Ya! Aku beruntung dilahirkan Islam…

muslimaheyes001

Assalammu’alaikum pembaca rediesh yang amat dihormati dan dihargai.

Alhamdulillahi Rabbil ‘Alameen atas kesihatan yang telah ALLAH kurniakan terhadap diriku yang lemah dan dhoif ini. Selawat dan junjungan ke atas Rasul ALLAH Sallallahu Alaihi wa Sallam. SubhanALLAH!! Seorang Rasul yang terkenal dengan akhlaqnya adalah Al-Quran. Ya Rasul ALLAH, aku (yang belum pasti diterima sebagai hamba-NYA) amat merindui mu…

Melihat penderitaan saudara Islam di Palestine & Gaza membuka begitu ramai mata dan hati kaum kafeer tentang Islam yang sebenar. Keindahan dan kesederhanaan dalam Islam begitu membuat mereka terpesona dan terpegun dengannya. Semakin mereka menghina agama Islam, semakinlah mereka ingin tahu tentang agama yang suci ini. Dan apabila di tangan mereka menggenggam sebuah kitab, yakni AL-QURAN, air mata mereka pun mula mengalir. Kerana selama ini mereka telah terpedaya dan tertipu oleh segolongan kaum yang dengan sedaya upaya ingin meruntuhkan Islam dari jiwa hamba-hamba-NYA.

Alhamdulillah dengan izin ALLAH Subhanahu wa Ta’ala, sekali lagi aku dapat hadiri kelas agama dengan sinaran Sakeenah yang disuluh-NYA ke hati setiap insan yang menuntut ilmu-NYA. Mudah-mudahan dengan seikhlas hati. Insya-ALLAH. Kerana aku takut jika hati ini dibolak-balikkan oleh ALLAH jua. Akibat mulut yang terkadang-kala bangga dengan apa yang diraih. Nauzhubillahi Minzhaliq… Semoga ALLAH jauhkan aku dari itu semua.

Entah mengapa hati ini selalu bersemangat untuk ke ruangan Youtube. Bukan untuk bersuka-ria menonton filem star yang menghangati ruangan itu. Atau menaip perkataan American idol pada search box yang tersedia ada mahupun ingin mengambil tahu tentang latest movie yang akan dipawagamkan tidak lama lagi. Itu semua tiada dalam list pencarianku untuk ke ruangan Youtube. Ya, aku tahu dunia Youtube begitu hangat saat ini. Atau lebih padat jika aku mengatakan ia sebuah ruangan hot yang selalu dilawati ramai visitors.

SubhanALLAH! Melihat keikhlasan mereka, titisan air mata mereka, senyuman mereka, sinaran cahaya di wajah mereka dan setiap kata-kata hikmah yang tidak pernah jemu diberi oleh mereka menyentuh sampai ke ruang hatiku yang paling dalam. Aku tidak pernah merasa seperti ini tetapi hari ini ALLAH telah melahirkan satu perasaan yang tidak dapat aku ungkapkan dalam kata-kata. Darah yang mengalir melalui urat sarafku membuat jantungku berdegup kencang. Melihat kesucian hati mereka itu memberi aku satu semangat untuk mencapai satu kejayaan. Kejayaan yang akan membuat hati ini tenang selalu. Kejayaan yang meletakkan confident bahawa aku boleh mencapai nikmat keredhaan dari ALLAH Azza wa Jalla. Ya Rabb… mengapakah ramai diantara hamba-hamba-MU tidak dapat melihat kesucian dan keindahan dalam menikmati agama-MU yang satu, yakni Islam?

Anak muda remaja Islam di sini sedang sibuk melayan dunia fantasi mereka. Tiada segan silu lagi melakukan perbuatan yang keji di depan khalayak orang ramai. Happy & bangga dapat meneguk minuman syaitan (arak) seolah-olah merekah meminum air kopi. Percakapan mereka yang maki sana sini ibarat dzikir. Tattoo di badan yang menyerupai baju tidak lagi dihiraukan. Apabila ditegur, mereka tidak dapat menerima. Malah mereka menengking-nengking pada seseorang yang menegur tanpa mengira usia. Apakah itu imej anak muda remaja Islam kita yang harus dibanggakan?

“Well, as long as they’re educated, I don’t really care what’s happening next to their life. Should I?? Can’t you see that I’m busy with my work here?” – parents.

“Hey, I’m stress about what’s happening to my life. It freaks me out when my mom just left me all alone @ home. She’s so damn busy over her working life. What about me? She don’t bother about me anymore. She hates me. That’s why. But who cares?? Why should I even born to this world?” – a daughter

“What’s the big deal if I’m drunken. I smokes cuz it ease my mind and I feel so macho. You’ll never want to hear this when I said that my mom, dad, sister, brother-in-law and almost all of my family loves to drink! So, I drink too.” – a son

“I want a PSP, nitendo wii, XBOX, P2, The Sims 3, an hp laptop, iphone or just anything. Anything that I wanted in this life, my dad will buy it for me. So, what’s your problem??” - a student.

Itulah yang sering diucapkan oleh mereka apabila ditegur.

So who do you think you are in this world? Malays…Malays… and people will stick to Melayu/Islam (Muslim/Malay). But, does your identity shows like one? You shows no respect at all to the Muslim image. People are converting to Islam because they knew ALLAH is there. Prophet’s Muhammad was the most unique human on earth. But YOU people… called yourself a born muslim but doesn’t look like one. The feeling of hatreds over what is happening to your life is not a valid reason for you to choose the wrong path!! WAKE UP… Would you?? You’ve brains!! Don’t ya??

Ya… Mereka terlalu bangga dengan dunia mereka sendiri. Yang sudah pasti jauh dari redha apalagi rahmat dari ALLAH Subhanahu wa Ta’ala. Mereka mampu berfikir dengan akal yang dianugerahkan-NYA tetapi sayang kerana setiap kali mereka ingin berfikir… mereka lebih rela dijerumus oleh khayalan nafsu semata-mata. Carilah sesuatu yang mampu memberi sinaran ke dalam hidupmu. Aku hanyalah salah satu daripada saudara Islam mu yang pernah menangis melihat keadaan diri mu itu. Aku selalu mendengar manusia disekelilingku tertawa akan gelagat anak MELAYU/ISLAM kita. Sejujurnya aku tidak mampu lagi membendung atas kesilapan dan keburukan yang telah kalian lakukan. Masih lagi segar akan kata-kata seorang sahabatku (dia sendiri adalah darah Melayu).

“I will never want to friend with any malay girls.”

Kenapa? Kerana ramai diantara mereka hilang kesopanan. Hilang maruah atau martabat diri sebagai seorang wanita yang patut dibanggakan. Aku sedih wahai kaumku. Dirimu wanita melayu tetapi sudah lama keayuan mu hilang akibat dirobek-robek oleh maksiat yang engkau perhambakan. Berikan aku ungkapan kata yang bisa aku bendungkan kesilapanmu itu. Yang mampu aku tutupi keburukan yang engkau lakukan. Aku benci terhadap mereka seringkali mereka mengatakan keburukan tentang dirimu. Tetapi… apabila aku mengenangkan setiap ayat yang diungkapkan oleh mereka itu… Aku jadi malu… Lidahku kelu… Tidak mampu menghentikan ucapan yang menyakitkan hati… kerana aku sendiri harus hormat pada kenyataan yang diberi…

SubhanALLAH!! Setiap hari… Ramai anak muda yang bukan Islam hadirkan diri di Masjid hanya untuk melantunkan sebuah ucapan kalimah syahadah… MasyaALLAH!! Aku menangis melihat semangat mereka. Perjuangan mereka di sana. Walaupun hanya dengan menonton lewat Youtube, tetapi perasaan yang membara di hati ini dapat dirasakan. Sepertinya aku ingin berjuang bersama-sama dengan mereka semua. Tetapi itu tidak dapat aku rasai setiap kali aku bersama teman-temanku disekeliling. Itu tidak dapat aku nikmati di sini… Sesungguhnya, ALLAH itu Maha Berkuasa. Begitu ramai anak-anak remaja kita yang lalai dan jauh dari agama Islam mereka. Namun, di barat begitu ramai pula. Anak-anak remaja kafeer yang begitu ikhlas memilih Islam sebagai agamanya.

Aku teringat akan ucapan kata-kata seorang Ustaz yang cukup luas ilmu pengetahuan-NYA. “Awak bukan tak boleh menceburi bidang-bidang lain seperti kedoktoran, ilmu sains, bidang udang-udang… Awak juga bukan tak boleh nak jadi doktor, pensyarah atau lawyer tetapi jadilah doktor, pensyarah, lawyer yang bertaqwa kepada ALLAH. Yang selalu dekat kepada-NYA. Yang melakukan sesuatu itu dengan niat Lillahi Ta’ala.”

Tidak dapat aku nafikan lagi dengan teknologi yang canggih sebegini membuat ramai diantara anak melayu/islam di sini bijak dan pandai dalam setiap bidang yang telah pun mereka ceburi. Malah mereka telah banyak melahirkan generasi-generasi yang pintar-pintar belaka. Ramai diantara mereka telah pun berkesempatan menggenggam segulung ijazah di tangan mereka. Gembira tidak terkira sehinggakan akhlaq kececeran. Ya, bijak… namun sayang mereka masih memiliki keruntuhan akhlaq. Akhlaq dan keperibadian diri tidak mampu menurunkan derajat kesombongan atau sifat bongkak di hati. Nauzhubillahi minzhaliq…

Kenapa harus bongkak dan angkuh atas kepandaian yang dianugerahkan ALLAH? Kenapa harus sombong dengan apa yang diraih? Apakah dengan segulung ijazah itu sudah membolehkan anda berlaku bongkak? Sesungguhnya sifat sombong itu hanyalah milik ALLAH Subhanahu wa Ta’ala sahaja. Aku sendiri tidak mengerti dengan sifat keangkuhan kalian… Ingatlah sahabatku sekalian, anugerah akal dan ilmu yang engkau miliki hanya ibarat mencelup jari kelingking di lautan-NYA yang amat luas. Jika ALLAH ingin menarik ia kembali, akan DIA lakukan tanpa isyarat apa-apa. Barukah engkau tersedar? Barukah engkau menyesal?

Bukalah matamu. Lihatlah dunia Palestine dan Gaza saat ini. Mereka sedang sibuk melempar batu ke arah ISRAEL yang tidak berhati perut itu. Lihatlah gambar-gambar mereka yang mengundang seribu kepiluan dan kesedihan di hati. Mereka saat ini amat memerlukan kita semua. Doamu, kasih sayangmu, sokonganmu, cintamu, airmatamu dan bantuanmu adalah semangat mereka untuk terus berjuang di bumi syaheed. Tetapi di manakah engkau semua? ENJOY luh!!!!!!!!! Itukah hidupmu sahabatku? Haruskah aku mengeluh?? Aku tidak tahu…

Wahai sahabat semuslimku…

Berpijaklah di bumi yang nyata. Tidakkah kalian sedar bahawa saat ini kita semua dalam keadaan berperang. Bukan sahaja berperang dengan nafsu masing-masing tetapi kita semua sedang berperang dengan mereka yang cuba meruntuhkan jiwa Islam dari hati kita. Dan peperangan ini telah pun dinamakan “Peperangan Idea”.

Anwar Al-Jundi menulis:

Mereka memutuskan bahawa peperangan akan datang yang akan dilancarkan ke dunia Islam ialah Peperangan Idea dan kata-kata. Kerana orang-orang Islam sekali pun mereka mundur di dalam perindustrian dan ilmu pengetahuan (sains) akan tetapi aQidah mereka tetap teguh yang dengannya akan memberansangkan mereka untuk berperang jeehad! Oleh itu perlulah dilemahkan (dipalsukan) aQidah tersebut!!

Ini jelas diambil dari sebuah buku Tasawwur Islam – Prof. Dr. Haron Din

Maka apa yang kalian lakukan saat ini? Aku sendiri tidak mengerti… Kerana aku seorang insan yang dhoif lagi lemah di hadapan ALLAH. Aku tidak mampu menghina apa lagi untuk mengutuk perbuatan yang menjijikkan itu. Kerana Hidayah adalah milik-NYA jua. Pada sesiapa sahaja ALLAH mampu berikan. Tetapi apakah kalian hanya menunggukan hidayah-NYA tercurah ke dasar hati kalian tanpa berusaha mendapatkannya dengan keredhaan ALLAH Subhanahu wa Ta’ala??

Janganlah tersesat lebih jauh lagi sepertimana kamu dalam keadaan keterlanjuran… Kembalilah ke jalan ALLAH. Sesungguhnya ALLAH menerima taubat-taubatmu yang ikhlas itu. Jangan sampai diri kamu terus dihanyut oleh cinta dunia semata-mata. Oleh penipuan mereka yang ingin memutuskan darah keislaman itu dari seluruh tubuhmu.

Firman ALLAH dalam surah al-Baqarah: 120,

“Orang-orang Yahudi & Nasrani tidak redha (berpuas hati) denganmu, sehinggalah kamu mengikuti agama mereka (cara hidup mereka).

ALLAH berfirman lagi dalam surah al-Maidah: 82,

Nescaya kamu akan dapati bahawa orang-orang yang paling memusuhi orang-orang yang beriman adalah orang-orang Yahudi dan orang yang mensyirikkan ALLAH.

Dengan itu sahabatku, marilah kita berpakat… Bersatu padu menegakkan agama yang suci ini, yakni agama Islam yang dicintai setiap ciptaan ALLAH di bumi ini. Mengenali diri dan muhasabah diri kembali agar kita lebih mengenali ALLAH yang dicintai dan semoga kita lebih mengenali Rasulullah yang dikasihi. Bersyukurlah dengan nikmat yang telah ALLAH curahkan keatas diri kalian.

Kerana…

Kehidupan ini tidak lebih hanya sekadar roti, air, dan banyangan. Maka, tidak usahlah bersedih jika semua itu ada!

Wallahu ‘alam bisowob. Sesungguhnya setiap kata-kata diatas adalah peringatan untuk diriku yang dhoif ini. (=

3 thoughts on “Ya! Aku beruntung dilahirkan Islam…

  1. Tidak dinafikan bahawa remaja islam dalam keadaan lalai (غفلة) dan mereka lupa tentang hari perhitungan, maka mereka tidak bersiap sedia untuk hari tersebut. Firman Allah swt:

    اقترب للناس حسابهم و هم في غفلة معرضون الأنبياء:١

    Pada pandangan saya punca remaja sekarang adalah mereka terlalu terdedah pada unsur-unsur kejahatan di majalah, tv, internet. Mereka lihat selebriti-selebriti hidup senang dengan kemewahan, populariti dan maksiat-maksiat mereka kerjakan. Remaja mahu menjadikan mereka sebagai contoh.
    The problem with celebrities is that they find happiness in what they do. So teenagers pursue their happiness by following them. They know everything about celebrities. What they like and dislikes. They even know what size shoes they wear! But why not follow our excellent example, Prophet Muhammad s.a.w. Parents should inculcate their children with the love of Allah and Prophet. Prophet Muhammad s.a.w said,

    “I am sent to this world to complete good akhlaq.”

    Is from the akhlaq of Rasulullah s.a.w that teenagers should follow.

    To show love of our Prophet is to follow his sunnah and Allah will loves you. Allah s.w.t. says in suroh al-imran verse 8:

    قل إن كنتم تحبون الله فاتبعوني يحببكم الله و يغفر ذنوبكم

    Rasulullah possessed the best and noblest qualities of the perfect man. He was humble in everything he did, being soft-spoken and never hurt people’s feelings. He loved the young and had great respect for those who were older than he was although he is a prophet. Our prophet has put us first as we know that Prophet asks for syafaat from Allah for his ummah in the day of reckoning. But where do we and the teenagers put Prophet Muhammad s.aw. in their life?
    Teenagers may say,

    “Their life seems alright. They live their life like nothing happens.”

    They should be reminded that their life with wealth and comfort is only a trick from syaitan’s game. Don’t be fool by it. Allah can send down punishment to them at that instant but Allah also can leave them as they are, enjoying with what they do. Allah swt says:

    قل تمتع بكفرك قليلا إنك من أصحاب النار. الزمر:٨

    Remaja yang ketagih dengan permainan Xbox, PSP, Nintendo , mereka dalam alam yang lain. Tujuan permain hanyalah sebagai hiburan yang tidak memberi manfaat. They are in a state of delusion. It becomes worse when there’s violence game. In someway it influences the teenagers. One sadden incident happens to one Korea student from Virginia Tech University at the US. He shoots wildly which leaves a many students dead.

    Remaja islam perlu dibimbang kerana meraka adalah pengganti umat Islam. Jika ada salah dan silap harap betulkan saya.

    Musleemah says: Sebuah peperangan saraf terhadap kanak-kanak. Saya rasa bukan peperangan saraf untuk kanak-kanak sahaja, malah ia mampu menyebarkan VIRUS ini sehingga ke orang dewasa! Astaghfirullah. Sungguh membuang waktu yang ada. Malah dengan alat permainan Nitendo, Xbox, PSP dan sewaktu dengannya bisa mengundang para remaja dan kanak-kanak memperlambatkan lagi waktu solat mereka. Akibat terlalu lalai! Lalai oleh permainan dunia semata-mata.

    Teringat akan sikap anak saudara saya dari usia 11, 13 dan paling kecil berusia 5 tahun. Serupa sahaja. Mana tidaknya, mereka boleh memberi alasan yang mungkin logik.

    “Kejaplah bu… Belum pun pukul 1 pagi… I promise you I will attend to isya’ prayer @ 1 am sharp…”

    Tetapi apa yang saya lihat dia masih asyik bermain dengan PSP yang digenggam erat! Begitu juga sikap kedua adik perempuannya. Sehinggalah ayahnya yang bergelar papa menegur sikap mereka yang keterlaluan itu. Bayangkan… Sahabat semusleem kita yang lain sedang sibuk menunaikan solat sunat tahajjud pada jam 1 pagi, manakala adik saudara saya pula memulakan solat isya’ mereka pada waktu sebegitu?

    Yang ada segelintir ibu bapa terlalu ambil remeh tentang soal ini. Ada seorang ibu memberitahu sebab kenapa beliau membelikan anak lelaki satu-satunya sebuah permainan PSP. Ini kerana dengan adanya PSP, ia bisa mengurangkan kenakalan anaknya itu. Saya bertanya lagi kenapa harus PSP menjadi pilihan kakak? Jawapannya mudah. Disebabkan PSP, anaknya menjadi terlalu khusyu’ bermain game futsal yang ada di dalam PSP tersebut. Maka dengan itu, dia akan berdiam diri dan tidak menjadi terlalu nakal apabila berjalan dengan ibunya. Al-maklumlah, ringan beban si ibu. Memang benar! Dengan kesempatan yang ada pada waktu itu, Abeen duduk perhatikan cara anak lelakinya memegang PSP tersebut dan bermain. Rasa-rasa Abeen, boleh dikatakan jarak screen PSP itu begitu dekat sekali dengan jarak matanya. Agak-agaknya lah, kalau boleh dia masukkan dirinya ke dalam dunia PSP itu, mungkin dia ingin sekali melakukannya! Dan saya cukup setuju dengan kakak itu tentang sikap anaknya yang begitu nakal. Mana tidaknya, penat Abeen dibuatnya sewaktu mengajar pelajaran Iqra’ kepadanya. Seringkali bergaduh dengan sahabatnya yang lain. Dan seringkali tidak mahu mendengar kata. Malahan, telefon bimbit Abeen jadi mangsa. Namun, apakah PSP adalah jalan yang terbaik untuk mendidik anak yang nakal?

    Lucu juga kalau diperhatikan, tetapi perkara ini tidak lagi boleh diambil ringan oleh ibu bapa di luar sana. Jangan membiarkan anak-anak terlalu taasub atau addicted kepada permainan yang tidak akan membawa kebaikan, keuntungan atau manfaat kepada hidup mereka di masa depan. Ibu bapa juga memainkan peranan yang penting dalam melahirkan generasi-genarasi muda ini. Agar mereka bukan cenderung untuk mengikuti trend/fashion/lifestyle yang sedang hangat masa kini dan masa-masa akan datang. Kerana dunia sekarang terlalu mengagungkan trend barat! Nauzhubillahi Minzhaliq. Semoga kita diberi petunjuk dan hidayah dari ALLAH Subhanahu wa Ta’ala untuk menjadi manusia yang bijak agar bisa menghadapi masalah seperti ini. Insya-ALLAH.

    Kepada Ukhti Suhana ku yang dirindui, shukran jazillan atas kebaikan dan keikhlasan ukhti meninggalkan komentar yang cukup bernas di dunia rediesh saya yang banyak kekurangannya ini. Yang indah dan baik itu datangnya dari ALLAH Azza wa Jalla jua. Manakala yang cacat dan lemah datang dari kedhoifan diri sendiri. Wallahu ‘alam bisowob…

    P/s: Ukhti… I do really miss our precious moments together. When can we capture our next gathering again?? I mean when will be our next date??? Hopefully this time we could include Niq, Yaya and the rest. Heheeeee… =D

  2. Sentuh tentang tindakan ibu bapa merelakan anaknya dengan permainan seperti PSP, XBOX dan lain-lain hanya beri manfaat kepada ibu bapa kerana anaknya tidak menggangu mereka. Tetapi tindakan itu silap kerana akan timbul kesan buruk di masa hadapan. Bukan saya hendak tolak sebulat-bulat menghindarkan anak dari permainan. Banyak cara lain kita boleh adakan permaian yang baik. Malahan ibu bapa juga boleh sertai permainan dan akan mengerat hubungan mereka. Contoh, pergi ke Science Center di situ juga ada permainan meningkatkan ilmu, atau monopoly supaya mereka dapat belajar menguruskan wang, bersantai di pantai supaya mereka menghayati ciptaan Allah swr dan bermacam-macam kita boleh anjurkan. Permainan atau aktiviti ini bersifat sosial. Sebaliknya permainan zaman sekarang kebanyakkan menyingkirkan dirinya dari bersosial dengan orang lain.

    This is some of example the state of dunia we’re living in. Because Allah swt says in quran:

    و ما هذه الدنيا إلا لهو و لعب وإن الدار والأخرة لهى الحياوان كانوا يعلمون. العنكبوت:٦٤

    “This life of the world is but a pastime and a game. Lo! the home of the Hereafter – that is Life, if they but knew.”

    Kalau anak yang kecil sudah sukar untuk diteguri dan di didik bagaimana pula jika anaknya sudah membesar?

    I’m available anytime ya Ukhty Abeen. :) You can sms me if you like to have an outing. I’ve suggestion, if we decided to have one, let’s go to that place…erm.. Marina bay is it? The overlooking sea? I forgot the name of that place.

    Musleemah says: Kebanyakannya benar apa yang diperkatakan ukhti itu. Namun, tentang permainan monopoly ingin Abeen sentuh sedikit di sini. Kerana pengalaman Abeen melihat kanak-kanak yang bermain game seperti monopoly banyak juga keburukannya. Terimbas kembali akan kata-kata ustaz Abeen tentang setiap permainan yang dicipta oleh manusia sendiri. Bahawa ia cuma mengandungi 1% kebaikan dan yang selebihnya ia membawa keburukan sebanyak 99% kepada diri kanak-kanak tersebut. Contohnya dengan permainan game seperti monopoly bisa mengajar kanak-kanak berfikir untuk menjadi orang yang menipu. Malah menjadi orang yang kayanya sendiri sahaja. Tiada unsur-unsur islami. Yang ada diantara adik-beradik sendiri malah tidak tahu erti mengalah apabila sudah memegang duit di tangan. Walhal duit monopoly sahaja. Belum lagi duit dollar singapura.

    Ada baiknya para ibu bapa sekarang belajar untuk menjadi pintar dalam menghasilkan sebuah permainan yang baik dari sudut islami. Untuk mengajar mereka tentang menguruskan wang dalam kehidupan seharian mereka, dari sudut syariah islam tidak kurang. Seperti ilmu Sistem Ekonomi dalam Islam. Ini kerana Ekonomi secara Islam bukan sahaja bisa mendidik akal fikiran kita cara menguruskan wang. Malah ia juga mengajar memulakan ia dari tauheed lalu kedua adalah bertazkiyatun nafs untuk menghasilkan ekonomi yang baik lagi sempurna di mata ALLAH. Begitu juga Ekonomi Islam mampu mendidik rohani dan jasmani kita untuk terus-terusan berusaha mendekatkan diri kepada ALLAH meminta keredhaan-NYA tanpa rasa putus asa. Subhan-ALLAH! Ajaran Islam itu cukup istimewa ajarannya. Ilmunya sahaja luar biasa. Mungkin pendidikan ilmu agama secara khususnya sudah sangat berkurangan dalam keluarga itu sendiri. Maka PSP, Nitendo dan sebagainya telah menjadi tarikan dan minat kanak-kanak serta anak muda remaja zaman kini.

    P/s: You mean Marina Barrage? I’ve been there! Subhan-ALLAH! The place is so beautiful. Why not? Hehe. I don’t mind actually. As long as we leave house early. Perhaps in the afternoon, after dzuhur. So that, we can get back home early too! At least before maghrib. Insya-ALLAH sis, I will sms you soon. Is just that my handphone keeps shut down by itself. That is why I had a hard time sms’ing or replying to people messages. And for me to get a new phone is so troublesome! If only I could get my old monophonic phone back. Well, afterall its just an old memories left behind. Lol. =D

  3. Haaa… yah.. that’s the right name I was thinking of. Just to let you know, Niq’s school will re-open on 21st April and I’ll be having my exam next Month for the first 2 weeks. So I hope it gives you decision on what day to hang out together. :) Okies gerl.. Take care. Fii ri’aayatillah.

    Musleemah says: Dear ukhti, I’m not really sure about that. Because I’ll also have my exams next month. Urm… Insya-ALLAH, I will try to make up plans for our next date. And asap, I will try to inform you girls. Perhaps via emailing. Not to worry, there’re always another beautiful day for us to have our gathering session. With ALLAH’s will. (=

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>