Logo Background RSS

Dilarang Membawa Telefon Bimbit??

  • Written by Muslimah 8 Comments8 Comments Comments
    Last Updated: March 19th, 2009

    nokia001

    *~* [[ ^^^ In Memories ^^^ ]] *~*

    Antara Handphone yang pernah aku gunakan. Dari Monophonic Phone sehinggalah 3G Phone. Sejujurnya aku katakan, Monophonic Phone adalah sebaik-sebaik handphone untuk digunakan. Tidak pernah menimbulkan masalah langsung. Sungguh!

    Urm… Terimbas kembali masa di zaman sekolah dahulu. Handphone sangat popular di kalangan remaja di Singapura sehingga hari ini. Dari Monophonic Handphone sehinggalah 3G Phone! (I think this will never lead to any end. The eyes of every materialistic people will always look for something up-to-date or fashionable!)

    Pada usia aku menjangkau 13 tahun, menengah satu, aku dihadiahkan sebuah handphone daripada kedua orang tua ku. Sungguh, reaksi menggembirakan itu tidak dapat aku sembunyikan. Gembira yang tidak terhingga. Al-maklumlah sahabat-sahabat yang lain telah memiliki telefon bimbit dulu sebelum aku.

    Dan bayangkanlah betapa mewahnya anak Singapura dengan barang-barangan Teknologi zaman kini. Dahulu handphone begitu menyedihkan. Memberatkan dan menyeksakan. Besar.gemok.lebar.funny in shapes and sizes. & kini dinamakan sungguh old-school. Benarkah? Jikalau begitu kata anak remaja kini, mengapa aku masih melihat segelintir diantara mereka gemar menggunakannya lagi? Ditanya, jawabnya:

    “Ikut trend lurh sis. Walaupun old-fashion tapi kinda old-skool jugak lurh. Maintain vintage lurh sis. Dun u find iet unique??”

    Mungkin ada benarnya. Jikalau aku mendalami definasi bagi perkataan “vintage” adalah sesuatu benda yang amat berharga. Bukan sahaja itu, malah ia adalah satu barangan yang sudah lama dan mempunyai qualiti yang sangat baik. Ini bermakna handphone zaman kanak-kanakku tidaklah seburuk mana pun. Kalau jatuh terburai isi perut handphone tu, pasti boleh diperbaiki sendiri. Dan cukup baik lagi untuk digunakan kembali seperti sedia kala.

    Ia bukan sahaja sesuatu benda yang amat baik dari segi qualitinya. Namun, ia juga adalah handphone yang amat terlindung isi kandungannya. Maksud ku begini, jika kita dapat menilai dan membandingkan handphone zaman dahulu dengan zaman kini amat jauh berbeza ketaranya. Dahulu fungsi handphone amat terbatas. Bukan 3G! Tanpa video, camera & juga mp3. Tetapi kini, semuanya ada dan sungguh menakutkan!!!

    Oh ya! Sudah aku beritahu kalian model handphone pertama ku? Pasti kalian akan tergelak sama sepertimana baru-baru aku mendapatkannya. T R I U M P! Ya, itulah model handphone pertamaku. Kalau ditambah ‘H’ di belakang bunyinya sama dengan Triumph – Brand ini sangat laris dan termashyur sungguh nama itu di kalangan para wanita kita. Alahai, malunya setelah memberitahu kalian. Tetapi itulah hakikat yang sebenar-benarnya. Namun, aku mempunyai prinsip aku sendiri sebagai seorang pelajar. Aku tidak berapa hairan dengan jenama hanphone yang telah dihadiahkan oleh mama dan ayah kesayangan ku. Malah aku amat bersyukur. Yang penting, aku telah pun memiliki satu handphone untuk memudahkan diri ini untuk selalu keep in touch dengan mama sewaktu di sekolah. Anak tunggal, kata mama,

    “Nabilah kan anak mama satu-satunya. Mestilah mama selalu risau dan bimbang akan keadaan Nabilah dimana pun Nabilah berada sewaktu diluar dari kawalan mama…”

    Risaunya seorang ibu sangat luar biasa. Bukan lurh manja sangat, tetapi kalau manja dengan ibu tiada salahnya kan?

    Usia aku pun semakin meningkat. Begitu jugalah dengan handphone. Semakin tahun berganti tahun, maka handphone ikut tua sama. Lama-lama jadi out-dated. Ingat akan kata-kata Dr. Fadillah Kamsah, seorang pakar motivasi yang dikenal oleh jutaan orang melayu Islam kita. Beliau pernah mengatakan tentang komputer yang baru dibeli untuk anaknya.

    “Baru sahaja saya beli komputer baru untuk anak saya, besoknya komputer lebih baru lagi keluar di iklan TV. Komputer saya sekarang dah dipanggil out-dated walhal baru semalam saya beli. Masya-ALLAH, sungguh hebat zaman teknologi saat ini.”

    Oleh kerana terlalu addicted kepada dunia teknologi yang serba canggih, anak remaja di Singapura tidak dapat menerima jika handphone mereka telah dikatakan out-dated.

    “Alamak! Malunyer aku… Dorang sume kate handphone aku dah out-dated lurh. Aku tak duli, aku mesti minta abah atau mak aku belikan yang latest punyer. Baru dorang tau…”

    Rasa terkilan dengan sikap mereka? Tentu sahaja. Yang kasihannya ibu dan ayah mereka juga. Bukan dirinya.

    Maka apa yang ingin ku sampaikan sebenarnya? Mungkin pada fikiran kalian, kata-kata ku tiada langsung kena-mengena dengan topik di atas. Fikiran kalian meleset! Ini semua untuk mengajak kalian berfikir bersama.

    Apakah ia akan membawa padah yang buruk atau mendatangkan kebaikan jika anak remaja kita tidak membawa telefon bimbit ke sekolah?

    Kebaikannya banyak jika handphone itu adalah sebuah handphone monophonic. Bagaimana pula dengan 3G phone?? Pernahkan kalian berfikir?? Handphone yang mempunyai pelbagai function di dalamnya – pendek kata mempunyai segala kemudahan. Video, Camera, Mp3, Radio, GPRS, internet, bluetooth dan pelbagai-bagai lagi. Terlalu banyak fungsi handphone 3G ini.

    Apa disebalik ciptaan handphone secanggih ini?

    Akan merosakkan, meruntuhkan, mehanyutkan dan menghancurkan jiwa anak remaja kita? Atau disebaliknya?? Tetapi jikalau dikaji lebih mendalam dan melakukan survey ke atas diri anak remaja kita zaman kini, kebanyakannya akan memusnahkan bukan sahaja jiwa malah akal fikiran mereka juga. Nauzhubillahi Minzhaliq. Terutama sekali anak remaja Islam kita.

    Kenapa harus aku cungkilkan dari sudut keburukan memiliki handphone serba canggih ini? Kerana ia telah menghasilkan sebagai bahan bukti yang mengakibatkan anak remaja Islam kita menghadapi tekanan keruntuhan ahklaq. Astaghfirullah Halazhim.

    Video yang bisa merakam pelbagai gerakkan bukan dijadikan bahan yang baik untuk diri mereka. Malah mereka menyalah-gunakan kebaikan itu dan menjadikan ia satu bahan yang bisa menampilkan perilaku mereka yang keji dan amat memalukan. Lalu dengan adanya bluetooth, mereka bukan sahaja dapat menyebarkan video clip itu kepada sahabat handai mereka malah mampu menyebarkan ia kepada sesiapa sahaja. Walaupun tanpa disengajakan. Hebat bukan 3G phone ini?

    Masih segar dalam ingatanku, sewaktu aku menyelami alam keremajaan ku pada usia enam belas (16) tahun. Ada seorang remaja lelaki berusia dua tahun lebih muda daripadaku sedang asyik membulatkan mata melihat screen handphone‘nya tanpa jemu. Matanya dibeliakkan dan terus memandang screen tersebut sehingga dia tidak perasan aku datang mendekatinya. (Bukan kepo, tetapi ingin ambil tahu apa yang dilihatnya itu sehingga begitu asyik sekali. I am too curious that time!) Dengan cebisan iman di hati, darah aku mengalir begitu deras ke akal ku dan jantungku berdegup cepat akibat terkejut melihat apa yang ada di depan mata ku!

    “Wah…wah…wah… Bukan main syiok nonton benda haram tu! Nak kakak report pada principal? Or you better delete it away!! Adik tak dapat nak lari kemane kerane nama dan kelas adik sudah kakak tahu. Sekarang juga ikut kakak ke general office!” (Sempat lagi aku cekak pinggang di depannya. Memang waktu itu aku teramat marah.)

    Dia fikir aku tidak marah melihat telatah dia yang memeranjatkan itu? Astaghfirullah. Bibir aku tidak lengkang dari beristighfar kepada-NYA. Namun, api kemarahan ku tetap sahaja mendidih. Hampir-hampir 100 degree celcius. Anak muda remaja lain ada sibuk meluangkan masa makan sebaik mungkin. Yang ada sibuk belajar. Dan yang segelintir lagi ada bermain sukan bola sepak di padang setelah usai makan. Remaja perempuan, biasalah apa lagi kalau bukan duduk bersembang.

    Huh? Adik taknak! Adik takot. Adik promise adik delete sekarang gak. Adik tak buat lagi. Adik janji. Adik dapat ni pun daripade kawan adik. Die yang bluetooth kan. Mule-mule adik tak tau ape bende. Sekali adik tengoklah. Please leave me alone kak. I promise I will never do it again.”

    Umur semuda 14 tahun sudah bisa melihat adengan-adengan lucah yang sangat memalukan!!! Malah adengan-adengan itu bukan dilakukan remaja luar negara – Barat, tetapi adengan lucah itu dilakukan oleh segelintir remaja Melayu Islam kita. Nauzhubillahi Minzhaliq.

    Sehingga waktu ini aku masih marah bukan dengan anak muda lelaki itu, tetapi dengan sikap remaja dewasa yang seringkali menjatuhkan martabat diri sendiri. Kononnya mereka merasa bangga melakukan perilaku sedemikian. Bangga digelar mempunyai ramai teman lelaki.

    “Kau ade berape ex ehkz? Aku ade 41 ex tao.”

    Soalan dan jawapan yang hampir-hampir sama itu berulang kali ditanya dan diberitahu oleh sahabat-sahabat kepada ku. Lucu bukan? Usia semuda itu sudah mempunyai 41 ex? Jika dapat bernikah, tidak mungkin awak ingin berbangga jika diceraikan 41 kali kan? Ish… Selisih! Itulah cara pemikiran anak remaja zaman teknologi. Disebabkan satu handphone boleh terjadi pelbagai-bagai perkara yang membusukkan.

    Itu baru segelintir. Jika aku bercerita panjang di sini tentang apa yang aku lihat. Sampai bila pun tidak akan ada penghujungnya. Terlalu banyak kesan nagatif daripada positif dengan memiliki handphone yang serba mewah dan canggih ini. Pengalaman ku bersekolah di dunia sekular cuma 1% baik. Iaitu menuntut ilmu, bersenam, bersukan dan mendengarkan assembly (waktu tidur bagi remaja). Namun, 99% kebanyakannya tidak baik. Pergaulan pada waktu itu sangat bebas! Apa lagi sekarang. Disebabkan satu handphone 3G mampu membuahkan pelbagai masalah yang menggerunkan, menakutkan dan amat membimbangkan orang tua kini.

    Yang kasihan adalah anak muda remaja di bawa umur. Yang baru ingin menjinak-jinakkan diri ke dunia remaja. Permulaan ukhuwah memang niat yang baik. Tetapi jika silap memilih kawan, maka padahlah akibatnya. Kerana zaman kini adalah zaman penuh dengan kawan yang ingin membawa kita ke jalan yang lebih menghanyutkan. Sehinggalah diri menjejaki alam keterlanjuran dan akhirnya baru menyesal. Apabila menangis air mata berdarah sekalipun maka waktu itu tiada gunanya lagi untuk kesali apa yang telah pun terjadi.

    Yang lebih menyedihkan lagi apabila remaja sekarang lebih cenderung melakukan kejahatan. Ini kerana dari sudut pemikiran mereka:

    “Buat jahat leh tobat, buat baik, kental lurh sis…”

    Mereka lupa atas perbuatan mereka bukan sahaja mampu menghiriskan hati malah mampu mengecewakan harapan ibu dan ayah mereka. Yang siang malam berkerja hanya untuk memenuhi keperluan anak-anak mereka agar tidak diusik “ketinggalan zaman”. Tetapi apakah balasan mereka? Apakah balasan kamu?? Sungguh memilukan… Kerana kamu sanggup mengguriskan luka yang amat dalam sehingga meninggalkan bekas di hati ibu yang bersabung nyawa melahirkan kamu. Begitu juga kamu lakukan kepada hati ayah yang penat lelah berkerja siang dan malam mencari rezeki demi kamu. Tidak cukupkah kasih sayang mereka itu? Renungkanlah…

    Maka, dengan itu ada baiknya baru-baru ini kerajaan Malaysia melarang anak remaja untuk membawa telefon bimbit ke sekolah. Kerana telefon bimbit zaman kini amat membahayakan. Kita tidak mungkin mampu mengekang apa yang ada dalam handphone-handphone mereka. Namun, dengan usaha kita, insya-ALLAH dengan jalan ini ada baiknya walaupun hanya sedikit.

  1. #1 Izo
    March 20th, 2009 at 2:35 am

    Sekarang budak2 sekolah rendah dah ada henset… :em67:

    Musleemah says: Samalah seperti di Singapura. Budak sekolah serendah darjah satu sudah memiliki Handphone. o_O

    Post ReplyPost Reply
  2. #2 areMaL
    March 20th, 2009 at 10:16 pm

    byknye nset die… :em21:
    kite nak beli yg 7th pom tak kesampaian lagi :em28:

    Musleemah says: Insya-ALLAH, pasti satu hari nanti aReMaL dapat rasa menggunakan handphone itu. Mungkin lebih baik dari yang ke 7. (=

    Post ReplyPost Reply
  3. #3 alongwairnazz
    March 22nd, 2009 at 1:06 am

    setakat bawa hset gi sekolah dah biasa tu..yang paling bengang dan geram time solat jumaat pon ade bawa jgk..bawa kalau simpan dalam poket takpe la..ni time khatib baca khutbah pon sempat main balas mesej lagi..depan mata aku lak tu..bengang!!!

    Musleemah says: Mungkin sahaja dia baru dapat berita kematian kutt?? Sebab itu dia tidak henti-henti membalas sms pada waktu itu. Walau bagaimana sekalipun, sebaik-baiknya dia offkan handphonenya.

    Post ReplyPost Reply
  4. #4 hasanah
    March 22nd, 2009 at 6:59 pm

    nabilah..! kangen byk2 sama kamu k..

    Musleemah says: Ustazah Hasanah! Ku juga rindu banget sama kamu. Udah lama sungguh ga’ ketemu. Gimana khabarnya dan murid-murid mu di sana ya Ustazah Hasanah?? (=

    Post ReplyPost Reply
  5. #5 Izo
    March 24th, 2009 at 12:57 am

    Henset yang ke-7 tu best function dia. Pernah pakai tapi rosak :em10:

    Musleemah says: Handphone yang banyak function ni memang terlalu sensitive. (=

    Post ReplyPost Reply
  6. #6 hasanah
    March 24th, 2009 at 5:33 pm

    hahaha.. da tak kat tw laa.. da pindah adm.. karimah yang maseh setia bai jaga tw :P

    Musleemah says: Alahai… Rindunya Nabilah pada Ustazah Hasanah, Karimah dengan Nur Ain. Masih ingat lagi waktu kita sama-sama hadiri course. Hehe. Lucu pula jika diimbas kembali kenangan manis tu. Mana tidaknya, pukul 7 pagi tepat kita masing-masing dah ada di MRT Stesen Woodlands. Ngantuk pula tu. Mata terkebil-kebil menunggu MRT yang penuh sesak! =X

    Kirim salam manis Nabilah pada Ustazah Karimah (ingat dulu kak Karimah selalu rajin beri Nabilah semangat dengan ceritanya ke Mesir untuk menuntut ilmu ALLAH. Jadi rindu pula.), Ustazah Nur Ain (Kak Ain yang selalu tertawa dan senyum akan gelagat anak kecil & remaja yang nakal-nakal.), sister Lily (Pernah jadi Ustazah Nabilah juga tu. Hehe.), Cik Fauziah (Yang tegas dan selalu ambil berat tentang diri Nabilah.) dan juga tidak lupa pada yang lain. Insya-ALLAH, Nabilah akan kirimkan Ustazah Hasanah emel yer… Ada seberapa perkara yang ingin Nabilah bicarakan. Wait for my email ya ukhti malikah al-musleemah!!. Ingat, muka yang manis tu jangan bertukar menjadi terlalu garang. Nanti anak murid Ustazah akot! Hehe.

    Post ReplyPost Reply
  7. #7 TiNi
    March 27th, 2009 at 10:08 pm

    Eh,handphone terakhir abeen tu same mcm sis laaa…. :em32:

    tapi selalu ajer master reset handphone sbb operation failed.. sedey.. :em28: habis semua nombor.. sebab tu nombor abeen dah simpan dlm sim awal-awal.. :em50:

    Musleemah says: Subhan-ALLAH! Kita memiliki hanphone yang sama! Yeah… Hehe. Sukanya Abeen. Sungguh ni. Memang benar apa yang dikatakan sis tu. Terlalu banyak sebab-sebab yang menyakitkan hati apabila menggunakan handphone 3G ni. Nasib baik nombor Abeen sis dah simpan dalam Sim Card awal-awal lagi. Tetapi, jangan risau Abeen kan boleh SMS dengan sis. Bukankah Abeen memiliki nombor handphone sis. So, don’t worry! I will always keep in touch with you no matter where you are. Cause I am so in love with you. Oops! =X I’ve told my secrets here! Hehe. XD

    Post ReplyPost Reply
  8. #8 Lina
    March 29th, 2009 at 11:28 am

    Hnset yg ke-6 tu cantik gila..Aku suka handphone jenama sony ericson..Tpi mhl sgt..X leh ker nk wat jualan murah?Nokia bnylh yg murah hehehe….:)

    Musleemah says: Kalau mahal terpaksa belajar agar lebih bersabar dan cara mengumpul wang untuk mendapatkannya. Tetapi pada pandangan saya, amat merugikan jika kita mengumpul wang untuk membeli handphone yang kita minati. Ini kerana zaman teknologi kini terlalu cepat menghasilkan pelbagai handphone-handphone yang terlatest. Belum sempat beli, yang baru dan stylish dah pun keluar. Handphone kita pun akan diberi gelaran out-dated. Maka dengan itu, pengalaman saya untuk dijadikan pengajaran adalah, janganlah membeli handphone mengikut kecantikan bodynya sahaja. Tetapi lihat pada qualitinya. Sungguh. Kita harus bijak memilih dan membeli. Saya dengar di pasaran sekarang lagi hangat menjual Sony Ericsson Idou. Harganya? Masya-ALLAH! (=

    Post ReplyPost Reply
Leave a Comment
This is a Gravatar-enabled website. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.com

  • :em63:
  • :em10:
  • :em30:
  • :em29:
  • :em55:
  • :em65:
  • :em02:
  • :em64:
  • :em46:
  • :em71:
  • :em15:
  • :em07:
  • :em23:
  • :em27:
  • :em52:
  • :em32:
  • :em05:
  • :em59:
  • :em42:
  • :em24:
  • :em16:
  • :em17:
  • :em47:
  • :em61:
  • :em03:
  • :em57:
  • :em19:
  • :em56:
  • :em67:
  • :em44:
  • :em60:
  • :em01:
  • :em43:
  • :em33:
  • :em21:
  • :em70:
  • :em51:
  • :em08:
  • :em36:
  • :em12:
  • :em06:
  • :em38:
  • :em34:
  • :em04:
  • :em14:
  • :em26:
  • :em22:
  • :em25:
  • :em41:
  • :em58:
  • :em31:
  • :em49:
  • :em09:
  • :em11:
  • :em69:
  • :em35:
  • :em18:
  • :em13:
  • :em28:
  • :em50:
  • :em68:
  • :em45:
  • :em48:
  • :em62:
  • :em20:
  • :em54:
  • :em39:
  • :em66:
  • :em40:
  • :em53:
  • :em37: