Tanpa Ikhlas Iblis Mengganas

Musleemah says: Tiada post yang lebih bermakna, bernas, baik dan menarik perhatian selain dari mengemaskini blog dengan bahan artikel daripada seorang yang bertauliah dan berilmu. Tidak lain dan tidak bukan, Ustaz Pasuni Maulan. Artikel kali ini yang ingin saya update adalah topik mengenai ‘Tanpa Ikhlas Iblis Mengganas’.

…pasti aku (syaitan) akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba Engkau (ALLAH) yang mukhlis antara mereka.
(Surah Al-Hijr: 39-40)

Dari masa ke masa terdedah kisah pertelagahan dalam badan Islam setempat.

Akibatnya, berlakulah permusuhan, pecah belah dan berkelompak sehingga terputus silaturahmi. Kegiatan persatuan terjejas.

Mengapakah hal ini timbul?

Ini kerana keghairahan menjadi anggota jawatankuasa tidak sejajar dengan visi pertubuhan. Akibatnya, kepentingan peribadi mengatasi kepentingan bersama.

Padahal, niat berkhidmat dalam badan Islam seperti masjid hanyalah untuk memberikan khidmat terbaik kepada masyarakat bagi meraih keredhaan ALLAH.

Main siasah (politicking) dalam badan Islam sudah perkara lumrah yang tidak sihat dan perlu dihapuskan. Untuk itu, kita perlu pelajari cara badan berkanun ditadbirkan.

Lazimnya, setiap permohonan jawatan akan dinilai secara teliti – apakah latar belakang pemohon dicemari jenayah seperti menggelapkan wang. Hal ini dilakukan demi memastikan tiada penyelewengan kelak.

Namun tidak seperti badan berkanun, badan sukarelawan digerakkan oleh relawan secara tulus atau ikhlas.

Sebagai sebuah pasukan, kejayaan dan perpaduan yang menentukan maju mundur sesebuah badan.

Pasukan bola sepak yang terkenal dan handal tidak akan berjaya jika setiap pemain lebih mementingkan diri – apabila bola berasa di kaki dia akan berusaha sendirian untuk menyumbat gol.

Keikhlasan adalah tunjang perpaduan dan tali pengikat setiap anggota persatuan menuju ke satu arah yang dipersetujui bersama. Tanpa keikhlasan, mereka akan disibukkan dengan urusan menyelesai masalah dalaman dan membuang waktu dan tenaga yang seharusnya disalurkan untuk kemajuan.

Sifat tidak ikhlas boleh menjalar dalam diri oleh berapa sebab, antaranya:

  • Berasa dirinya lebih penting sehingga persatuan seperti tidak boleh bergerak tanpa kehadirannya.
  • Mempunyai agenda peribadi kehadirannya.
  • Mempunyai agenda peribadi seperti mahu menonjolkan diri dan mengharap penghargaan.
  • Terlalu lama menyandang jawatan sehingga menganggap dia adalah persatuan dan persatuan adalah dirinya.
  • Berasa diri lebih hebat dalam segala bidang sehingga mengetepikan pandangan pihak lain.
  • Senantiasa berpandangan negatif terhadap orang lain dan memperkecilkan segala usaha yang dilakukan.
  • Memperbesar kesilapan dan kekurangan seseorang dan menjadikan senjata untuk menjatuhkannya.
  • Memperlekeh apa jua sumbangan daripada teman-teman.
  • Memusatkan kuasa pada dirinya atau mereka yang rapat dengannya.

Keikhlasan bukan sesuatu yang dibuat-buat atau dapat dilahirkan dengan kata-kata. Yang menilainya ialah ALLAH dan kesannya dapat dirasakan semua.

Untuk menimbulkan sifat ikhlas, gerak kerja hendaklah berdasarkan:

  • Semata-mata untuk mencari keredhaan ALLAH.
  • Jangan fikirkan apa yang telah dilakukan tetapi fikirkan apa yang belum disumbangkan.
  • Sumbangan dan kejayaan yang diperoleh untuk meraih rahmat ALLAH.
  • Jangan ada rasa bangga diri dengan curahan keringat, idea dan wang, malah berasa terlalu kecil jika dibandingkan dengan orang lain atau terlalu tidak bermakna berbanding sumbangan pejuang Islam di zaman silam.
  • Hendaklah menyerahkan segala penilaian kepada ALLAH kerana DIA yang menentukan segala-galanya.
  • Apa jua sumbangan adalah sebagai satu ibadah.
  • Kurangkan dan akhirnya menghapuskan sifat ego jika ingin melibatkan diri dalam institusi kemasyarakatan khususnya dalam Institusi Islam.

Para aktivis harus sedar bahawa mengendalikan sesebuah institusi bukan seperti menjalankan perniagaan milik persendirian yang berteraskan laba.

Persatuan merupakan milik ramai. Ia menuntut kerjasama dan kepedulian yang bijaksana. Mereka yang tidak ikhlas boleh menjadi kuman dalam persatuan.

Yang utama, tanpa ikhlas, seorang aktivis persatuan hanya mendedahkan diri kepada permainan syaitan.

Musleemah says: Terimbas kembali saya bekerja di salah satu badan Islam di Singapura. Jujur saya katakan, segelintir diantara orang Melayu Islam kita memiliki sifat bongkak, angkuh, sombong dan segala sesuatu yang sewaktu dengannya. Setiap kali mereka cuba memulakan pembicaraan, pasti perkataan yang keluar dari mulut mereka yang kurang sopan. Maksud saya, kadang-kala mereka tidak pernah langsung berfikir tentang sikap mereka yang bisa melukakan hati pekerja-pekerja lain. Maaf cakap lurh yer, buka mulut je neraka. Kenapa saya berkata sedemikian rupa? Saya pun tidak suka nasi tambah tentang satu perkara yang tidak benar! Mana tidaknya buka mulut ibarat neraka setiap perkataan daripada mereka? Sifat suka menyindir sungguh sinis sekali yang bisa menusuk hingga ke ruang qalbu orang yang mendengarnya. Lebih-lebih lagi sindiran itu khas untuk orang yang ingin disindir. Astaghfirullah Halazhim. Mungkin segelintir bisa menerima hakikat seperti ini tetapi jujur saya katakan, saya bukan orang seperti lembu dicucuk hidung. Saya gemar berfikir. Akan saya fikirkan cara-cara yang munasabah dimana saya boleh memberi orang-orang yang suka menyindir ni satu kesedaran. Walaupun kadang-kala saya akui saya belum mampu.

Saya tidak takut pada pangkat atau kedudukan mereka. Saya telah dididik sedari kecil untuk takut hanya pada ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala saja. Perkataan takut amat tidak sesuai untuk dipergunakan bagi keadaan seperti ini. Namun, kerana umur atau usia mereka yang boleh dikatakan cukup tua, ya saya masih bisa menghormati mereka.

Sifat sindir adalah sesuatu sifat yang sangat tidak baik. Ini kerana orang yang memiliki sifat sindir ini akan mengundang sifat buruk yang lainnya. Seperti memandang rendah, buruk sangka dan juga cemburu yang meluap-luap tanpa sebab yang munasabah. Sungguh hairan juga saya dengan sikap mereka ini. Disebabkan mereka bukanlah orang yang biasa-biasa saja. Mempunyai pangkat dan mempunyai kuasa juga untuk menegur kesilapan kita sebagai pekerja bawahan. Tetapi apakah beliau menganggap kuasa yang ada pada tangannya sebuah permainan? Apa dengan adanya kuasa, beliau bisa menyindir dengan begitu kasar dan membuat ramai orang membenci sikapnya?

Saya berbohong? Kata-kata saya dusta? Kalau begitu kenapakah wanita-wanita di kerja saya yang mempunyai sifat jiwa pendidik meluahkan perasaan mereka yang tidak puas hati pada saya tentang sikap beliau itu? Saya amat kesal mendengarnya. Pada mula, saya tidak tahu langsung dan menganggap percakapan orang tentang dirinya sesuatu perkara yang biasa-biasa saja. Namun, apabila saya sudah melihat true colours dirinya, hati saya remuk dalam kekesalan. Kenapa? Ini kerana beliau seorang yang sudah jauh mendalami ilmu agama lebih lama daripada saya dan juga para asatizah-asatizah yang saya kenali. Malah beliau juga seorang pekerja yang sudah lama (10 tahun tidak silapa saya) di sana. Bukankah dengan pengalaman yang banyak, beliau mampu mempertingkatkan diri sendiri? Mendidik jasmani dan rohani agar selalu bersifat tawadhu’ kepada orang disekeliling? Apakah dengan berakhlaq mulia akan mempamerkan imej yang merugikan dirinya sendiri?

Beliau adalah seorang lelaki, seorang khalifah, seorang pengetua yang dimana sifat atau sikapnya itu akan menjadi role model pada pekerja-pekerja yang bekerja dengan beliau. Sepatutnya dengan usia beliau yang berpangkatkan ayah, beliaulah yang seharusnya mendidik, membimbing, menegur, membantu kita yang muda-mudi yang masih lagi belajar untuk menjadi seorang pekerja yang baik. Tetapi, kenapa saya masih melihat sikap kebudak-budakan yang ada pada diri beliau itu?

Saya seorang pekerja yang bekerja sebagai CSO – Customer Service Officer. Kerja yang paling berat bagi saya adalah untuk meminta-minta orang agar melunaskan hutang yuran pelajar yang tertunggak. Apabila pertama kali saya diberi peluang belajar bagaimana untuk mengemaskinikan akaun yuran-yuran pelajar yang tertunggak, saya terkejut dan mata saya melekat di skrin monitor komputer! Astaghfirullah. Yuran tertunggak yang ada di cawangan saya amat besar jumlahnya. Dalam $7,000 lebih (saya kurang ingat berapa jumlahnya tetapi agak banyak sekali!) Rumit juga rasanya untuk berdepan dengan orang ramai walaupun hanya di gangang telefon.

Saya cuba mengatasi masalah sedemikian dengan cara yang bijaksana. Saya juga tidak suka bersikap kurang sopan apalagi cuba meninggikan suara saya apabila menelefon ibu/bapa/nenek/datuk/orang yang mengasuh pelajar di rumah untuk meminta mereka agar melunaskan yuran pelajar yang tertunggak. Alhamdulillah, sedikit sebanyak saya meminta bantuan dari orang yang lebih berpengalaman tentang ini. Namun, apa yang saya pelajari daripadanya adalah untuk bersikap kurang baik dan sopan hanya kerana inginkan mereka melunaskan hutang-hutang mereka. Malah saya dengar sendiri dari pembicaraan sahabat-sahabat makcik saya tentang sikap orang yang memungut hutang. Mereka seringkali sakit hati dengan sikap orang itu. Mereka memberitahu saya bahawa orang itu sangat sombong dan mereka kadang-kala naik muak ingin melunaskan hutang-hutang mereka.

Mungkin benar, orang yang berhutang itu mempunyai kesilapan dan seringkali memberi masalah dalam melewat-lewatkan pembayaran yuran. Tetapi apa salahnya jika kita mempamerkan akhlaq yang baik lagi mulia terhadap mereka. Dengan izin ALLAH, mungkin sahaja mereka bisa berubah.

Alhamdulillah dengan doa dan juga sikap merendah diri yang telah saya usahakan untuk mempamerkan kepada mereka lewat telefon dan juga apabila berdepan dengan mereka, saya dibuahkan hasil yang cukup lumayan dari ALLAH jua! Yuran yang tertunggak banyaknya akhirnya jatuh begitu drastic sekali. Tidak silap saya dalam tiga minggu ALLAH telah mengizinkan mereka untuk melunaskan yuran tertunggak dengan jumlah yang banyak.

Dan saya masih ingat lagi di ruang mesyuarat, ‘beliau’ yang telah saya ceritakan di atas cuba memuji atas kerja keras saya tetapi saya tidak menganggap ia sebagai pujian yang ikhlas. Ini kerana beliau masih menunjukkan senyuman yang begitu sinis sekali pada diri saya. Saya menganggap ia sebagai anugerah dari ALLAH. Tanpa-NYA, mungkin tiada gerak hati pada mereka untuk melunaskan hutang-hutang mereka yang banyak itu. Bukan senang bagi seseorang melunaskan hutang sebanyak $1000 lebih dalam sekelip mata. Kalau seorang mempunyai hutang sebanyak $1000 lebih. Apa lagi yang lain. Alhamdulillah segala puji hanya bagi ALLAH. Saya akui saya tiada daya dan upaya untuk melakukan perkara yang luar biasa melainkan dengan seizin ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala.

Memang benar, saya melakukan pekerjaan ini hanya demi ALLAH semata. (Namun, jujur saya katakan saya tidak sanggup melihat sifat angkuh, sombong dan bongkak serta takabbur yang sering dipamerkan oleh beliau. Lalu saya ambil keputusan setelah usai solat istikharah untuk meninggalkan tempat itu.)

Akhir kata daripada saya, bekerja dengan orang Islam yang kuat menyindir, memandang rendah terhadap kelemahan orang, memberatkan lagi pekerjaan seseorang lebih menyakitkan jika dibanding bekerja dengan orang kafir.

Apa yang saya maksudkan di sini adalah, jika kita sudah menjadi seorang Islam yang benar-benar Islam perlakuan kita, janganlah bersikap yang kurang baik sehinggakan ramai yang menjadi tawar hati bekerja di situ lagi. Ini kerana orang kafir tidak mendalami ilmu akhlaq secara Islami tetapi kita sudah sedia maklum dengan sifat-sifat Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam untuk dijadikan contoh yang baik lagi murni. Agar diri tidak sesat di jalan yang dimurkai ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala jua. Jika niat kita segala-galanya demi ALLAH Azza Wa Jalla semata, insya-ALLAH sifat buruk yang ada pada diri kita akan sedaya upaya kita buang ia jauh-jauh dari kehidupan kita.

Mohon maaf lahir dan bathin andai perkataan saya yang kurang sopan. Mungkin sahaja perkataan saya di atas mengandungi pengisian yang kurang menyenangkan di hati para pembaca. Sesungguhnya saya hanya seorang wanita musleemah yang mendambakan keredhaan ALLAH semata. Mudah-mudahan. Insya-ALLAH. Ameen. (=

Pengalaman ini saya anggap satu nikmat buat saya untuk menghadapi hari-hari akan datang. Cukup lumayan juga mempunyai rasa nikmat sebegini. Ya, mungkin saya hampir lupa bahawa ujian itu adalah sebaik-baik nikmat dari ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala. Walaupun ia mampu mengguris dan membekas luka di hati kita.

I will never give up to face this kind of challenge in life again! Cause I believe in ALLAH the Al-Mighty. The one who’s always there for me in shining HIS light of Guidance, showering me with HIS blessings and of course the feeling of secure and save in HIS crystals of love. Alhamdulillah.

L  S, sebuah phrase sejuk yang senantiasa dicari. Tetapi, benarkah maknanya difahami secara benar dan luas?

3 thoughts on “Tanpa Ikhlas Iblis Mengganas

  1. i like these word! :em34:

    I will never give up to face this kind of challenge in life again! Cause I believe in ALLAH the Al-Mighty. The one who’s always there for me in shining HIS light of Guidance, showering me with HIS blessings and of course the feeling of secure and save in HIS crystals of love. Alhamdulillah.

  2. terima kasih saudari atas komen yg panjang lebar, yang meresap masuk sampai ke dalam hati, dasar yang paling dalam.

    benar katamu sayang, usia kita belum tentu sampai esok hari. kita harus sedar semua itu.

    apa yg saya mau kongsikan adalah, betapa sukarnya berjuang berseorangan.kerana saya bukan golongan berjilbab labuh.saya cuma bertudung biasa.apabila saya ingin berada dikalangan mereka yg berjilbab labuh, yang saya rasakan mampu membimbing dan menjadi sahabat yang baik, saya seolah tidak diterima. tidak pula saya mau berada dalam golongan yang sebaliknya.

    jadi tinggalah saya berseorangan, mengharap pada Allah s.w.t. Namun, berjuang berseorangan, dengan ibu dan ayah yang jauh merantau bukanlah satu perkara mudah.inilah saya rasa kesilapan yang paling besar bg orang yang berilmu.mereka lebih senang berada dalam linkungan mereka.mereka membiarkan orang seperti saya rasa tidak diterima walhal saya tidaklah jahat sehinggga pernah membunuh dsbnya.

    jadi, saya rasa saya tidak perlu terus menerus menyalahkan orang dan menjadikan mereka alasan untuk tidak menjadi baik.jadi saya cuba, perlahan – lahan walaupun merangkak, untuk mendaki setingkat demi setingkat tahap iman yang sukarnya hingga ke tulang hitam, kerana pendakian itu bersendirian.

    doakan saya kuat ya, sis…
    :em28:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>