Keluarga Terbilang Dirundung Malang…

Daripada sebuah keluarga terbilang kerana anak-anak yang genius, kepada keluarga yang dirundung malang angkara bapa yang melakukan jenayah dan anak yang memperdagang tubuhnya untuk wang.

Itulah nasib yang tidak disangka-sangka yang menimpa keluarga Sufiah Yusof, 23 tahun, anak genius matematik asal Malaysia yang baru-baru ini menggemparkan dunia dengan beritanya menjadi pelacur untuk menyara hidup, sebagaimana dilaporkan dalam akhbar News of the World.

Sepuluh tahun lalu beliau telah menarik perhatian dunia apabila berjaya memasuki Universiti Oxford di England pada usianya 13 tahun untuk menggenggam ijazah Sarjana Matematik – menjadikannya anak terbijak paling muda di Britain.

Namun, satu demi satu malang menimpa keluarganya selepas beliau sendiri lari daripada keluarganya tanpa menamatkan pengajian, bekerja sebagai pelayan, diletakkan di pusat pemulihan akhlaq, kemudian kembali ke Universiti tanpa sekali lagi menamatkan pengajian kerana bernikah dengan seorang peguam pelatih, bercerai dua tahun kemudian, dan terakhir ini menjadi pelacur yang menawarkan khidmat seks dengan bayaran £130 ($358) sejam.

Sementara itu, bapanya, Farooq Yusof, 50 tahun, telah dipenjara kerana mencabul kehormatan dua remaja perempuan berusia 15 tahun. Farooq juga telah dibabitkan atas kesalahan menipu wang. Ibunya baru-baru ini telah menuntut cerai daripada bapanya.

Jadi, di manakah salahnya? Siapakah yang harus dipersalahkan?

Ada pihak-pihak yang mengulas bahawa Britain dengan modernisasi dan keterbukaannya bukan tempat bagi seorang anak gadis Muslim seperti Sufiah untuk dibesarkan menjadi wanita yang berpegang kuat pada agama sambil mengejar “permainan dunia”.

Meskipun dibesarkan dalam keluarga yang memulakan setiap hari dengan solat subuh diikuti dengan senaman untuk membantu mereka memberi fokus kepada kekuatan minda dan tubuh, akhirnya keluarga mereka tidak dapat bertahan dengan cabaran-cabaran di hadapan.

Selain Sufiah, adik-beradiknya seramai empat orang juga telah diasuh menjalani rutin belajar dan disiplin tang amat ketat oleh bapa mereka yang menginginkan kesemua anaknya menjadi genius.

Kesemua mereka telah dididik di rumah oleh ibu bapa mereka, Farooq, asal Pakistan, seorang penyelidik dan ibunya, Halimahton, 51 tahun, asal Muar, seorang ahli sains kimia.

Namun, tidak semua mereka pintar belaka. Anak sulung, Isaac Abraham, 26 tahun, tidak memasuki Universiti dan pernah bekerja di restoran McDonald’s dan berharap untuk bekerja di bank.

Aisha, 25 tahun, dan Iskandar, 22 tahun, telah memasuki Universiti Warwick di Coventry pada usia masing-masing 16 tahun dan 12 tahun. Anak bongsu, Zuleika 14 tahun, dikatakan adalah yang paling bijak dan telah menduduki peperiksaan matematik GCE ‘A’ pada usianya enam tahun.

Selain sekitaran yang terlalu ‘mencabar’, disiplin terlalu ketat yang dikenakan oleh bapanya juga dikatakan menjadi faktor Sufiah hilang pertimbangan.

Ada pula yang menelah Sufiah berkemungkinan menderita masalah kemurungan manik berdasarkan simtom yang ditunjukkan.

Perunding psikiatri di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Osman Che Bakar, berkata dari sudut psikologi ada kemungkinan Sufiah berhadapan dengan masalah itu kerana gejala-gejala yang ditunjukkan seperti keinginan seks meluap-luap, hiperaktif, terlalu ceria, berkeyakinan tinggi, berfikir pantas, bertenaga, sukar tidur, terlalu peramah dan terlalu sensitif.

Seharusnya Sufiah sudah kaya-raya ketika ini dengan kepintaran yang diperolehinya.

Namun, beliau memilih untuk menanggalkan pakaiannya termasuk untuk wartawa News of the World yang menyamar sebagai pelanggan di flat kos rendahnya.

“Adakah anda sudah mahu memulakan setengan jam pertama?” demikian usik Sufiah sambil beliau menari di atas katil dalam keadaan bogel. Beliau memberitahu wartawan itu apa yang boleh beliau ‘hidangkan’ di atas ranjang jika tawaran seks itu diterima.

Dengan menggunakan nama Shilpa Lee, Sufiah mengiklankan khidmat seksnya di laman web pelacur dengan menawarkan khidmat setiap hari dari 11 pagi hingga 8 malam.

Beliau mengambarkan dirinya sebagai ‘amat seksi dan pelajar pintar’ yang gemar kepada lelaki lebih tua.

Seorang rakan lama beliau yang melihat kejatuhannya menyifatkan perkembangan Sufiah sebagai amat memilukan.

“Dengan kepintarannya, beliau pasti boleh meraih pendapatan lumayang dengan pelbagai cara yang dimahukannya. Tetapi beliau gagal mengawal hidupnya,” katanya.

Salah satu mesej yang pernah dihantar oleh Sufiah kepada adiknya berbunyi: “Saya sudah tidak dapat menahan pencabulan fizikal dan emosi yang lalui selama 15 tahun. Anda tentu tahu apa yang saya maksudkan.”

Bapanya, sebenarnya pernah dipenjara tiga tahun pada 1992 kerana terbabit dalam penipuan wang berjumlah £1.5 juta. Sufiah sendiri, pada usia 19 tahun, pernah dihantar menjalani pemulihan akhlaq kerana terbabit dalam penipuan berjumlah £100,000.

Perkahwinan seakan-akan jalan keluar baginya untuk menikmati kebahagiaan. Beliau bernikah dengan Jonathan Marshall, yang telah memeluk agama Islam, pada 2004 ketika usianya 19 tahun dan Jonathan pula 24 tahun.

Namun, impiannya untuk hidup bahagia dengan Jonathan berkecai apabila mereka bercerai tidak sampai dua tahun kemudian. Keputusan itu dibuat semasa mereka berada di Singapura kerana firma guaman Jonathan berpindah ke sini.

Menceritakan pertemuannya dengan Sufiah, wartawan News of the World itu berkata beliau telah menyamar sebagai pelanggan di laluan masuk ke flatnya. Ketika itu Sufiah hanya memakai skirt pendek, sepatu but kulit dan kemeja-T.

Dengan membawa tiga telefon bimbit, Sufiah ketawa dan berjenaka sambil memimpin tangannya ke apartmen kecilnya.

Sebuah katil tersedia di ruang tamu.

Sufiah memberitahu lelai berkenaan, harganya £130 sejam dan menawarkannya segelas air sebelum memasang muzik menerusi radio kecil murah dan dengan gementar, menanggalkan seluruh pakaiannya sehingga tiada seurat benang pun yang mampu menutupi seluruh tubuhnya itu. Dia kemudian menari di atas katil.

Beliau memberitahu wartawan itu bahawa beliau melakukan seks dengan kondom dan seks oral tanpa perlindungan.

Sufiah memberitahu beliau masih belajar untuk mendapatkan ijazah Sarjana Ekonomi menerusi kursus sambilan selama dua tahun di London.

Beliau kelihatan girang dan tidak menunjukkan sebarang tanda kesedihan mengenai nasib bapanya yang mula menjalani hukuman penjara sehari sebelum itu.

Farooq dihukum penjara 18 bulan oleh mahkamah di Conventry kerana meraba dua pelajar perempuan berusia 15 tahun.

Mahkamah diberitahu bahawa pada Mei tahun lalu, Farooq tiba di rumah seorang mangsanya itu untuk memberi tuisyen matematik.

Dia mula berbisik pada telinga pelajar itu dan mencium rambut serta pipinya. Dia juga meraba tempat-tempat yang dilarang pelajar itu sambil memujinya dengan berkata pelajar itu pintar dan cantik sebelum meletakkan tangannya pada peha pelajar berkenaan.

Peguam Farooq, Tim Hannam, berkata: “Selepas ini, dia tidak akan dibenarkan mengajar dan sebarang harapan untuk memperoleh pendapatan tinggi menerusi teknik pengajarannya yang diasaskannya hingga terbukti kejayaannya, sudah hancur. Reputasinya sudah musnah.”

newsoftheworld: Now it’s clear the daughter who fled his strict regime has almost been destroyed too. Her friend said last night: “Sufiah has suffered so many knocks in her life. I just hope she can drag herself out this life she has got herself into. “She is a good person and deserves a much better life than this. Her gift really has been a curse.”

3 thoughts on “Keluarga Terbilang Dirundung Malang…

  1. hye beena..lama x borakkan..
    sis singgah jap kat sini
    actually just wanna say that i love to read this newest article of yours about sufiah.
    pitty her and what had just happen in her life and family.
    susah gak if born to be genius and chaos in the same time.

  2. Hello my dear sweety sis coollien. It is very true that we didn’t take any chances to contact each other for so long. I’m so sorry dear for not keeping in touch with you. So, how’s life and everything?

    Your point of view about Sufiah is right. But well, we’ve to look upon her family back again. How did her father tortured her so much so that she has ended up being like that. She’s trying to attract people attentions because teens like her usually doesn’t get the love and concern from their parents. Indeed, she need the strong islamic knowledge for her to move on as a true muslim. But it hurts when I have to say that her family background doesn’t seems to care about having the strong bond with islamic knowledge. So, the BIG mistake was all happened when her father thought that being genius is everything. :( Hopefully Sufiah and her family will get shined by the light of Nur, Taufiq & Hidayah into their little fragile heart from Allah s.w.t, the Almighty. InsyaAllah. Aameen.

  3. subhanallah…..akhir zaman…. inilah bkti yg disebut ALLAH bhwa neraka pemilik wanita..Masya-ALLAH bjak sgguh hamba yg trpllih nie,Kya dgn kbjksanaan wlaupun hanya trcptanya 1 akal….. tp 9 nafsunye lbh mnguasai jiwa……jelaslah akhr zman bhwa pmbuka jalan kpd dajal sudah trbuka luas, sbgai insan yg krdil…kte hanya mmpu merancang,tp Allah yang mnntukkan………usahla dpkir2 sgt pd beliau yng genius yg sdh hanyt ni,juz kte jdkan tauladan tok belia yg msh nk belja erti idop… same2 kite rebut ilmu tok brjya ddnia dan akhirat, moga Allah buka pntu taubat buat beliau dan hambo2 yng laen sblum seruan izrail dtg mmbwa amnah Illahi,Insya-ALLAH….Safi suke la jd mmber ruangan nieeeeee…. =] >safi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>