu dengan isteri Ismail, lalu dia bertanya kepada isteri Ismail (tentang keberadaan Hajar dan Ismail). Sang isteri Ismail ini pun memberikan jawaban,

    Ismail sedang keluar mencari rezeki untuk kami.

    Ibrahim lantas bertanya kepada menantunya itu tentang keadaan kehidupan dan rumah tangga mereka. Sang menantu menjawab.

    Kami manusia biasa. Kami hidup dalam kesulitan dan kesusahan.

    Sang menantu banyak mengadukan tentang kesusahan dan kesulitan dalam rumah tangga mereka kepada Ibrahim yang merupakan mertuanya.

    Mendengar itu, Ibrahim berkata kepada menantunya itu,

    Jika suamimu datang, maka sampaikan salamku kepadanya. Katakan kepadanya, bahawa gantilah ambang pintunya.

    Ketika Ismail datang, dan seakan dia sudah merasakan ada sesuatu yang telah terjadi, maka dia buru-buru berkata,

    Apakah ada orang yang bertamu?

    Sang isteri menjawab,

    Ya. Datang ke rumah ini seorang lelaki tua renta, begini dan begini. Dia menanyakan kepadaku tentang kamu dan aku pun memberitahukan kepadanya. Dia bertanya kepadaku, bagaimana keadaan kehidupan kita, dan aku pun memberitahukan kepadanya, bahawa aku dalam kesulitan dan kesusahan.

    Mendengar penuturan sang isteri, Ismail lantas berkata,

    Apakah ia memberikan suatu pesan kepadamu?

    Benar, dia memintaku untuk menyampaikan salamnya kepadamu dan berkata kepadamu,

    Gantilah ambang pintumu.

    Jawab sang isteri.

    Mendengar itu, Nabi Ismail langsung berkata,

    Lelaki tersebut adalah ayahku, dia memerintahkanku untuk menceraikanmu, maka adalah ayahku, dia memerintahkanku untuk menceraikanmu, maka pulanglah kamu menuju ke keluargamu.

    Nabi Ismail lalu menceraikan wanita tersebut dan lalu mengambil dari salah satu pemudi Jurhum yang lain.

    Selang waktu yang lama, Ibrahim datang kembali bermaksud menemui anaknya, namun kebetulan sang anak Ismail juga sedang tidak berada di rumah. Ibrahim lantas meminta izin untuk masuk dan menanyai sang isteri tentang keadaan kehidupannya dan keadaan rumah tangga mereka. Namun sang isteri kedua ini berkata,

    Kami dalam kebaikan dan serba kecukupan.

    Sang menantu yang ini banyak memuji kepada ALLAH.

    Mendengar hal ini, Ibrahim berkata kepada sang menantu,

    Apa makananmu?

    Daging dan air.

    Jawab sang menantu.

    Nabi Shallallahu Alayhi wa Sallam bersabda,

    Pada saat itu, penduduk di daerah itu (Makkah) belum mempunyai tumbuhan-tumbahan berbiji. Jika sudah mempunyai, maka nescaya Ibrahim akan mendoakannya.

    Mendengar jawaban sang menantu, Ibrahim berkata,

    Jika suamimu datang, maka sampaikan salamku kepadanya. Dan perintahkan kepadanya untuk menetapkan atau mempertahankan ambang pintunya.

    Ketika Ismail datang, dia lantas berkata kepada isterinya,

    Apakah ada seseorang yang bertamu?

    Sang isteri menjawab,

    Ya, telah datang kepada kami seorang lelaki tua yang tampan. Aku sangat takjub kepadanya. Dia menanyakan kepadaku tentang dirimu dan akupun memberitahukan dirimu kepadanya. Dia bertanya kepadaku tentang bagaimana kehidupan kita? Aku memberitahukan kepadanya bahawa kita dalam keadaan baik-baik saja.

    Mendengar itu, Ismail berkata,

    Apakah dia meninggalkan pesan?

    Ya. Dia menitipkan salam kepadamu dan memerintahkan kepadamu untuk menetapkan atau mempertahankan ambang pintumu,

    jawab sang isteri.

    Ismail berkata,

    Itu tadi adalah ayahku. Dan kamu adalah ambang pintuku. Dan dia memerintahkan kepadaku untuk tetap menjadikanmu sebagai isteri.

    Begitulah, berakhirlah cerita agung ini. Iaitu cerita tentang Sayyidah Hajar isteri kedua Nabi Ibrahim Alaihissalam dan ibu penyayang bagi seluruh orang-orang Arab. Janganlah kita sekali-kali melupakanny, dan tidak menjadikannya sebagai suri teladan dalam kesabaran dan kekuatannya dalam menghadapi cubaan yang datang dari ALLAH dalam segala permasalahan dan problem yang kita hadapi. Kita semua harus selalu berserah diri kepada ALLAH, agar dengan begitu ALLAH sudi memberikan jalan keluar kepada kita dari setiap permasalahan dan dari setiap kesulitan.

    Semoga ALLAH memberikan hidayah kepada kita semua ke jalan-NYA yang lurus. Ameen.

    Syaikh Muhammad Husain

  1. #1 rakyatindonesia
    February 20th, 2009 at 4:03 pm

    artikelnya bagus… sukses ya…….

    Post ReplyPost Reply
  2. #2 Jafar Soddik
    February 20th, 2009 at 5:43 pm

    Mudah-mudahan banyak dari Muslimah yang bisa mengambil pelajaran dari ketegaran, kesabaran, kegigihan yang ditunjukkan oleh Siti Hadjar dan mudah-mudahan juga kita semua dapat meneladani kisah Nabi Ibrahim dengan menantunya :)

    Post ReplyPost Reply
Leave a Comment
This is a Gravatar-enabled website. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.com

  • :em59:
  • :em04:
  • :em27:
  • :em56:
  • :em03:
  • :em61:
  • :em10:
  • :em30:
  • :em63:
  • :em70:
  • :em42:
  • :em65:
  • :em48:
  • :em47:
  • :em51:
  • :em39:
  • :em21:
  • :em12:
  • :em26:
  • :em31:
  • :em44:
  • :em55:
  • :em54:
  • :em08:
  • :em18:
  • :em38:
  • :em01:
  • :em02:
  • :em52:
  • :em46:
  • :em40:
  • :em07:
  • :em68:
  • :em35:
  • :em17:
  • :em09:
  • :em58:
  • :em60:
  • :em28:
  • :em14:
  • :em57:
  • :em53:
  • :em67:
  • :em49:
  • :em62:
  • :em05:
  • :em45:
  • :em32:
  • :em29:
  • :em20:
  • :em64:
  • :em50:
  • :em15:
  • :em19:
  • :em33:
  • :em23:
  • :em24:
  • :em37:
  • :em71:
  • :em66:
  • :em06:
  • :em22:
  • :em16:
  • :em69:
  • :em25:
  • :em41:
  • :em43:
  • :em34:
  • :em11:
  • :em13:
  • :em36: