Saya terbaca surat-surat berkaitan pengemis di Masjid Sultan sempena solat Jumaat. Saya ingin menambah sedikit berkaitan pengalaman saya.
Apa yang saya perhatikan, mereka datang secara berkumpulan. Ada yang datang dari Johor dan ada pula dari Batam.
Ada sebilangan mereka yang datang dari Johor memakai tongkat, atau bersama anak kecil mereka, dengan pengemis lelaki selalunya berpakaian selekeh.
Yang datang dari Batam pula selalu amat berhati-hati dan dalam ketakutan.
Namun, dunia ini kecil dan saya sendiri pernah terserempak dengan kumpulan pengemis dari Johor di Terminal Larkin.
Mereka yang ‘bertongkat’ di sini berjalan segak tanpa tongkat mereka dengan membawa banyak barang apabila pulang dari Singapura, bak seperti baru selesai membeli-belah.
Dalam hati kecil berkata:
Pandai juga mereka ‘cari makan’. - Othman Hussain
Musleemah says: Itulah sebahagian dari komentar-komentar yang dilontarkan oleh segelintir masyarakat kita. Seperti di atas ini. Mungkin ada benarnya juga jika pada mulanya fikiran kita sebegitu rupa dan cara pemikiran kita terhenti hanya di situ. Kita diperlakukan ibarat orang yang serba salah. Jika pengemis meminta dan kita tidak memberi, hati akan menjadi ragu-ragu. Memikirkan apakah dia benar-benar memerlukan atau tidak? Apakah dia benar-benar orang susah lagi miskin atau mungkin dia berpura-pura menjadi seorang pengemis untuk meminta simpati sahaja? Dan jika kita melakukan kelonggaran dalam memberi sahaja, masyarakat akan mengata bahawa kita ibarat menggalakkan mereka untuk terus-terusan mengemis.
Dari sudut pandangan saya pula, jika ada niat untuk memberi janganlah meletakkan sifat ragu-ragu itu di dalam hati kita. Beri sahajalah dengan seikhlas mungkin kerana ALLAH juga. Tidak perlu untuk membuang waktu berfikir yang tidak baik tentang dirinya. Lagi pula, berapa sahaja yang sering kita berikan jika menunggu ikhlas itu datang dengan sendiri. Mereka pun tidak meletakkan harga apabila mengemis? Kalau sumbang ikhlas kamu itu pun mungkin sekadar dua dollar sahaja. Itu yang sering saya lihat di mana-mana pada setiap kali ada sahaja pengemis yang meminta. Dua dollar, insya-ALLAH rezeki kita tidak akan berkurangan. Dan dengan hanya dua dollar itu juga, janganlah pula kita asyik tertanya-tanya akan pertanyaan yang tidak jelas dan tidak ada baiknya. Sebaliknya dan sebaik-baiknya sambil memberi, kita berdoa sahajalah kepada ALLAH agar sadaqqah kita ini ikhlas kerana-NYA dan semoga jika benar mereka itu adalah seorang yang menipu, mudah-mudahan mereka berubah ke jalan-NYA jua.
Saya ingin sekali berkongsi pengalaman saya akan kisah seorang pengemis hindu yang dalam keadaan uzur dan teramatlah kurus. Sewaktu saya sekeluarga dan juga makcik saya sibuk membeli-belah di Arab Street, Singapura pada hari biasa. Seringkali pengemis akan muncul dengan jumlah yang ramai pada setiap hari Jumaat. Namun, pada waktu itu kami ke Arab Street bukan pada hari Jumaat. Pengemis hindu yang ingin saya ceritakan ini berada berdekatan dengan Masjid Sultan. Pada waktu itu, beliau menghulurkan tangan sepertimana seorang pengemis lakukan setiap hari membawa harapan agar ada orang yang ikhlas memberi walaupun sedikit. Kami sejak dari tadi sudah memerhatikan orang-orang di situ. Memang benar tiada satu pun yang sudi memberi. Mungkin kerana beliau seorang hindu. Dan mungkin sahaja sangkaan mereka apabila beliau menerima wang pasti beliau akan membeli todi (Faham-faham sahajalah. Seringkali terjadinya begitu.)
Apabila makcik saya lalu sahaja di depannya, beliau pun menghulurkan tangan tanpa putus asa. Makcik saya yang tidak sampai hati memberinya lima dollar sahaja. Kami tidak sangka bahawa pengemis hindu itu meraung dengan kuatnya setelah menerima wang yang hanya berjumlah lima dollar itu. Beliau kelihatan menangis. Sangkaan makcik saya, mungkin lima dollar tidak cukup baginya. Makcik saya pun terus menanya:
Kenapa man (panggilan orang Singapura bagi lelaki india.)? Tadak cukupkah lima dollar?
Pengemis itu pun menjawab berbahasa Melayu bersertakan loghat Indianya:
Bukan itu macam… Saya dari semalam sini juga duduk… Sampai ini hari pagi… (Waktu tu jam menunjukkan pukul dua tengahari lagi.) Saya minta dari semalam… Takda satu orang pun mau kasi sama saya wang… Saya sangat lapar lah aci… Sampai sekarang belom makan juga… Banyak terima kasih aci… Awak orang banyak baik…
Dengan lelehan air matanya beliau menjawab persoalan makcik ku sedemikian.
Beliau pun mengangkat tangan tanpa segan silu untuk berdoa. Tidak kami fahamkan apa yang beliau doakan. Makcik saya segera menyuruhnya makan. Kami sama-sama berdoa dalam hati, mudah-mudahan sahaja beliau dibukakan pintu hati dan diberi cahaya hidayah agar satu hari beliau dapat memasuki Islam dengan seizin ALLAH. Insya-ALLAH!
Sebenarnya kami duduk perhatikan juga apakah beliau benar-benar lapar atau sekadar lakonan. Namun, dari apa yang telah kami perhatikan bahawa beliau benar-benar dalam keadaan lapar. Kerana beliau terus menuju ke gerai makan berdekatan setelah menerima wang lima dollar. Kami jadi terlalu simpati pula apabila melihat keadaannya itu.
Pernahkah kita bayangkan, jika benar-benar memang tiada satu pun yang sudi memberinya wang walau sedikit, apakah akan terjadi pada pengemis hindu itu setelah sekian lama beliau menghulurkan tangan dengan menahan kelaparan hanya untuk sedikit wang. Agar beliau boleh mengalas perut yang sedang kosong itu. Tetapi tidak. Malah yang selalu ada dalam fikiran kita adalah sifat keraguan atau sangkaan buruk semata-mata.
Di sini saya juga tidak mahu terlepas peluang keemasan ini untuk berkongsi lagi cerita menarik, Seorang Majusi dengan Nabi Ibrahim. Untuk dijadikan pedoman dalam hidup kita bersama.
Seorang Majusi meminta untuk bermalam di rumah Nabi Ibrahim. Maka berkata Nabi Ibrahim:
Kalau engkau masuk Islam, maka aku terima sebagai tetamuku.
Mendengar itu, Majusi itu pun terus berlalu meneruskan perjalanannya. Lalu ALLAH Subhanahu wa Ta’ala menurunkan wahyu kepada Nabi Ibrahim:
Kenapa engkau tidak mahu menjamunya tanpa dia mengubah agamanya? Sedangkan KAMI telah 70 tahun menjamunya di dunia walaupun dia kafir? Kalau engkau bawa dia menginap semalam ini apa salahnya?
Nabi Ibrahim pun bergegas menyusul Majusi itu, lalu mempelawanya ke rumah sebagai tetamunya. Di rumahnya, Nabi Ibrahim menjamu tetamunya sewajarnya.
Si Majusi bertanya tentang sebabnya berlaku perubahan sikap Nabi Ibrahim.
Nabi Ibrahim pun menceritakan keadaan yang sebenarnya. Mendengar itu Majusi pun berkata:
Begini ALLAH memperlakukan diriku. Tolonglah tuan huraikan padaku tentang Islam.
Dan Nabi Ibrahim pun menceritakan tentang Islam dan akhirnya Majusi itu pun memeluk Islam. - Begitulah akhirnya kisah cerita seorang Majusi dengan Nabi Ibrahim yang telah dipetik dari sebuah Buku Hikmah.
Musleemah says: Banyak lagi nikmat yang kita telah perolehi dari ALLAH yang patut kita syukuri dan buktikan dengan menyintai ALLAH sebagai cinta agung dan hakiki. Memang logik dan wajar jika kita menyintai ALLAH dengan erti kata yang sebenarnya. Iaitu dengan cara berimannya kita kepada-NYA, menyembah-NYA sepertima DIA mahu, tidak seperti yang kita inginkan. Seterusnya melaksanakan apa sahaja yang dikehendaki-NYA dan meninggalkan semua larangan-NYA.
Sebagai bukti cinta kita kepada ALLAH adalah dengan melakukan kebaikan-kebaikan kepada seluruh makhluk ALLAH sepertimana yang DIA telah kehendaki. Sebagaimana ALLAH telah melimpahkan rahmat kasih sayang-NYA kepada kita, begitu jugalah kita sepatutnya menyerbarkan kasih sayang kepada seluruh makhluk-NYA juga.
Sekian, itu sahaja yang mampu saya sampaikan buat hari ini. Semoga pengajaran ini dapat kita jadikan pelajaran dan amalan yang baik dalam hidup kita hari-hari. Bukankah tangan yang selalu memberi lebih baik daripada tangan yang selalu meminta. Dan tiada salahnya jika yang memberi itu selalu dimulai dengan diri kita dahulu. Insya-ALLAH di kemudian hari, pasti ALLAH akan menghitung kebaikan dan keikhlasan kita itu. Yang penting adalah curahan redha dari-NYA jua. Sekali lagi dan seperti selalu, saya akan menyusun sepuluh jari memohon maaf lahir dan bathin jika kekurangan dalam budi pekerti dan terkasar bahasa sewaktu menyampaikan topik pengemis ini. Yang baik dan indah itu selalunya datang dari ALLAH dan yang cacat itu datangnya dari kedhoifan dan kelemahan diri sendiri. Wallahu a’lam bisowob.
Barakallahu feeQ. (=
erm case camni klau kt malaysia terutama kt bndar2 selalunye kanak2(6 thn kebwh) yg dipergunakn oleh org2 tertentu untuk minta sedekah dan hasil wang tersebut akn diambil oleh ‘penjaga’ kanak2 tue…tp bg sye kita tidak digalakkn bersangka buruk dgn org lainkn…klau kita nk brsedekah kene yakin dan niat ikhlas kerana Dia…sb klau klau kita bersangka buruk kemudian kita brsedekah kemungkinan keikhlasan itu tidak ada dan boleh jadi sia2 disisiNya…Wallahualam
…
Saya pernah bertemu seorang pengemis di Masjid yg mengatakan dirinya baru memeluk Islam tetapi tidak menerima apa2 bantuan utk meneruskan hidup sedangkan keluarga telah membuangnya. Katanya dia sdg mengumpul wang utk memulakan perniagaan sendiri maka saya menghulurkan sedikit bantuan. Malangnya, setelah beberapa tahun, saya berjumpa kembali dia di Masjid yg lain masih meminta2 dgn alasan yg sama.