“Ada beberapa sebab yang diberi oleh murid-murid itu mengapa mereka menghidu
gam. Antara lain ialah mereka rasa bosan dan tekanan daripada teman-teman mereka. Murid-murid kerap menggunakan alasan bosan sebagai membuat sesuatu yang negatif. Apabila bosan, mereka merokok, melepak di kolong-kolong flat ataupun di pusat membeli-belah. Apabila bosan mereka melakukan sesuatu yang negatif, termasuk merosakkan harta benda sekolah ataupun awam. Nampaknya ‘bosan’ selalu dijadikan alasan untuk melibatkan diri dalam perbuatan-perbuatan negatif”
Muslimah says: Menghidu gam di kalangan remaja-remaja lelaki, itu sesuatu yang lumrah kita dengarkan. Tetapi apabila ramai remaja-remaja perempuan cuba menghidu gam amat membimbangkan dan ini sesuatu amat merbahaya bagi mereka. Hairan juga saya apabila mereka berikan alasan ‘bosan’?? Hidup dalam kemewahan teknologi zaman kini. Boleh dikatakan mustahil jika satu hari mereka tiada makan & minum yang secukupnya. Malah saya sendiri rasakan hidup sebagai seorang remaja, nikmat yang dianugerahkan tidak ternilai. Syukur dah tiada. Inikan pula memberi alasan bosan pula sehinggakan berani menghidu gam. Ternyata sudah ini sesuatu perkara yang sangat tidak sihat. Sebenarnya apa membuatkan mereka bosan sehinggakan harus bersikap sedemikian rupa? Mereka tertekan oleh keadaan sekeliling. Jasmaninya sahaja kelihatan sihat. Namun, rohaniah mereka masih terlalu lemah. Sehinggakan tiada tempat untuk mengadu dan harus ambil keputusan yang negatif dengan menghidu gam. Apa faedah atau manfaatnya menghidu gam? Makin hidup dalam kemewahan dunia, makin diri hilang pertimbangan. Runtuh dari sudut akhlaq serta keimanan. Nauzubillahi minzaliq…
Sebagai seorang remaja, seharusnya mereka sudah dapat menilai mana yang buruk dan baik untuk diri mereka sendiri. Seandainya terasa hidup dalam kebosanan, boleh merujuk atau mengadu kepada yang lebih berpengetahuan di dalam bidang agama. Jadikan diri sendiri seorang remaja yang mandiri (berdikari). Bukan budak kindergarten lagi. Di mana seseorang ibu atau ayah harus memberitahu mana yang buruk dan baik untuk diri sendiri. Jalan kebaikan senantiasa terbuka luas untuk mereka yang menginginkannya. Siapa lagi kalau bukan diri sendiri memilih jalan yang diredhai Allah? Kenapa remaja zaman kini sengaja mendedahkan diri masing-masing kepada unsur-unsur negatif apabila menghadapi masalah seperti tertekan, stress, tension, bosan dan sebagainya? Kenapa tidak menggunakan kebijaksaan akal fikiran yang dikurniakan Allah s.w.t dalam menilai sesebuah kehidupan itu?