Ucapan Terima Kasih Ku

بسم الله الرحمن الرحيم

redcard001

Ucapan terima kasih ku belum sempat ku sampaikan untuk Permaisuri Musleemah hati ku yang bernama, oops! Itu adalah rahsia. (= Wahai Permaisuri Bidadari taman firdausi dunya, syukur ku ke hadrat ILLAHI atas sebuah anugerah yang tidak terhingga ini. Tiada siapa yang dapat merasakan kegembiraan ini melainkan diri ku sendiri. Begitu juga ALLAH, DIA pasti tahu akan perasaan ku apabila menerima sebuah kad Hari Lahir ku daripada seorang Musleemah yang amat ku sayangi sejak dari awal pertemuan dengannya di dunia Friendster. Jangan pula anda salah menafsir. Kami bukanlah pasangan Lesbian seperti couple akhir zaman ini. Namun, insya-ALLAH kami adalah seperti seorang adik dan kakak yang sukar untuk dipisah walaupun jauh dari pandangan mata. Ini kerana kami saling menyayangi kerana ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala semata. Itu yang dinamakan nikmat cinta hakiki. Aku bukan sahaja mempelajari nikmat cinta dari-NYA, malah aku bisa mengerti atas makna cinta kepada seseorang hamba-NYA kerana-NYA jua.

Dan cinta itu telah ku berikan kepada salah seorang diantara para-para Permaisuri Hati ku adalah ‘dia’ yang sudi memberikan sedikit perkongsian hidup tentang indahnya dunia Musleemah di sisi ALLAH dan Rasul-NYA. Subhan-ALLAH! Shukran ala kulli hal ya ukhti hulwa.

yellowcard001
Teringat pula akan salah satu hadeeths Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam tentang uatamanya alasan dalam menyintai seseorang. Daripada Anas Radhiallahu Anhu, Nabi Sallallahu Alayhi Wa Sallam bersabda:

Ada tiga perkara, barangsiapa yang tiga perkara itu ada di dalam diri seseorang, maka orang itu dapat merasakan manisnya keimanan iaitu: Jikalau ALLAH dan Rasul-NYA lebih dicintai olehnya daripada yang selain keduanya, jikalau seseorang itu mencintai orang lain dan tidak ada sebab kecintaannya itu melainkan kerana ALLAH, dan jikalau seseorang itu membenci untuk kembali kepada kekafiran setelah diselamatkan oleh ALLAH dari kekafiran itu, sebagaimana bencinya kalau dilemparkan ke dalam api neraka. (Muttafaq ‘Alaih)

Masya-ALLAH! Segala nikmat itu adalah milik ALLAH jua dan segala pujian hanya bagi-NYA atas setiap ciptaan dan kebesaran-NYA yang luar biasa.

Oleh kerana hejab labuh yang tersarung pada dirinya telah membuat aku jadi terpanggil untuk menjadi salah satu daripada sahabat-sahabatnya. Dalam hati ku berbisik, pada awal pertemuan ku dengannya di alam siber:

Subhan-ALLAH! Indahnya ciptaan ALLAH yang satu ini. Harapan ku, aku tidak tersilap pandang. Tidak tersilap dalam penilaian.

Ini kerana aku telah dikecewakan oleh segelintir kaum Musleemah yang berhejab labuh, tetapi kurang sopan dalam budi pekerti dan seringkali mempamerkan keperibadian akhlaq diri yang angkuh atas segala kelebihan & keistimewaan yang ada pada diri mereka.

Ukhti ku yang berhati mulia, yang seindah bunga di taman, kerana penampilan mu dengan berbaju kurung yang sungguh sederhana itu disertakan hejab labuh yang tersarung menutupi setiap inci aurat mu amat mengkagumi ku. Jujur aku katakan, pada pertama kali aku memandang mu, diri ku seakan terpanggil oleh penampilan musleemah mu yang cukup anggun itu. Dan benar bahawa kamu telah mengikuti ajaran-NYA. Berhejab labuh dan berbaju kurung mahupun berjubah. Mari kita nikmati santapan rohani dari surah An-Nuur & Al-Azhab yang terkandung dalam Al-Qur’an tentang wajibnya menutupi aurat secara ISLAMiC.

ALLAH telah pun menyuruh kita para wanita musleemah agar,

Ulurkan jilbab mu menutupi dada. (QS. An-Nuur: 31) &
Ulurkan jilbab mu menutupi tubuh. (QS. Al-Azhab: 59)

pinkcard001

Subhan-ALLAH! Kerana terlalu menikmati keindahan keperibadian akhlaq diri mu itu, aku hampir terlupa untuk ucapan Terima Kasih ku tidak terhingga kepada mu atas hadiah yang sangat istimewa ini. Siapa bilang aku tidak menghargainya? Malah aku amat suka padanya. Sungguh, aku tidak menyangka bahawa seistimewa ini dikau telah meluangkan masa-masa emas mu untuk menghasilkan sebuah seni karya yang indah buat seorang sahabat seperti ku yang masih lemah dan sangat dhoif di hadapan ALLAH Azza Wa Jalla jua.

Oh Ya RABBI… pada waktu ini juga aku tidak bisa berkata dusta kepada mu kerana aku amat merindukan ukhti Coollien atau Fastlane dari Damansara (nama gelarannya yang masih terukir indah di hati ku) dan juga ukhti Comel (masih aku ingat suara mu yang lembut berloghatkan bahasa kelantan di waktu pertama kali kita berbual di telefon) dari Kelantan. Di mana kalian berdua? Sungguh, dengan bersaksikan-NYA, aku tidak pernah melupakan kalian berdua. Kebaikan kalian masih terbekas di jiwa ku ini. Keikhlasan kalian dalam menjalinkan sebuah ukhuwah masih lagi terguris indahnya di qalbu ku ini. Walau jauh dari pandangan mata, namun dikau tetap dekat di hati ku. Jauh di lubuk hati ku yang paling dalam, masih tersirat ungkapan kasih dan sayang seorang adik kepada kakak-kakaknya. Dan kini aku tidak bisa melepaskan makhluk yang bernama kasih sayang itu. Kerana sehingga saat ini, aku masih belum bisa ketemukan kalian. Sudah terlalu lama kalian meninggalkan adik mu di sini. Jika terbaca blog ku ini, silalah kirimkan khabar berita kalian. Ingin sekali ku ketahui akan keberadaan mu bagaimana dan perkembangan hidup mu saat ini.

Melihat setiap hadiah yang diberi oleh ukhti ku yang dikasihi ini (lihat gambar), aku jadi teringatkan mereka yang sudah lama pergi meneruskan hidup untuk masa-masa akan datang. Terimbas kembali di saat ukhti Coollien memberi aku seutas gelang dan sepasang anting-anting kupu-kupu berwarna merah jambu yang bersertakan gambarnya sekali. Ukhti Coollien, apakah dikau akan percaya jika aku mengatakan hadiah itu masih ada pada ku. Aku masih lagi menyimpannya dengan sebaik mungkin kerana ia amat bernilai buat diri ini. Begitu juga dengan ukhti Comel, tidak pernah aku lupa sewaktu dikau ingin mengirimkan wang di waktu hari kelahiran ku yang ke 17, tetapi hajat mu tidak kesampaian akibat ada diantara pekerja post tidak amanah. Walau hadiah itu tidak sampai ke tangan ku, aku tidak merasa sedih apa lagi merasa marah. Kerana bukan itu semua yang aku butuhkan selama aku hidup. Bukan itu semua yang aku harap-harapkan selama ini.

Aku hanya butuhkan kasih sayang daripada seorang wanita yang bisa menjadi penaseehat dan bimbingan ku sepanjang kita masih bersama selain ibu ku yang dicintai selalu. Aku cuma mengharapkan seorang wanita yang ikhlas dan sudi menyirami diri ku dengan kemanisan air kasih sayang. Aku ingin menggelarkan wanita-wanita ini seperti kakak-kakak ku. Ya ALLAH, aku bisa merasakan nikmat cinta dari-MU melalui mereka.

greenbluecard0011

Ya aku masih ingat dengan gelaran nama ku aBeEn atau AbEeN’nA, aku mempunyai berbagai sahabat semusleemah ku yang berada di sekeliling hidup ku. Mereka telah berjaya mewarnai dunia kegelapan ku dengan sinaran cahaya pelangi. Sekali lagi aku ucapkan ribuan Terima Kasih ku yang tidak terhingga atas kebaikan ukhti ‘H’ dalam pemberian hadiah ini. Bagaimana lagi harus ku ungkapkan kepada mu ukhti ku selain ucapan Terima Kasih ku? Biarkanlah kisah kita berterusan hingga aku menghembuskan nafas ku yang terakhir.

Ingin aku mencungkil sedikit ungkapan daripada Permaisuri Musleemah Hati ku ini,

Harapan besarku, semoga persahabatan kita menjadi wasilah bagi kita mencapai redha ALLAH. ALLAHUMMA AMEEN. – Princess Nailofar 87

redpinkieshcard001

Shukran Jazakumullahu Khairal Jaza’

Sampai di sini sahaja buat kali ini. Mohon maaf lahir dan bathin jika benar ada perkataan di sini mengguris atau membekas luka di hati yang membaca. Hanya keindahan dan kesempurnaan itu milik Sang Penakluk Jiwa Hamba-Hamba-NYA, ALLAHU RABBI. (=

بارك الله فيك

9 thoughts on “Ucapan Terima Kasih Ku

  1. Salam Abeen Jambuz!!
    siz juga merindui teramat sangat..
    siz cube menelefon kamo tapi ngak dapat..

    siz kangennn bangat sama kamo.. :em61:
    terharu siz bace penulisan kamo kali ini..
    sungguhh abeen..menitis airmata siz menatap satu persatu ayat yg kamO tuju pada siz dan siz coollein..
    percayalah..bahawa setiap jalinan persahabatan antara kite takkan terputus shingga akhir nyawa sekali pun..

    **kakak yg sentiasa merindui mu**
    SIz ChOmeL
    tommyku_comel[a]yahoo.com
    :em70: *putrajaya* :em70:

  2. Subahanallah!
    Tumpang gembira juga dengan perkongsian ini. :em70:
    Semoga ukhwah yang dibina itu tidak putus, ukhtiku.

    Usah gusar dengan tidak kedengaran khabar berita daripada mereka.
    Kerna yakinlah, teman-teman ukhwahmu sentiasa mendu’akan antara satu sama lain. :)

    Saya tinggalkan kata-kata kekasihNYA buat perkongsian bersama:

    “Andai seseorang dari kamu mencintai sahabatnya kerna Allah, maka hendaklah kamu memberitahunya.”
    -HR Abu Daud-

    Salam saling mendu’akan saudari.

    p/s: jaga diri serta amalan harian. =)

    Musleemah says: Aduuhhh… Udah lama banget ga’ dengar khabar berita daripada seorang musleemah yang sangat lembut budi bicaranya. Shukran atas setiap perkongsian ilmu-NYA di sini ukhti. Saya amat menghargainya. Semoga sahaja ALLAH mencurahkan segala nikmat keatas dirimu ukhti. Dan juga semoga nikmat rahmat itu akan tercurah indah dalam pertalian ukhuwah kita ini. ALLAHUMMA AMEEN.

    Insya-ALLAH akan tidak ku lupakan pesanan dan setiap nasihat daripada ukhti ku tercinta! (=

  3. :em19: :em19: :em19: :em19: :em19: :em19: :em19: :em19:

    very nice gift dan persabatan yang amat baik sekali…sye pun tumpang gembira juga :em19: ..harap suatu hari nnt sye pun dpt kawan yang sebegitu juga..semoga hidupmu senantiasa disinari cahaya kebahagiaan dan kerahmatan..

    Musleemah says: Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada akira atas kebaikannya mendoakan saya. Apa salahnya jika ingin bertumpang gembira sesama. Ukhuwah diantara para musleem tiada mendatangkan masalah jika masing-masing tahu perbatasannya mengikut syariat Islam. Ukhuwah itu indah jika ia berlandaskan dengan iman dan ketaqwaan terhadap-NYA. Dan ukhuwah itu boleh menjadi nikmat jika ia meletakkan sebabnya kerana ALLAH semata. Saya turut mendoakan yang terbaik buat sahabat saya akira atas mencari ukhuwah yang dicintai ALLAH & Rasul-NYA. Insya-ALLAH, awak pasti akan ketemukannya suatu hari nanti. ALLAHUMMA AMEEN. (=

  4. Salam Ukhti,

    Remember i called you as Baby Abeen’Na? :em70:

    Dear Abeen,
    I’m always here.
    Behind the curtain that you may not see all along.
    Who can forget you?
    The MOST beautiful darling sister for me?
    The MOST wise and elegant akhlak i ever seen?
    The MOST intelligent muslimah that i’ve known back 2 years?

    Yes,
    It has been 2 years.
    Thank you for remembering me as much as you mean a lot to me.
    I’ve decided before, by letting the time heels us.
    But i’m glad that you felt what i felt,the one that i had always give it to you now and then.
    #MY SINCERITY#

    “A relationship in which neither friend is able to forgive the other does not have a very long shelf life. It is inevitable that there will be misunderstandings in a relationship. We cannot see inside each other’s minds to be able to know that they never intended any harm. Everyone has buttons that can pushed that the other friend may unknowingly push. However, when a sincere apology comes your way, you need to be able to forgive the other person. This involves trusting that the other person truly didn’t mean any harm and wants to heals the rift between the two of you.”

    Dear Baby sis,

    I’m not really active in friendster or which ever side anymore as i’m getting older enough la my dear.
    haha
    I know i have lots of picture of you.
    Imagine NOT to see your face almost 2 years.
    I believe you have become so gorgeous lately and absolutely
    the ‘MOST beautiful Musleemah’ for me as usual.

    cOOllien07/09

    Musleemah says: W’salam ukhti, my most Precious Princess Musleemah!!

    I miss you so much! Have you ever take notice of that? Since the day I have had demolished my Friendster Account! And that was the time we got separated until now. I was praying so hard to ALLAH… hopefully HE will give me the chance to meet you again in this world of net. Even just in this blog itself.

    Yes, I’m truly glad in knowing that you’re still there for me. Even though you hide yourself behind that beautiful curtain which I cannot see you from far here. I was flabbergasted when I saw your nickname in the middle of those unwanted comments (spam). Hehe. Guess what? Frankly speaking I was feeling deliriously happy!!

    Sis coollien, there’s only one thing that will never change my thoughts over you. You will still be the same old sis Coollien. You love to praise people who’re close to you. You love whatever things that is beautiful to your eyes. But my dear, please never praise me to that extend. Remember that I’m still a human being who’s trying so hard to attain HE’s pardon.

    Its undeniable about our years of separation. 2 years for me is like 20 years. I’m trying very hard to be honest my dear. Although we’ve been lost contact for that 2 years, yet still I won’t forget our precious ravishing moments together. I can’t believe our chain of ukhuwah we’ve built in those days will be this strong. Alhamdulillah.

    See friends, who told ya that having social networking have lots of disadvantages??

    I’m proud to have known friends like Sis Coollien, Sis Chomel & especially Sis TiNi. Subhan-ALLAH! The crystals of love that ALLAH has sent to me via you people just can’t be describe.

    My dear, you have a very divine personality and I love you because of that. You’re easy to talk to. You mean so much to me. That includes your sincerity in wanting to be my true friend. And today I can see a chance for us to start fresh like before.

    Seriously I have no bodacious words left for me to describe you any further.

    Darling, for this I would like to end my comments with some glorious words for you to read upon.

    Ukhuwah doesn’t always need togetherness.
    Doesn’t need everyday conversation.
    For as long as the relationship between us live in the du’aa.
    It remains abadan abada.
    ALLAHUMMA AMEEN.

    Even though sometimes my words may be convoluted to you in some ways, I would want to apologize on that matter. I knew who I am and I also know about the mistake I may have done to you. So, this is a very good chance for me to say that I’m sorry if I ever did any mistake towards you. Perhaps I leave an unseen scar across your fragile little heart. Please, forgive me sister. Cause I’m an ordinary musleemah friend of yours. And I know my behaviour are unpredictable at times. But please understand that I felt so honoured being one of your friends in this world. Hopefully this chain of ukhuwah between us will stay strong till my last breath… ALLAHUMMA AMEEN. (=

  5. assalamualaikum,
    semoga allah mengabulkan do’a seorang yang soleh, amin
    :em70:

    Musleemah says: Alaikumussalam. Apa lagi saya boleh perkatakan selain meng’ameenkan. Insya-ALLAH. Mudah-mudahan. ALLAHUMMA AMEEN. (=

  6. Subhanallah..Hati manusia mana yang tidak tersentuh andai terbaca bait-bait tulisanmu duhai Abeen. :em28:

    Tulisan ini adalah suatu lembaran ikhlas terbias dari hatimu yang putih bersih itu. Dirimu membuatkan mata dan hati semua pembaca di sini ikut merasa harumnya jiwamu. Semerbak kuntuman Syurga. :em70:

    Sis pasti,tuan yang memberikan kad-kad buatmu itu pasti sayang bangeeettttt sama kamu. :em34: Owh,sis jadi cemburu ni… :em10:

    Apa pun,sis kira posting istimewa kali ini pasti turut kamu tujukan buat semua muslimah yang sama-sama menyayangimu kerana Allah. :em21:

    Kita saling mengenal dan menyayangi kerana Allah semata. Tiada kepentingan lain. Andai ada rezeki ‘di kampung nun indah di sana’, sis kepingin sekali menjadi jiranmu duhai Abeen di Syurga kelak. Ameen Ya Allah,Rabbal ‘Alameen!

    Siti Nabilah,Abeen,Abeen’na,Musleemah
    I LOVE YOU MORE THAN WORDS CAN SAY!

    Musleemah says: Masya-ALLAH! Sis TiNi… Seorang Permaisuri Musleemah pujaan hatiku. Dikala rindu ku pasti menatap gambar-gambar mu.

    Puteri ayu ku, janganlah dikau memuji ku sehingga begitu sekali. Bukan kerana ku tidak bisa menerimanya. Ini kerana aku takut untuk menerima pujian setinggi itu. Betapa ku tahu akan diri ku sendiri. Untuk menggapai panggilan atau gelaran Musleemah Al-Mu’meenah As-Solehah bukan sesuatu perkara yang mudah. Untuk menjadi seorang Musleemah yang dicintai ALLAH dan Rasul-Nya bukanlah sesuatu pekerjaan yang dianggap remeh sahaja. Namun, itu semua perlukan usaha yang berterusan. Iman yang mantap dan hati yang kental dalam mengharungi kehidupan harian. Mengendali emosi dengan ujian dari ALLAH jua.

    Oleh kerana ku lebih mengerti akan kelemahan dan kedhoifan diri ku sendiri, maka aku tidak mahu ketinggalan dalam menjalinkan kasih sayang/ukhuwah/perhubungan di antara musleemah-musleemah seperti mu. Ini kerana dikau adalah inspirasi hidupku. Ini kerana musleemah seperti mu lah yang akan bisa meninggalkan percikan bau wangian pada diri ku saat kita berjauhan. Dan pada waktu itulah fikiran ku tidak akan pernah mampu melupakan setiap kebaikan yang dikau telah lakukan terhadap diri ku.

    Aku seorang wanita musleemah yang sangat sederhana dalam apa jua tindakan yang aku ambil. Dengan itu aku butuh wanita seperti mu. Yang tidak pernah jemu, tidak pernah lelah dalam mencontohi ku ke arah menjadi musleemah yang dikasihi ALLAH & Rasul-NYA.

    Jujur ku perkatakan, ayat “Andai ada rezeki ‘di kampung nun indah di sana’, sis kepingin sekali menjadi jiranmu duhai Abeen di Syurga kelak.” tidak layak diarahkan kepadaku. Seharusnya aku berdoa dengan sesungguhnya terhadap ALLAHU RABBI agar aku dapat ditempatkan berdekatan dengan dirimu saat berada di sebuah perkampungan Al-Jannah. Mudah-mudahan ALLAH dapat menghadiahkan anugerah yang paling terindah itu kepada kita. Dan semoga sahaja jiran-jiran kita akan dipenuhi dengan kemuliaan hati para wanita musleemah yang lainnya seperti sis NahwanNur, sis Coollien, sis Chomel dan yang lainnya (jangan sampai ada terkesan di hati kerana sesungguhnya Abeen masih kuat ingatannya. Apa bisa Abeen lupa akan setiap jasa dan kemesraan yang terjalin diantara kita semua sewaktu di dunia Friendster dulu? Memang Abeen tidak mampu menyebutkan nama-nama kalian kerana jumlahnya terlalu ramai. Kalau bisa, Abeen ingin sekali menghidupkan harumnya kasih sayang itu agar bisa kalian melihatnya bagaimana ia masih membara dalam hati Abeen ini, sungguh.).

    Insya-ALLAH akan ku abadikan kalian bukan sahaja dalam qalbu ku tetapi dalam nikmat du’aa ku. ALLAHUMMA AMEEN. (=

    Dear sis,
    When you ask me what I feel?
    I’ll say LOVE
    When you ask me how I know?
    I’ll say TRUST

    It’s every little thing you do that makes me fall in love with you.
    There isn’t a way that I can show you ever since I’ve come to know you.
    It’s every little thing you say that makes me wanna feel this way.
    There’s not a thing that I can point to cause it’s every little thing you do,
    Will just make me fall in love with you… (=

  7. Kalau ku jawab kata-kata mu di atas itu dengan jawapan ringkas:

    Ku menyintainya kerana ALLAH semata. Bagaimana pula kata-kata kamu? Kerana ukhti di atas ini lah yang telah banyak membantu diri ku dalam mendekatkan diri kepada ALLAH. Keterampilannya, budi pekertinya, kata-kata hikmah dan sifat musleemah mukminah yang ada pada dirinya buat diri ku tertarik banget lalu terpanggil untuk melakukan kebaikan, insyaALLAH akan berterusan ukhti Tini. Seringkali pada malam hari, dia akan mengirimkan SMS berbaur nasihat islami. Tidak pernah menghancuri atau sesekali membekas luka di hati ku dengan SMS yang memberi kelemahan pada iman ku ini. Ku tidak melihat dirinya mengejar dunia semata-mata walaupun dia tidak lama lagi akan mengendung segulung ijazah dari salah satu U di M’sia. Apa salahnya jika ku menyintainya kerana ALLAH Az Wajalla?? Jadi… dari mana datangnya diri ku menyintainya melebihi ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala dan Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam? Apa kamu bisa ya selami hati ku? Luar biasa kamu… InsyaALLAH, di mana jua ku berada ALLAH adalah Tuhan ku yang dicintai dan Rasulullah adalah sebaik-baik petunjuk dalam kehidupan ku sepanjang pernafasan ku di dunia yang fana ini. Berkasih sayang digalakkan dalam Islam. Malahan SYAITAN lari berjauhan melihat kita saling menyayangi antara satu sama yang lain apabila semua kita lakukan kerana ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala semata.

    Bukankah setiap pembuka bicaraan ku di sini semuanya ku berlandaskan dengan nama ALLAH dahulu? Betul kata Luqman, jangan diperdulikan kata-kata manusia.

    Kita buat baik biarlah kerana ALLAH. Dan buat jahat jangan sesekali. Insya-ALLAH. Mudah-mudahan sahaja ALLAH melindungi diri ini dan juga yang lainnya dari segala malapetaka. Allahumma Ameen.

    P/s: Asyik disalah tafsir aja… Terutama sekali bila ku mengatakan semua di dunia ini adalah milik ALLAH, dikatakan ‘seseorang’ ku mendukung kata-kata YahudsSs. Sekarang ku udah menyintai seseorang melebihi ALLAH dan Rasul pula? Melebihi yang gimana ya? Cuba perjelaskan lagi. Kalau bisa lebih terperinci. Lebih jelas gitu loh. ((=

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>