Logo Background RSS

Soal Dara Tidak Menjadi PENTING bagi Remaja Islam?

  • Written by MuslimahMuslimah 16 Comments16 Comments Comments
    Last Updated: February 22nd, 2007

    Photobucket - Video and Image Hosting

    Hana hilang kesucian daranya pada usia 16 tahun. Hamil dan menggugurkan kandungannya 3 tahun kemudian dan pada usia pada 21 tahun kini, masih aktif melakukan hubungan #### dengan teman lelakinya. Namun, Hana (bukan nama sebenar) bukan belia tercicir yang datang daripada keluarga berantakkan. Golongan yang sering dikaitkan dengan masalah keseksualan remaja.

    Sebaliknya, Hana dan teman lelakinya merupakan mahasiswa tahun akhir di Universiti setempat. Keluarganya pula keluarga berpendapatan pertengahan. Kisah Hana menunjukkan isu keseksualan di kalangan remaja bukan hanya tertumpu pada keluarga berantakkan, bahkan turut menjejas keluarga lain. Ketika diminta mengulas tentang perangkaan tinggi remaja Melayu yang hamil, menjalani pengguguran dan dijangkiti penyakit kelamin, beberapa orang kaunselor berkata bahawa perubahan terhadap nilai hidup, kegagalan kaum bapa melaksanakan tanggungjawab sebagai ayah dan masalah sosio ekonomi merupakan antara penyumbang utama.

    Ini diburukkan lagi dengan pengaruh bahan-bahan lucah yang mudah diperolehi dari Internet, rumah yang dijadikan persinggahan bagi mereka memuaskan hawa Nafsu dan perbuatan remaja yang berpacaran pada usia yang semakin muda. Sekitar 20 tahun dulu, ramai yang masih mementingkan isu darah tetapi kini, remaja berpegang kepada falsafah ‘ berani buat asalkan tak mengandung ‘. Mereka mula berpacaran pada usia lebih muda, sekitar usia 9 hingga 10 tahun. Remaja juga semakin terdedah kepada filem-filem lucah, yang diperolehi menerusi Internet, cakera padat dan telefon bimbit. Dan mereka semakin berani membawa teman lelaki atau wanita menjadikan rumah tempat memuaskan Nafsu, kerana semakin ramai ibu bapa yang keluar bekerja.

    Perangkaan Kementerian Kesihatan (MOH) menunjukkan kira-kira 600 belia antara 10 tahun dengan 19 tahun kini dijangkiti penyakit kelamin, dengan hampir separuh merupakan belia Melayu. Selain daripada itu, 417 belia Melayu dibawa usia 19 tahun telah menjadi ibu, manakala 434 remaja Melayu menjalani pengguguran dalam tempoh yang sama. Nauzubillahi `Minzaliq. Pakar kaunselor dan pakar motivasi pula berkata masalah itu bertambah runcing kerana kedudukkan sosio ekonomi masyarakat Melayu yang lemah “Ini menyebabkan ramai ibu bapa yang terpaksa bekerja siang dan malam hingga mengabaikan anak-anak mereka. Bagi keluarga Melayu yang berantakkan pula, kebanyakkannya ‘hilang’ bapa yang sesetengahnya meringkuk di penjara, berpeleseran di BATAM, atau terus mengabaikan tanggungjawab mereka. Akibatnya, institusi keluarga kurang mempunyai contoh teladan yang baik dan remaja wanita khususnya memburu kasih sayang di luar, malangnya mereka sering tersalah pilih.

    Contoh Kes No. 1:

    Lina, 17 tahun masih menuntut di Institut Pendidikkan Teknikal (ITE) dan mempunyai seorang teman lelaki yang KAKI PUKUL. Hubungan mereka menjalin selama setahun tetapi ibu Lina membantah hubungan tersebut. Di peringkat awal hubungan, ibunya melihat ada tanda-tanda lebam pada badan Lina, namun pelajar tahun kedua ITE itu membuat alasan beliau terjatuh. Tetapi, apa yang tidak diketahui ibunya ialah Lina kerap mengadakan hubungan #### dengan teman lelakinya, yang berusia 21 tahun. Teman lelakinya mempunyai Nafsu tinggi dan jika Lina enggan mengadakan hubungan ####, beliau akan dipukul. Remaja itu juga pernah merakamkan salah satu adegan #### mereka tanpa pengetahuan Lina. Astarghfirullah `Halazim. Pada suatu hari, Lina mendapat tahu yang dirinya hamil, teman lelakinya berkeras agar kandungan itu digugurkan namun, oleh kerana teman lelaki itu tidak mempunyai wang untuk membolehkan Lina menjalani pengguguran, beliau telah melakukan sesuatu yang tidak dijangka- memukul Lina dengan tujuan dapat menggugurkan kandungan tersebut. Nauzubillahi `Minzaliq. Akibat lebam-lebam di muka dan di mata, ibu Lina melarang anaknya dari menemui teman lelakinya dan masalah kehamilan itu terdedah.

    Contoh Kes No. 2:

    Ros, 14 tahun pelajar menengah 3, di sebuah sekolah jiranan baru sahaja menjalani sesi pengguguran. Dia mengaku dia kerap mengadakan hubungan #### dengan teman lelakinya di flat-flat kosong (HDB) yang masih dalam pembinaan atau pun di kaki-kaki tangga flat. Menurutnya, ini adalah kali pertama beliau menghadapi kehamilan setelah beberapa lama menikmati hubungan #### dengan teman lelakinya, yang berusia 16 tahun. Kehamilannya mula diketahui setelah guru-gurunya mendapati adanya perbezaan pada dirinya. Ibu bapa gadis itu dimaklumkan tentang keadaannya dan diminta agar menjalani pemeriksaan doktor. Pemeriksaan itu menunjukkan dia mengandung 3 bulan sebelum digugurkan. Menyedari akan masalah berat yang dihadapinya, teman lelaki gadis itu lari menghilangkan diri.

    Contoh Kes No. 3:

    Ayu, 27 tahun (dah tua ganyut tak sedar diri) mempunyai 4 orang anak luar nikah berusia antara 2 dengan 8 tahun. Anak-anak itu, hasil daripada hubungannya dengan 3 lelaki. Beliau bekerja sebagai pelayan kelab malam dan mengaku suka mengadakan hubungan #### kerana beliau memperoleh wang daripadanya. Bahkan, Ayu mendakwa melakukan #### secara maraton- dari malam hingga pagi- melakukannya antara 3 hingga 4 pusingan setiap melakukannya. Ish..ish..ish..sungguh tidak aku sangkakan begitu rendah MARUAH KAMU wahai WANITA!! Sejauh ini, dia telah menjalani 3 pengguguran walaupun beliau pernah mengalami jangkitan kelamin, dia masih belum serik dan masih tetap melakukan #### tanpa sembarang pencegahan. Dia kini, dihalau keluarga dan sehingga kini belum mempunyai niat untuk berumah tangga.

    PENGALAMAN SEKSUAL SEORANG MAHASISWA.Hana pertama kali mengadakan hubungan #### sewaktu di menengah 4 dan sedang menunggu untuk memasuki sebuah makhtab rendah. “Pada waktu itu, saya fikir apa yang saya lakukan adalah betul kerana saya tidak pernah melihat isu hilang darah sebagai sesuatu yang penting, walaupun saya sedar kesan daripada tindakkan saya itu.” Kata anak sulung 4 beradik yang kini mahasiswa tahun akhir sebuah Universiti setempat. Untuk mengelakkan kehamilan, Hana mengambil beberapa langkah pencegahan, termasuk mengambil suntikan hormon namun ia gagal beliau daripada hamil. “Selepas mendapati saya mengandung, saya memutuskan untuk menggugurkan janin saya, yang pada waktu itu berusia satu setengah bulan.” Beliau berkata kos pengguguran janin yang berjumlah $600 itu dikongsi bersama teman lelakinya. Bapa Hana, yang merupakan seorang jurutera dan ibunya, suri rumah, tidak tahu mengenai pengguguran tersebut. Menceritakan lebih lanjut pengalaman seksualnya itu, Hana mengaku mempunyai 5 rakan ####. Astarghfirullah`Halazim. (Murah betol kau jadi perempuan eh?) Dengan 2 daripadanya adalah teman lelakinya. Menurutnya, beliau sering mengadakan #### di rumahnya. Astarghfirullah`Halazim. (Rumah kau buat mcm Motel?? Tunggu jelah azab!!) Rumah teman lelakinya, tempat-tempat awam, (Dah jadi mcm haiwan pula.. tkde rase malu???) di Universiti dan juga di Hotel. Apabila mereka pergi melancong bersama “Dengan teman lelaki saya sekarang, saya sering mengadakan hubungan itu 3 hingga 5 kali seminggu, (Kau ni sebenarnye perempuan Islam ke bukan????!!!) teman lelaki saya juga berfikiran terbuka dan pernah mengadakan hubungan itu sebelum berjumpa dengan saya.”

16 Comments
  1. #1 poshpalette
    February 22nd, 2007 at 12:41 pm

    i am againts abortion,as that baby is innocent.but if the teenagers dont abort the kid,wont they create more sins by not taking care of the kid well?
    watever it is..i think abortion is wrong??yeah

    Post ReplyPost Reply
  2. #2 rediesh
    February 22nd, 2007 at 3:58 pm

    dear friend, it’s true that when a mother did not even bother to take good care of her own child, the thing will be getting more worst. but by killing the baby in your own tummy the sins will be twice. being a muslim teens you already did that BIG sins in life. which to have ### before marriage and now you’re trying to kill the baby by abortion. don’t you ever think that the BIG sins will be twice you did ### before marriage. that is why Islam taught us not to have ### before marriage because of many reasons which you need to learn. it’s very important. when you don’t even know about this, your life will be full of sins which you yourself didn’t know that you did was wrong or right. by the way, thanks for the short comment “poshpalette”. please, don’t feel regret in browsing through my web again. Assalammualaykum.

    Post ReplyPost Reply
  3. #3 Izo
    March 2nd, 2007 at 10:31 pm

    :D

    Post ReplyPost Reply
  4. #4 HaLiMaTuS
    March 7th, 2007 at 1:04 am

    Style ah sis… I reali2 lyk the english poem 4 love…. Suddenly think abt the daes i was hurt…. haha… n u were there… hah… thx….

    Post ReplyPost Reply
  5. #5 admin
    March 30th, 2007 at 3:19 pm

    thanks to you for the comment matus. do feel free in reading again. :)

    Post ReplyPost Reply
  6. #6 leena
    July 16th, 2007 at 8:14 pm

    i am against abortion.a teenage girl who is preganant shuld juz give birth to the child and either give it away or if she and her family is willing to look after the baby,look after the baby.its an innocent life we are talking about.millions of babies juz coz of teenagers’ rash acts.juz give birth to it and give it away.dats the only solution.owh,and the gurl shuld go for counselling and stay at pertapis to get more knowledge about islam. :)

    Post ReplyPost Reply
  7. #7 admin
    July 17th, 2007 at 9:51 am

    thanks leena for visiting my blog. it’s nice to know that u’re not supporting those teenagers doing abortion. for them it’s like a trend today. now a days, teenagers are not easy to handle what else to tolerate them. some are just stubborn. some being a desperado of people’s attention. i’m not sure what’s in their mind. i guess, it’s true that teenagers today are lacked of islam knowledge even though they tend growing up educatedly with PHD or whatsoever it can be. they should know that islam taught us to be a true muslims and the knowledge help us to always be in peace. islam love tranquility and the life path of being a muslims isn’t that complicated once you have learn and experience.. effort is everything.. easiest way, just follow the route of islam, do whatever Allah loves and avoid doing what HE detest.. much better if we could make Rasulullah s.a.w as the lead through out the door of islam. insyaAllah. whatever it is, pray for them the best. hopefully their heart and mind will get guidance from Allah. ;)

    Post ReplyPost Reply
  8. #8 eman
    November 8th, 2007 at 2:32 pm

    Assalamualaikum.. maaf saya x berapa pandai bahasa inggeris.. saya stuju dengan akak masalah ni semakin meruncing di kalangan remaja sekarang.. saya berharap mereka yang tersedar akan terus tersedar..

    Post ReplyPost Reply
  9. #9 admin
    November 10th, 2007 at 10:27 pm

    @ eman

    Alaikumussalam.

    Utama sekali akak ingin berterima kasih kerana sudi memberi komen. :mrgreen:

    Tidak mengapa jika tidak fasih berbahasa Inggeris. Akak lebih suka jika adik menggunakan bahasa Melayu. ;)

    Insya-Allah, kita sama-samalah usaha dalam mendoakan yang terbaik buat remaja seperti mereka ini. Semoga dibukakan pintu hati mereka untuk bertaubat kepada-Nya dan menuju jalan yang diredhai Allah. Sama-samalah kita membantu mereka tanpa berputus asa.

    Post ReplyPost Reply
  10. #10 rkukaudya
    November 12th, 2007 at 2:30 pm

    salam
    memang pekara ni da jadi bagai barah yg merebak secara senyap n cepat dalam diri, pemikiran n hidup orang2 Islam trutama yg Islam pd nama je. n juga terutamanya pd golongan Islam moden. jaman skarang ni, sangat pelik kalau ada yg kawen dulu baru becinta,bedating. n bertambah pelik kalau da remaja tapi masih xde buah hati(pakwe makwe). tapi jadi kebanggaan bila kecik2 da de pakwe makwe.
    berdoa muga2 kita tak tergolong di kalangan mereka yg menganggap pelik sesuatu yg hak. bia kita jadi golongan yg pelik di pandangan mereka tapi hak dipandangan DIA.
    smuga di dalam lindungan ALLAH

    Post ReplyPost Reply
  11. #11 admin
    November 12th, 2007 at 3:05 pm

    @ rkukaudya

    W’salam.

    Terima kasih atas komennya itu. :)
    Sama-samalah kita doakan semoga mereka berubah dan menuju jalan yang diredhai Allah. Insya-Allah…

    Post ReplyPost Reply
  12. #12 onegirl.
    May 29th, 2008 at 10:03 am

    Assalamualaikum…

    i know this website is fr adult but im just curious,

    i hav my friend that she already been with her boyfriend for one year.. but TRUST ME, they never do anything bad. and fyi, they both muslim. but they asked fr my advice bcs she dont know how to tell her mom that she hav a boyfriend.. can u tell me any idea to give her an good advice?

    the main thing she scared to tell her parent bcs she knew her parent against ‘young love’ bcs ofcourse, evry parent dont want her daughter to get bad luck at the end like the story u wrote above.
    and yes i do believe, young love is nothing wrong i guess but it get wrong bcs ppl use word ‘love’ fr ####. so tht why it forbidden fr young kids to get in love. right?
    soo..
    u think, she should tell her parents?
    ( i hope i get the reply to my email, so then i can help my friend ; thnks )

    Post ReplyPost Reply
  13. #13 suara Hati
    April 3rd, 2009 at 12:27 am

    Gejala sosial ini telah lama wujud dlm masyarakat kita. Cuma Sekarang ni ia semakin menjadi-jadi..Bagaikan penyakit barah yg sedang pesat merebak. Tidak dinafikan memang banyak faktor yg menyebabkan perkara ini berlaku. Tapi punca yg paling utama ialah pengetahuan agama yg cetek. Ada di kalangan kita yg beragama islam menganggap #### sebelum kahwin adalah perkara biasa..Malah ada juga yg tanpa rasa malu malah megah mengaku pernah terlanjur dgn teman masing2. Astarghfirullah. Semoga Allah memberikan pertunjuk kpd mereka. Mari kita berdoa agar kita,keluarga kita, kenalan kita & saudara seagama kita agar dijauhi dari dosa besar yg dilaknat Allah ini..

    Musleemah says: Shukran jazillan atas kebaikan dan keikhlasan ukhti dalam memberi pandangan yang baik sebagai komentar di dunia blog rediesh ini. Semoga dapat menjadi pengajaran bersama. (=

    Post ReplyPost Reply
  14. #14 hamba Allah
    November 18th, 2009 at 4:30 pm

    salam ukhuwah…
    Wahai Wanita..kamu kaum umpama rama2 yang cantik..sekali disentuh…rosaklah kulitmu..2,3, disentuh..matilah cahaya dan seri kamu…wanita kamu ciptaan Allah swt yang amat indah dan sempurna..peliharalah maruahmu dan akhlakmu..insyaAllah…Allah swt akan memberi hidayah dan petunjuk padamu..amin..emm..minta izin copy wahai empunya blog..i like ur tulisan.. :em50:

    Post ReplyPost Reply
  15. #15 Muslimah
    November 24th, 2009 at 9:07 am

    Salam Ukhuwah juga kepada kamu.

    Subhan-ALLAH, segala isi kandungan blog ini kebanyakannya cut & paste daripada blog blog yang bertauliah. Dan segala credits hanya milik ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala & Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam. Maka dengan itu, kamu bisa sahaja lampirkan artikel ini di blog kamu. Sudah lama saya izinkan. ((=

    Shukran atas keindahan kata-kata hikmah yang telah menghiasi di laman web saya ini. (=

    Post ReplyPost Reply
  16. #16 Nisa
    February 4th, 2010 at 8:05 pm

    assalamualaikum..
    setelah membaca ttg isu remaja ‘keterlanjuran’ ni, saya berasa kesal dan sedih..juga malu..
    saya juga seorang remaja yg berusia awal 2o-an..
    saya berasa sangat bimbang andai saya juga terjebak perkara yang sama. Nauzubillah.
    sebab, saya dengar, ada yg berasal dari family yg ada latar belakang agama yg baik juga terjebak.
    yg high-educated juga terjebak sama..
    saya selalu berdoa agar dijauhi daripada perkara2 maksiat, namun, dunia sekarang ini besar godaannya.
    Moga kita semua mendapat hidayah daripada Allah SWT. serta pertolongan daripada-Nya.
    Ya Allah, kuatkanlah dan teguhkanlah iman kami, amin.

    Post ReplyPost Reply
Leave a Comment
This is a Gravatar-enabled website. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.com

  • :em59:
  • :em04:
  • :em27:
  • :em56:
  • :em03:
  • :em61:
  • :em10:
  • :em30:
  • :em63:
  • :em70:
  • :em42:
  • :em65:
  • :em48:
  • :em47:
  • :em51:
  • :em39:
  • :em21:
  • :em12:
  • :em26:
  • :em31:
  • :em44:
  • :em55:
  • :em54:
  • :em08:
  • :em18:
  • :em38:
  • :em01:
  • :em02:
  • :em52:
  • :em46:
  • :em40:
  • :em07:
  • :em68:
  • :em35:
  • :em17:
  • :em09:
  • :em58:
  • :em60:
  • :em28:
  • :em14:
  • :em57:
  • :em53:
  • :em67:
  • :em49:
  • :em62:
  • :em05:
  • :em45:
  • :em32:
  • :em29:
  • :em20:
  • :em64:
  • :em50:
  • :em15:
  • :em19:
  • :em33:
  • :em23:
  • :em24:
  • :em37:
  • :em71:
  • :em66:
  • :em06:
  • :em22:
  • :em16:
  • :em69:
  • :em25:
  • :em41:
  • :em43:
  • :em34:
  • :em11:
  • :em13:
  • :em36: