Siapa Pemilik rediesh.com?

Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

rediesh.com, tempatku mencurahkan sedikit kisah tentang kehidupan hari-hariku. Aku gemar mengongsi pengalaman dan ilmu-Nya dengan sahabat handai di luar sana. Ku tahu, aku bukanlah seorang Muslimah yang sempurna. Namun, berilah aku peluang agar jari jemariku ini bisa menari menyampaikan dakwah, berita, kisah ceritaku dan sebagainya.

Aku, wanita muslimah yang sederhana dalam serba-serbi tindakkan. Ayah dan ummi sungguh tepat dalam membuat keputusan kerana telah mengenalkan aku pada agama sedari kecil lagi. Oleh itu, rentakku terarah tidak terpesong apabila Allah menjadi Tuhanku pada setiap waktu dan Rasulullah S.a.w adalah Nabiku yang menjadi pentunjukku pada setiap perkara. Lalu, aku berjalan dengan rentak seorang wanita Muslimah dengan aqidah tauhid dan ikatan syariat yang telah menjadi perisai. Namun, oleh kerana aku adalah seorang wanita Muslimah yang amat sederhana dan mempunyai sifat yang lemah sebagai manusia, maka aku tidak dapat lari daripada melakukan kekhilafan di dunia yang fana ini.

Tuhan hanya menarik nikmat perkasihan dari ladang sanubariku. Tuhan hanya menyuntik angin musibah agar aku kembali bermuhasabah. Tuhan hanya melencong impian dan angan manusiawi dalam diriku.

Telah aku cantumkan dalam nekad untuk bangkit dari setiap ujian yang sebenarnya berpunca dari tindakanku sendiri. Aku terlalu gembira sebelum ini dengan segala angan dan impian, mujurlah masih ada peluang untukku sejenak merenung seni menjadi manusia hamba dan khalifah.

Bisikan iman mendorongku bangkit untuk bermuamalah dengan-Nya…
Ku bermohon pada-Nya agar menempatkan aku di suatu teduhan yang baik kala menuntut ilmu. Dan mengurniakan sahabat-sahabat yang solehah agar aku selalu dinasihati dan dipesani kepada kebaikan dan kesabaran. Amiin.