Kita bicara pasal kawan dengan sahabat. Apa beza dan apa ciri-cirinya.
Sahabat umpama baju yang kita pakai. Ia melindungi kita, mengindahkan kita, menjadikan kita sempurna di mata orang lain.
Kawan? Kawan mungkin sekadar pen yang terletak
kemas di poket. Ada boleh, tak ada tak apa. Kadang-kadang pen sangat berguna, kadang-kadangan langsung tak guna, terutama bila dah tak ada dakwat. Kalau pen dakwat cair kadang-kadang dakwatnya melimpah hingga merebaklah warna hitam atau biru di poket baju kita. Itu dia kawan, kadang-kadang berguna kadang-kadang menyusahkan.
Sahabat umpama baju, umpama seluar, pendek kata umpama pakaian. Kita sentiasa mahu pakaian yang cantik, yang kemas, yang mahal, sahabat pun serupa itu jugak.
Kita mahu yang sentiasa melindungi kita, yang sanggup bersama kita. Kalau kita berpanas dia pun sama berpanas, kalau kita sejuk dia membungkus tubuh kita dari kedinginan. Kadang-kadang dia menyebabkan kita bangga amat, apabila dia berjenama dan mahal.
Macam sahabat kita orang kenamaan, orang popular, ternama lagi kaya kita rasa bangga amat berdamping dengan dia.
Soalan saya, anda ada ke orang yang macam tu, yang boleh anda namakan sahabat, panggil sahabat sebab dia sangat melindungi, sangat berjasa, sangat baik, sangat menyokong, sangat segala yang baik-baik.
Jadi, ampun maaf, saya rasa sikit kelakarlah bila tak pasal-pasal ada orang mengaku dia sahabat, sebab proses untuk layak digelar sahabat ni makan masa. Takkan sehari dua kenal dah jadi sahabat. Lebih kelakar bila daftar terus jadi sahabat. Daftar pulak melalui SMS. Ai, senangnya??
Awas, sahabat-sahabat yang bergini, percayalah, lebih ramai orang akan termakan. Awas, hati-hati. Sebab sebetul-betul istilah sahabat itu seperti mana yang kita boleh baca bagaimana para sahabat membantu perjuangan Rasulullah s.a.w. Itu baru sahabat namanya.
Para sahabat Rasulullah umpama bintang-bintang di langit dan Rasulullah s.a.w. itu umpama bulan.
Kalau malam ada bulan mengambang penuh, dah tu ada bintang-bintang pulak, memang indah malam tu, ya tak.
Pernah kita nampak bintang yang berantakan sesama sendiri kat atas langit tu? Atau dia datang kat bulan, hantuk bulan dan pergi. Ada? Mana ada. Bintang terus indah, mengerdip di tempatnya. Tak gaduh, tak dengki, tak khianat, tak makan kawan, tapi terus mengindahkan bulan, mengindahkan sahabatnya.
Dan dek begitu ciri-ciri sahabat, maka untuk anda dapat sahabat anda sendiri kena memiliki ciri-ciri sahabat. Nak jadi shaabat anda kena ada ciri sahabat.
Nak dapat sahabat anda lebih dulu kena jadi sahabat.
Nak dapat sahabat yang baik, yang A1, yang melindungi, yang menyokong, anda sendiri perlu jadi sahabat yang menyokong pada sahabat tu. Kalau anda sendiri buruk, mana mungkin anda dapat sahabat yang baik. Kalau dapat pun sahabat pun yang sama buruk. Faham tu…
“Seorang yang bertanggungjawab itu merupakan warganegara yang baik; pemimpin yang jujur, pengikut yang taat, majikan yang bertimbang rasa, pekerja yang cekap dan sahabat yang setia.”
Sumber: Dr. Hm Tuah Iskandar al-Haj
Askum wrth…eh…that’s my younger sis’s poly.. hehe .. u went there izzit?
Alaikumussalam…
Alhamdulillah knowing that your sister from that poly. I was thinking to join this poly or perhaps SP after getting my O level results which really does make me feel elated. But Alhamdulillah, I did stick to one decision which is to stay in private school even though the fees may be very expensive compared to poly. Furthermore I’ve known a lot of people especially one of the consultant there. And, I’m grateful hence the school is just in front of the mosque. I just don’t want to get the same life as my friend. They were so busy over projects and assignments. In the end, they have no choices but to leave arab, quran and madrasah classes aside. After all, I’ve made a conclusion that no matter where you’re schooling, is the individual responsibility of setting the goals that you want to achieve in the future. The things beyond my expectations, I’ll leave to Allah, The Almighty. Thanks for the sweet comment.
ye adikku,
Allah is the best planner for us…
walaupun merancang bagai nak rak…tetapi kekadang perncangn kita tak sama dengan perancangan Allah…
Abeeen sihat?
Akak doakan kesihatanmu dan masa depan yang cerah mewarnai hidupmu…
Biarpun tak selalu ke sini…tapi kau tetap di hatiku…foto indah yang manja sentiasa ku jeling di saat diri kelapangan…kebetulan sama folder dengan fail yang selalu dok guna..
adila n muslimah were rite….. i felt d pressure when i used 2b in poly….. i tot i cud go to nus or ntu bt like u’ve said….. we cn onli do our best……… othaz, tawaqal to allah……
Akum,Wrr,Wbt? Salam buat satu kalimah,saudara seagama. Salam seikhlas hati,bukan mengharap sesuatu… Muslimah… Pilihlah sahabat itu darikalangan yang takat beriman,tapi taqwanya. Kekadang kita sering mengharapkan pasangan hidup yang terbaik,tetapi kita kurang menampilkan diri yang terbaik dihadapan Allah swt. Kadang ada yang terpaksa,apalah gunanya keikhlasan hanya untuk makhluk,sedangkan akan sirna juga akhirnya… Cinta pada Allah,kekal selamanya.. Jangan dikejar makhluk,makin dikejar akan menjauh,kejarlah Allah,segala makhluk dibawah KuasaNya….
Ws,wrr,wbt..