Logo Background RSS

“My Malay is not good”

  • Written by Muslimah 1 Comment1 Comment Comments
    Last Updated: June 16th, 2009

    Apabila orang Melayu berkata,

    My Malay is not good.

    Entah mengapa saya boleh jadi agak marah, sedangkan saya ini penyabar orangnya, kalau saya dengar orang Melayu Singapura berkata,

    My Malay is not good. (Bahasa Melayu saya tidak baik).

    Pengakuan begitu seolah-olah membayangkan bahawa penguasaan bahasa Inggerisnya lebih baik daripada bahasa Melayunya.

    Lainlah kalau mereka sudah tinggal di London puluhan tahun.

    Ada kala ia pengakuan jujur, tetapi yang tidak sedapnya ialah apabila ada unsur-unsur bangga dalam pengucapan mereka itu.

    Sama ada benar atau tidak penguasaan bahasa Inggeris mereka lebih baik, meskipun dalam kebanyakan hal, ia biasanya sama tidak baik, saya geram dan meluat mendengar pengakuan sedemikian daripada orang Melayu.

    Sebabnya, ada kala apabila kita dengar mereka berbahasa Inggeris, ia sama tak sedap. Nahunya tunggang-langgang dan sebutannya pun tidak betul.

    Ada tiga golongan orang Melayu yang kita boleh dengar berkata,

    My Malay is not good.

    • Mereka memang benar tidak dapat berbahasa Melayu dengan baik;
    • mereka menyangka mereka tidak boleh berbahasa Melayu dengan baik,

    dan

    • mereka, yang lebih teruk lagi, tidak mahu mengaku mereka boleh menguasai bahasa Melayu dengan baik.

    Yang memang benar tidak dapat berbahasa Melayu dengan baik berada dalam keadaan demikian biasanya kerana sejak kecil mereka tidak menggunakan bahasa Melayu di rumah walaupun mereka orang Melayu, atau semasa di sekolah tidak mahu belajar bahasa Melayu betul-betul.

    Yang menyangka bahasa Melayunya tidak baik adalah mereka yang tiada keyakinan diri sedangkan kalau mereka mencuba, mereka boleh menggunakan bahasa itu dengan baik.

    Golongan ketiga inilah yang bermasalah kerana mereka sebenarnya boleh berbahasa Melayu dengan baik, tetapi tidak mahu mengakuinya.

    KOMPLEKS RENDAH DIRI

    Pada pendapat saya, golongan ini mengalami sedikit kompleks rendah diri kerana menganggap bahasa ibundanya bahasa kelas kedua yang tidak laku di mata dunia, dan maka itu tidak mengapa ia diremehkan.

    Alangkah baiknya kalau mereka semua dapat menyedari bahawa menguasai kedua-dua bahasa – Melayu dan Inggeris – dalam konteks Singapura, adalah yang sebaik-baiknya dan lagi dipandang tinggi oleh orang lain.

    Perasan saya tidak sama (tidak geram) pula jika mendengar orang Cina Singapura berkata,

    My Mandarin is not good.

    Pertama kerana bahasa Mandarin memanglah bahasa yang sukar dikuasai dan kedua, orang Cina Singapura kebanyakannya ada bahasa dialek mereka sendiri yang mereka gunakan di rumah.

    Jadi, apabila mereka tidak dapat berbahasa Mandarin dengan baik, itu boleh dimaafkan kerana mereka masih menggunakan bahasa dialek mereka yang merupakan bahasa ibunda dan juga bahasa budaya mereka.

    TAK TAHU EJA

    Seperkara lagi yang saya kurang senang melihat ialah orang Melayu yang masih belum tahu mengeja perkataan Melayu dengan betul.

    Memanglah tidak relistik untuk kita mengharapkan semua orang Melayu boleh menulis dalam bahasa Melayu kelas atasan dengan bebunga kata dan peribahasanya.

    Cukuplah kalau mereka dapat menulis dengan nahu dan ejaan yang betul.

    Tetapi ini tidak. Sebahagiannya masih di takuk lama dengan mengeja mengikut ejaan lama seperti meletakkan ‘sempang’ pada perkataan yang tidak harus ada ‘sempang’, masih menggunakan huruf ‘ch’ dan ‘sh’ dan tidak tahu membezakan bila harus menggunakan ‘e’ atau ‘i’, misalnya bagi perkataan ‘bilik’ dan ‘oleh’.

    Dan yang saya maksudkan bukan golongan tua, tetapi agak muda - 40-an.

    Dan mereka kelihatan seperti tidak malu tidak tahu mengeja perkataan Melayu dengan betul, berbanding dengan jika mereka tidak tahu mengeja perkataan Inggeris dengan betul.

    Apakah perasaan mereka jika mereka mengeja perkataan Inggeris semudah ‘cold’ menjadi ‘cole’, berbanding dengan perkataan ‘sejuk’ menjadi ‘sejok’?

    Bahasa Melayu adalah bahasa yang relatif mudah dipelajari berbanding, misalnya, bahasa Mandarin dan bahasa Arab.

    REVOLUSI MENTAL

    Oleh yang demikian, sekiranya masih ada orang Melayu yang belumlah begitu lanjut usianya, belum tahu lagi bahawa ejaan bahasa Melayu sudah melalui perubahan dan dipiawaikan, maka itu melampau bagi saya pencinta bahasa Melayu ini walaupun bersekolah Inggeris dan banyak berbahasa Inggeris dengan kawan-kawan.

    Saya rasa mungkin perlu ada revolusi mental dalam diri orang Melayu Singapura terhadap bahasa Melayu.

    Memanglah ramai orang berpendapat masalah orang Melayu ‘tidak pandai berbahasa Melayu’ adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan kerana sistem pendidikan kita yang mengutamakan bahasa Inggeris dan tuntutan ekonomi antarabangsa.

    Itu tanggapan salah kerana saya rasa punca utamanya ialah sikap.

    Kalau sikap memandang remeh pada bahasa Melayu dapat dihapuskan, pasti orang Melayu Singapura tiada masalah menguasai bahasa ibunda mereka kerana tahu ia masih tinggi nilainya di dunia dan yang lebih utama, ia adalah warisan mereka.

  1. #1 Zuraida
    June 19th, 2009 at 11:28 am

    Salam, Musleemah…

    Orang di Malaysia pun sama…kadang2 lebih sudu dari kuah…tapi saya suka lar…awak pandai berbahasa melayu dan bahasa inggeris dgn baik… saya speak manglish…huhuhu…had learned english for ages…still…ermmmmmph…
    Harap kita boleh bersahabat…

    Post ReplyPost Reply
Leave a Comment
This is a Gravatar-enabled website. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.com

  • :em63:
  • :em10:
  • :em30:
  • :em29:
  • :em55:
  • :em65:
  • :em02:
  • :em64:
  • :em46:
  • :em71:
  • :em15:
  • :em07:
  • :em23:
  • :em27:
  • :em52:
  • :em32:
  • :em05:
  • :em59:
  • :em42:
  • :em24:
  • :em16:
  • :em17:
  • :em47:
  • :em61:
  • :em03:
  • :em57:
  • :em19:
  • :em56:
  • :em67:
  • :em44:
  • :em60:
  • :em01:
  • :em43:
  • :em33:
  • :em21:
  • :em70:
  • :em51:
  • :em08:
  • :em36:
  • :em12:
  • :em06:
  • :em38:
  • :em34:
  • :em04:
  • :em14:
  • :em26:
  • :em22:
  • :em25:
  • :em41:
  • :em58:
  • :em31:
  • :em49:
  • :em09:
  • :em11:
  • :em69:
  • :em35:
  • :em18:
  • :em13:
  • :em28:
  • :em50:
  • :em68:
  • :em45:
  • :em48:
  • :em62:
  • :em20:
  • :em54:
  • :em39:
  • :em66:
  • :em40:
  • :em53:
  • :em37: