Made from Vinegar & Ice says: Walaupun ada yang bersependapat, nampaknya ada juga tak berpuas hati dengan entri ‘Obsesi Masyarakat Dengan Kulit Putih’. Daripada tulis komen anonymous mengutuk di entri aku hinggalah tulis entri di blog sendiri. Mungkin sebab terkena kat batang hidung sendiri kot.
Aku quote satu entri dari blog ‘Piah Zadora wannabe’ (yang aku tau pun siapa penulis sebenarnya disebalik pseudo nickname dia)
Aku cukup menyampah kalau ada sesetengah orang macam hidup dalam penafian yang bercakap, kulit putih tak semestinya cantik.
Bodo la lu.. come on la…Kulit putih memang bonus. Kau tengok la amoi-amoi kat luar pintu pejabat kau sekarang, even mata sepet, even hidung takde la mancung, tapi disebabkan putih, macam-macam pesen baju dia boleh sarung. Kau tengok kalau ada perempuan chubby atau senang cakap, gemok la…tapi fluffy gile. Putih gebu. Nak bergaya pun takde masalah. Orang akan cakap gemok comel. Cuba kalauMemang la aku tak nafikan kalau kulit kau gelap, kau pun boleh lawa. Tapi kalau kulit kau gelap, hidung kau nak kena mancung. Mata kau nak kena besar. Bibir nak kena cantik. Kalau tak, kau tengok la Brandy tu. negro mata sepet bibir tebal hidung lebar. Kalau itu kau cakap lawa, memang la idup kau pathetic.
Hak tuih! – Pengkomen berani mati, dikatakan Pseudo nickname’nya dari blog Piah Zadora Wannabe
Musleemah says: Halusnya bahasa dipergunakan. Sangat-sangat PERLU untuk saya mengetengahkan isu yang selalu HOT ini. Isu apa lagi kalau bukan isu tentang KULIT. Yakni kulit putih dan kulit gelap.
Jujur saya katakan, saya menghormati pandangan wanita baik lelaki yang menerima kulit sesiapa apa adanya. Ini bermakna, kalian ada sifat syukur terhadap ALLAH atas setiap ciptaan-NYA yang luar biasa. Subhan-ALLAH!
Saya tidak dapat menafikan bahawa pengalaman saya dengan pelbagai ragam sahabat yang seringkali terkejar-kejar wanita yang berkulit putih. Astaghfirullah. Malah yang ada sanggup menyakiti sahabatnya sendiri dengan menggunakan kata-kata pedas hanya kerana dia berkulit walau sekadar cerah. Belum lagi gelap mahupun hitam. Sebab yang munasabah bagi dirinya kerana dia tidak berkulit PUTIH? Sungguh tidak masuk akal. Kadang-kala saya rasa tergelak dan lucu. Ini kerana isu warna kulit sering menjadi masalah dalam diri setiap manusia. Bukan sekarang sahaja. Dari dulu lagi. Sedih bukan?
Bahkan kulit hitam/gelap sering dijadikan bahan ketawa dan mereka mengibaratkan orang yang berkulit hitam/gelap ini amat menjijikkan.
Dan lahirlah pula sahabat yang dekat juga dengan diri saya, yang tidak putus-putus merasa sedih akan nasibnya yang berkulit hitam. Ini kerana dia daripada keturunan India. Namun, dia masih tetap sahaja tidak dapat menerima takdir yang telah ditentukan oleh ALLAH. Malahan dia sanggup membandingkan saya dengan dirinya. Memang dia begitu sedih dengan nasibnya dan saya pula sedih dengan sikapnya yang tidak pernah mengsyukuri atas nikmat ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala.
Bukankah kita boleh dianggap berdosa jika menghina kulit orang lain. Sedangkan yang mencipta kulitnya sebegitu rupa adalah ALLAH Yang Esa. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui akan setiap yang dicipta oleh-NYA jua. Namun, kita sebagai manusia tidak pernah bersujud syukur ke hadrat ALLAH atas ciptaan ini.
Sebenarnya baru juga saya melungsuri dunia blog ukhti Hanis yang telah pun bersusah payah mengetengahkan isu sebegini. Sempat juga mata ini bergerak pantas membaca setiap komen daripada para pembaca setia di blog ukhti Hanis. Malahan saya mengajak mama membaca komen mereka bersama-sama. Kita sama-sama tersenyum akan kelucuan daripada komen-komen tersebut. Keinginan masing-masing terlalu tinggi. Bukan apa sebenarnya. Bukan niat di hati ingin mencari kelucuan atau kesilapan pada pembicaraan mereka tentang isu ini. Saya sebenarnya sedang mencari komentar yang bernas daripada seorang musleemah atau musleemin yang bisa dijadikan contoh. Namun, saya amat sedih kerana tidak mempertemukannya.
Semua sibuk membicarakan isu kulit semata-mata. Kulit hitam manis katanya, kulit putih tawar hambar. Yang ada pula putih gebu tidak mengapa. Yang ada pula bangga berkulit hitam disebabkan orang-orang barat sedang hangat memfofularkan orang yang berkulit hitam. Dek kerana suara dan kemanisan.
Tetapi tidak satu pun daripada komentar-komentar tersebut mampu menyibukkan diri memberi secebis naseehat yang boleh menyejukkan hati para pembaca. Bukankah kulit itu hanya sebagai kecantikan luaran sahaja. Tidak kira ia hitam mahupun putih. Masya-ALLAH! Malah Bilal Rabah yang berkulit hitam mampu menenangkan hati Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam dengan beradzan. Tetapi kita asyik duk memikirkan bagaimana ingin memutihkan kulit, menghilangkan freckles dan malahan bermacam-macam jenama bedak, cream muka mahupun apa sahaja kita sanggup beli. Tetapi pernahkah kita menjaga solat seiringan dengan penjagaan kulit kita? Begitu teliti sekali kita menjaga dan merawat kulit kita. Namun, apakah kita juga memberi perhatian yang secukupnya kepada ibadah kita sebagai seorang musleem? Bagaimana pula dengan iman kita?
Tiada sesiapa yang melarang kita untuk menjaga kecantikan luaran. Tetapi janganlah terlalu mengejar keduniaan semata-mata. Kulit bukan satu isu yang akan menjadi penilaian di akhirat kelak. Kulit juga bukan boleh membantu kita menambahkan lagi timbangan pahala di sana. Makin kita mengejarkan dunia semata-mata, makin jauhlah ia berlari meninggalkan kita. Kejarilah akhirat dengan penuh sifat redha terhadap ALLAH, insya-ALLAH dengan itu dunia akan mengejar kita kembali. Nikmat bukan?
Jangan pula disebabkan kulit yang hitam sanggup kita memanggil si lelaki putih ibarat sotong. Bukankah sama sahaja penghinaannya. Seharusnya kita mengejar dan tertanya-tanya serta mendalami pelbagai ilmu ALLAH, bagaimanakah kita bisa menjadi manusia atau hamba-NYA yang senantiasa dicintai ALLAH malah disayangi Rasul-NYA juga? Dan sudah sepatutnya kita melakukan kebaikan-kebaikan di dunia agar diri kita bukan sahaja dicintai ALLAH dan Rasul. Malah mampu menjadi seseorang yang dicintai setiap makhluk ALLAH di muka bumi ini. Ini merangkumi alam sekitar dan kehidupan-kehidupan yang lainnya. Apakah itu semua sudah cukup? Jika sudah… Kenapa masih mempersoalkan kulit yang sudah sedia putih, cerah, hitam… Terima apa adanya. Apabila diri kita sudah mulai jinak menerima diri sendiri seadanya, dengan sendiri kecantikan dan keindahan itu terserlah jua. Yang penting sekali ibadahnya, jangan pernah dilupai.
Akhir kata daripada saya, mohon maaf lahir dan bathin. Berkawan dan bersahabatlah Lillahi Ta’ala semata-mata. Jangan cuba menghidu atau mencari-cari keburukan mahupun kelemahan pada diri sahabat anda. Cantik dan berharta bukan kad kredit untuk ke syurga. Renungkanlah sahabat semusleem ku…
P/s: Yang saya amat terkilan, mengapa kita harus mengatakan bahawa orang-orang barat dijadikan contoh? Saya jadi terfikir kenapa harus anda menuliskan,
Nampaknya, semua nak kena bermula dari barat kot?
Sedangkan pada zaman Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam terdapat banyak contoh. Seperti dari Etopia, Bilal Ibn Rabah, seorang muazzin yang pertama yang mampu menenangkan hati Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam. Sepertimana setiap kali Rasulullah dirundung kegelisahan, baginda Sallallahu Alayhi Wa Sallam selalu meminta kepada Bilal Ibn Rabah,
Tenangkanlah kami dengan shalat, wahai Bilal.
(Al-Hadiths)
Begitu juga dengan sahabat Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam yang lainnya juga memiliki kulit hitam, Salman Al-Farisy Radhiyallahuanhu dari Parsi. Shuhaib ar Rumi dari Romawi dan lain-lain lagi.
Walaupun diantara sahabat-sahabat Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam ada yang berkulit hitam, namun mereka tetap sahaja dicintai ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala.
Sesungguhnya yang paling mulia di antara kalian adalah yang paling bertakwa. Demikian seruan Al Qur’an.
salam..
alhamdulillah..posting yang menarik.
menambahkan kesyukuran apa yg Allah bagi pada saya.
saya ni berkulit gelap kerana ikut genetik ayah,
dan mak saya berkulit putih
saudara mara sebelah mak kebayakkan semua yang berkulit putih.apepun saya bersyukur dikurniakan cukup sifat(tak cacat.dan hari demi hari saya semakin dapat menerima seadanya diri saya,hari demi hari semakin saya mengenal Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyanyang.bukankah itu lebih utama mengenal Allah dari sibuk membezakan kulit? siapa yang bagi nikmat kulit tu? jawab,siapa? pada sesiapa yang memandang rendah dan mengutuk orang maka suatu hari nanti tak mustahil Allah tarik nikmat kulit korang,gebu tapi kulit panau,tompok sana tompok sini,bintik merah sana sini,muke kena asid,nak ke??
isu ni tak jadi masalah pada diri sebenarnya,sebab kita mesti bersyukur diatas nikmat yang Allah berikan.
kejadian manusia adalah dari tanah,tanah dari setiap pelusuk muka bumi Allah,maka hasil lah berbagai warna kulit kerana tanah itu berbagai warna.tanah liat,tanah keras,kerak tanah? apalagi..nak tahu lanjut kena tanya pelajar jurusan kejuteraan awam,sebab mereka ni kaji tanah untuk buat struktur bangunan huhu.
sebab apa saya kata isu ni tak jadi masalah?
sebab isu ni ditimbulkan oleh manusia,terutama dalam menjaga kecantikkan diri,menjaga nikmat Allah berikan memang dituntut tapi perlulah ada batasannya.janganlah sampai dah gelap sehabis boleh nak tukar jugak kulit putih, memang tak masuk akal.pendek cerita,nak jaga kulit atau wajah,kita jaga seperti kita dilahirkan dulu punyai pipi yang lembap,tak berminyak,tak berjeragat,menjaga warna kulit seperti warna kulit asal kita,bukan menukar warna kulit asal,nampak tak beza? jika samar-samar lagi,saya beri contah-kulit asal sederhana gelap,jagalah kulit jangan sampai jadi hitam legam,itu je,kalau beli pencerah muka untuk kembali cerah seperti kulit asal,bukan OVER sampai menghilangkan warna kulit asal.
lagi satu,disebabkan manusia lagi yang buat meraka yang berkulit gelap rasa rendah diri,pandang sebelah mata pada mereka yang kulit gelap. kita semua makhluk Allah,Allah tak pandang rupa,tapi Allah pandang iman dan ketaqwaan kita.ingat ni sampai bila-bila,ingat sampai korang menghembuskan nafas terakhir!
sedikit pengalaman,pada mereka yang berkulit gelap,orang kulit putih tak berapa memahami sebab mereka tak mengalami betul tak,hehe. saya pun sama je macam korang,dulu rasa down jugak dengan saudara mara kebanyakkan berkulit cerah,gebu.tambah pula dapat mak yang menitikberatkan soal kulit sebab mak kulit putih kan dari saya,jadi bising jugak mak suruh pakai bedak,(tak suke pakai bedak sebab tak biasa)saya kata kat mak,ape nak herankan memang dah gelap,nak putih mak kene kawin dengan orang yg kulit cerah,tapi mak pilih ayah jugak(kadang rasa geram tu yang mengomel kat mak-ni waktu tak matang dulu)mak saya kata,nampak cerah sikit(hakikatnya saya yang tak jaga kulit,selalu main dekat panas so nampak tambah gelap,mak saya tetap terima saya seadanya,bersyukur dapat saya
,waktu saya lahir dulu mak cerita,lepas lahir terus tanya nurse anak saya cukup sifat ke? terharu saya,mak tak tanya pun warna kulit anak saya ape.saya rasa kalau mak anda sama gelap mesti tak berapa bising ye tak? haha.xpela pengalaman hidup manusia berbeza-beza untuk kita ambil pangajaran kerana Allah berfirman dalam quran,setiap kesenangan dan kesusahan kami pergilirkan untuk dijadikan pengajaran..
apapun,hari demi hari kita mengenal diri,mengenal Pencipta kita,jadi isu rasa down atau rendah diri semakin hilang dalam diri saya,tampil seadanya dengan berkeyakinan,barulah orang tak pandang sebelah mata pada anda.jangan fikirkan sangat apa yang orang kata,bersabarlah,bukan semua orang berpandangan sama,bila orang mengata,bersabar dan kita doakan moga orang itu mendapat hidayah dari Allah.bersyukurlah diri anda diuji,itu tandanya Allah sayang pada kita,jika anda ambil ujian itu secara positif anda akan lihat diri anda semakin kuat dan semakin meningkat iman anda pada Allah.ingat setiap apa yg Allah jadikan,tak ada yg sia-sia.sebab tu kita sendiri yg kena berfikir dan mengkaji setiap kejadian Allah. bayangkan sume orang sama je,kulit sama,prangai sama,muke sama?,seronok ke..fikirkanlah..
sebut tentang fikir ni,saya nak kongsi sebuah ayat renungan
[Fahami bersama]
“Sedarilah wahai soleh,bahawa berfikir itu bukan sahaja dapat melenyapkan kelalaian dan meningkatkan perasaan takut bahkan juga dapat membasmi kejahatan dan menambahkan kebaikkan yang berupa rahmat iaitu mewarisi pahala. Oleh sebab itu,fikir itu wajib ke atas orang-orang yang beriman. Ini kerana, mereka tidak akan mendekati Allah kecuali dengan fikir.”
p/s-kak,bagi kawan akk yg down tu bace ape yg sy coretkan ni ye.kim salam kat dia.ketehuilah diri dia bertuah mendapat warna kulit yg unik,bertuah diuji oleh Allah dengan warna kulit,moga dia tabah dan ambil ujian dari sudut positif.
Hitam, putih, tinggi dan rendah pada zahir manusia itu bukan penilaian Allah. Sebab itu semua Allah sendiri yang ciptakan dan bukan urusan manusia menciptakannya.
Yang Allah nilai sejauh mana kita memutihkan hati dan menginggikan taqwa dalam dada. Sebab ia boleh dikawal oleh manusia itu sendiri.
sayang sekali kalau kita orang Islam asyik membicarakan soal2 remeh camni sampai bergaduh dan timbul polemik. Banyak masalah besar yang perlu diutamakan..
Salam..
Sedikit komen dari akak…
Warna kulit tidak menentukan kebahagiaan, yang paling penting adalah ketaqwaan disisi Allah…yang penting Allah sayangkan kita kerana keimanan kita…Tidak mahukah kita pada kasih-sayang dan rahmat Allah…?
Jangan cari keredhaan manusia tetapi carilah keredhaan Allah…Manusia takkan puas pada kecantikan..kalau dah cantik nak cantik lagi…
Akak faham perasaan orang yg berkulit gelap lebih2 lagi kaum hawa tetapi janganlah menjadikan ia sebagai penghalang untuk apa saja especially dalam soal jodoh atau persahabatan (kerana ia sering dijadikan isu)
Memang persepsi masyarakat masih tipikal tentang soal ini apalagi masyarakat moden sekarang yang sibuk berlumba2 menjaga kecantikan kulit dan mahu kelihatan hebat dari segi fizikal..bukan tak bole tapi jgnlah keterlaluan sehingga mengubah ciptaan Allah…menjaga kesihatan itu biarla mengikut syara’…
Sesungguhnya Allah tidak memandang paras rupa kamu tetapi hati kamu (maksud Hadith)
Rasulullah saw dalam hadith lain ada menyatakan kepada golongan lelaki dalam bab jodoh, wanita yang hitam dan rebeh telinganya lebih baik asalkan beragama (beriman) dari wanita yang sebaliknya…au qama qal)
Kalau kulit gelap tapi kemas dan bersih penampilan diri serta molek budi pekerti, lebih2 lagi muslimah yang menjaga aurat nya, subhanallah tentulah mereka juga dinanti oleh lelaki beriman di luar sana…lelaki beriman yg sebenarnya tidak memandang paras rupa dan warna kulit tetapi keimanan wanita tersebut..
Just nak share, sewaktu akak bersedia tuk ditaarufkan dgn calon suami, akak tidak mahu langsung mengetahui paras rupa mahupun warna kulit suami,kerana akak tidak mahu itu menjadi bias dalam keputusan akak sedangkan kita berhak saja utk melihat siapa calon pasangan kita…cuma akak je yg tidak mahu sebab tanak istikharah akak terganggu dek perkara tersebut…memang bertawakal dan bersedia hanya kerana akhlak dan insya Allah keimanannya dan bukan lain2…
Alhamdulillah ALlah kurniakan suami yg terbaik buat akak…
Yakinilah jika kita tidak berolehnya di dunia, insya Allah di akhirat pasti ada ‘peneman’ kita…asalkan kita benar2 bertaqwa kpd ALlah…
Jadilah wanita solehah yang dicemburui oleh bidadari di syurga kerana akhlak,ilmu,dan ketaatan kita kpd Allah, bukan kerana paras rupa dan warna kulit…paasti takkan sama dengan bidadari di syurga bukan?
Wallahualam
oops terpanjang lak komen
putih ke hitam ke dimata Allah semuanya sama. Yang dihisab nanti bukan warna kulit.tetapi amalan!

wahai cik redish,
saya ni pun gelap orangnya
nasib baik hati tak gelap…
Masah ALLAH, Good Job by ALL Muslim Brother And Sisters.
Take Care & ALLAH HAFIZ