Kesan Internet ke atas kehidupan insan

Dalam kehidupan insan, usia 15 tahun bak suatu permulaan mentah ke arah   kedewasaan. Pada usia ini, seseorang masih tidak dibenarkn berumah tangga atu mengambil lesen memandu.

Namun begitu, tempoh ini merupakan tanda kematangan Internet telah mengubah tamadun manusia - daripada anak sehinggalah karyawan. Dari sudut kekeluargaan, warkah elektronik atau emel merupakan jambatan komunikasi yang mudah lagi murah. Tidak dinafikan, Internet telah sebati dengan budaya kemanusiaan pascamoden merentasi sempadan politik. Internet juga menyajikan blog sebagai warkah fikiran di alam siber. Technorati, sebuah pemantau Internet, merekodkan 112.8 juta blog di dunia. Lebih menarik lagi, 1.6 juta blog dikemaskini setiap hari dan ini bererti 18 blog diperbaiki pada setiap saat.

Blog remaja menduduki tangga ketiga sebagai blog yang paling kerap dikemaskini. Blog politik terus menjadi wadah minda yang penting sebagai nafas politik siber. Dalam tempoh 15 tahun, ICQ (Instant Messaging Computer Programme) muncul sebagai teknologi Internet pada akhir kurun ke-20.

ICQ diperkenalkan pada 1996 dan menjadi milik Amerika Syarikat pada 1998 dengan harga $407 juta. Semenjak awal kurun ke-21, anak muda terus terpesona dengan sistem sembang ICQ. Dari sudut psikologi sosial, ibu bapa pada mulanya menanggap perbuatan anak mengunakan komputer itu amalan baik kerana sekurang-kurangnya anak mereka sedang berjinak-jinak dengan teknologi.

Lazimnya, setiap yang baik ada pula lawan buruknya. Pengguna Internet mula terdedah kepada ancaman termasuk ketagihan permainan komputer, ketagihan bilik sembang, ketagihan lelaman lucah dan urus niaga secara kredit. Sebagai contoh, laporan agensi berita BBC menyatakan bahawa seorang pemuda Korea Selatan berusia 28 tahun telah maut selepas bermain permainan komputer yang bernama Starcraft selama 50 jam di kafè Internet. Dia dikatakan hanya tidur dan makan sedikit sepanjang sesi permainan komputer ini.

Yang jelas, budaya Internet baru ini merampas komunikasi bersemuka. Anak muda asyik dengan skrin komputer tetapi terus kekok menyantuni anggota keluarga dan sahabat. Blog seorang pelajar lelaki tempatan mendedahkan dia sanggup bergaduh dengan ibunya apabila dilarang bermain komputer. Ketika kecil, ibunya menghalangnya bermain di luar rumah agar dia terus belajar. Akhirnya dia ketagihan permainan komputer sehingga tidak berminat untuk menghabiskan kerja sekolah. Dia membayar pelajar sekelasnya untuk membuat kerja sekolah. Anehnya, pelajar ini bukan bebal kerana apabila kawannya sukar membuat soalan matematik sekolah, dia dapat menyelesaikannya dengan cepat.

Seorang remaja lelaki pula telah mencari jaguh permainan komputer untuk membeli status pemain. Blognya mendedahkan bahawa $200 dibayar untuk status baru dalam permainan komputer. Penjualnya menggunakan kata laluan baru di komputer riba secara sulit pada waktu malam. Selepas menukarkan kod permainan, remaja lelaki ini menjadi ketua permainan komputer yang disegani di Internet dalam masa sekelip mata.

Budaya Internet juga menyelinap ke dalam industri filem, termasuk hiburan bersifat cerita, bernyanyi, berjoget dan berlawak. Dengan ini, suatu takrifan baru tentang pergaulan semuka manusia berasaskan teknologi Internet muncul.

Dengan lautan maklumat yang tidak terbatas, Internet menjanjikan kepuasan maksimum. Hubungan remaja dan teknologi akan terus erat di alam globalisasi. Namun, nilai kemanusiaan dan budaya hidup akan jadi taruhan jika pengguna, terutama ibu bapa, guru dan pihak berkuasa, tidak berwaspada.

Pengarang Reduplicating Nouns and Verbs in Malay (2007)

Fitrah Power - Tingkatkan Keupayaan Diri Anda


You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

AddThis Social Bookmark Button

One Response to “Kesan Internet ke atas kehidupan insan”

  1. Terngt zamn permainn strcrft ngn countr strke..kwn sy 2 hr strait men gme cs kt cc..mmg gile betul. Tp mmg it ni ada kbaikny tp ada juga kbrukan.kalu la adik2 kecik didedahkn tnpa kwln..mmg meroskkn minda…apa yg dcari mudah games,chat,porno..all r nothng impsble….n sbggai org islm spttny anak2 kecil didedhkn dgn pmkiran2 islm…kwa£kn pngunaan kmptr it…

Leave a Reply